DANA AWAM DIGUNAKAN?
Adakah
dana awam bakal digunakan bagi melancarkan projek jirat Cina ini? Jika dilihat
kepada dokumen-dokumen berkaitan projek ini, jawapannya ya.
Sekali
imbas ia mungkin seperti serampang dua mata apabila pihak pemaju memaklumkan
empat batang jalan akan dinaiktaraf di Kampong Bukit Kapar Tambahan yang kelak
akan turut memudahkan urusan penduduk setempat.
Namun,
hakikatnya, naik taraf ini hanya akan meningkatkan nilai komersial tapak jirat
ini sahaja. Jika projek ini tidak wujud, kami percaya jalan-jalan tersebut juga
tidak akan dinaiktaraf (sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum kelak)
oleh kerajaan negeri.
Lebih
mendukacitakan, naik taraf ini bakal menggunakan bajet daripada pihak Pejabat
Daerah dan Tanah Kuala Selangor dengan anggaran kos sehingga RM200,000.00, dan
tentunya ia dana awam.
Kesimpulannya,
projek ini sama sekali tidak diperlukan oleh para penduduk di Jeram dan Meru
lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan tapak projek.
Selain faktor 99% penduduk adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama
Islam, projek ini juga wajar ditolak dan dihentikan terus oleh kerajaan negeri
pimpinan Azmin Ali kerana bakal membantutkan pembangunan masa hadapan yang
berhak diterima oleh para penduduk di sini.
Itu pun
jika Azmin Ali berhati perut.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment