MANA 2,000 SENARAI NAMA?
Oleh
kerana pihak pemaju mendakwa projek ini dibina untuk kaum Cina setempat,
Jawatankuasa Bertindak telah meminta mereka mengemukakan senarai lengkap 2,000
nama penduduk Cina yang tinggal di sekitar kawasan projek ini. Senarai ini
penting bagi membuktikan projek ini relevan.
Namun,
hingga ke saat ini ia masih gagal dikemukakan. Malah, pihak pemaju hanya diam
seribu bahasa tanpa memberikan apa-apa maklum balas.
Sikap
pihak pemaju ini sedikit sebanyak telah membenarkan sangkaan para penduduk yang
berpendapat projek ini dibina untuk pelanggan luar, atau lebih tepat, bertujuan
komersial semata-mata.
Hal ini
bukan lagi mustahil kerana reputasi pihak pemaju sendiri yang terkenal melalui
pengurusan jirat Cina Nirvana di seluruh negara dengan caj mencecah sehingga RM50,000.00
bagi satu tapak.
Justeru
tidak hairanlah pihak pemaju tetap dengan pendirian untuk meneruskan projek
ini.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment