Showing posts with label Komunisme. Show all posts
Showing posts with label Komunisme. Show all posts

Wednesday, 5 April 2017

BONGKAR DAP Siri 6/20 - ROH DAN SEMANGAT CHIN PENG


Chin Peng tidak pernah mati. Meski jasadnya sudah luput dibakar api, namun roh dan semangatnya tidak pernah lupus malah kekal dipuja dan disembah oleh sebahagian besar pemimpin DAP. 


Cinta dan kasih mereka terhadap pengganas ini telah mendesak mereka untuk terus mencuba membawa Chin Penang pulang secara sah sekaligus membolehkan Malaysia mengiktiraf lelaki kejam ini. 

Pada 28 November 2009 misalnya, bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah mengkritik kerajaan Malaysia habis-habisan kerana kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang dari hidup dalam buangan di Thailand. 

Walaupun DAP memberi alasan perubatan dan faktor usianya yang telah tua serta kononnya Chin Peng telah insaf, namun itu belum cukup untuk kerajaan membuka pintu kepadanya apatah lagi ia bakal dilihat sebagai pengiktirafan kepada keganasan yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu. 

Untuk rekod, ribuan nyawa telah terkorban ketika Chin Peng dan pasukan tentera komunisnya bermaharajalela di negara kita. Ribuan lagi menderita dengan pelbagai kecatatan kekal. Ia termasuklah orang awam dan pasukan keselamatan yang berjuang menentang kekejaman mereka. 

Syukurlah kerajaan kita tetap dengan pendirian untuk tidak menerima kepulangannya hatta abu mayatnya sekali pun. Chin Peng kekal sebagai pelarian yang hidup dalam buangan hingga ke akhirnya di Bangkok, Thailand.

SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut :

Siri 1  Siri 2  Siri 3  Siri 4  Siri 5  

BONGKAR DAP Siri 3/20 – APA MAKSUD LIMA EKOR BABI?


Pada awalnya ramai yang menyangka apabila DAP sering memanggang lima ekor babi dalam majlis-majlis keramaian mereka ia bermaksud lima negeri yang telah berjaya ditawan pasca PRU-12 (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan).


Secara simbolik, mungkin benar tanggapan tersebut. 

Walau bagaimanapun, lima ekor babi ini sebenarnya mempunyai maksud yang lebih besar dan jelas. Hanya pemimpin dan ahli DAP yang sejati sahaja akan faham erti tersirat pada angka lima yang sering digunakan (babi itu hanyalah sandaran sahaja) ini yang sebenarnya adalah simbolik bintang lima bucu komunis.

Setiap bucu bintang ini menegaskan prinsip-prinsip perjuangan komunis yang berbeza iaitu ketenteraan, intelegensia, petani, buruh dan generasi muda. Prinsip-prinsip ini hari ini telah dijadikan asas pembentukan hala tuju dan sikap DAP yang diolah berdasarkan nilai-nilai semasa masyarakat di Malaysia.

Misalnya, prinsip ketenteraan telah diolah kepada prinsip yang lebih lembut yang bermaksud kekuatan sokongan dan strategi gempur yang ampuh dan konsisten serta bermotifkan pemecahbelahan struktur dan dominasi politik orang Melayu manakala intelegensia atau perisikan pula diaplikasikan sebagai teknik untuk melemahkan apa-apa sahaja institusi yang selama ini menampan kekuatan orang Melayu terutamanya kerajaan pusat pimpinan UMNO.

DAP juga bijak memanipulasi golongan bawahan (bucu petani dan buruh) melalui serangan bersifat persepsi negatif terhadap kerajaan, sama seperti kaedah perang propaganda yang pernah digunakan oleh Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng ketika era komunis dahulu. Generasi muda pula dijadikan sasaran utama atas kepercayaan bahawa golongan ini terpelajar, berpemikiran terbuka atau liberal dan senang diracuni dengan agenda kebebasan.

Justeru tidak hairanlah jika DAP hari ini dilihat sebagai parti pembangkang paling berkuasa dan dominan berbanding parti-parti lain. Ia bukan sahaja tua dari segi usia dan mempunyai sejarah panjang dalam arena politik negara tetapi turut dibina dengan teliti dan cermat, penuh strategi serta dibarisi para pemimpin yang konsisten dalam memperjuangkan agenda TAWAN MALAYSIA.


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut :

Siri 1  Siri 2

BONGKAR DAP Siri 2/20 - BAGAIMANA DAP DITUBUHKAN?


Laman web rasmi DAP Malaysia dalam satu post bertajuk Sejarah Kita mencatatkan seperti berikut :


Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang “berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”

(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

D.E Leaks pernah beberapa kali sebelum ini highlight tentang matlamat DAP. Dalam kes ADUN Batang Kali, YB Datuk Mat Nadzari lwn DUN Selangor, ia juga berpunca daripada persoalan tentang matlamat penubuhan DAP yang cuba melaksanakan dasar demokrasi berparlimen di Malaysia. 

Datuk Mat Nadzari diheret di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor selepas beliau meminta penjelasan akan hal ini daripada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tetapi dibantah keras oleh para pemimpin DAP yang lain.

Apa yang membuatkan mereka marah sangat sehingga mahu Datuk Mat Nadzari dikenakan tindakan? Kenapa mereka takut? Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu? 

Jelas sekali DAP tidak mahu orang ramai khususnya generasi muda membangkitkan persoalan tentang matlamat penubuhan DAP yang dicedok dan diadun daripada nafsu perjuangan komunis (Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng) dan Parti Tindakan Rakyat (People Action Party) yang berkuasa di Singapura.

Pengiystiharan Setapak yang yang dibuat pada 29 Julai 1967 dan menjadi roh perjuangan DAP secara jelas menggariskan niat parti ini untuk mengubah lanskap politik Malaysia daripada sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan kepada sistem baharu yang kononnya berpegang kepada prinsip-prinsip keadilan kaum, kesaksamaan sosial dan ekonomi dan BERFAHAMAN SOSIALIS! 

Anda belum nampak? 


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut : 

BONGKAR DAP Siri 1/20 - KOMUNISME YANG TIDAK PERNAH MATI


Generasi muda hari ini kenal DAP sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya bercita-cita menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. 


Ironinya, tak ramai yang benar-benar tahu sejarah parti ini. Siapa yang menubuhkannya dan bagaimana ia tertubuh? Adakah DAP benar-benar demokratik seperti yang dilaung-laungkan? Adakah DAP benar-benar memperjuangkan  kesaksamaan dan kesamarataan? 

DAP, walau apa pun rupa parasnya hari ini, juga lahir dengan cita-cita yang besar yang tidak pernah pudar iaitu MENGUASAI MALAYSIA SEPENUHNYA.

Parti ini bercambah dari benih-benih komunisme yang disemai oleh kepala pengganas komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu iaitu Chin Peng melalui partinya, Parti Komunis Malaya (PKM).

Meskipun Chin Peng sudah mati dan PKM sudah luput, tetapi rantaian ideologi dan aspirasi perjuangan beliau kekal subur dan diteruskan oleh DAP melalui Lim Kit Siang yang juga sepupu kandungnya sendiri dan suku-sakatnya, tanpa pernah terputus.

Anda fikir mereka main-main? Fikir semula. Komunisme DAP hari ini tidak perlu bergantung kepada senjata api tetapi cukup sahaja dengan melaga-lagakan orang Melayu, menyerang institusi Islam dan mengamalkan rasisme atau perkauman seperti slogan "Hanya DAP Yang Kuat Boleh Melakukannya". 


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...