Showing posts with label Perlembagaan Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Perlembagaan Persekutuan. Show all posts

Wednesday, 28 March 2018

JADUAL KETIGA BELAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA (PERUNTUKAN BERHUBUNG PERSEMPADANAN SEMULA PILIHANRAYA)



JADUAL KETIGA BELAS [Perkara 113, 116, 117]

Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

BAHAGIAN I PENETAPAN DAN PRINSIP YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENYEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

1. Sehingga diubah mengikut peruntukan Jadual ini, bahagian-bahagian pilihan raya bagi memilih ahli-ahli ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri hendaklah bahagian-bahagian pilihan raya yang mula-mula digunakan bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan, mengikut manamana yang berkenaan, menurut Perlembagaan ini atau Akta Malaysia.

2. Prinsip yang berikut hendaklah seboleh-bolehnya diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya menurut peruntukan Perkara 116 dan 117—

(a) di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan;

(b) perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihan raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu;

(c) bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya; 245 Perlembagaan Persekutuan

(d) perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.

3. Bagi maksud Bahagian ini, bilangan pemilih hendaklah dikira sebagai bilangan yang ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa.

3A. Bagi maksud Bahagian ini, dalam apa-apa kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah setiap satunya dikira sebagai suatu Negeri.

BAHAGIAN II TATACARA BAGI MENYEMPADANKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN 
PILIHAN RAYA

4. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan buat sementara untuk membuat syor di bawah Fasal (2) Perkara 113 yang menyentuh mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya hendaklah memberitahu Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri dengan sewajarnya, dan hendaklah menyiarkan dalam Warta dan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan di dalam bahagian pilihan raya itu suatu notis yang menyatakan—

(a) kesan syor yang dicadangkan olehnya, dan (kecuali dalam hal jika Suruhanjaya bercadang untuk mengesyorkan bahawa tiada perubahan dibuat berkenaan dengan bahagian pilihan raya itu) bahawa suatu salinan syornya terbuka untuk diperiksa di suatu tempat tertentu di dalam bahagian pilihan raya itu; dan

(b) bahawa representasi mengenai syor yang dicadangkan itu boleh dibuat kepada Suruhanjaya dalam masa satu bulan selepas penyiaran notis itu, dan Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat dengan sewajarnya mengikut mana-mana notis itu.

5. Jika, apabila tersiarnya notis di bawah seksyen 4 mengenai sesuatu syor yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengubah mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya menerima apa-apa representasi membantah syor yang dicadangkan itu daripada—

(a) Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagianbahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu; atau

(b) sekumpulan orang seramai satu ratus orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan, 246 Undang-Undang Malaysia maka Suruhanjaya hendaklah menyebabkan suatu siasatan tempatan diadakan berkenaan dengan bahagian-bahagian pilihan raya itu.

6. Berhubung dengan apa-apa siasatan yang diadakan di bawah seksyen 5 Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

7. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya menyemak apa-apa syor yang dicadangkan selepas menyiarkan suatu notis mengenainya di bawah seksyen 4, maka Suruhanjaya hendaklah sekali lagi mematuhi seksyen itu berhubung dengan syor yang disemak itu, seolah-olah tiada notis dahulunya telah disiarkan: Dengan syarat bahawa tidaklah perlu diadakan lebih daripada dua siasatan tempatan berkenaan dengan mana-mana syor itu.

8. Setelah selesai menjalankan tatacara yang ditetapkan oleh Bahagian ini, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu laporan mengenai bahagian-bahagian pilihan raya yang menunjukkan—

(a) bahagian-bahagian pilihan raya yang kepadanya disyorkan olehnya supaya setiap unit kajian semula patut dibahagikan untuk melaksanakan prinsip yang dinyatakan dalam seksyen 2; dan

(b) nama-nama yang dengannya disyorkan olehnya bahagian-bahagian pilihan raya itu hendaklah dikenali, atau menyatakan bahawa pada pendapatnya tiada perubahan dikehendaki dibuat untuk melaksanakan prinsip tersebut.

9. Dengan seberapa segera yang boleh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan laporannya kepada Perdana Menteri di bawah seksyen 8, Perdana Menteri hendaklah membentangkan laporan itu di hadapan Dewan Rakyat, bersama dengan (kecuali dalam hal jika laporan itu menyatakan bahawa tiada perubahan dikehendaki dibuat) draf suatu Perintah yang akan dibuat di bawah seksyen 12 bagi melaksanakan, dengan atau tanpa ubah suaian, syor yang terkandung dalam laporan itu.

10. Jika mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf Perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

11. Jika usul bagi meluluskan mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 ditolak oleh Dewan Rakyat, atau ditarik balik dengan kebenaran Dewan itu, atau tidak disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri boleh, selepas mengadakan apa-apa rundingan yang difikirkannya perlu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, meminda draf itu dan membentangkan draf yang 247 Perlembagaan Persekutuan dipinda itu di hadapan Dewan Rakyat; dan jika draf sebagaimana yang dipinda sedemikian diluluskan oleh Dewan itu melalui suatu ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu,maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf yang dipinda itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

12. Jika draf sesuatu Perintah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Bahagian ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah membuat suatu Perintah mengikut kehendak draf yang dikemukakan kepadanya itu, dan Perintah itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalamnya: Dengan syarat bahawa permulaan kuat kuasa mana-mana Perintah sedemikian tidaklah menyentuh mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sehingga pembubaran yang berikutnya Parlimen atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berlaku pada atau selepas tarikh itu.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

Monday, 18 December 2017

MENTERI BESAR SELANGOR TELAH BERTUKAR MENJADI PADERI KRISTIAN APABILA MELAFAZKAN PETIKAN AYAT BOOK OF MATTHEW, CHAPTER 80, VERSUS 21 - 22 DARIPADA KITAB BIBLE???

MENTERI BESAR SELANGOR TELAH BERTUKAR MENJADI PADERI KRISTIAN APABILA MELAFAZKAN PETIKAN AYAT BOOK OF MATTHEW, CHAPTER 80, VERSUS 21 - 22 DARIPADA KITAB BIBLE???
Dalam kehangatan skandal tanah di kampung Sg Yu, kita dikejutkan dengan ucapan Azmin Ali dalam majlis keraian yang dikhususkan untuk penganut-penganut agama Kristian anjuran sebuah gereja yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh sempena sambutan Krismas.
Berdasarkan video yang tersebar luas sejak malam tadi, berikut adalah petikan yang dibaca oleh Azmin Ali :
And God will not judge you.....
Do not condemn others......
And God will not condemn you....
Forgives others......
And God will forgive you.....
Again, Peter came to jesus and asked bla bla bla....

PERSOALAN: 
i - Adakah wajar seorang MB Melayu Islam serta Ahli Majlis Agama Islam Selangor yang telah dilantik oleh Sultan Selangor baru-baru ini berucap begini? Malah tidakkah Azmin Ali telah menghina dan tidak menghormati DYMM Sultan Selangor sebagai ketua Agama Islam di Selangor?

ii - Sebagai penganut agama Islam yang beriman kepada kitab Al-Quran (Rukun Iman ke-3), tidakkah tindakan Azmin ini telah mengaib dan memalukan bagi umat Islam terutamanya di Selangor?
iii - Tidakkah tindakan Azmin ini juga secara terang tidak beretika dan membelakangkan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi perekutuan?

Wednesday, 5 April 2017

BONGKAR DAP Siri 7/20 - SECULAR STATE DAN JENAYAH PEMISAHAN AGAMA


Negara sekular dengan sistem pemerintahan berpusatkan parlimen semata-mata adalah cita-cita dan matlamat DAP yang sangat berbahaya. Malangnya ramai yang tidak awas akan hakikat ini. 


Dalam matlamat parti ini dan berulang-ulang kali juga disebut oleh para pemimpin DAP sendiri, mereka mempunyai rangka kerja yang jelas untuk memastikan sistem negara sekular ini dilaksanakan. 

Atas sebab itu jugalah mereka selalu menegaskan bahawa objektif pembangkang bukan sahaja hendak jatuhkan Barisan Nasional dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan slogan Selamatkan Malaysia, lebih dari itu, mereka mahu ubah keseluruhan sistem pemerintahan kita. 

Sekular bererti pemisahan nilai dan budaya. Ketika era pembaharuan Eropah, sekular menjadi agenda utama mereka dalam usaha mengubah wajah pemerintahan daripada pengaruh kuasa gereja kepada sistem yang lebih bebas dengan kuasa dialihkan kepada rakyat sepenuhnya. 

Hal ini bermaksud mengasingkan aspek agama daripada pemerintahan dan lain-lain hal yang boleh melambatkan kemajuan dan pemodenan terutamanya adat dan budaya yang dilihat kolot serta mengongkong. 

Idea ini, bagi DAP, adalah mustahak bagi memastikan Malaysia mencapai kemajuan dan pemodenan dalam erti kata yang sama seperti yang dilalui negara-negara Barat. 

Bagi DAP, selagi Islam dan istana diletakkan di atas kuasa parlimen, Malaysia tidak akan lekas capai kemajuan kerana terlalu banyak hal yang mengikat langkah rakyat terutamanya dari segi hukum-hakam agama yang keras dan disokong pula oleh kuasa istana. 

Justeru DAP sedaya mungkin mahu elemen-elemen ini dihapuskan. 

Soalnya adakah kita bersedia? Adakah kita setuju membebaskan negara ini daripada pengaruh Islam dan menanggalkan payung istana daripada terus memayungi institusi-institusi penting kita selama ini? 

Lebih penting, bersediakah kita menjadi rakyat sebuah negara sekular 100%?


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut : 

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...