AZMIN YANG TIDAK PEDULI
Seperti dibuli? Lebih teruk dari itu
sebenarnya. Usaha para penduduk khususnya melalui Jawatankuasa Bertindak dalam
membantah projek ini sehingga kini masih gagal menarik perhatian Menteri Besar
Selangor, YB Dato’ Seri Azmin bin Ali.
Sukar juga sebenarnya untuk menduga apakah
pendirian Azmin dalam isu ini sementelah beliau sendiri yang meluluskannya.
Ada yang berpendapat Azmin sedang menyusun game
tertentu. Akhir-akhir isu ini nanti beliau akan muncul membela penduduk dan
menghentikan projek ini, atau mencadangkan perancangan lain bagi menyedapkan
hati para penduduk. Bila? Mungkin bila pilihan raya dah hampir kelak.
Namun pandangan ini ditolak oleh para penduduk
dan Jawatankuasa Bertindak sendiri. Mustahil Azmin mampu bertindak wira kerana
lehernya sudah dijerut oleh pihak pemaju. Lagi pun, jika ia benar-benar
berjalan seperti demikian, maka penduduk akan lebih marah kerana hidup mereka
umpama dipermainkan dengan sangat teruk ketika ini.
Persoalannya kini hanya satu sahaja, adakah
kerajaan negeri pimpinan Azmin langsung tidak mahu peduli akan rintihan dan bantahan
para penduduk?
Azmin, jawablah.
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment