Tuesday, 28 November 2017

BAIAH PAS YANG BATHIL - Bah. 1

Baiah ada macam-macam cara dan bentuk. Ikut sejarah, baiah telah diamalkan pada zaman Baginda Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Islam yang bersama Nabi Muhammad ketika itu memberi baiah atau ikrar kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Baginda. Mengikut catatan, terdapat beberapa baiah yang dibuat secara langsung kepada Baginda seperti Baiah Aqabah pertama, Baiah Aqabah kedua dan Baiah Ridhwan. Selepas kewafatan Baginda, umat Islam terus berbaiah kepada para pemimpin atau Ulil Amri yang meneruskan perjuangan Islam yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW.

Muktahir ini, baiah telah dijadikan sebagai alat oleh sesetengah pihak, secara sengaja dan punya maksud khusus, untuk mengikat kepatuhan dan kesetiaan para penyokong atau pengikut mereka terhadap agenda yang diketengahkan. Seperti PAS. Ini contoh yang amat klasik. Tidak lagi menjadi rahsia umum bahawa PAS sememangnya menggunakan institusi baiah untuk menjerut para ahlinya, lebih-lebih lagi yang diangkat dan dinobatkan sebagai calon dalam satu-satu acara pilihanraya, baik yang umum mahupun yang kecil.

PAS menggunakan baiah (dan menyelewengkannya) kerana parti ini sendiri mempunyai kepercayaan bahawa ia sedang memperjuangkan Islam. Walhal sudah banyak contoh dan bukti, fakta dan dalil, dokumentasi-dokumentasi seperti teks atau berbentuk audio dan video yang tidak pegun, yang menunjukkan bahawa PAS itu sebaliknya. PAS hanyalah satu badan politik sama seperti DAP dan PKR, atau PPBM dan UMNO, atau serpihan kirinya iaitu PAN. Kesemuanya adalah suatu badan politik yang ditubuhkan untuk berkuasa, yang pada tubuhnya ada jalinan cita-cita politik yang berselirat dan memerangkap rakyat.

Seperti yang kita semua tahu, antara prasyarat ikatan baiah antara PAS dan para pemimpinnya yang diangkat sebagai calon ialah, jika mereka meinggalkan PAS, maka jatuh talak sebanyak tiga kepada mereka dengan isteri mereka. Walaupun Ustaz Nik Muhammad Zawawi pada 2015 menjelaskan bahawa baiah jatuh talak ini tiada dalam kandungan asal, tetapi beliau juga tidak menafikan bahawa amalan berbaiah dengan talak tiga itu wujud dan diamalkan di sesetengah negeri dan dibenarkan kepada individu yang memilih untuk melakukannya atas prinsip menitipkan sebenar-benar kesetiaan kepada parti. Kata lainnya, ia ada dan diamalkan.

Jika baiah PAS itu baiah yang sah, maka kita wajar menyemak sudah berapa banyak kes penceraian berlaku dan didaftarkan hanya kerana ada segelintir pemimpinnya meninggalkan PAS? Adakah Husam Musa sudah bercerai? Adakah Khalid Samad sudah jadi duda? Adakah Mujahid yang ilmu agamanya itu tinggi melangit seperti juga Ahmad Awang, sudah bercerai-berai dengan isteri masing-masing setelah menubuhkan PAN? Jika tiada, maka kita wajar bertanya, apakah nilai baiah-baiah tersebut?

Persoalan-persoalan ini telah sering menyelubungi minda sebahagian besar ahli PAS di seluruh negara. Ia timbul selepas PAS melalui fasa perpecahan yang hebat sehingga menyaksikan tertubuhnya parti kuali atau PAN yang kini selesa dicucuk hidungnya oleh DAP. PAS membangkitkan hal baiah ini sebagai amaran dan peringatan, yang semacam tindakan untuk menakutkan para pemimpin dan ahlinya agar tidak keluar parti. Namun, pada akhirnya mereka berbondong-bondong meninggalkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti itu. Hal ini secara langsung turut menggunungkan persoalan-persoalan lainnya tentang kewibawaan baiah yang disertai oleh mereka selama ini sehingga akhirnya mengurangkan rasa enak dan ghairah berjuang dalam kalangan ahli PAS yang masih setia dan perlahan-lahan menjadi tawar.  

Kita tidak mempersoalkan pendekatan mengambil sunnah Rasulullah SAW dalam hal berbaiah ini. Namun yang kita ingin tanyakan, kenapa sunnah ini dipolitikkan sehingga nilai dan martabatnya turut diperlekehkan? Tidakkah PAS belajar daripada segala kesilapan dalam pendekatan-pendekatannya selama ini seperti mengkafirkan orang Islam yang tidak menyokong parti itu atau mengatakan bahawa Hudud hanya 0.00001% sahaja daripada isi Al-Quran lalu tidak lagi penting untuk diperjuangkan ketika mereka membentuk kerjasama Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR dahulu?

Jika PAS masih memilih sikap jumud dan ekstrim begini, nescaya tempoh hayatnya semakin tiba ke penghujung.

Dr. Mun'im Ilyas
Panel Pemikir
Darul Ehsan Leaks


#delekas
#infoSelangor
#teamviralSelangor 



0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...