BENARKAH PENDUDUK SETUJU?
Pihak pemaju, Everest Fairway Sdn. Bhd. mendakwa projek ini dipersetujui oleh
para penduduk di kawasan yang terlibat. Alasannya, tiada bantahan rasmi
diterima ketika projek ini mula-mula dicadangkan.
Jelas
sekali ia adalah satu pembohongan besar.
Untuk
makluman, projek ini tidak pernah direstui apatah lagi disokong oleh para
penduduk. Malah ketua-ketua kampong dan JKKK sendiri tidak pernah terlibat
menyatakan sokongan terhadap projek ini.
Para
penduduk, tanpa bantuan atau sokongan daripada pihak ketiga, telah menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas untuk membantah projek ini yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Bertindak Untuk Membantah Pembinaan Jirat Cina bersama-sama sebuah
NGO bebas, Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP). Setakat ini bantahan dibuat
secara berterusan meskipun tidak banyak perkembangan positif diterima oleh
mereka.
Penduduk
teraniaya. Azmin buat buta dan pekak. Kenapa? Adakah kerana Azmin mempunyai
kaitan secara langsung di sebalik projek ini selain bertindak meluluskannya?
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment