Showing posts with label Maqasid Syariah. Show all posts
Showing posts with label Maqasid Syariah. Show all posts

Monday, 20 November 2017

MENJAGA AGAMA SIRI 7: BERSEDIALAH WAHAI PENCINTA AGAMA!


Untuk siri terakhir bagi tema Menjaga Agama ini, tiada ingatan yang lebih penting, selain mengingatkan para pecinta agama agar bersedia! Bersedialah menghadapi  peperangan pemikiran, informasi dan hujah. Serangan dari sudut pemikiran, hujah dan kefahaman secara berterusan ini hanya mahu melunturkan pegangan hidup agama serta keimanan kita.

Justeru, gunakanlah akal fikiran yang dikurnia Allah swt untuk membaca dan menekuni pelbagai informasi yang dapat meneguhkan idea bagi mengukuhkan agama dan akidah kita.  Bina jaringan informasi dan kerjasama dengan pelbagai pihak yang memperjuangkan Islam.

Dapatkan dan sebarluaskan mesej-mesej tentang ancaman terhadap Islam bagi membina kesedaran. Dapatkan dan sebarluaskan-lah pula mesej-mesej yang memberi pencerahan dan hujah bagi menangkis pelbagai fitnah terhadap agama ini.

Akan sampai ketika kita harus membuat pilihan pilihan di kertas-kertas undi. Pilih-lah dengan bijak pihak yang paling berkemampuan untuk mempertahankan kedudukan agama Islam di bumi bertuah ini!

Baca-Faham-Kongsi-Tular

Sekian.



Pak Lang 
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

MENJAGA AGAMA SIRI 6: SIAPAKAH PENGHANCUR AGAMA?


Dalam siri-siri Menjaga Agama yang lalu telah dirungkaikan prinsip Maqasid Syariah lima (5) perkara, ancaman terhadap agama dan perihal kelemahan umat. Agama Islam  dan umatnya terus menerus menjadi sasaran. Adakah kita cukup mengenali penghancur agama Islam ini?

Sejarah penolakan dan penyesatan manusia daripada hidup beragama bermula dengan keingkaran iblis (raja syaitan) untuk sujud pada nabi Adam. Keingkarannya terhadap perintah Allah swt ini, diteruskan oleh manusia yang berjaya disesatkan syaitan hingga kini. Inilah para penghancur tegar agama Islam yang dengan jelas disebut oleh Allah swt dalam al-Quran “Tidak sekali-kali orang-orang Yahudi dan Nasrani suka kepada engkau, kecuali kalau engkau turut agama (cara hidup) mereka” (al-Baqarah: 120).

Buah-buah kejayaan syaitan, Yahudi dan Nasrani ini dapat dilihat pada:

·        Lahirnya pelbagai agama selain Islam yang sesat lagi menyesatkan

·        Lahirnya pelbagai ajaran mirip Islam tetapi menyeleweng

·        Lahirnya pelbagai perlakuan negatif sosial atas nama “hak peribadi”, “kebebasan” dan “kesemarataan”.

·        Lahirnya pelbagai idea untuk membebaskan diri dari agama seperti liberalisme, pluralisme dan sekularisme yang telah dinyatakan di siri 4.

·        Terpukaunya orang-orang yang mengaku Islam dengan idea-idea ini atas nama kemajuan dan keintelektualan.

Hari ini kita dapat merasakan gerakan Kristian Evengelis yang agresif menyebar dakyah secara halus mahpun terang-terangan. Kita mendengar tuntutan golongan minoriti syiah dan pelbagai ajaran menyeleweng lain, mahukan “hak” dan “kebebasan” untuk beramal. Kita dapat melihat gerakan NGO – Comango yang beria-ia memperjuangankan “hak” dan “kebebasan” individu untuk melakukan dosa LGBT. Kita dapat melihat parti-parti politik tertentu menyokong tuntutan, fahaman dan gerakan kumpulan-kumpulan yang tersebut demi meraih undi!

