Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menganggap permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dibuat mengikut adat
Melayu dan bukannya secara Islam.
Malah Presiden Pas itu mendakwa, permohonan maaf oleh Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak melambangkan konsep Islam.
“Saya dengar sedikit dalam TV, dia minta maaf ikut adat Melayu, sedangkan
maaf ni bukan adat Melayu, maaf ini adalah satu konsep daie Islam… kita faham
la, maaf orang Melayu macam mana.
“Adakah ia selari dengan konsep Islam atau tidak dan saya dengar ada
kenyataan lain pula selepas itu, (permohonan maaf dibuat) bukan bermakna
mengaku salah, dia hanya minta maaf saja,” tegasnya.
Tambah beliau, Pas tidak pernah berdendam melalui kuasa pemerintahan
ketika diberi peluang mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Ini menandakan kita maaf secara praktikal, bukan hanya sekadar bercakap
saja,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir dalam ucapan sebagai pengerusi pada Perhimpunan Agung
PPBM membuat permohan maaf dengan berkata, sebagai manusia biasa beliau tidak
pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, selepas kenyataan itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan maaf
sememangnya menjadi adat orang Melayu dan tidak semestinya pengakuan seseorang
itu bersalah terhadap kesilapannya. – MalaysiaGazette.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment