Apakah tujuan penciptaan manusia?
Sebagai seorang Islam kita meyakini pertama-tamanya Allah swt mencipta manusia
untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Kedua sebagai khalifah atau
pengatur urusan hidup di muka bumi ini. Justeru, apa juga yang kita fikir,
hasrat, pertimbang dan lakukan mesti selaras dengan tujuan penciptaan tersebut.
Untuk manusia menjayakan misi dua
misi tersebut, Allah swt menurunkan wahyu (syariat) menerusi Kitab dan
Rasul-Nya. Syariat adalah pedoman-pedoman yang memandu manusia agar cara
hidup (deen)dan pegangan mereka sentiasa atas jalan kebenaran, keselamatan
dan keredhaan-Nya.
Para ulama’ telah meneliti tujuan
syariat diturunkan dan membahagikan kepada lima (5) perkara utama. Ia di
panggil sebagai Maqasid Syariah, iaitu maksud atau tujuan ditetapkan
syariat yang mahu menjaga perihal cara hidup (deen) manusia agar
selamat. Lima perkara tersebut ialah; 1)Agama (Akidah), 2)Nyawa, 3)Akal,
4)Keturunan dan 5)Harta. Formula mudahnya; A.N.A.K – H.
Prinsip Maqasid
Syariah inilah teras usaha kita bagi menjaga agama (hifzuddin).
Menjaga agama itu bukan sekadar akidah, tetapi cara
hidup (deen) keseluruhannya. Ia bukan sahaja membantu kita
memahami apakah perkara-perkara penting dalam kehidupan, bahkan ia mengajar
kita perkara yang mana satukah lebih utama berbanding urusan-urusan lain.
Sangat jelas, agama atau akidah lah perkara paling utama mengatasi segalanya
dalam kehidupan beragama.
Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment