Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Thursday, 28 December 2017

SKANDAL RASUAH AZMIN ALI : AZMIN ABAI SARANAN SELCAT - BUKTI BERLAKU PENYELEWENGAN


Sikap membisu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap lima saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkaitan skandal tanah di Kampung Su­ngai Yu, meskipun sudah disahkan berlakunya penyelewengan termasuklah 18 individu yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan kerajaan negeri sehingga diberikan kelulusan memiliki tanah.

Datuk Sulaiman Razak berkata, Mohamed Azmin perlu membuktikan kete­lusan pentadbirannya berhubungan skandal di Sungai Yu dengan melaksanakan semua lima saranan Selcat, terutama menggantung proses pemberi milikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik dan membuat semula pemilihin pemohon.

Azmin juga pernah berjanji dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini seandainya terbukti berlaku penyelewengan dalam skandal berkenaan, proses pemberian tanah tersebut akan dibatalkan tetapi sehingga kini, di lihat tiada sebarang tindakan pembatalan yang dibuat oleh kerajaan negeri (DAP).

Pada 8 Disember, Hannah Yeoh yang juga Speaker DUN Selangor daripada DAP mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses pemilikan tanah tersebut Sg Yu.

Enam hari selepas pengakuan Hannah itu, SPRM seterusnya bertindak membuka semula kertas siasatan dan telah memanggil 26 saksi untuk dirakamkan percakapan termasuk salah seorang daripadanya adalah Exco kerajaan PKR Selangor.

Oleh itu, Azmin Ali tidak perlu berdolak-dalik dengan menyalahkan pihak lain khususnya SPRM kerana skandal tersebut jelas berlaku semasa beliau mentadbir Selangor dan seharusnya perkara berkenaan ditangani secara bertanggungjawab, konsisten serta jujur.

Sekarang rakyat sedang menilai kejujuran Mohamed Azmin kerana beliau sudah berjanji akan menyelesaikannya tetapi mengapa begitu lama tempoh yang diambil untuk membuat keputusan bagi membatalkan semua pemberian tanah berkenaan sebagaimana dijanjikannya ketika sidang DUN?

Di manakah ketelusan kerajaan negeri dan Mohamed Azmin dalam mendepani skandal tanah Sungai Yu ini?

Tuesday, 26 December 2017

SKANDAL RASUAH AZMIN ALI : AZMIN ALI MERANGKA SISTEM ROMPAKAN HALAL MELALUI GLC DAN SAFEE SALI TURUT TERLIBAT?

Apabila Azmin Ali dikaitkan dengan isu rasuah,penyokong pakaton membutakan mata seperti tidak ada apa dan tidak mengapa. Seolah-olah pakaton suci memimpin walaupun penuh dengan korupsi.

25 Disember 2017
1. Ketika dibawah Menteri Besar Khir Toyo dan sebelum itu industri pasir menjadi lubuk kekayaan dikelompok yang rapat dengan Menteri Besar. KKSB atau Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah ditubuhkan ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar negeri Selangor dengan bertujuan menyelaras industri perlombongan pasir (sumber asli mineral) secara profesional dengan mengoptimakan keuntungan kepada kerajaan (rakyat) Selangor. Selain KKSB banyak GLC telah distruktur semula dibawah Khalid Ibrahim bagi mengoptimumkan keuntungan . Namun semua itu bertukar sebaliknya malah lebih teruk dari zaman sebelum PRU 2008 apabila Khalid dijatuhkan dan digantikan Azmin Ali. KKSB contohnya bertukar menjadi lubuk kekayaan dan menjadikan ia sebahagian dari sistem rompakan yang dihalalkan.
2. Pendedahan ini bagi mendesak Azmin atau nama - nama yang disebut berikutnya bagi menjawab dan memberi respon. Cuma nasihat saya sebelum menjawab sila berfikir dahulu kerana tulisan ini cuma 'appetizer' (mukadimah) kepada isu lebih besarlagi.
3. Pada 2016 telah ditubuhkan sebuah syarikat Selpump & Machineries Sdn Bhd (Selpump) yang pada mulanya dikenali sebagai anak syarikat KKSB namun kemudian setelah ada beberapa Lembaga Pengarah KKSB 'bising' kerana syarikat itu diwujudkan tanpa melalui proses yang betul. Sebagai rekod tidak ada minit mesyuarat Lembaga Pengarah KKSB merekodkan kelulusan kewujudan Selpump & Machineries Sdn Bhd. Namun Selpump & Machineries Sdn Bhd telah diwujudkan pada 2016 dengan pendaftaran SSM 1189847 - K. Dengan merekodkan Abdul Rahman Ishak yang juga merupakan CEO KKSB sebagai Lembaga Pengarahnya. Selain itu Putera Azamuddin Shah Bin Abd Aziz (35 tahun), Mohd Hafiz B. Abd Rahman (34 tahun), Mohd Safee B. Mohd Sali (33 tahun). Bila ramai yang bising mengenai kewujudn Selpump tanpa sebarang minit persetujuan dari Lembaga Pengarah KKSB, identiti Selpump telah ditukar dari anak syarikat KKSB dikenali hanya sebagai syarikat bersekutu sahaja.
4. Persoalan pertama ialah apa perlunya Selpump diwujudkan malah peliknya yang secara tergesa - gesa dan tidak mengikut prosedur ? Malah peranan selpump dan KKSB juga dilihat bertindih. Siapa yang memilih dan apa latar belakang Lembaga Pengarah Selpump selain dari kelompok muda pengampu Azmin Ali ?
5. Paling pelik dan sangat menarik ialah apabila KKSB dengan surat ditandatangani oleh CEO nya iaitu Abdul Rahman Ishak telah memberikan perniagaan bernilai jutaan ringgit kepada Selpump yang mana Rahman juga merupakan Lembaga Pengarahnya.
6. Lebih -lebih menarik lagi dua orang dari Lembaga Pengarah Selpump telah menubuhkan sebuah syarikat pasir yang dinamakan Tupai Sari Sdn Bhd 1076150-P. Tupai Sari berdasarkan siasatan kami mencatatkan Mohd Hafiz Abd Rahman dan Mohd Safee Mohd Sali selain Rokiah Hassan merupakan pemilik syarikat Tupai Sari Sdn Bhd yang mendapat jutaan keuntungan kerana terlibat dengan perniagaan perlombongan di Selangor dengan kebenaran KKSB.
7. Analogi : Rahman dilantik untuk mengendalikan syarikat A oleh Kerajaan Negeri. Rahman menubuhkan syarikat B yang dia sendiri secara individu Pengarah Syarikat B. Rahman melantik Hafiz dan Safee selaku Pengarah bersamanya dalam syarikat B yang kemudianya Hafiz dan Safee menubuhkan pula syarikat C yang mana Hafiz dan Safee sendiri selaku Pengarah dalam syarikat C.
Rahman selaku yang menguruskan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri) telah mengeluarkan surat dengan tandatangan Rahman menganugerahkan 'perniagaan' kepada syarikat B yang mana Rahman merupakan Pengarahnya bersama Safee dan Hafiz. Safee dan Hafiz pula pemilik syarikat C yang mana mendapat keuntungan dari teras perniagaan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri).
Nota tambahan.
Menurut carian Safee Sali nama yang disebut kemungkinan merupakan bintang bolasepak negara, mohon individu ini membuat pengesahan atau penafian.
semua dokumen asal akan dikongsi dalam sidang media selepas respon mereka yang dinamakan dalam catatan ini
seperti ditegaskan dalam awal catatan ini , tulisan ini hanya 'appetizer' kepada beberapa isu besar berkaitan bagaimana Kartel Azmin Ali melakukan rompakan 'halal' bersistem di Selangor. Bawah ini antara yang akan didedahkan selain kes penipuan tuntutan, pembocoran maklumat perniagaan serta pemalsuan.
Mohon bantuan semua yang berjuang atas nama perubahan melawan korupsi tanpa mengira kepentingan untuk sama menyebarkan catatan mukadimah pendedahan ini. Kepada pihak media mohon untuk mendapatkan respon kesemua nama yang disebut di atas.
Simpati saya rakamkan buat semua 'pejuang PH' khususnya dari PKR yang sehingga kini begitu ikhlas 'bergolok bergadai' sanggup susah bekerja untuk parti, dari edar risalah sehingga gantung bendera. Namun dalam kepayahan kamu sejak awal kamu terus susah payah sedangkan ada sekelompok manusia sedang menghirup kekayaan melalui rompakan awal.
Pendedahan ini sudah tentu akan dijawab dengan mudah iaitu che'GuBard makan dedak dan sebagainya. Begitulah resamnya jika serang Umno buat pendedahan akan dikatakan agen pembangkang. Jika serang pembangkang buat pendedahan akan dikatakan makan dedak Umno. Adakah kebenaran sudah tidak bernilai dalam perjuangan politik hari ini ?
Slogan rakyat hanya diguna demi memperoleh kuasa. Selepas berkuasa slogan rakyat terus diguna untuk menutup rompakan.
catatan ; che'GuBard, bekas MPP PKR yang dipecat keanggotaan kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR






Wednesday, 20 December 2017

SKANDAL TANAH PKPS – MASA SUDAH TIBA UNTUK RAKYAT SELANGOR BUKA MATA

Pada 27 Ogos 2017, Ketua Aktivis SAMM, Chegu Bard telah membuat laporan kepada SPRM berhubung skandal tanah PKPS seluas 2,000 ekar di Ijok yang bernilai RM1.181billion. Skandal ini dikatakan melibatkan   Azmin Ali dan Khairuddin A.Hassan, penulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang juga penyokong kuat Dr. Mahathir.

Menurut Chegu Bard, tanah-tanah tersebut pada asalnya telah diserahkan kepada dua buah syarikat (Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd.) yang mempunyai kaitan dengan Khairuddin sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan rakyat sebelum Selangor dikuasai PKR dan DAP.

Walau bagaimanapun, akibat beberapa isu yang tidak diselesaikan termasuk kegagalan menjelaskan bayaran-bayaran pampasan yang sepatutnya, projek ini mula berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga memaksa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan drastik untuk mendapatkan semula tanah-tanah tersebut melalui satu notis rampasan.

Tidak lama selepas itu, pihak syarikat telah mencabar notis tersebut di Mahkamah Tinggi yang menyaksikan keputusannya (dibuat pada 22 Okt. 2013) memihak kepada kerajaan negeri. Oleh kerana tidak dapat menerima keputusan tersebut, pihak syarikat telah mengemukakan kes ini di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Mahkamah Rayuan dan sekali lagi, keputusannya tetap berpihak kepada kerajaan negeri (keputusan dibacakan pada 17 Feb. 2014).

Ketika pertikaian ini dilihat seakan-akan sudah selesai, pihak syarikat memilih untuk melanjutkan rayuan mereka ke tahap tertinggi dengan mengemukakannya di Mahkamah Persekutuan. Namun, apabila Azmin Ali mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Tan Sri Khalid, kes ini telah ditarik balik dan diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Kerajaan negeri direkodkan menandatangai perjanjian penyelesaian ini pada 17 Mei 2016.

Menurut Chegu Bard, perjanjian penyelesaian di luar mahkamah ini dibuat dalam situasi yang mencurigakan serta berat sebelah sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Azmin Ali.

Antara perkara penting yang dibangkitkan oleh Chegu Bard ialah tindakan kerajaan negeri beralah sekaligus menyerahkan pemilikan tanah-tanah berkenaan kepada syarikat-syarikat tersebut sedangkan berdasarkan dua keputusan mahkamah sebelum ini kerajaan negeri sudah pun mendapat hak dan pemilikannya semula.

Lebih mengejutkan, sebaik sahaja keputusan settle out of the court ini dibuat, pihak syarikat telah menjual keseluruhan tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle Sdn. Bhd., anak syarikat pemaju hartanah gergasi, Ecoworld dengan nilai RM1.181 bilion sekaligus meranapkan segala impian dan harapan rakyat Selangor untuk mendapatkan rumah-rumah mampu milik yang sepatutnya dibina di atas tanah-tanah tersebut.

Selain pendedahan-pendedahan ini, Azmin Ali juga gagal menjelaskan dua lagi keraguan yang besar. Pertama, kenapa, berdasarkan perjanjian penyelesaian itu, kesemua tanah tersebut hanya boleh dijual kepada syarikat Paragon Pinnacle sahaja, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak atau syarikat lain? Rujukan lanjut, klik SINI.

Kedua, kenapa kedua-dua syarikat (Mujur Zaman dan LBCN) hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany sahaja bagi membantu dalam urusan penjualan tanah-tanah tersebut? Siapakah peguam-peguam yang berkerja dengan firma ini? Berdasarkan pendedahan yang dibuat pada 24 November 2017 oleh penganalisa politik dan ekonomi, Lim Sian See, SINI antara peguam yang berkhidmat dengan Daim and Garmany ialah Latheefa Koya, Eric Paulsen dan Sivarasa Rasiah yang kesemuanya merupakan pemimpin PKR baik di peringkat pusat mahupun negeri.

Silang hubung semua perkaitan ini secara langsung memberikan gambaran, atau setidak-tidaknya bayangan bahawa wujud kepincangan, helah dan muslihat yang melingkari isu ini sejak dari awal  dan dilakukan dalam pengetahuan Azmin Ali sendiri sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru secara keseluruhan, bagi memahami isu ini, berikut ialah intipati-intipati yang perlu diberikan perhatian:-

  1. Jumlah keseluruhan tanah yang terlibat ialah sebanyak 2,000 ekar.
  2. Tanah-tanah ini diserahkan kepada syarikat Mujur Zaman dan LBCN sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan.
  3. Kedua-dua syarikat mempunyai kaitan dengan Khairuddin A. Hassan (rapat dengan Azmin)
  4. Kedua-dua syarikat gagal menyelesaikan beberapa perkara termasuk pembayaran pampasan kepada pihak-pihak yang terlibat.
  5. Kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar notis rampasan tanah susulan kegagalan kedua-dua syarikat mematuhi syarat pembangunan projek yang diberikan.
  6. Pihak syarikat mencabar notis ini di Mahkamah Tinggi tetapi kalah (22 Okt. 2013) lalu membawanya ke Mahkamah Rayuan, juga kalah (17 Feb. 2014)
  7. Pihak syarikat mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
  8. Berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri. Azmin Ali mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Selangor yang baharu pada 23 Sept. 2014 menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui Kajang Move.
  9. 17 Mei 2016, kerajaan negeri menandatangani perjanjian penyelesaian kes di luar mahkamah di Mahkamah Persekutuan. Kes ditarik balik.
  10. Antara isi kandungan perjanjian ialah, kedua-dua syarikat hanya boleh menjual tanah-tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle (anak syarikat Ecoworld yang rapat dengan DAP) dan hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany yang mempunyai kaitan rapat dengan PKR sebagai peguam perantara jual beli.
  11. Sehingga kini Azmin Ali gagal memberi penjelasan berhubung isu ini.

So, bersihkah pentadbiran Azmin? Anda nilaikanlah sendiri.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
   

Tuesday, 12 December 2017

RAFIZI FITNAH KEMUDIAN CABAR SAMAN – CARA MUDAH RAFIZI KUMPUL DUIT

Rafizi kini ibarat keseorangan. Dia bukan lagi pemimpin kegemaran Pakatan Harapan lebih-lebih lagi apabila dia hilang kelayakan bertanding dalam PRU14 kelak. Lebih memeritkan, sumber kewangannya yang selama ini ditaja melalui akaun parti juga semakin menyusut.

Puncanya? Mudah. Ia kerana pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lain seperti Lim Guan Eng dan Azmin Ali mula menyedari bebanan yang terpaksa dipikul jika Rafizi terus menerus menyebarkan fitnah.

Sebelum ini hayat politik pakatan pembangkang amat bergantung kepada keupayaan Rafizi mencipta fitnah dan menyemai persepsi-persepsi negatif atau tidak tepat terhadap kerajaan. Misalnya, isu cincin berlian bernilai jutaan Dollar yang dikaitkan dengan Datin Sri Rosmah Mansor, isu NFC yang dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, isu enjin jet pejuang TUDM yang dicuri dan isu pembelian dua buah kapal selam milik TLDM. 

Semua isu ini dibangkitkan oleh Rafizi sebelum disambut dan ditularkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain hingga rakyat pun percaya bulat-bulat. Hasilnya, pembangkang (dikenali sebagai Pakatan Rakyat sebelum ini) berjaya mencipta beberapa kejayaan yang signifikan dalam dua siri pilihan raya umum terakhir (PRU12 dan PRU13).

Bagi para penganalisis politik, 70% kejayaan Pakatan Rakyat hingga berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pada PRU12 dan sekali lagi mengekalkan kemenangan di Selangor dan Pulau Pinang pada PRU13 adalah kerana kejayaan fitnah-fitnah yang ditanam oleh Rafizi.

Namun keupayaan Rafizi mencipta fitnah dan persepsi nampaknya tidak lagi menjadi batu loncatan kepada Pakatan Harapan untuk meraih sokongan rakyat yang semakin celik terhadap maklumat yang sahih. Ini ditambah pula dengan peningkatan kekuatan jentera siber Barisan Nasional yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Apa sahaja fitnah, tuduhan, dakwaan, persepsi jahat dan sebagainya yang dicipta oleh Rafizi akan dipatahkan dalam masa yang amat singkat.  Situasi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan dalam PRU14 yang dijangka berlangsung kurang 150 hari dari sekarang.

Justeru dapat disaksikan kini, apabila Rafizi mendendangkan fitnah baharu terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Abdul Rahman Dahlan semalam SINI, tidak ramai pemimpin Pakatan Harapan menyambutnya apatah lagi membantu menularkan fitnah tersebut. Melalui fitnah ini, Rafizi mendakwa Dato’ Abdul Rahman Dahlan telah memberikan projek Expo Negaraku yang sedang berlangsung selama sebulan di Dataran Merdeka kepada syarikat abangnya sendiri, yang disebut oleh Rafizi sebagai Raslan Dahlan, CEO PICO Intergrated Exhibit Sdn. Bhd.

Asas dakwaan Rafizi mudah sahaja. Kedua-dua Abdul Rahman dan Raslan ber-bin-kan nama yang sama iaitu Dahlan. Hanya kerana nama yang sama, Rafizi dengan ghairah membuat kesimpulan kononnya kedua-duanya merupakan adik-beradik walhal, fakta sebenarnya,  ibarat jauh panggang dari api. Kegopohan Rafizi ini ternyata menjerat dirinya sendiri kerana dalam tempoh 10 minit sahaja fitnah tersebut berjaya dipatahkan oleh Dato’ Rahman sehingga menyebabkan Rafizi menarik balik fitnahnya itu.

Bayangkan jika pemimpin-pemimpin Pakatan lain turut bersorak menyambut dan membantu menularkan fitnah Rafizi itu. Tentunya seluruh kepimpinan Pakatan Harapan akan malu besar. Menurut rakan saya yang juga salah seorang strategis penting dalam PKR, kredebiliti Rafizi sudah rosak teruk sejak beberapa kali kalah dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh pelbagai pihak ke atasnya sehingga mendorong majlis kepimpinan parti mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati.

Jadi apa sebenarnya niat Rafizi? Untuk memahami hal ini, mudah sahaja. Saya dan rakan-rakan berpendapat bahawa Rafizi mempunyai matlamat peribadi yang amat tidak molek. Rafizi sememangnya sengaja mencipta fitnah dan menanti untuk disaman oleh pihak-pihak yang difitnahnya. Dalam kes membabitkan Dato’ Abdul Rahman Dahlan ini misalnya, dapat dilihat bagaimana Rafizi dengan pantas mencabar beliau supaya menyamannya.

Kenapa? Supaya dia kalah dan diarahkan membayar saman tersebut. Dengan cara ini, Rafizi boleh melancarkan sekali lagi tabung kutipan derma seperti yang dilakukannya baru-baru ini apabila diarahkan membayar sebanyak RM300,000.00 kepada NFC atas fitnah yang pernah dilakukannya dahulu. Tabung yang dilancarkannya melalui INVOKE itu berjaya mengumpul sebanyak RM1.7 juta dalam masa yang singkat. Jika angka tersebut ditolak dengan RM300,000.00 pun bakinya masih banyak dan ini pastinya menguntungkan Rafizi. Menurut maklumat yang saya terima, tidak walau satu sen pun daripada kutipan itu disumbangkan oleh Rafizi kepada partinya.

Jadi inilah sebab sebenar kenapa Rafizi akan terus mencipta fitnah. Dengan saki baki simpati yang dimiliki daripada para penyokongnya, tidak susah untuk Rafizi mendagangkan fitnah di negara ini. Dia tidak kisah jika tidak lagi menjadi pemimpin pujaan Pakatan Harapan kerana di luar sana, masih ramai yang akan terus menyokongnya, termasuk mempercayai fitnah-fitnah yang ditaburkan. Mereka inilah yang akan menyumbang sen dan ringgit kepadanya jika disaman.


Dr. Mun’im Ilyas
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

Monday, 11 December 2017

BISIKAN DARI PENYAMUN LAGI PADAH DARI BISIKAN DARI LANGIT



Sepanjang pentadbiran Jemin,telah banyak berlaku masalah ketirisan kewangan.

Ketirisan ini telah membabitkan orang terdekat dengan jemin dan parti PKR sehinggakan telah di siasat oleh SPRM.

Sebelum ini APRIL 2017, Adam Rosly Ketua Angkatan Muda PKR telah di tangkap oleh SPRM berikutan memiliki banyak rumah mewah dan telah membeli sebuah rumah dengan harga RM1.2 juta secara tunai.

Manakala yang terbaru, Nuzul Fadu iaitu anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula ditangkap SPRM atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir.

Adam Rosly dan Nuzul Fadu ini merupakan anak ikan kecil yang memiliki harta yang banyak sepanjang Jemin menjadi MB Selangor.

Bagaimana pula dengan Jemin, bebaskah beliau dari rasuah? Sedangkan beliau di antara manusia yang paling liat untuk menandatangani IBR.

Bukan itu saja, malah terdapat banyak skandal seperti Yayasan Selangor, Splash, Yawas, PKNS dan lain berkaitan dengan kewangan dan kerugian.

Apakah kerugian yang membabitkan agensi-agensi ini adalah disebabkan oleh Jemin bermain wang atau songlap?

AZMIN : JANGAN USIK KELUARGA SAYA


Apa niat sebenar Azmin memberi amaran kepada SPRM supaya tidak mengganggu keluarganya? Adakah Azmin cuba melindungi penyangak dan perompak wang rakyat Selangor? 

Jika tidak bersalah, Azmin tak perlulah gelabah sedemikian rupa. Malah, sepatutnya dia berikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menyiasat sebarang tuduhan dan dakwaan sekaligus membersihkan nama dan kredebiliti dirinya selaku Menteri Besar Selangor. 

Kami melihat tindakan Azmin ini sebagai kurang bijak dan tidak cermat. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Azmin lebih mengutamakan keluarganya berbanding kepentingan rakyat Selangor yang sudah pun bergelut dengan pelbagai isu sejak Azmin merampas kerusi Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Ironinya, yang mula-mula membangkitkan isu campur tangan keluarga Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri ialah adik beradiknya sendiri iaitu Ummi Hafilda Ali dan Azwan Ali, dua orang selebriti dan tokoh yang dikenali ramai. SPRM pula hanya menjalankan tugas bagi menyiasat sebarang kemungkinan kewujudan unsur salah laku rasuah dan penyelewengan. Itu sahaja. 

Tatkala ramai melihat Azmin sebagai pemimpin PKR yang matang, isu ini sebaliknya bakal meruntuhkan sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat Selangor terhadap dirinya ketika PRU ke-14 semakin hampir. Adakah Azmin boleh bertahan? 

Dalam perkembangan lain, kami difahamkan, beberapa individu penting akan ditahan dalam minggu ini dan minggu hadapan sekiranya semua aspek siasatan berjalan lancar. Ia juga susulan penahanan anak saudara Azmin baru-baru ini berhubung penyelewengan dalam beberapa projek perlombongan pasir di negeri ini.

Thursday, 30 November 2017

SENARAI SKANDAL RASUAH DAN PENYELEWENGAN DI SELANGOR


Sejak semalam media sosial diriuhkan dengan berita penahanan anak saudara Azmin Ali berhubung salah laku rasuah yang serius.

Berita ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak. Tapi bagi yang mengikuti secara rapat isu-isu rasuah dan skandal melibatkan Azmin Ali atau proksi dan orang-orang kanannya, ini cuma berita kecil sahaja. Hakikatnya, lebih ramai yang terlibat. Jumlah wang yang diseleweng juga lebih banyak. Hanya menanti masa sahaja untuk dibongkarkan oleh SPRM dan didedahkan kepada umum.

Namun bagi kami, kecil atau besar, ia tetap penting untuk diperkatakan. Pertama, kerana selama ini Azmin terlalu sombong dan angkuh dengan mendabik dada kononnya kerajaan negeri pimpinannya mengamalkan ketelusan serta bebas ketirisan. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor dan dalam siri ceramah atau ucapannya selama ini misalnya, tak habis-habis dia mengangkat dirinya sendiri sebagai Menteri Besar kepada sebuah kerajaan negeri yang benci rasuah dan penyelewengan.

Kedua, kerana Azmin adalah satu-satunya Menteri Besar yang hingga ke saat ini belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah walaupun pernah pada suatu ketika menyatakan komitmen kepada DUN Selangor untuk mengambil bahagian dalam proses yang diinisiatifkan oleh SPRM itu dalam usaha mengekang gejala rasuah di negara ini. Macam-macam alasan diberikan. SPRM bahkan diperlekehkan oleh Azmin dan para penyokongnya.

Semalam, 29 November 2017, menjadi hari malang buat Azmin kerana anak saudaranya sendiri yang bernama Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid, ditahan oleh SPRM atas dakwaan melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Ketika ditahan, wang sebanyak RM4 juta turut dirampas dan pelbagai akaun lain dibekukan.

Berikut beberapa fakta penting yang wajib anda tahu di sebalik kes ini :

1. Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid berusia 34 tahun ketika ditahan di kediamannya di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur pada jam kira-kira 1 tengah hari, 29 November 2017.

2. Turut ditahan oleh SPRM ialah dua orang ahli perniagaan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

3. Ketiga-tiga suspek ditahan atas dakwaan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan secara langsung oleh Menteri Besar Selangor.

4. Sejumlah wang bernilai lebih RM4 juta ditemui dalam serbuan yang dilakukan selain beberapa akaun turut dibekukan bagi membantu siasatan pihak SPRM.

5. Nurul Fadli seorang penganggur yang hidup mewah termasuk memiliki kediaman dan pelbagai kenderaan yang mewah dipercayai kerana menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Azmin Ali untuk mendapatkan komisen, hadiah dan sebagainya melalui projek-projek yang diluluskan.

6. Sering mengemaskini laman sosialnya dengan aktiviti harian bersama Azmin Ali termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting dan acara-acara rasmi atau parti.

Kes ini juga mengingatkan kembali kita kepada penahanan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen PKR Ampang, YB Zuraida Kamaruddin pada 13 April 2017 yang lalu  kerana memiliki kekayaan luar biasa termasuk sebuah rumah banglo  berharga RM7 juta. Seperti Nurul Fadli, Adam juga sering mempamerkan kemewahan hidupnya di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan tentang sumber kewangannya.

Seperti yang kami katakana tadi, ini hanya kecil sahaja. Sama ada Azmin menandatangani IBR atau pun tidak, pihak SPRM tetap akan membongkar penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiranNYA.

Berikut kami senaraikan semula beberapa kes lain yang masih dalam siasatan serta berpotensi disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM dalam masa terdekat ini :-

1. Skandal tanah Paya Indah Wetlands

Kerajaan negeri didakwa meluluskan penukaran status tanah di Mukim Tanjung Dua Belas,Kuala Langat daripada pertanian kepada pembangunan walaupun terletak dalam kawasan yang digazetkan sebagai hutan warisan dunia.

2. Skandal MBI-UNISEL-Jana Niaga Sdn. Bhd.

Melibatkan pembayaran sebanyak RM16 juta oleh MBI kepada syarikat Jana Niaga yang telah ditamatkan kontrak selenggara bangunan di UNISEL.

3. Skandal tanah Kg. Sungai Yu, Permatang

Agihan tanah tidak telus kepada kroni dan orang luar serta tidak memenuhi kelayakan selain ketiadaan sebanyak 18 nama dalam rekod JPN.

4. Skandal Jirat Cina Jeram

Kelulusan projek diberikan walaupun dibantah oleh penduduk yang terdiri daripada majoriti orang Melayu dan beragama Islam.

5. Skandal SPLASH

Pertambahan nilai harga pengambilalihan sebanyak 10 kali ganda kepada RM2.975 bilion berbanding harga asal RM250.6 juta ketika pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.

6. Skandal Tabung YAWAS

Penyelewengan dilakukan oleh segelintir ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang dipertanggungjawabkan mengurus dana amanah tersebut termasuk melakukan transaksi di luar negeri dan diberikan kepada penduduk bukan warga Selangor.

7. Skandal Hilman

Pegawai muda di pejabat kerajaan negeri yang hidup mewah walaupun gaji kecil termasuk memiliki sebuah kereta Toyota Altis serba baharu bernilai RM120 ribu, sebuah rumah yang dibeli dengan harga lebih RM600 ribu dan kos pengubahsuaian dianggarkan lebih RM200 ribu.

8. Skandal Pintu Gerbang Darul Ehsan

Hingga kini Azmin tidak menjelaskan siapakah penderma yang menyumbang sebanyak RM9.8 juta untuk projek ini dan apakah kaitannya dengan kerajaan negeri. Pada peringkat awal, difahamkan, projek ini dilaksanakan dengan pembiayaan pendahuluan oleh kerajaan negeri tetapi hingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan sama ada wang tersebut telah digantikan oleh penderma atau sebaliknya.

9. Skandal Kubah Masjid Negeri Selangor

Sebanyak RM32.4 juta diperuntukkan untuk menukar kubah Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, suatu jumlah yang sangat tidak masuk akal bagi sebuah projek kecil seperti itu.

10. Skandal Projek Balak

Didakwa berlaku di seluruh negeri melibatkan kawasan hutan yang dilindungi.

11. Skandal Kekayaan Segera YB Zuraida Kamaruddin

Berasal daripada hanya penjual buah, kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Ampang. Pada 18 April 2017, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos membuat laporan kepada SPRM berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki Zuraida, antaranya termasuklah 9 buah kenderaan pelbagai jenis dan mewah.

12. Skandal S. Manikavasagam

Bekas Ahli Parlimen Kapar ini ditangkap bersama wang sebanyak RM30 ribu di dalam keretanya pada 16 Jun 2016 atas dakwaan penyelewengan membabitkan peruntukan membaiki kemudahan awam di parlimen tersebut.

13. Skandal Rasuah Seks dan Wanita di pejabat MB Selangor

Didedahkan oleh Rafizi Ramli tetapi tiada tindakan susulan diambil oleh SPRM selepas mengesahkan tiada bukti ditemui dalam siasatan yang dilakukan. Habis kenapa Rafizi bongkar? Bukti apa yang dibongkarkannya?

14. Skandal Tanah Ijok

Dikatakan antara skandal penyelewengan tanah terbesar di Malaysia membabitkan sejumlah 2,000 ekar di Ijok, Selangor yang diperuntukkan kepada dua buah syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd. untuk dibangunkan pada 2008 tetapi diambil semula oleh kerajaan PKR sebelum dijual kepada syarikat Eco World pada harga lebih RM1 bilion.

Jadi apa pula selepas ini? Atau lebih tepat, Who’s Next? Adakah Azmin Ali sendiri yang akan ditahan oleh SPRM? Atau dia yang terakhir jika mengikut senarai panjang suspek yang berpotensi dikenakan tindakan? 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...