Justeru, kita sentiasa menerima asakan pemikiran, idea, hujah dan tindakan yang mengancam kedudukan Islam. Kita seolah-olah kelihatan janggal, rasa bersalah dan ketinggalan kerana masih mahu mempertahankan syariat hidup beragama dan akidah suci ini. Pertahankanlah agama ini walaupun semakin dihimpit. Genggamlah ia walaupun ibarat menggenggam bara api!


Pak Lang 
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

MENJAGA AGAMA SIRI 5: SIAPAKAH PENJAGA AGAMA?


Dalam 4 Siri Menjaga Agama sebelum ini, dikongsikan prinsip Maqasid Syariah sebagai teras penjagaan agama (hifzuddin)keseluruhannya. Ia meliputi lima (5) perkara – Agama (Akidah), Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta. Telah diterangkan sedikit perincian berhubung setiap prinsip, contoh dan keutamaan. Akhirnya disimpulkan bahawa agama (akidah) lah yang paling utama, tiket kebahagian di akhirat yang abadi.

Atas segala fitnah dan desakan terhadap agama yang berlaku, lebih mudah menunding jari mencari kesalahan pihak-pihak berkaitan. Persoalannya, siapakah yang akan menjaga agama ini? Agama, akidah dan keimanan ada dalam diri setiap diri yang telah mengucapkan kalimah syahadah. Kitalah yang akan memelihara dan menatangnya sepenuh hati agar tidak terlepas. Maka, kita semualah penjaga agama ini!

Dalam satu hadis yang mafhumnya - jika kita melihat suatu kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu dengan lidah (kata-kata) dan jika tidak mampu dnegan hati (sikap tidak suka). Penolakan sesuatu ancaman terhadap agama secara kolektif dengan kesamaan fikiran serta tindakan amatlah penting. Atas satu kalimah syahadah kita bersatu!

Dalam satu ayat al-Quran, Allah swt menegaskan bahawa manusia akan ditimpa kehinaan di mana juga mereka berada, kecuali yang berpegang dengan tali (agama) dari Allah dan tali (perdamaian) dari manusia. Tidak hairanlah penghinaan demi penghinaan bersulamkan ancaman terus berlaku terhadap agama dan kerana kelemahan umatnya.

Undang-undang dan penguatkuasaan hanyalah mekanisme sementara untuk mengekang acaman. Kebatilan dan ancaman terhadap agama Islam tetap berterusan malah dilihat semakin kuat. Pukulan yang kuat hanya terhasil jika kita semua bersatu. Bersama kita menentang ancaman yang berlaku, seia sekata, sederap langkah tindakan.

Pak Lang 
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

MENJAGA AGAMA SIRI 4: “WAHYU” LAWAN “AKAL DAN NAFSU”


Dalam “Menjaga Agama Siri 3”, ditekankan prinsip pertama Maqasid Syariah iaitu menjaga agama (akidah) sebagai prinsip yang mengatasi segala keutamaan. Prinsip menjaga nyawa, akal, keturunan dan harta, adalah pertimbangan kedua, hanya selepas selesai urusan memelihara agama.
Dewasa ini kita secara bertubi-tubi dihidangkan dengan pelbagai isu yang menggoncang agama, akidah dan cara hidup kita. Kita dihimpit prinsip-prinsip seperti “kebebasan”, “kesamarataan” dan “keadilan” sehingga memesongkan kita daripada perkara pokok iaitu soal agama (akidah).

Prinsip-prinsip yang asalnya murni, melahirkan pemikiran menyeleweng seperti:

·        Liberalisme – memudahkan pegangan dan amalan agama, serta bebas mentafsir agama menurut akal.

·        Pluralisme – menyamaratakan semua agama adalah benar, menuju Tuhan yang sama.

·        Sekularisme – memisahkan agama daripada urusan dunia yang lain. Agama hanyalah urusan peribadi, urusan lain bebas diurus mengikut akal dan nafsu.

Inilah pertembungan antara wahyu Allah swt dengan akal atau nafsu. Akal dan nafsu mahu bebas daripada belenggu dan batasan agama. Padahal wahyu Allah swt membawa pada keselamatan.

Lihat misalnya isu penggunaan kalimah “Allah” dalam Bible berbahasa Melayu, kononnya atas nama “kebebasan / keadilan beragama”. Sedangkan inilah cubaan untuk melunakkan ajaran Kristian agar mudah diikuti oleh orang Melayu. Kita pertahan kalimah “Allah” hanya untuk agama Islam, kerana perkara agama (akidah) ini soal nombor 1.
Isu dadah, minum arak dan bahkan sehingga berpesta, atas nama hak “kebebasan”. Gejala ini salah dalam agama dan wajib ditentang. Ini kerana ia merosakan kewarasan fikiran dan bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah ketiga iaitu menjaga “akal”.

Isu pengiktirafan hak LGBT – (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender), sekali gus zina, juga atas nama hak “kebebasan”. Sedangkan ia amat ditegah dalam Islam kerana meruntuhkan keturunan (zuriat) dan keluarga, malah menggugat prinsip Maqasid Syariah keempat soal “keturunan”.
Dalam pertembungan ini, kita tiada pilihan selain mempertahankan agama sehabisnya. Walaupun nyawa jadi taruhan.


Pak Lang 
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


MENJAGA AGAMA SIRI 3: AGAMA (AKIDAH) NO.1


Dalam “Menjaga Agama Siri 2”, diperlihatkan sisi indah prinsip Maqasid Syariah sebagai teras cara hidup (deen) yang sempurna, meliputi penjagaan segenap aspek kehidupan bermula daripada kepercayaan yang benar hingga pengurusan harta dunia.

Antara lima prinsip Maqasid Syariah yang tersebut, prinsip pertama - menjaga agama atau akidahlah yang paling utama dan terpenting. Akidah yang ditandai dengan ucapan kalimah syahadah adalah kunci penerimaan ibadah. Malah Allah swt tidak akan mengampunkan dosa syirik (menyengutukan Allah dengan makhluk). Begitulah pentingnya akidah Islam yang wajib dipertahankan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Kerana itu wajib dipertahankan penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh bukan Islam. Wajib menghalang gejala murtad (keluar Islam). Wajib ditentang dan diberi penjelasan tentang idea-idea “liberalisme”, “pluralisme” dan “sekularisme” yang secara halus menyesatkan dan beransur-ansur menghakis keimanan serta akidah.

Jika dibandingkan antara akidah dengan nyawa, akidahlah lebih utama. Para mujahidin sanggup mati syahid demi menegak kalimah tauhid. Kebahagiaan hidup yang abadi mengatasi hidup dunia yang sementara.

Jika dibandingkan antara akidah dengan akal, akidahlah lebih utama. Akidah yang membentuk keimanan, sanggup melaksana apa juga suruhan Allah swt, walaupun ada yang tidak logik pada pertimbangan akal.

Jika dibandingkan antara akidah dengan keturunan, akidahlah lebih utama. Zuriat seperti anak-anak yang dewasa boleh berperang pada jalan Allah, demi menegak syiar Islam.

Apatah lagi jika dibandingkan antara akidah dengan harta, akidahlah jauh lebih utama. Harta benda hanyalah alat untuk menjaga dan menyempurnakan perintah agama. Dengan harta kita berzakat dan menunaikan haji. Dengan harta kita berderma dan berinfak kerana Allah swt.

Kita prihatin soal nyawa, akal, keturunan dan harta, tetapi tidak sekali-kali ia mengatasi soal agama – iman dan akidah. Agama Islam – iman dan akidah, selama-lamanya nombor satu!


Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

MENJAGA AGAMA SIRI 2: CARA HIDUP BERPRINSIP


Dalam “Menjaga Agama Siri 1” lalu, ditampilkan prinsip Maqasid Syariah lima (5) perkara. Ia adalah syariat daripada Allah untuk manusia, bagi memelihara 1)Agama (Akidah), 2)Nyawa, 3)Akal, 4)Keturunan dan 5)Harta. Formula mudahnya; A.N.A.K – H. Secara ringkas setiap prinsip.

1) Agama (Akidah) – Hanya agama Islam sahajalah cara hidup (deen) yang benar, diterima dan diredhai Allah swt. Akidah Islam ditandai dengan syahadah iaitu “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi nabi Muhammad pesuruh Allah.”Prinsip agama (akidah) inilah penentu asas keIslaman seseorang. Jika prinsip ini tergadai, hancurlah keIslamannya. Kerana itu kita wajib bertegas misalnya menolak gejala murtad dan penyelewengan agama.

2) Nyawa – Menjaga nyawa termasuklah perbuatan yang boleh merosakkan tubuh badan, kemudaratan apatah lagi boleh membawa kematian. Kerana itu perbuatan mencedera, menindas malah membunuh orang lain tanpa sebarang hak amat dilarang. Islam menolak segala bentuk kezaliman fizikal yang boleh mengancam nyawa.

3) Akal – Menjaga akal dengan memastikan fikiran waras dan tidak terjejas akibat perkara atau bahan-bahan yang melalaikan. Kerana itu Islam jelas menolak misalnya gejala meminum arak dan menghisap dadah yang menjadi punca khayal serta mabuk, hingga menyebabkan pertimbangan akal menjadi keliru dan menatijahkan kecelaruan perbuatan.

4) Keturunan – Menjaga nasab dan zuriat melalui institusi keluarga adalah penting demi keluhuran generasi seterusnya. Islam menghalalkan nikah, tetapi mengharamkan zina yang bakal melahirkan keturunan tidak sah. Apatah lagi gejala lesbian dan gay yang tidak menjanjikan sebarang zuriat di masa hadapan. Semuanya wajib dihindar.

5) Harta – Menjaga harta khusus dari mana sumbernya. Islam menolak perbuatan mengambil harta orang lain tanpa kebenaran seperti mencuri, merompak, rasuah, makan harta amanah, manipulasi harga, menipu timbangan dan sebagainya. Pelbagai bentuk pengambilan harta hak orang lain secara tidak wajar wajib ditolak.

Maqasid syariah menyedarkan kita betapa Islam mengemukakan suatu cara hidup berprinsip yang sempurna, bermula daripada pemeliharaan urusan kepercayaan peribadi sehinggalah interaksi (muamalah) melibatkan antara manusia.

Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks 

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


MENJAGA AGAMA SIRI 1: PRINSIP MAQASID SYARIAH


Apakah tujuan penciptaan manusia? Sebagai seorang Islam kita meyakini pertama-tamanya Allah swt mencipta manusia untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Kedua sebagai khalifah atau pengatur urusan hidup di muka bumi ini. Justeru, apa juga yang kita fikir, hasrat, pertimbang dan lakukan mesti selaras dengan tujuan penciptaan tersebut.

Untuk manusia menjayakan misi dua misi tersebut, Allah swt menurunkan wahyu (syariat) menerusi Kitab dan Rasul-Nya. Syariat adalah pedoman-pedoman yang memandu manusia agar cara hidup (deen)dan pegangan mereka sentiasa atas jalan kebenaran, keselamatan dan keredhaan-Nya.

Para ulama’ telah meneliti tujuan syariat diturunkan dan membahagikan kepada lima (5) perkara utama. Ia di panggil sebagai Maqasid Syariah, iaitu maksud atau tujuan ditetapkan syariat yang mahu menjaga perihal cara hidup (deen) manusia agar selamat. Lima perkara tersebut ialah; 1)Agama (Akidah), 2)Nyawa, 3)Akal, 4)Keturunan dan 5)Harta. Formula mudahnya; A.N.A.K – H.

Prinsip Maqasid Syariah inilah teras usaha kita bagi menjaga agama (hifzuddin). Menjaga agama itu bukan sekadar akidah, tetapi cara hidup (deen) keseluruhannya. Ia bukan sahaja membantu kita memahami apakah perkara-perkara penting dalam kehidupan, bahkan ia mengajar kita perkara yang mana satukah lebih utama berbanding urusan-urusan lain. Sangat jelas, agama atau akidah lah perkara paling utama mengatasi segalanya dalam kehidupan beragama.


Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...