PEMAJU JANJI BINA JALAN SECARA
PERCUMA TAPI....
Paling
melucukan dalam isu ini ialah janji daripada pihak pemaju untuk membina jalan kononnya
untuk kemudahan para penduduk kampong yang terlibat secara percuma. Hakikatnya
ia hanyalah janji yang dimanipulasi semata-mata.
Para
penduduk secara terbuka telah mendedahkan bahawa jalan yang hendak dibina
secara percuma itu ialah jalan atau laluan khas ke tapak jirat yang kebetulan
melalui kawasan penempatan penduduk. Ia sama sekali bukan jalan raya baharu
yang dibina untuk memenuhi keperluan penduduk.
Tindakan
pihak pemaju dalam hal ini ternyata amat mendukacitakan kerana mereka telah
mencanang ke seluruh dunia tentang niat ‘murni’ tersebut seolah-olah kebajikan
dan kepentingan para penduduk sentiasa diambil kira walhal objektif sebenarnya
adalah untuk memenuhi keperluan komersial mereka semata-mata.
Penipuan
demi penipuan dihalalkan oleh kerajaan negeri.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment