Pemimpin PKR yang didakwa membolot sejumlah tanah di Sungai Yu berada di belakang (kiri) Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. |
SHAH ALAM 27
Nov. – Kisah kronisme dalam skandal tanah di Kampung Sungai Yu kini semakin
jelas di manakah puncanya bermula apabila salah seorang daripada tiga pemimpin
PKR yang didakwa membolot lot tanah dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Malah,
pemimpin PKR Sungai Yu itu sering kali dilihat berdampingan dengan Mohamed
Azmin dalam pelbagai program politik atau kerajaan negeri yang dirasmikan
Timbalan Presiden PKR tersebut.
Perkara itu
didedahkan sendiri oleh seorang penduduk Sungai Yu, B. Vakran, yang kecewa dengan
sikap membisu kerajaan PKR Selangor dalam isu penyalahgunaan kuasa dan kronisme
di sebalik skandal tanah berkenaan walaupun satu demi satu bukti penyelewengan
terlondeh.
“Dia juga
merupakan salah seorang pemimpin PKR yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilih
yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memilih siapa yang layak menerima
tanah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan,
pemimpin PKR didakwa terbabit membolot empat lot tanah iaitu menggunakan nama
sendiri, adik-beradik dan ayahnya.
Skandal
penganugerahan tanah Sungai Yu kini panas, apabila terbongkarnya kewujudan 18
‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), diberikan turut tanah tersebut.
Selain itu,
skandal tersebut juga menyerlahkan amalan kronisme kronik apabila beberapa
pemimpin PKR didakwa membolot tanah yang sepatutnya diberikan kepada rakyat
serta bagaimana syarat utama kelulusan sendiri dilanggar kerajaan PKR Selangor.
Dalam pada
itu, Vakran berkata, proses pemilihan tanah tersebut sejak dari awal lagi tidak
dilaksanakan dengan telus kerana bagaimana seorang pemimpin PKR yang dilantik
sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memilih diri sendiri sebagai penerima.
“Pihak yang
terlibat dengan pemilihan dan skandal ini termasuk kerajaan negeri tahu apa
yang berlaku tetapi mengapa berdiam diri?” soalnya.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment