PAPAN TANDA PUN TAK ADA!!
Tahukah anda, pihak pemaju tidak
pernah menaikkan sebarang papan tanda sebagai pemberitahuan tentang projek ini?
Jawatankuasa
Bertindak percaya pihak pemaju cuba menyembunyikan perkembangan pembinaan
projek jirat ini daripada pengetahuan penduduk dalam usaha mereka mengelakkan
bantahan secara besar-besaran terhadap projek ini.
Lebih
mendukacitakan, hal ini juga tidak mendapat perhatian daripada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) Kuala Selangor meskipun ia adalah salah di sisi undang-undang
berhubung perkara pembinaan sesuatu projek di Selangor.
Dalam
erti kata lain, papan tanda projek tak ada, tahu-tahu saja projek sudah siap!
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment