Showing posts with label PAN. Show all posts
Showing posts with label PAN. Show all posts

Wednesday, 17 January 2018

AZMIN BERUNDING DENGAN PAS SECARA SENYAP???

Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Namun pada masa yang sama, PKR Selangor telah melakukan rundingan sulit dengan PAS negeri Selangor bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti
Perjumpaan ini di ketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri Selangor tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dan telah di aturkan oleh Azmin sendiri.
Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor sahaja.
Selain itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan PAS, malah mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Azmin juga dikatakan tidak yakin dengan parti serpihan PAS iaitu PAN dalam Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU14 di Selangor.
Maka, Azmin membuat pertemuan sulit bersama PAS Selangor dan berundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Mohamed Azmin dalam menangani isu kerjasama dengan PAS sebagai penyebab perpecahan dalam parti.
Selain itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menggesa Mohamed Azmin tidak patuh dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

Monday, 8 January 2018

AWAS!!!! DAP LICIK PERALATKAN PEMIMPIN MELAYU DENGAN MEMEGANG STERENG PAKATAN HARAPAN.


Selepas pengumuman pembahagian kerusi Pakatan dibuat,Parti Bersatu dilihat seperti mendominasi parti lain (bukti licik ketua pakatan DAP).
PKR diperuntukkan 51 kerusi, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi pula untuk Parti Amanah Negara (PAN). Manakala parti Bersatu diperuntukan 52 kerusi daripada 165 kerusi di Semenanjung.

Walaupun masih setahun jagung dengan mesyuarat cawangan pun tidak diadakan, sudah mendapat jumlah kerusi yang paling banyak dan mengetepikan PKR serta PAN.
Bertanding pula di kerusi kerusi Melayu, DAP tepuk tangan dan gunakan PPBM sebagai screw untuk lemahkan dan serang UMNO.
Seperti kata Hew Kuan Yaw (DAP) sebelum ini ketika pilihan raya negeri Sarawak, untuk membiarkan ‘orang Melayu skru orang Melayu’. Inilah yang dilakukan oleh DAP ketika ini. Jelas terbukti bahawa DAP adalah yang paling berkuasa dalam Pakatan keranan kononnya mempunyai Mahathir sebagai ayam tambatan untuk `skru orang Melayu’.
Dan pembehagian kerusi yang dibuat oleh pakatan telah mengakibatkan ramai orang tidak sedar bahawa sebenarnya 35 kerusi yang dipertukan oleh DAP hanyalah di semenanjung Malaysia sahaja. Manakala, bilangan kerusi yang bakal ditandingi DAP di Sabah dan Sarawak pula adalah 19, sekali gus menjadikan kerusi akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia meningkat menjadi 54.
54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia pada PRU-14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi akan ditandingi PPBM di seluruh Malaysia.
Apa yang diumumkan oleh pakatan hanya mengelabui mata rakyat Malaysia kerana yang kekal mendominasi pakatan ialah DAP.
Sudah banyak bekas pemimpin DAP yang mendedahkan niat sebenar DAP. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada 10 Disember lalu mendedahkan Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri kerana Penasihat DAP itu sehingga kini tidak pernah melepaskan jawatan tertinggi dan kawalannya terhadap parti itu.
Menurut Tunku Aziz, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.

Tuesday, 28 November 2017

AMANAH JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PAS

SHAH ALAM - Pemimpin Amanah di minta tidak mencampuri hal pentadbiran Pas dengan mengeluarkan pelbagai dakwaan tidak masuk akal.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, walaupun sebelum ini Amanah mendakwa Pas dilihat mesra dengan kerajaan, namun realitinya pemimpin parti itu lebih cenderung untuk bersama Umno selepas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa menyatakan solidariti bersama Adun BN, Datuk Nozula Mat Diah yang diusir keluar dari Sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

“Mereka kata kita goyah serta bercelaru, namun pada saya mereka perlu jaga parti sendiri sudah lah dan jangan sibuk hal parti orang (Pas).

“Sebelum ini mereka kata kita mesra dengan Umno, tapi pemimpin mereka sendiri bersolidariti untuk Adun BN. Jangan jadi paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas komited bersama Gagasan Sejahtera dan akan menentang Umno mahupun Pakatan Harapan pada PRU14.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

RAMAI PEMIMPIN TAK SETIA DALAM PAS?

SHAH ALAM - Kini terbukti wujud ramai pemimpin yang tidak setia dengan presiden dan parti dalam kepimpinan utama Pas.

Itu pandangan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib (gambar) berhubung tindakan Ketua Pembangkang Kedah dari Pas, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu, kelmarin.

Katanya, dalam perjuangan apa pun parti, tidak menyokong dasar dan tindakan presiden adalah ibarat menentang parti.

"Pas perlu berhati-hati dengan berkemungkin ada kumpulan pro Pakatan Harapan yang aktif dalam Pas dan menunggu masa untuk mengambil alih Pas dari dalam," katanya.

Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata, tindakan Amiruddin itu adalah satu manifestasi permulaan, mungkin ramai lagi  wakil rakyat daripada Pas yang masih lagi takut meninggalkan Pas buat masa ini akan berbuat demikian ketika mereka tidak dicalonkan semula untuk PRU14.

"Pas kini dalam fasa membangunkan semula tarbiyah parti supaya taat pada parti dan pemimpin utama sendiri, bukannya taat dan terpesona dengan pemimpin Harapan," katanya.

Menurutnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya memilih ketua pembangkang Dun Kedah yang lebih pro kepadanya.

"Jangan pandang remeh isu tidak patut dan hormat pada Presiden. Pas perlu pilih, taat pada Haji Hadi atau taat pada Harapan?," katanya.

Md Shukri berkata, Pas dilihat sudah mengimport terlalu banyak idea dan pola pemikiran asing yang tidak bersifat jati diri asal.

"Kini konsep Pas untuk semua perlu dikaji dan kembali kepada prinsip Pas jadi alat untuk Islam bukannya untuk politik dan kerusi PRU," katanya.

Beliau berkata,  apa yang berlaku kepada Pas ialah terlalu ramai wakil rakyat dari kalangan mereka yang tidak berjati diri perjuangan asas Pas, hanya mahu menang dan menikmati hasil Pas tanpa dihargai peranan parti pada mereka.

"Persoalan yang timbul adakah tindakan YB Amiruddin ini sudah memasuki fasa bahawa Pas Kedah sudah mula memprotes Haji Hadi dan kepimpinan sedia ada secara terang?," soalnya.

Menurutnya, Pas kini diambang perang ke atas 'neo kolonialisme' atau penjajahan bentuk baharu yang seolah diasak bekas rakan pembangkang mereka iaitu Harapan.

"Penerimaan Bersatu terhadap Amiruddin juga jelas menunjukkan rasa tidak hormat parti itu dan Harapan ke atas Pas.

"Pas mungkin dianggap 'lembik' dan dayus hingga mudah dipermainkan sesuka hati.

"Adakah akar umbi Pas boleh percayakan Harapan dan kembali kepada pakatan politik mereka jika pemimpin kanan parti pun boleh 'dicuri'?," katanya.



#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

PAS TERUS DIHINA OLEH KHALID SAMAD



Ibarat kacang lupakan kulit? Atau lebih teruk? 

Kami bersimpati akan nasib Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang terus dihina dan diperlekehkan oleh bekas-bekas pemimpinnya yang kini menjadi kuda tunggangan DAPig. 

Antara yang paling lantang ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kini diangkat sebagai Pengarah Komunikasi PANtat pimpinan Mat Sabu, si tali barut DAP alaf baru. 

Terbaru, dalam serangan terbukanya, Khalid menyifatkan PAS hari ini sebagai sebuah parti ekstrimis yang dipengaruhi golongan ulamak dan ilmuan agama (asatizah) yang pernah mendapat pendidikan di Timur Tengah. 

Pada kami, soal ekstrim atau tidak PAS ini bukan perkara baru. Ia telah pun berlaku dan menjadi identiti parti ini sejak dahulu lagi, malah ketika Khalid Samad masih bersama parti itu pun PAS sudah dilabel sebagai parti pelampau.

Jika anda masih ingat, antara janji yang boleh dianggap sebagai keterlaluan yang dihamburkan oleh Khalid Samad sewaktu berkempen untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam pada PRU12 (2008) ialah menutup kilang arak Carlsberg di Seksyen 15. 

Walaupun sudah diterangkan bahawa janji ini hanya retorik politik yang mustahil akan dilaksanakan hatta jika PAS menang majoriti Parlimen di Malaysia sekali pun, orang Shah Alam tetap beri undi kepada Khalid dan dia menang besar. Apa yang berlaku selepas itu, kilang arak itu pula makin giat hasilkan arak. Janji nak tutup sampai sekarang tak tutup! 

Budaya ekstrim ini sememangnya sudah sebati dengan pemimpin pembangkang di Malaysia tanpa mengira lambang atau warna rasmi parti. Jika kita hanya lihat dari sudut agama, kita akan nampak PAS paling ekstrim. Tapi jika kita lihat dari sudut perkauman, kita akan nampak DAPiglah paling ekstrim dan Anwar pula paling ekstrim dengan cita-citanya nak jadi PM. 

Begitu juga dengan PANtat yang ekstrim dengan azam menggantikan PAS sebagai parti Islam utama negara manakala PPBM pula terlalu ekstrim untuk korbankan Najib demi memenuhkan tuntutan nafsu anak beranak Mahathir.

Jadi apa bezanya PAS yang sering dihina oleh Khalid Samad ini dengan Pakatan Harapan? Tak ada. Semuanya sama ekstrim dan semakin tidak dapat mengawal diri untuk berkuasa dan memerintah negara ini. 

Sampai bila-bila pun mereka tak mampu tandingi politik sederhana gaya Barisan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. 

Monday, 20 November 2017

NAFSU BESAR AZMIN NAK JADI PERDANA MENTERI


Jika betul kiraannya, Azmin boleh naik jadi Perdana Menteri selepas PRU-14 ini sekiranya Pakatan Harapan berjaya kalahkan Barisan Nasional.
Berdasarkan perkembangan semasa, PPBM dilihat seperti telur di hujung tanduk yang menanti masa dibatalkan penubuhannya oleh ROS.
Sebagai komponen dalam Pakatan Harapan, sudah tentulah PPBM turut memiliki peruntukan konstituensi sendiri sama seperti parti-parti lain.
Jika dibatalkan, Pakatan Harapan mempunyai dua pilihan sahaja sama ada merombak semula peruntukan kerusi atau memindahkan peruntukan yang diberikan kepada PPBM ke dalam mana-mana parti sedia ada.
Dengan reputasi PPBM sebagai parti serpihan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya pula masih mempunyai DNA UMNO yang kuat, adalah agak mustahil untuk mereka menyertai DAP atau bertanding atas tiket DAP atau PAN.
Satu-satunya pilihan yang ada ialah PKR. Tambahan pula PKR juga adalah sebuah parti serpihan UMNO yang lahir daripada kekecewaan dan kebencian.
Ironinya, PKR ditubuhkan atas kebencian dan kekecewaan Anwar terhadap Mahathir sedangkan PPBM pula ditubuhkan atas kekecewaan dan kemarahan Mahathir terhadap Najib Razak.
Secara BIOLoginya, PKR dan PPBM berkongsi DNA yang sama. Yang akan menyatukan kedua-dua parti menjadi lebih kuat ialah iltizam menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.
Justeru jika pemindahan kerusi ini berlaku, maka PKR akan mempunyai kelebihan untuk membentuk majoriti dalam Pakatan Harapan sekaligus memintas DAP.
Ini juga bermakna peruntukan kerusi untuk PKR akan bertambah.
Jika ini berlaku, nauzubillah, maka laluan untuk Azmin menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri semakin cerah tatkala Anwar masih di penjara manakala Wan Azizah pula, apa yang boleh dia buat selain bermain kipas?
Jangan lupa, PKR ada rekod ‘membeli’ parti politik bagi menguatkan kedudukannya sebelum ini. Tak mustahil ia akan berlaku sekali lagi.

Monday, 6 March 2017

ERTI KERJASAMA POLTIK PAKATAN HARAPAN



Kerjasama politik antara DAP, PAN dan PKR di Selangor sebenarnya adalah untuk menafikan penguasaan orang Melayu yang dahulunya ditunjangi oleh UMNO. 

Melalui kerjasama ini, pembahagian kerusi dibuat antara ketiga-tiga parti sehingga tiada lagi peluang untuk orang Melayu menguasai portion majoriti. 

Pada masa yang sama, orang bukan Melayu pula khususnya melalui PKR dan DAP mendapat posisi yang strategik seperti jawatan Speaker DUN dan beberapa jawatan Exco yang penting dalam pentadbiran kerajaan negeri. 

Natijahnya sudah banyak : penghapusan diskaun 10% untuk Bumiputra (Melayu) membeli rumah, rampasan dan penyitaan premis-premis perniagaan orang Melayu di seluruh Selangor dan banyak lagi. 

Rakyat Selangor perlu belajar dari pengalaman orang Melayu Pulau Pinang sebelum terlambat.

PAS HAMPIR PASTI DITENTANG PAN



PAS yang menjamin kedudukan Azmin Ali selaku Menteri Besar pasca Langkah Kajang, kini tiada pilihan selain berdepan dengan PAN yang juga sekutu kuat Azmin di semua kerusi yang akan ditandinginya dalam PRU ke-14 kelak. 

Desas-desus kegagalan perbincangan untuk kerjasama 'pelik' yang cuba diusahakan oleh Azmin Ali bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru di Selangor itu semakin kuat apabila wakil PAN secara terbuka mengumumkan hasrat mereka untuk merampas kerusi-kerusi milik PAS atas keyakinan semakin ramai penyokong PAS beralih arah kepada parti serpihannya itu. 

Perkembangan muktahir ini pastinya melemaskan Azmin Ali. Jika pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan, peluang beliau mengekalkan kedudukan dan penguasaan Pakatan Harapan di Selangor adalah tipis. 


Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...