Dalam “Menjaga Agama Siri 2”,
diperlihatkan sisi indah prinsip Maqasid Syariah sebagai teras cara
hidup (deen) yang sempurna, meliputi penjagaan segenap aspek
kehidupan bermula daripada kepercayaan yang benar hingga pengurusan harta
dunia.
Antara lima prinsip Maqasid
Syariah yang tersebut, prinsip pertama - menjaga agama atau akidahlah yang
paling utama dan terpenting. Akidah yang ditandai dengan ucapan
kalimah syahadah adalah kunci penerimaan ibadah. Malah Allah swt
tidak akan mengampunkan dosa syirik (menyengutukan Allah dengan makhluk).
Begitulah pentingnya akidah Islam yang wajib dipertahankan walau dalam apa
keadaan sekalipun.
Kerana itu wajib dipertahankan
penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh bukan Islam. Wajib
menghalang gejala murtad (keluar Islam). Wajib ditentang dan diberi penjelasan
tentang idea-idea “liberalisme”, “pluralisme” dan “sekularisme” yang secara
halus menyesatkan dan beransur-ansur menghakis keimanan serta akidah.
Jika dibandingkan antara akidah
dengan nyawa, akidahlah lebih utama. Para mujahidin sanggup mati syahid demi
menegak kalimah tauhid. Kebahagiaan hidup yang abadi mengatasi hidup dunia yang
sementara.
Jika dibandingkan antara akidah
dengan akal, akidahlah lebih utama. Akidah yang membentuk keimanan, sanggup
melaksana apa juga suruhan Allah swt, walaupun ada yang tidak logik pada
pertimbangan akal.
Jika dibandingkan antara akidah
dengan keturunan, akidahlah lebih utama. Zuriat seperti anak-anak yang dewasa
boleh berperang pada jalan Allah, demi menegak syiar Islam.
Apatah lagi jika dibandingkan
antara akidah dengan harta, akidahlah jauh lebih utama. Harta benda hanyalah
alat untuk menjaga dan menyempurnakan perintah agama. Dengan harta kita
berzakat dan menunaikan haji. Dengan harta kita berderma dan berinfak kerana
Allah swt.
Kita prihatin soal nyawa, akal,
keturunan dan harta, tetapi tidak sekali-kali ia mengatasi soal agama – iman
dan akidah. Agama Islam – iman dan akidah, selama-lamanya nombor satu!
Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment