Dalam siri-siri Menjaga Agama
yang lalu telah dirungkaikan prinsip Maqasid Syariah lima (5)
perkara, ancaman terhadap agama dan perihal kelemahan umat. Agama Islam
dan umatnya terus menerus menjadi sasaran. Adakah kita cukup mengenali
penghancur agama Islam ini?
Sejarah penolakan dan penyesatan
manusia daripada hidup beragama bermula dengan keingkaran iblis (raja syaitan)
untuk sujud pada nabi Adam. Keingkarannya terhadap perintah Allah swt ini,
diteruskan oleh manusia yang berjaya disesatkan syaitan hingga kini. Inilah
para penghancur tegar agama Islam yang dengan jelas disebut oleh Allah swt
dalam al-Quran “Tidak sekali-kali orang-orang Yahudi dan Nasrani suka
kepada engkau, kecuali kalau engkau turut agama (cara hidup)
mereka” (al-Baqarah: 120).
Buah-buah kejayaan syaitan,
Yahudi dan Nasrani ini dapat dilihat pada:
· Lahirnya
pelbagai agama selain Islam yang sesat lagi menyesatkan
· Lahirnya
pelbagai ajaran mirip Islam tetapi menyeleweng
· Lahirnya
pelbagai perlakuan negatif sosial atas nama “hak peribadi”, “kebebasan” dan
“kesemarataan”.
· Lahirnya
pelbagai idea untuk membebaskan diri dari agama seperti liberalisme, pluralisme
dan sekularisme yang telah dinyatakan di siri 4.
· Terpukaunya
orang-orang yang mengaku Islam dengan idea-idea ini atas nama kemajuan dan
keintelektualan.
Hari ini kita dapat merasakan
gerakan Kristian Evengelis yang agresif menyebar dakyah secara halus mahpun
terang-terangan. Kita mendengar tuntutan golongan minoriti syiah dan pelbagai
ajaran menyeleweng lain, mahukan “hak” dan “kebebasan” untuk beramal. Kita
dapat melihat gerakan NGO – Comango yang beria-ia memperjuangankan “hak” dan
“kebebasan” individu untuk melakukan dosa LGBT. Kita dapat melihat parti-parti
politik tertentu menyokong tuntutan, fahaman dan gerakan kumpulan-kumpulan yang
tersebut demi meraih undi!
Justeru, kita sentiasa menerima
asakan pemikiran, idea, hujah dan tindakan yang mengancam kedudukan Islam. Kita
seolah-olah kelihatan janggal, rasa bersalah dan ketinggalan kerana masih mahu
mempertahankan syariat hidup beragama dan akidah suci ini. Pertahankanlah agama
ini walaupun semakin dihimpit. Genggamlah ia walaupun ibarat menggenggam bara
api!
Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment