Thursday 30 November 2017

SENARAI SKANDAL RASUAH DAN PENYELEWENGAN DI SELANGOR


Sejak semalam media sosial diriuhkan dengan berita penahanan anak saudara Azmin Ali berhubung salah laku rasuah yang serius.

Berita ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak. Tapi bagi yang mengikuti secara rapat isu-isu rasuah dan skandal melibatkan Azmin Ali atau proksi dan orang-orang kanannya, ini cuma berita kecil sahaja. Hakikatnya, lebih ramai yang terlibat. Jumlah wang yang diseleweng juga lebih banyak. Hanya menanti masa sahaja untuk dibongkarkan oleh SPRM dan didedahkan kepada umum.

Namun bagi kami, kecil atau besar, ia tetap penting untuk diperkatakan. Pertama, kerana selama ini Azmin terlalu sombong dan angkuh dengan mendabik dada kononnya kerajaan negeri pimpinannya mengamalkan ketelusan serta bebas ketirisan. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor dan dalam siri ceramah atau ucapannya selama ini misalnya, tak habis-habis dia mengangkat dirinya sendiri sebagai Menteri Besar kepada sebuah kerajaan negeri yang benci rasuah dan penyelewengan.

Kedua, kerana Azmin adalah satu-satunya Menteri Besar yang hingga ke saat ini belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah walaupun pernah pada suatu ketika menyatakan komitmen kepada DUN Selangor untuk mengambil bahagian dalam proses yang diinisiatifkan oleh SPRM itu dalam usaha mengekang gejala rasuah di negara ini. Macam-macam alasan diberikan. SPRM bahkan diperlekehkan oleh Azmin dan para penyokongnya.

Semalam, 29 November 2017, menjadi hari malang buat Azmin kerana anak saudaranya sendiri yang bernama Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid, ditahan oleh SPRM atas dakwaan melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Ketika ditahan, wang sebanyak RM4 juta turut dirampas dan pelbagai akaun lain dibekukan.

Berikut beberapa fakta penting yang wajib anda tahu di sebalik kes ini :

1. Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid berusia 34 tahun ketika ditahan di kediamannya di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur pada jam kira-kira 1 tengah hari, 29 November 2017.

2. Turut ditahan oleh SPRM ialah dua orang ahli perniagaan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

3. Ketiga-tiga suspek ditahan atas dakwaan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan secara langsung oleh Menteri Besar Selangor.

4. Sejumlah wang bernilai lebih RM4 juta ditemui dalam serbuan yang dilakukan selain beberapa akaun turut dibekukan bagi membantu siasatan pihak SPRM.

5. Nurul Fadli seorang penganggur yang hidup mewah termasuk memiliki kediaman dan pelbagai kenderaan yang mewah dipercayai kerana menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Azmin Ali untuk mendapatkan komisen, hadiah dan sebagainya melalui projek-projek yang diluluskan.

6. Sering mengemaskini laman sosialnya dengan aktiviti harian bersama Azmin Ali termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting dan acara-acara rasmi atau parti.

Kes ini juga mengingatkan kembali kita kepada penahanan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen PKR Ampang, YB Zuraida Kamaruddin pada 13 April 2017 yang lalu  kerana memiliki kekayaan luar biasa termasuk sebuah rumah banglo  berharga RM7 juta. Seperti Nurul Fadli, Adam juga sering mempamerkan kemewahan hidupnya di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan tentang sumber kewangannya.

Seperti yang kami katakana tadi, ini hanya kecil sahaja. Sama ada Azmin menandatangani IBR atau pun tidak, pihak SPRM tetap akan membongkar penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiranNYA.

Berikut kami senaraikan semula beberapa kes lain yang masih dalam siasatan serta berpotensi disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM dalam masa terdekat ini :-

1. Skandal tanah Paya Indah Wetlands

Kerajaan negeri didakwa meluluskan penukaran status tanah di Mukim Tanjung Dua Belas,Kuala Langat daripada pertanian kepada pembangunan walaupun terletak dalam kawasan yang digazetkan sebagai hutan warisan dunia.

2. Skandal MBI-UNISEL-Jana Niaga Sdn. Bhd.

Melibatkan pembayaran sebanyak RM16 juta oleh MBI kepada syarikat Jana Niaga yang telah ditamatkan kontrak selenggara bangunan di UNISEL.

3. Skandal tanah Kg. Sungai Yu, Permatang

Agihan tanah tidak telus kepada kroni dan orang luar serta tidak memenuhi kelayakan selain ketiadaan sebanyak 18 nama dalam rekod JPN.

4. Skandal Jirat Cina Jeram

Kelulusan projek diberikan walaupun dibantah oleh penduduk yang terdiri daripada majoriti orang Melayu dan beragama Islam.

5. Skandal SPLASH

Pertambahan nilai harga pengambilalihan sebanyak 10 kali ganda kepada RM2.975 bilion berbanding harga asal RM250.6 juta ketika pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.

6. Skandal Tabung YAWAS

Penyelewengan dilakukan oleh segelintir ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang dipertanggungjawabkan mengurus dana amanah tersebut termasuk melakukan transaksi di luar negeri dan diberikan kepada penduduk bukan warga Selangor.

7. Skandal Hilman

Pegawai muda di pejabat kerajaan negeri yang hidup mewah walaupun gaji kecil termasuk memiliki sebuah kereta Toyota Altis serba baharu bernilai RM120 ribu, sebuah rumah yang dibeli dengan harga lebih RM600 ribu dan kos pengubahsuaian dianggarkan lebih RM200 ribu.

8. Skandal Pintu Gerbang Darul Ehsan

Hingga kini Azmin tidak menjelaskan siapakah penderma yang menyumbang sebanyak RM9.8 juta untuk projek ini dan apakah kaitannya dengan kerajaan negeri. Pada peringkat awal, difahamkan, projek ini dilaksanakan dengan pembiayaan pendahuluan oleh kerajaan negeri tetapi hingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan sama ada wang tersebut telah digantikan oleh penderma atau sebaliknya.

9. Skandal Kubah Masjid Negeri Selangor

Sebanyak RM32.4 juta diperuntukkan untuk menukar kubah Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, suatu jumlah yang sangat tidak masuk akal bagi sebuah projek kecil seperti itu.

10. Skandal Projek Balak

Didakwa berlaku di seluruh negeri melibatkan kawasan hutan yang dilindungi.

11. Skandal Kekayaan Segera YB Zuraida Kamaruddin

Berasal daripada hanya penjual buah, kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Ampang. Pada 18 April 2017, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos membuat laporan kepada SPRM berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki Zuraida, antaranya termasuklah 9 buah kenderaan pelbagai jenis dan mewah.

12. Skandal S. Manikavasagam

Bekas Ahli Parlimen Kapar ini ditangkap bersama wang sebanyak RM30 ribu di dalam keretanya pada 16 Jun 2016 atas dakwaan penyelewengan membabitkan peruntukan membaiki kemudahan awam di parlimen tersebut.

13. Skandal Rasuah Seks dan Wanita di pejabat MB Selangor

Didedahkan oleh Rafizi Ramli tetapi tiada tindakan susulan diambil oleh SPRM selepas mengesahkan tiada bukti ditemui dalam siasatan yang dilakukan. Habis kenapa Rafizi bongkar? Bukti apa yang dibongkarkannya?

14. Skandal Tanah Ijok

Dikatakan antara skandal penyelewengan tanah terbesar di Malaysia membabitkan sejumlah 2,000 ekar di Ijok, Selangor yang diperuntukkan kepada dua buah syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd. untuk dibangunkan pada 2008 tetapi diambil semula oleh kerajaan PKR sebelum dijual kepada syarikat Eco World pada harga lebih RM1 bilion.

Jadi apa pula selepas ini? Atau lebih tepat, Who’s Next? Adakah Azmin Ali sendiri yang akan ditahan oleh SPRM? Atau dia yang terakhir jika mengikut senarai panjang suspek yang berpotensi dikenakan tindakan? 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...