Showing posts with label pru14. Show all posts
Showing posts with label pru14. Show all posts

Wednesday, 28 March 2018

DAP KUASAI MALAYSIA: APAKAH RAMALAN TUN DR MAHATHIR AKAN JADI KENYATAAN?

Oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Tun Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan lain sering menyebut bahawa DAP tidak akan mampu untuk menguasai kerajaan jika Pakatan Harapan menang di dalam PRU 14.
Inilah yang Tun Dr Mahathir nyatakan sewaktu diasak oleh saya di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu dan inilah juga yang dinyatakan oleh pengkagum beliau dalam Facebook saya.
Alasan mereka adalah kerana jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP di dalam PRU 14 tidak akan lebih banyak daripada gabungan kerusi PKR, PPBM dan AMANAH.
Satu lagi alasan mereka adalah kerana pemimpin Pakatan Harapan telah bersetuju sejak 8 Januari lalu bahawa calon Perdana Menterinya adalah Tun Dr Mahathir, bukan pemimpin DAP.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir dan para penyokong beliau mungkin sudah lupa bahawa soal ini sebenarnya sudah dijawab oleh beliau sendiri di dalam satu tulisan beliau pada 13 Mac 2014.
Di dalam tulisan ini, Tun Dr Mahathir menepis pandangan yang menyatakan bahawa Cina yang menjadi minoriti tidak akan mampu untuk menguasai Malaysia sebagaimana Cina menguasai Singapura.
Kata Tun Dr Mahathir: “Menjadi Perdana Menteri secara fizikal adalah tidak perlu. Jika Perdana Menteri berada di bawah kawalan DAP maka ia akan menjadi sebuah kerajaan yang didominasi oleh Cina.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Physically holding office is not necessary. If the Prime Minister is totally under the control of the DAP then it would become a Chinese dominated Government.”)
Kata Tun Dr Mahathir lagi: “Hari ini Melayu terbahagi kepada tiga buah parti. Untuk mana-mana parti menang, sokongan Cina adalah penting. Parti-parti Melayu bergantung kepada undi Cina untuk menang. DAP melihat ini sebagai satu peluang untuk memilih parti Melayu mana akan menang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Today the Malays are divided into three parties. For any party to win, Chinese support is essential. The Malay parties have become dependent on Chinese votes to win. The DAP sees this as an opportunity to choose which Malay party should win.”)
Tambah Tun Dr Mahathir: “Mereka (pemimpin DAP) percaya bahawa Pakatan mereka akan menang cukup kerusi (di dalam PRU 13) untuk membentuk Kerajaan. Ia akan menjadi Kerajaan yang tunduk kepada DAP kerana jika DAP keluar maka Pakatan akan tumbang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “They (DAP leaders) believed that their Pakatan would win enough seats (in the 13 GE) to form the Government. It would be a DAP subservient Government because if it (DAP) leaves the Pakatan it will fall.”)
Bagaimanapun, kata Tun Dr Mahathir lagi, walaupun kalah di dalam PRU 13, DAP tetap tidak berputus asa ("the DAP is not about to give up"): “Akan ada peluang lain di dalam PRU 14. Jika kecenderungan ke arah kemerosotan sokongan terhadap BN berterusan, ia mungkin menyebabkan visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi akan terlaksana. Malaysia akan menjadi seperti Singapura.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “There will be another opportunity in the 14th General Election. If the trend toward declining support for BN continues, it may result in the DAP vision of Chinese dominance in politics as well as the economy being realised. Malaysia will be like Singapore.”)
Sama-samalah kita nantikan apakah ramalan Tun Dr Mahathir bahawa visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi, dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura, selepas PRU 14 akan terlaksana atau tidak.
Paling sadis dan ironis sekali adalah hakikat bahawa, jika ramalan Tun Dr Mahathir ini menjadi kenyataan, ia sebahagian besarnya adalah berpunca daripada saham yang disumbangkan oleh beliau sendiri.
Semoga Tun Dr Mahathir tidak lupa ramalan beliau ini.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Wednesday, 17 January 2018

AZMIN BERUNDING DENGAN PAS SECARA SENYAP???

Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Namun pada masa yang sama, PKR Selangor telah melakukan rundingan sulit dengan PAS negeri Selangor bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti
Perjumpaan ini di ketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri Selangor tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dan telah di aturkan oleh Azmin sendiri.
Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor sahaja.
Selain itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan PAS, malah mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Azmin juga dikatakan tidak yakin dengan parti serpihan PAS iaitu PAN dalam Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU14 di Selangor.
Maka, Azmin membuat pertemuan sulit bersama PAS Selangor dan berundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Mohamed Azmin dalam menangani isu kerjasama dengan PAS sebagai penyebab perpecahan dalam parti.
Selain itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menggesa Mohamed Azmin tidak patuh dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

Thursday, 11 January 2018

JIKA BN MENANG SELANGOR PRU 14, CUKAI HARTANAH TURUN

Jika kita benar-benar mahu menangani masalah kos sara hidup, kita perlu tahu punca yang sebenar.
Antara salah satu daripada punca utama kenaikan kos saara hidup ialah :
1- PENINGKATAN CUKAI BERKAITAN HARTANAH
Pada tahun 2005-2008 iaitu sepanjang pemerintahan BN di Selangor,cukai hartanah paling tinggi adalah sebanyak RM 330.03 juta. Namun selepas kerajaan DAP mengambil alih pemerintahan negeri Selangor,telah berlaku kenaikan cukai yang mendadak iaitu sebanyak +391%.
2- KOS PEMATUHAN NAIK.
Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Toh Chin Leong berkata, kos perniagaan meningkat kerana kenaikan kos pematuhan yang dikenakan oleh kerajaan negeri.
Peniaga kecil dan runcit juga terkesan dengan kenaikan kos pematuhan selepas kerajaan tempatan di Selangor dan Pulau Pinang menaikkan yuran perniagaan.
Misalnya di Pulau Pinang, yuran sumbangan bagi sesuatu tapak niaga dinaikkan daripada kira-kira RM3,000 setiap satu tapak sebelum 2008 kepada kira-kira RM35,000 hingga RM58,000 ketika ini. Apabila seorang peniaga membayar kos sewaan tinggi untuk premis perniagaannya, dia akan pindahkan kos itu kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatannya. Inilah sebabnya harga air mineral lebih rendah jika dibeli di tepi jalan berbanding kedai runcit atau pasar raya.
Manakala di Selangor pula telah wujud perbezaan harga antara negeri. Contohnya, harga purata satu kilogram bawang adalah RM4.70 di Selangor, manakala di negeri lain, termasuk Kuala Lumpur dijual RM4.15 secara purata. Perkara ini berpunca daripada kos pemantuhan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Sekiranya kos pemantuhan ini rendah,maka harga barang juga akan sama seperti dengan negeri lain.
3- GAJI MENTERI BESAR LEBIH TINGGI DARI PM.
Dasar kerajaan Pakatan telah meningkatkan kos urus niaga dan kos sara hidup. Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri meningkatkan gaji MB dan anggota jawatankuasa eksekutif negeri. Gaji MB Selangor kini adalah yang tertinggi di negara ini dalam sektor awam, malah ia lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri. Ahli politik Pakatan telah meningkatkan beban cukai kepada rakyat tetapi menaikkan gaji mereka sendiri.
Selain itu, negeri Selangor pada hari ini, menghadapi banyak masalah dengan mencatat gangguan bekalan air tertinggi berbanding jumlah di semua negeri lain di Malaysia, kes kematian akibat penyakit berjangkit seperti denggi tertinggi di Malaysia, bilangan pusat maksiat yang tertinggi di Malaysia dan lain-lain lagi.
Hal ini disebabkan oleh sikap tamak kerajaan DAP dalam memenuhkan kantung sendiri daripada kebajikan rakyat.
P/s : Apabila Barisan Nasional menang negeri Selangor dalam pilihan raya umum 14, cukai berkaitan hartanah yang membebankan ini akan diturunkan supaya harga rumah, kos perniagaan dan harga barang serta perkhidmatan menjadi lebih murah yang akan dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat untuk kehidupan yang lebih baik di Selangor.

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...