JAWATANKUASA
BERTINDAK BERMOTIF POLITIK?
Tidak
dapat dinafikan sejak projek ini menjadi tular khususnya dalam kalangan
penduduk yang bakal terjejas kelak, terdapat pihak-pihak tertentu yang
bersimpati dan menyatakan sokongan terhadap usaha penduduk untuk meneruskan
bantahan.
Namun, bagi para penduduk, menghalang projek
ini daripada diteruskan adalah lebih mustahak pada waktu ini berbanding melayan
kerenah pemaju yang mendakwa mereka mendapat bantuan atau campur tangan
daripada pihak-pihak tertentu.
Setakat ini, Jawatankuasa Bertindak dan NGO
Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP) tidak mendapat apa-apa sokongan langsung
daripada mana-mana pihak tetapi mereka mengalu-alukan jika ada sokongan atau
bantuan sehingga projek ini dibatalkan.
Tapi jika ada, apa salahnya? Ia demi
kepentingan para penduduk juga!
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment