Dalam 4 Siri Menjaga Agama
sebelum ini, dikongsikan prinsip Maqasid Syariah sebagai
teras penjagaan agama (hifzuddin)keseluruhannya. Ia meliputi lima (5)
perkara – Agama (Akidah), Nyawa, Akal, Keturunan dan Harta. Telah diterangkan
sedikit perincian berhubung setiap prinsip, contoh dan keutamaan. Akhirnya
disimpulkan bahawa agama (akidah) lah yang paling utama, tiket kebahagian di akhirat
yang abadi.
Atas segala fitnah dan desakan
terhadap agama yang berlaku, lebih mudah menunding jari mencari kesalahan
pihak-pihak berkaitan. Persoalannya, siapakah yang akan menjaga agama ini?
Agama, akidah dan keimanan ada dalam diri setiap diri yang telah mengucapkan
kalimah syahadah. Kitalah yang akan memelihara dan menatangnya
sepenuh hati agar tidak terlepas. Maka, kita semualah penjaga agama ini!
Dalam satu hadis yang mafhumnya -
jika kita melihat suatu kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kuasa), jika
tidak mampu dengan lidah (kata-kata) dan jika tidak mampu dnegan hati (sikap
tidak suka). Penolakan sesuatu ancaman terhadap agama secara kolektif dengan
kesamaan fikiran serta tindakan amatlah penting. Atas satu
kalimah syahadah kita bersatu!
Dalam satu ayat al-Quran, Allah
swt menegaskan bahawa manusia akan ditimpa kehinaan di mana juga mereka berada,
kecuali yang berpegang dengan tali (agama) dari Allah dan tali (perdamaian)
dari manusia. Tidak hairanlah penghinaan demi penghinaan bersulamkan ancaman
terus berlaku terhadap agama dan kerana kelemahan umatnya.
Undang-undang dan penguatkuasaan
hanyalah mekanisme sementara untuk mengekang acaman. Kebatilan dan ancaman
terhadap agama Islam tetap berterusan malah dilihat semakin kuat. Pukulan yang
kuat hanya terhasil jika kita semua bersatu. Bersama kita menentang ancaman
yang berlaku, seia sekata, sederap langkah tindakan.
Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment