SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disifatkan tidak layak bertanding di kawasan Dun Bukit Antarabangsa melawan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, malahan Pengerusi NGO Malaysia itu tidak layak bertanding bagi mana-mana kawasan yang rakyatnya mengambil pendekatan sederhana.
Menurutnya, beberapa kriteria perlu dipenuhi calon yang berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa.
“Calon wajib ada latar belakang profesional dan mempunyai kematangan pentadbiran kerana masyarakat di sana (Dun Bukit Antarabangsa) terdiri dalam kalangan terpelajar dan berpendidikan tinggi.
“Calon juga perlu mempunyai ciri yang menghormati perbezaan pendapat dan menangani sebarang isu secara berhemah bukannya beremosi,” katanya.
Terdahulu, dalam program Konvoi Bermotosikal Pengundi Luar di Sekin Resort Sabak Bernam kelmarin, Jamal menyatakan hasrat berminat bertanding di kerusi tersebut yang dikatakan lebih mencabar dan memerlukan usaha keras untuk mendapatkannya.
Hasrat Jamal itu juga dalam pengetahuan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda itu berkata, beliau yakin kemampuan Jamal sebagai calon diragui dalam kepimpinan Umno.
“Jamal seorang ekstremis sangat tidak sesuai di Selangor, namun itu adalah haknya untuk bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.
“Boleh jadi BN hilang deposit jika orang sepertinya dipilih sebagai calon,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Jamal sudah banyak membantu rakyat Selangor dalam pelbagai isu dan atas kapasiti itulah beliau mempunyai kredibiliti untuk mencabar Mohamed Azmin di Dun Bukit Antarabangsa.
"Jamal layak lawan Azmin memandangkan dia sudah banyak tolong rakyat Selangor, contohnya dalam jualan ikan murah dan segar sehingga dia dikenali ramai," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan geran tahunan kepada PBT Selangor di sini semalam.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment