Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. |
Bekas Menteri Besar Selangor yang disingkirkan oleh PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kemunculan mengejutkan bersama dua orang lagi bekas pemimpin DAP yang dibuang daripada parti itu iaitu Jenice Lee (bekas ADUN Teratai) dan Philip Tan (bekas ADUN Teluk Datuk) dalam satu ceramah yang dihadiri ratusan penduduk Cina di Medan Selera Bukit Teratai, dua hari lepas.
Gandingan tiga orang bekas pemimpin negeri ini secara tidak langsung telah menimbulkan kegusaran kepada DAP khususnya di DUN Teratai susulan penyertaan luar jangkaan daripada penduduk setempat sekaligus menghantar isyarat tentang suatu kebangkitan yang boleh meranapkan impian besar DAP untuk menguasai 100% undi kaum Cina dalam PRU14 kelak.
Kehadiran Khalid Ibrahim dengan reputasi selaku bekas Menteri Besar yang dijatuhkan melalui jalan kotor Langkah Kajang (Kajang Move) yang direkayasa oleh Rafizi Ramli dan dipersetujui oleh Dr. Wan Azizah (Presiden PKR) dan Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum parti tersebut pasti ditunggu-tunggu oleh hadirin yang ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik penyingkirannya pada 26 Ogos 2014 hingga membawa kepada pelantikan Menteri Besar penuh skandal, Azmin Ali pada 22 September 2014.
Jenice Lee pula dipecat daripada DAP selepas PRU 13 atas kesalahan bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai, manakala Philip Tan dipecat pada Mei lalu atas tuduhan menyalahgunakan dana, tuduhan yang kemudiannya tidak disusuli dengan apa-apa tindakan yang lebih efektif.
Jenice Lee ketika menyampaikan ucapannya. |
Philip Tan ketika menyampaikan ucapannya. |
Penyokong yang hadir. |
Kredit foto : FB Jenice Lee
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment