KUALA LUMPUR
27 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak
usul Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang memohon semakan
semula keputusan undi belah bahagian Bajet 2018 peringkat jawatankuasa untuk
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Sehubungan
itu, Pandikar Amin (gambar) berkata, beliau memutuskan bahawa undi belah bahagian yang
dijalankan pada 20 November lalu itu adalah teratur mengikut Peraturan 46 dan
47 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Berhubung
jumlah Ahli Parlimen pembangkang yang mengundi dan dikatakan tidak menyokong
seramai 52 orang, setelah semakan dilakukan didapati jumlah Ahli Parlimen
pembangkang yang mengundi iaitu tidak bersetuju adalah seramai 51 orang
sahaja.
“Perkara ini
tidak seperti yang didakwa Gobind Singh, ini kerana G. Manivannan
(PKR-Kapar) selaku ketua pengundi Blok E telah gagal untuk menandakan
undi bagi Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) dan beliau juga
mengesahkan jumlah undian tersebut dengan menandatangani senarai undi belah
bahagian di blok ini,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini
pada 20 November lalu, wakil-wakil pembangkang menimbulkan kekecohan dalam
sidang Dewan Rakyat semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan proses undi
belah bahagian yang dijalankan mengikut peraturan.
Mereka
berbuat demikian selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr.
Ronald Kiandee mengumumkan keputusan undi belah bahagian yang menunjukkan
sebanyak 52 Ahli Parlimen bersetuju, 51 orang tidak bersetuju manakala dua
orang lagi berkecuali.
Menurut
Pandikar Amin, berhubung dakwaan Gobind Sing bahawa Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah pergi ke
meja setiausaha semasa undi-undi dikira, beliau memutuskan bahawa perkara
tersebut tidak menjejaskan proses pengundian itu.
“Saya teliti
perkara ini dan mendapati bahawa semasa proses pengundian tersebut dijalankan
Dr. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai) juga telah pergi ke meja setiausaha dan
saya putuskan ia tidak jejaskan proses undian belah bahagian,” katanya.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment