Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, 17 January 2018

AZMIN BERUNDING DENGAN PAS SECARA SENYAP???

Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Namun pada masa yang sama, PKR Selangor telah melakukan rundingan sulit dengan PAS negeri Selangor bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti
Perjumpaan ini di ketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri Selangor tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dan telah di aturkan oleh Azmin sendiri.
Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor sahaja.
Selain itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan PAS, malah mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Azmin juga dikatakan tidak yakin dengan parti serpihan PAS iaitu PAN dalam Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU14 di Selangor.
Maka, Azmin membuat pertemuan sulit bersama PAS Selangor dan berundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Mohamed Azmin dalam menangani isu kerjasama dengan PAS sebagai penyebab perpecahan dalam parti.
Selain itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menggesa Mohamed Azmin tidak patuh dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

Sunday, 31 December 2017

SIAPA SYED HUSIN ALI NAK TEMPELAK MAHATHIR?


Bekas pemimpin PKR, Dr. Syed Husin Ali menempelak permohonan maaf yang dilafazkan oleh Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapannya dalam Mesyuarat Agung Pertama parti tersebut di Shah Alam, semalam.

Melalui satu kenyataan yang dihantar di laman Twitternya, bekas Timbalan Presiden PKR itu mempersoalkan motif dan keikhlasan Dr. Mahathir memohon maaf tanpa menyatakan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukannya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Mahathir sebaliknya menjelaskan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya secara terbuka di hadapan kira-kira 200 orang perwakilan itu hanyalah bersifat adat semata-mata dan tidak bermaksud yang beliau pernah melakukan sebarang kesalahan pada masa silam.

Umum mengetahui ketika eranya, Dr. Mahathir pernah memecat Anwar Ibrahim atas kesalahan rasuah dan liwat, sesuatu yang masih tidak dapat diterima oleh sebahagian besar para penyokong Anwar.

Peristiwa pemecatan ini juga menjadi detik-detik awal kebangkitan Reformasi 98 dan penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang  berjuang untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

Pada 3 Ogos 2003, PKN mengambil keputusan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dipimpin oleh Syed Husin ketika itu sekaligus mengumumkan nama baharu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penggabungan tersebut dimuktamadkan. Menurut sumber yang rapat dengan Wan Azizah, Syed Husin menerima sejumlah wang sebelum bersetuju dengan penggabungan ini dan dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, Dr. Mahathir juga dikenang sebagai individu yang bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas penduduk Kampong Memali yang terletak dalam mukim Siong di Baling, Kedah pada 19 November 1985.

Dalam serangan berdarah tersebut, sejumlah 14 orang terkorban termasuk pemimpin kumpulan yang dikenali sebagai Ibrahim Libya, bekas pegawai agama di Jabatan Perdana Menteri yang sering dijemput menyampaikan ceramah oleh RTM sebelum beliau mengangkat senjata memerangi kerajaan pimpinan Dr. Mahathir.

Meskipun peritiwa ini telah lama berlalu, namun persoalan mengenai punca sebenar pemberontakan ini berlaku dan siapakah individu yang patut dipersalahkan di pihak kerajaan, terus diperdebatkan oleh rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu Dr. Mahathir dilaporkan menyalahkan para mufti kerana gagal bertindak ke atas fatwa memerangi pemerintah yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (kini Presiden PAS) sehingga mendorong Ibrahim Libya dan para pengikutnya memberontak ketika itu.

Pun begitu, bagi sesetengah pemerhati dan ahli akademik, tindakan keterlaluan yang diambil oleh pihak keselamatan dalam menangani krisis ini adalah amat tidak wajar. Ia sepatutnya berakhir dengan kesudahan yang lebih baik jika tiada arahan supaya tindakan keras digunakan ke atas para penduduk kampong dikeluarkan oleh kerajaan pada waktu tersebut.

Ini hanya dua contoh sahaja. Hakikatnya terdapat terlalu banyak rekod dan catatan yang menunjukkan kepimpinan Dr. Mahathir dahulu mempunyai pelbagai masalah dan kelemahan. Pada waktu tertentu, ia menjadi sangat tidak masuk akal seperti skandal Forex yang baru-baru ini dibongkarkan semula melalui sebuah jawatankuasa khas  yang ditubuhkan untuk mencari kebenaran di sebalik isu ini.

Apa pun inilah Mahathir Mohamad. Beliau pernah menangis teresak-esak di hadapan perwakilan UMNO, mengumumkan perletakan jawatan, diterpa oleh Rafidah Aziz dan drama ini kemudiannya berakhir dengan Mahathir kembali ke pejabat Perdana Menteri seperti biasa keesokan harinya.

Justeru aksi Mahathir memohon maaf ketika Mesyuarat Agung PPBM ini bukanlah suatu yang baru dan menggemparkan. Namun ia tetap unik dan menarik. Jika tidak, masakan tokoh seperti Dr. Syed Husin Ali ini boleh mengomentarikan perlakuan Mahathir itu secara terbuka. Beliau pun jelik, barangkali.

Jika umur Mahathir masih panjang, kemungkinan besar kita akan berpeluang melihat lebih banyak drama seumpama ini pada masa-masa akan datang. Paling cepat, minggu hadapan.  

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

MAHATHIR DIPERKUDA UNTUK BEBASKAN ANWAR

Itulah sebenarnya yang dicatur dan direncanakan oleh PKR apabila bersetuju melantik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya pasca PRU14 kelak. 

Lantikan berstatus sementara ini hadir dengan syarat Anwar mesti dibebaskan oleh kerajaan sebelum jawatan Perdana Menteri itu diserahkan kepadanya sekaligus menyempurnakan segala cita-cita politik peribadi pesalah liwat tersohor itu. 

Situasi ini, jika berlaku, menjadi simbol betapa Pakatan Harapan amat terdesak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengubah keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. 

Ini juga, apabila berlaku nanti, menjadi bukti tentang budaya politik songsang dan di luar norma sosial yang diamalkan Pakatan Harapan kerana tergamak mencampuri urusan dan sistem keadilan negara, dasar yang selama ini dihormati dan dipatuhi rakyat berdasarkan prinsip pengasingan kuasa yang dipraktikkan sejak kemerdekaan negara ini. 

Kita juga boleh menjangkakan tindakan-tindakan mereka yang seterusnya selepas tindakan besar (membebaskan Anwar dari kesalahan liwat | baca : bebas dari mahkamah dan bebas daripada tuduhan) ini diambil. Adakah ini bermaksud sistem keadilan dan ketelusan pentadbiran kerajaan akan menjadi lebih baik dan mulia apabila pengamal liwat yang didapati bersalah (sebanyak dua kali) di bawah sistem undang-undang sedia ada dibebaskan? 

Selain itu ada persoalan yang lebih besar yang ingin kami lontarkan. Dengan segala harapan yang diletakkan oleh kepimpinan Pakatan Harapan selama ini, adakah para penyokong dan pentaksub Dr. Mahathir akan bersetuju dan menerima keputusan pelik ini? 

Bukankah mereka yang menyokong bekas Perdana Menteri 22 tahun itu mahu beliau menjadi Perdana Menteri semula atas kapasiti dan kredit yang dimilikinya, bukannya kerana mahu menaikkan Anwar Ibrahim melalui jalan pintas? 

Apa pun keputusannya, kami tetap berpandangan bahawa Pakatan Harapan kini benar-benar terdesak dan ketandusan calon pemimpin berkaliber yang boleh diangkat sebagai 'the next Prime Minister' bagi menggantikan Najib Razak. Celaru, haru biru, tiada arah tuju. Mungkin tiga perkataan ini paling tepat untuk menggambarkan suasana sebenar dalam kem Pakatan Harapan sekarang. Tidak langsung lebih baik. 




Tuesday, 26 December 2017

SKANDAL RASUAH AZMIN ALI : AZMIN ALI MERANGKA SISTEM ROMPAKAN HALAL MELALUI GLC DAN SAFEE SALI TURUT TERLIBAT?

Apabila Azmin Ali dikaitkan dengan isu rasuah,penyokong pakaton membutakan mata seperti tidak ada apa dan tidak mengapa. Seolah-olah pakaton suci memimpin walaupun penuh dengan korupsi.

25 Disember 2017
1. Ketika dibawah Menteri Besar Khir Toyo dan sebelum itu industri pasir menjadi lubuk kekayaan dikelompok yang rapat dengan Menteri Besar. KKSB atau Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah ditubuhkan ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar negeri Selangor dengan bertujuan menyelaras industri perlombongan pasir (sumber asli mineral) secara profesional dengan mengoptimakan keuntungan kepada kerajaan (rakyat) Selangor. Selain KKSB banyak GLC telah distruktur semula dibawah Khalid Ibrahim bagi mengoptimumkan keuntungan . Namun semua itu bertukar sebaliknya malah lebih teruk dari zaman sebelum PRU 2008 apabila Khalid dijatuhkan dan digantikan Azmin Ali. KKSB contohnya bertukar menjadi lubuk kekayaan dan menjadikan ia sebahagian dari sistem rompakan yang dihalalkan.
2. Pendedahan ini bagi mendesak Azmin atau nama - nama yang disebut berikutnya bagi menjawab dan memberi respon. Cuma nasihat saya sebelum menjawab sila berfikir dahulu kerana tulisan ini cuma 'appetizer' (mukadimah) kepada isu lebih besarlagi.
3. Pada 2016 telah ditubuhkan sebuah syarikat Selpump & Machineries Sdn Bhd (Selpump) yang pada mulanya dikenali sebagai anak syarikat KKSB namun kemudian setelah ada beberapa Lembaga Pengarah KKSB 'bising' kerana syarikat itu diwujudkan tanpa melalui proses yang betul. Sebagai rekod tidak ada minit mesyuarat Lembaga Pengarah KKSB merekodkan kelulusan kewujudan Selpump & Machineries Sdn Bhd. Namun Selpump & Machineries Sdn Bhd telah diwujudkan pada 2016 dengan pendaftaran SSM 1189847 - K. Dengan merekodkan Abdul Rahman Ishak yang juga merupakan CEO KKSB sebagai Lembaga Pengarahnya. Selain itu Putera Azamuddin Shah Bin Abd Aziz (35 tahun), Mohd Hafiz B. Abd Rahman (34 tahun), Mohd Safee B. Mohd Sali (33 tahun). Bila ramai yang bising mengenai kewujudn Selpump tanpa sebarang minit persetujuan dari Lembaga Pengarah KKSB, identiti Selpump telah ditukar dari anak syarikat KKSB dikenali hanya sebagai syarikat bersekutu sahaja.
4. Persoalan pertama ialah apa perlunya Selpump diwujudkan malah peliknya yang secara tergesa - gesa dan tidak mengikut prosedur ? Malah peranan selpump dan KKSB juga dilihat bertindih. Siapa yang memilih dan apa latar belakang Lembaga Pengarah Selpump selain dari kelompok muda pengampu Azmin Ali ?
5. Paling pelik dan sangat menarik ialah apabila KKSB dengan surat ditandatangani oleh CEO nya iaitu Abdul Rahman Ishak telah memberikan perniagaan bernilai jutaan ringgit kepada Selpump yang mana Rahman juga merupakan Lembaga Pengarahnya.
6. Lebih -lebih menarik lagi dua orang dari Lembaga Pengarah Selpump telah menubuhkan sebuah syarikat pasir yang dinamakan Tupai Sari Sdn Bhd 1076150-P. Tupai Sari berdasarkan siasatan kami mencatatkan Mohd Hafiz Abd Rahman dan Mohd Safee Mohd Sali selain Rokiah Hassan merupakan pemilik syarikat Tupai Sari Sdn Bhd yang mendapat jutaan keuntungan kerana terlibat dengan perniagaan perlombongan di Selangor dengan kebenaran KKSB.
7. Analogi : Rahman dilantik untuk mengendalikan syarikat A oleh Kerajaan Negeri. Rahman menubuhkan syarikat B yang dia sendiri secara individu Pengarah Syarikat B. Rahman melantik Hafiz dan Safee selaku Pengarah bersamanya dalam syarikat B yang kemudianya Hafiz dan Safee menubuhkan pula syarikat C yang mana Hafiz dan Safee sendiri selaku Pengarah dalam syarikat C.
Rahman selaku yang menguruskan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri) telah mengeluarkan surat dengan tandatangan Rahman menganugerahkan 'perniagaan' kepada syarikat B yang mana Rahman merupakan Pengarahnya bersama Safee dan Hafiz. Safee dan Hafiz pula pemilik syarikat C yang mana mendapat keuntungan dari teras perniagaan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri).
Nota tambahan.
Menurut carian Safee Sali nama yang disebut kemungkinan merupakan bintang bolasepak negara, mohon individu ini membuat pengesahan atau penafian.
semua dokumen asal akan dikongsi dalam sidang media selepas respon mereka yang dinamakan dalam catatan ini
seperti ditegaskan dalam awal catatan ini , tulisan ini hanya 'appetizer' kepada beberapa isu besar berkaitan bagaimana Kartel Azmin Ali melakukan rompakan 'halal' bersistem di Selangor. Bawah ini antara yang akan didedahkan selain kes penipuan tuntutan, pembocoran maklumat perniagaan serta pemalsuan.
Mohon bantuan semua yang berjuang atas nama perubahan melawan korupsi tanpa mengira kepentingan untuk sama menyebarkan catatan mukadimah pendedahan ini. Kepada pihak media mohon untuk mendapatkan respon kesemua nama yang disebut di atas.
Simpati saya rakamkan buat semua 'pejuang PH' khususnya dari PKR yang sehingga kini begitu ikhlas 'bergolok bergadai' sanggup susah bekerja untuk parti, dari edar risalah sehingga gantung bendera. Namun dalam kepayahan kamu sejak awal kamu terus susah payah sedangkan ada sekelompok manusia sedang menghirup kekayaan melalui rompakan awal.
Pendedahan ini sudah tentu akan dijawab dengan mudah iaitu che'GuBard makan dedak dan sebagainya. Begitulah resamnya jika serang Umno buat pendedahan akan dikatakan agen pembangkang. Jika serang pembangkang buat pendedahan akan dikatakan makan dedak Umno. Adakah kebenaran sudah tidak bernilai dalam perjuangan politik hari ini ?
Slogan rakyat hanya diguna demi memperoleh kuasa. Selepas berkuasa slogan rakyat terus diguna untuk menutup rompakan.
catatan ; che'GuBard, bekas MPP PKR yang dipecat keanggotaan kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR






Thursday, 21 December 2017

KERAJAAN DAP TIDAK TELUS DAN INTEGRITI SETELAH SYARIKAT SDN BHD BERMODAL RM2 DAPAT PROJEK JUTA-JUTA HASIL DARIPADA DUIT RAKYAT


1) Pada 7-10 Disember lalu, kerajaan DAP Selangor telah menganjurkan Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau dengan jumlah peruntukan RM1 juta (duit rakyat) di bawah Projek Kebudayaan Negeri.

2) Walaupun sebanyak 30 program diatur sepanjang penganjuran festival ini berlangsung, namun hanya beberapa program sahaja yang mendapat sambutan kerana festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri Selangor.

3) Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah menyatakan bahawa kontrak penganjuran festival ini telah dianugerahkan secara langsung kepada sebuah NGO kebudayaan yang dikenali sebagai PUSAKA dan kurator utamanya adalah Eddin Khoo (DAP).

4) Namun begitu,terdapat dakwaan bahawa NGO PUSAKA tersebut bukanlah sebuah persatuan, sebaliknya adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Seni Pusaka Sdn Bhd. 

5) Yang lebih menarik perhatian, nama Pengarah dan pemegang saham Seni Pusaka Sdn Bhd yang hanya bermodalkan RM2 ini, adalah milik Eddin Khoo (DAP) iaitu kurator utama bagi Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau.Adakah ini suatu kebetulan atau sesuatu yang dirancang?

6) Yang sebenarnya, wang penganjuran festival ini dibayar kepada NGO PUSAKA atau syarikat sendirian berhad?

7) Jika dakwaan ini benar, adakah pemilihan entiti benar-benar memenuhi kriteria yang memenuhi objektif festival ini? 

8 ) Adakah pemberian kontrak secara langsung ini adalah amalan baru bagi kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali yang selama ini melaungkan urus tadbir yang sangat telus dan baik?

9) Kemusykilan dan persoalan ini ditimbulkan kerana rakyat Selangor tidak tahu perkara yang sebenar dan kerajaan negeri mesti memberikan penjelasan dan berkata benar kerana ini juga merupakan hak rakyat Selangor.

10) Penganjuran festival oleh kerajaan negeri dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh ini melihatkan bagaimana ketulusan kerajaan negeri Selangor yang selama ini mendabik dada sebagai sebuah kerajaan yang telus, berintegriti dan prithatin rakyat.

11) Jika kerajaan DAP adalah sebuah kerajaan negeri yang telus dan perihatin rakyat, mereka tidak akan menggunakan wang rakyat semata-mata untuk pelaksanaan program yang gagal mencapai sasaran dan objektif.

Tuesday, 28 November 2017

JAMAL TAK LAYAK LAWAN AZMIN

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disifatkan tidak layak bertanding di kawasan Dun Bukit Antarabangsa melawan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, malahan Pengerusi NGO Malaysia itu tidak layak bertanding bagi mana-mana kawasan yang rakyatnya mengambil pendekatan sederhana.

Menurutnya, beberapa kriteria perlu dipenuhi calon yang berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa.

“Calon wajib ada latar belakang profesional dan mempunyai kematangan pentadbiran kerana masyarakat di sana (Dun Bukit Antarabangsa) terdiri dalam kalangan terpelajar dan berpendidikan tinggi.

“Calon juga perlu mempunyai ciri yang menghormati perbezaan pendapat dan menangani sebarang isu secara berhemah bukannya beremosi,” katanya.

Terdahulu, dalam program Konvoi Bermotosikal Pengundi Luar di Sekin Resort Sabak Bernam kelmarin, Jamal menyatakan hasrat berminat bertanding di kerusi tersebut yang dikatakan lebih mencabar dan memerlukan usaha keras untuk mendapatkannya.

Hasrat Jamal itu juga dalam pengetahuan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda itu berkata, beliau yakin kemampuan Jamal sebagai calon diragui dalam kepimpinan Umno.

“Jamal seorang ekstremis sangat tidak sesuai di Selangor, namun itu adalah haknya untuk bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.

“Boleh jadi BN hilang deposit jika orang sepertinya dipilih sebagai calon,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Jamal sudah banyak membantu rakyat Selangor dalam pelbagai isu dan atas kapasiti itulah beliau mempunyai kredibiliti untuk mencabar Mohamed Azmin di Dun Bukit Antarabangsa.

"Jamal layak lawan Azmin memandangkan dia sudah banyak tolong rakyat Selangor, contohnya dalam jualan ikan murah dan segar sehingga dia dikenali ramai," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan geran tahunan kepada PBT Selangor di sini semalam.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

STANDARD AZMIN HANYA LAYAK LAWAN JAMAL - NOH OMAR



SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya layak melawan Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.Demikian ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sambil menyifatkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu banyak membantu rakyat negeri itu termasuk jualan ikan murah dan restoran makanan percuma.

“Memanglah (layak lawan) sebab Azmin ini yang layak lawan dia, Jamal saja, bukan standard Azmin nak lawan Datuk Seri Najib. Dengan saya dulu dia (Azmin) ajak lawan di Tanjung Karang, tapi dia nak pergi ke Pekan.

“Sebenarnya Azmin ini Jamal saja standard dia untuk lawan (PRU14). Sebab Jamal pun saya tengok banyak dia tolong rakyat Selangor,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Tahunan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Semalam, Jamal selaku Pengerusi Gabungan NGO Malaysia menawarkan diri bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang kini disandang oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin sejak Pilihan Raya Umum (PRU12) pada 2008.

Jamal berkata, beliau merasakan DUN Bukit Antarabangsa itu sesuai untuk ditandinginya memandangkan kerusi itu merupakan kubu kuat menteri besar Selangor.

Menurut Noh, hasrat Jamal itu bertepatan pada masanya apabila ketika ini banyak usaha membantu rakyat yang dihalang oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Mohamed Azmin.

“Bayangkan nak bagi jual ikan murah pun dapat halangan. Kerajaan negeri kena faham. Kalau projek itu boleh mendatangkan keuntungan mungkin dia boleh halang.

“Tapi kalau projek itu untuk tolong rakyat, untuk kebajikan rakyat, patutnya guna budi bicara sikit untuk kepentingan rakyat,” jelasnya.

Noh berkata lagi, Jamal satu-satunya calon yang layak mencabar Mohamed Azmin memandangkan segala usaha membantu rakyat yang dilakukan Jamal sering mendapat halangan daripada kerajaan negeri.

“Standard dia (Azmin) Jamal saja, sebab Jamal selalu perjuangkan rakyat Selangor dengan apa cara pun.

“Apa yang Jamal buat pun saya tengok kadang-kala banyak dapat halangan juga, jadi eloklah Azmin lawan dengan Jamal,” katanya lagi. 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

PRU-14 : JAMAL MAHU CABAR AZMIN ALI



Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jamal ketika mengumumkan hasratnya itu memberitahu, beliau lebih berminat bertanding di kerusi itu kerana menyifatkannya lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh daripadanya.


"Saya melihat tempat yang paling sesuai untuk saya bertanding pada pilihan raya umum  akan datang adalah di Bukit Antarabangsa yang sekarang ini disandang oleh Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali).

"Bagi saya untuk menandingi beliau di sana, bukanlah masalah kerana rakyat melihat siapakah Azmin ini yang hanya pandai bercakap semata-mata tetapi tidak sedikit pun membantu rakyat terutamanya di kawasan beliau," katanya kepada pemberita selepas Program Konvoi Bermotosikal Pengundi Luar di Sekin Resort.


Pada pilihan raya umum lalu, DUN Bukit Antarabangsa dimenangi Mohamed Azmin selepas memperoleh 4,044 majoriti undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nadzim Ibrahim yang mendapat 12,458 undi.

Menurut Jamal hasrat beliau untuk bertanding di kerusi disandang Mohamed Azmin itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, dan juga setelah melalui perbincangan bersama kepemimpinan UMNO bahagian Ampang.



"Saya tahu kuasa menentukan calon ini terletak pada pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi saya amat berharap dicalonkan di DUN Bukit Antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, Jamal  memaklumkan bahawa beliau telah merancang pelbagai program di kawasan Mohamed Azmin dan paling terdekat ialah program jelajah jual ikan pada harga patut, Jumaat ini.

"Saya telah berjumpa dengan rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ampang dan akan disusuli dengan perjumpaan bersama masyarakat Cina," ujarnya.

- Utusan Malaysia 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

SKANDAL TANAH SUNGAI YU : PEMIMPIN PKR DIDAKWA BOLOT TANAH 'RAPAT' DENGAN AZMIN?

Pemimpin PKR yang didakwa membolot sejumlah tanah di Sungai Yu berada
di belakang (kiri) Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

SHAH ALAM 27 Nov. – Kisah kronisme dalam skandal tanah di Kampung Sungai Yu kini semakin jelas di manakah puncanya bermula apabila salah seorang daripada tiga pemimpin PKR yang didakwa membolot lot tanah dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malah, pemimpin PKR Sungai Yu itu sering kali dilihat berdam­pingan dengan Mohamed Azmin dalam pelbagai program politik atau kerajaan negeri yang dirasmikan Timbalan Presiden PKR tersebut.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang penduduk Sungai Yu, B. Vakran, yang kecewa de­ngan sikap membisu kerajaan PKR Selangor dalam isu penyalahgunaan kuasa dan kronisme di sebalik skandal tanah berke­naan walaupun satu demi satu bukti penyelewengan terlondeh.

“Dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memilih siapa yang layak menerima tanah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, pemimpin PKR didakwa terbabit membolot empat lot tanah iaitu menggunakan nama sendiri, adik-beradik dan ayah­nya.

Skandal penganugerahan ta­nah Sungai Yu kini panas, apabila terbongkarnya kewujudan 18 ‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), diberikan turut tanah tersebut.

Selain itu, skandal tersebut juga menyerlahkan amalan kronisme kronik apabila beberapa pemimpin PKR didakwa membolot tanah yang sepatutnya diberikan kepada rakyat serta bagaimana syarat utama kelulusan sendiri dilanggar kerajaan PKR Selangor.

Dalam pada itu, Vakran berkata, proses pemilihan tanah tersebut sejak dari awal lagi tidak dilaksanakan dengan telus kerana bagaimana seorang pemimpin PKR yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memilih diri sendiri sebagai penerima.

“Pihak yang terlibat dengan pemilihan dan skandal ini termasuk kerajaan negeri tahu apa yang berlaku tetapi mengapa berdiam diri?” soalnya.



#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Wednesday, 22 November 2017

SKANDAL TANAH SUNGAI YU - DUA KELUARGA PENERIMA TERBESAR DIDEDAHKAN


Sekurang-kurangnya dua buah keluarga menjadi penerima terbesar dalam senarai penerima lot tanah berpotensi tinggi di Kg. Sungai Yu, Mukim Hujung Permatang, Kuala Selangor berdasarkan rekod jawapan bertulis yang dibekalkan oleh kerajaan negeri kepada YB Datuk Sulaiman Abdul Razak. 

Semakan terhadap senarai yang dikeluarkan itu, selain keraguan mendalam pada data penerima yang diberikan, menunjukkan keluarga Maniam A/L Thangarajoo dan keluarga Ponniah A/L Tharmalingam menerima 13 lot tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui pemberian ini.

Berikut ialah senarai penerima dari keluarga Maniam A/L Thangarajoo :

1. Maniam A/L Thangarajoo
2. Shanti A/P Raman (isteri Maniam)
3. Mokanasunderam A/L Thangarajoo (adik beradik)
4. Baskaran A/L Tanggarajoo (adik beradik)
5. Thaiyalan A/L Thangarajoo (adik beradik)
6. Vasantha A/P Thangarajoo (adik beradik)
7. Poobalan A/L Maniam (anak Maniam)
8. Thilagawathy A/P Maniam (anak Maniam)
9. Indradevi A/P Subramaniam (isteri Mokanasunderam)

Berikut pula ialah senarai penerima dari keluarga Ponniah A/L Tharmalingam :

1. Ponniah A/L Tharmalingam (ayah)
2. Narayansamy A/L Ponniah (anak)
3. Malarsilvan A/L Ponniah (anak)
4. Jothilingam A/L Ponniah (anak)

Menurut jawatankuasa bantahan, kedua-dua keluarga ini merupakan penyokong kuat PKR di tempat tersebut selain mempunyai hubungan yang rapat dengan Exco yang disyaki menjadi dalang di sebalik skandal ini sekaligus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan yang dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Azmin Ali selaku Menteri Besar yang turut bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran tanah di Selangor sepatutnya meneliti senarai nama penerima yang dipilih ini sebelum memberikan apa-apa kelulusan. Tapi apa yang Azmin buat? 

SKANDAL TANAH SUNGAI YU - AZMIN JANGAN PURA-PURA TAK TAHU


Sikap berdiam diri Azmin Ali dalam isu skandal tanah Sungai Yu sedikit sebanyak telah menghakis kepercayaan para penduduk terhadap kredebilitinya sebagai Menteri Besar Selangor yang turut bertanggungjawab dalam soal pengurusan tanah di negeri ini. 

Untuk rekod, hingga kini para penduduk telah mengadakan tiga siri bantahan secara terbuka selain menghantar surat-surat dan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. 

Azmin sepatutnya tahu isu ini amat penting bagi penduduk-penduduk yang membuat bantahan. 

Mereka tidak membantah keputusan kerajaan negeri meluluskan pemberian lot-lot tanah berpotensi itu kepada para penerima yang benar-benar layak tetapi mempersoalkan kaedah pemberian yang disyaki berlaku penyelewengan melibatkan penerima tertentu. 

Sebagai contoh, berdasarkan kriteria yang ditetapkan, setiap penerima perlu memenuhi syarat pendapatan di bawah RM3,000 tetapi selepas semakan dibuat, jawatankuasa bantahan mengesan wujud penerima yang memiliki pendapatan lebih tinggi daripada syarat tersebut. 

Selain itu, lebih mengejutkan, terdapat sekurang-kurangnya dua buah keluarga menjadi penerima terbesar di sebalik pemberian ini. 

Jawatankuasa bantahan yang menyemak maklumat ini turut mendapati keluarga-keluarga ini terdiri daripada penyokong kuat PKR serta mempunyai hubungan yang rapat dengan salah seorang Exco kerajaan negeri. 

Macam mana Azmin Ali tidak tahu atau tidak dimaklumkan tentang maklumat-maklumat ini? Bukankah selama ini dia memomokkan rakyat Selangor kononnya pentadbirannya cekap, telus dan bersih? 

Isu ini juga sudah dibangkitkan oleh ADUN Permatang, YB Datuk Sulaiman Abd Razak di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor, Sidang Ketiga Penggal Kelima Tahun 2017 baru-baru ini. Tak silap kami Azmin Ali ada di dewan ketika Datuk Sulaiman membangkitkan hal ini selain Exco berkenaan. 

Justeru Azmin tak perlulah nak buat-buat bodoh seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di sebalik isu ini. Penyelewengannya terlalu ketara dan penduduk mahukan jawapan yang jelas, bukan dolak dalih lagi. 

PAKATAN HARAPAN BEREBUT KERUSI PAS DI SELANGOR


Pertandingan tiga penjuru di Selangor dalam PRU14 semakin pasti berlaku apabila Pakatan Harapan mengumumkan persetujuan untuk membahagikan sejumlah 21 kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS selepas parti itu meninggalkan blok pembangkang bagi menubuhkan Gagasan Sejahtera.

Menurut laporan Oriental Daily, daripada 21 kerusi itu, DAP diberikan enam kerusi, iaitu Taman Templer, Paya Jaras, Dusun Tua dan Lembah Jaya, manakala dua lagi kerusi iaitu Meru dan Tanjong Sepat kemungkinan akan bertukar dengan PAN di saat akhir.

Selain itu, DAP juga hampir pasti meletakkan calon-calon Melayu di kesemua enam kerusi tersebut sekaligus bakal mencetus pertembungan sengit dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

PAN pula diberikan tugas merampas DUN   Chempaka, Seri Serdang, Morib dan Bangi sementara parti bermasalah, PPBM akan mengambil alih kerusi-kerusi di DUN Sabak Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Sungai Air Tawar dan Hulu Bernam.

Berdasarkan keputusan pembahagian kerusi ini, jelas dilihat kesungguhan DAP untuk menawan negeri Selangor secara mutlak melalui PRU14 dengan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti orang Melayu meskipun parti itu sendiri bersikap dingin terhadap kaum Melayu di negara ini.

Dalam sesi pemilihan semula CEC DAP misalnya, tiada seorang pun calon Melayu berjaya melepasi senarai 20 orang anggota jawatankuasa pusat tersebut melalui undian yang dilakukan pada 12 November yang lalu. Dalam bahasa yang lebih lunak, Melayu tiada tempat langsung dalam parti cauvanist ultrakiasu itu.

Tidak dapat disahkan adakah keputusan pembahagian kerusi ini turut dipersetujui oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar. Sumber terdekat bagaimanapun membayangkan Azmin masih berminat meneruskan rundingan dengan PAS bagi membentuk kerjasama berasingan dalam usaha beliau mengekalkan kedudukannya.

Azmin berulang kali meluahkan kerisauannya semasa mesyuarat dalaman PKR negeri berhubung situasi semasa Pakatan Harapan di Selangor yang dilihat semakin goyah. Beliau juga tanpa berselindung turut meragui kemampuan parti serpihan seperti PAN dan PPBM untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Bagi pemerhati politik, sekiranya pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan, peluang untuk Azmin Ali mengekalkan kerajaannya semakin tipis lebih-lebih tanpa PAS yang diketahui menjadi faktor utama kemenangan pakatan pembangkang di Selangor dalam dua siri pilihan raya umum sebelum ini.

Adakah Azmin Ali hanya akan berdiam diri sahaja selepas ini?

TANPA PAS, PAKATAN TIADA HARAPAN

Dr. Mun’im Ilyas
Panel Pemikir
Darul Ehsan Leaks


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 


Monday, 20 November 2017

NAFSU BESAR AZMIN NAK JADI PERDANA MENTERI


Jika betul kiraannya, Azmin boleh naik jadi Perdana Menteri selepas PRU-14 ini sekiranya Pakatan Harapan berjaya kalahkan Barisan Nasional.
Berdasarkan perkembangan semasa, PPBM dilihat seperti telur di hujung tanduk yang menanti masa dibatalkan penubuhannya oleh ROS.
Sebagai komponen dalam Pakatan Harapan, sudah tentulah PPBM turut memiliki peruntukan konstituensi sendiri sama seperti parti-parti lain.
Jika dibatalkan, Pakatan Harapan mempunyai dua pilihan sahaja sama ada merombak semula peruntukan kerusi atau memindahkan peruntukan yang diberikan kepada PPBM ke dalam mana-mana parti sedia ada.
Dengan reputasi PPBM sebagai parti serpihan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya pula masih mempunyai DNA UMNO yang kuat, adalah agak mustahil untuk mereka menyertai DAP atau bertanding atas tiket DAP atau PAN.
Satu-satunya pilihan yang ada ialah PKR. Tambahan pula PKR juga adalah sebuah parti serpihan UMNO yang lahir daripada kekecewaan dan kebencian.
Ironinya, PKR ditubuhkan atas kebencian dan kekecewaan Anwar terhadap Mahathir sedangkan PPBM pula ditubuhkan atas kekecewaan dan kemarahan Mahathir terhadap Najib Razak.
Secara BIOLoginya, PKR dan PPBM berkongsi DNA yang sama. Yang akan menyatukan kedua-dua parti menjadi lebih kuat ialah iltizam menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.
Justeru jika pemindahan kerusi ini berlaku, maka PKR akan mempunyai kelebihan untuk membentuk majoriti dalam Pakatan Harapan sekaligus memintas DAP.
Ini juga bermakna peruntukan kerusi untuk PKR akan bertambah.
Jika ini berlaku, nauzubillah, maka laluan untuk Azmin menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri semakin cerah tatkala Anwar masih di penjara manakala Wan Azizah pula, apa yang boleh dia buat selain bermain kipas?
Jangan lupa, PKR ada rekod ‘membeli’ parti politik bagi menguatkan kedudukannya sebelum ini. Tak mustahil ia akan berlaku sekali lagi.

JIKA BUKAN BN ATAU PAKATAN HARAPAN, ADAKAH PAS AKAN JADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA?

Tidak jelas, setakat ini, apakah hala tuju sebenar PAS menjelang PRU-14 yang dijangkakan akan berlangsung dalam tempoh kurang daripada 125 hari dari sekarang.

Untuk rekod, PAS menjadi satu-satunya parti politik yang paling kerap mengubah dasar dan hala tuju.

Walaupun ia cuba kekal dengan imej parti Islam kedua terbesar di negara ini selepas UMNO, namun dalam beberapa siri pilihan raya umum sebelum ini, PAS dilihat cenderung mengubahsuai dasarnya agar diterima oleh orang ramai sehingga pernah dilabel sebagai parti flip flop atau tidak tetap pendirian.

Ketika bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU-13 pada 2013 yang lalu, PAS telah secara konsisten, mengubah pendiriannya daripada perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan atas desakan dan tuntutan bersama daripada DAP dan PKR.

Presiden PAS, Hadi Awang malah direkodkan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hudud, yang selama ini menjadi dasar perjuangan parti itu, bukanlah tuntutan utama dalam politik dan kenegaraan khususnya di Malaysia.

Menurut Hadi Awang, Hudud hanya mewakili 0.00001% sahaja daripada keseluruhan isi kandungan Al-Quran berbanding hal-hal seperti kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi, pendidikan dan sebagainya lagi.

Nada ini sama sekali berbeza ketika PAS di bawah kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang suatu ketika dahulu tidak pernah goyah daripada perjuangan negara Islam walaupun diasak dan dihimpit oleh pelbagai pihak khususnya DAP.  

Hari ini, apabila sudah tidak lagi bersama DAP dalam Pakatan Harapan, para penyokong PAS seolah-olah ternanti-nanti apakah hala tuju baharu parti itu di bawah Hadi Awang. Adakah PAS akan kembali kepada roh yang lama dengan jenama Islam yang sebenar?

Walau bagaimanapun, bagi pemerhati politik, jika Hadi mengambil pendirian tersebut pada waktu yang kritikal ini, ia sedikit sebanyak akan menolak PAS ke belakang dalam senarai parti pilihan rakyat Malaysia khususnya golongan moderat non-partisan termasuk dalam kalangan orang bukan Islam yang selama ini tidak menunjukkan minat secara langsung terhadap perkembangan politik negara.

Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perselisihan dalam kalangan pemimpin PAS yang terdiri daripada golongan ulamak dan juga penyokong-penyokong yang masih setia dan percaya akan kredebiliti parti ini sebagai pilihan ketiga yang mampu menentukan corak pentadbiran negara pasca PRU-14 kelak.

Pastinya Hadi dalam dilema besar.

Difahamkan, ketika ini PAS sedang membina semula kepercayaan yang hilang bukan sahaja dalam kalangan para penyokong tetapi juga dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik dari parti lain sebagai persiapan penting menjelang pembubaran Parlimen yang dijangka berlaku sebelum Jun 2018.

Antara strategi yang diatur termasuklah membina kerjasama di luar blok politik sedia ada termasuk berunding secara langsung dengan PKR di Selangor, Perak dan Terengganu tanpa melibatkan campur tangan daripada DAP atau PPBM yang dipimpin oleh seteru utama PAS iaitu Lim Kit Siang dan Dr. Mahathir.

Sehingga kini usaha ke arah membentuk kerjasama ini terus giat dilakukan terutamanya di Selangor. Walaupun bagi sesetengah pemerhati tindakan ini agak janggal dan bakal menimbulkan lebih banyak masalah di kemudian hari, nampaknya bagi pemimpin PAS mahupun PKR sendiri khususnya Azmin Ali, ia adalah pilihan terbaik yang perlu dipertimbangkang lebih-lebih lagi dalam situasi kebergantungan terhadap PAN iaitu parti serpihan PAS  menjadi semakin samar dan penuh keraguan.

Pun begitu, persoalannya asasnya tetap sama, adakah PAS akan kembali melagukan irama yang sama iaitu Hudud dan Negara Islam atau akan mencipta agenda baharu yang lebih sederhana dan boleh diterima ramai sekaligus mengenepikan perjuangan asalnya? 

Jika kembali kepada agenda Hudud dan Negara Islam, adakah orang bukan Islam akan menyokong PAS dan jika sebaliknya, adakah ia mampu menarik sokongan orang Islam pula? 

Dr. Mun'im Ilyas
Panel Pemikir
Darul Ehsan Leaks 

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...