Showing posts with label Jeram. Show all posts
Showing posts with label Jeram. Show all posts

Thursday, 23 November 2017

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FATKA #13


PEMAJU JANJI BINA JALAN SECARA PERCUMA TAPI....

Paling melucukan dalam isu ini ialah janji daripada pihak pemaju untuk membina jalan kononnya untuk kemudahan para penduduk kampong yang terlibat secara percuma. Hakikatnya ia hanyalah janji yang dimanipulasi semata-mata.

Para penduduk secara terbuka telah mendedahkan bahawa jalan yang hendak dibina secara percuma itu ialah jalan atau laluan khas ke tapak jirat yang kebetulan melalui kawasan penempatan penduduk. Ia sama sekali bukan jalan raya baharu yang dibina untuk memenuhi keperluan penduduk.

Tindakan pihak pemaju dalam hal ini ternyata amat mendukacitakan kerana mereka telah mencanang ke seluruh dunia tentang niat ‘murni’ tersebut seolah-olah kebajikan dan kepentingan para penduduk sentiasa diambil kira walhal objektif sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan komersial mereka semata-mata.

Penipuan demi penipuan dihalalkan oleh kerajaan negeri.



#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #12



AZMIN YANG TIDAK PEDULI

Seperti dibuli? Lebih teruk dari itu sebenarnya. Usaha para penduduk khususnya melalui Jawatankuasa Bertindak dalam membantah projek ini sehingga kini masih gagal menarik perhatian Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Seri Azmin bin Ali.

Sukar juga sebenarnya untuk menduga apakah pendirian Azmin dalam isu ini sementelah beliau sendiri yang meluluskannya.

Ada yang berpendapat Azmin sedang menyusun game tertentu. Akhir-akhir isu ini nanti beliau akan muncul membela penduduk dan menghentikan projek ini, atau mencadangkan perancangan lain bagi menyedapkan hati para penduduk. Bila? Mungkin bila pilihan raya dah hampir kelak.

Namun pandangan ini ditolak oleh para penduduk dan Jawatankuasa Bertindak sendiri. Mustahil Azmin mampu bertindak wira kerana lehernya sudah dijerut oleh pihak pemaju. Lagi pun, jika ia benar-benar berjalan seperti demikian, maka penduduk akan lebih marah kerana hidup mereka umpama dipermainkan dengan sangat teruk ketika ini.

Persoalannya kini hanya satu sahaja, adakah kerajaan negeri pimpinan Azmin langsung tidak mahu peduli akan rintihan dan bantahan para penduduk?
Azmin, jawablah.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #11


DISKRIMINASI DAN MANIPULASI PIHAK PEMAJU

Sejak sekian lama, para penduduk di Meru dan Jeram mengimpikan pembangunan yang lebih baik di kawasan mereka. Namun kini, yang mereka dapat ialah jirat Cina berskala mega yang dibina di sekitar kawasan tempat tinggal mereka di sini.

Siapa yang tak marah, bukan?

Celik mata, jenguk luar rumah terpampang panorama ‘indah’ jirat Cina sejauh mata memandang. Kami tanya penduduk, itukah harapan mereka? Tidak! Ia mimpi ngeri! Itulah antara jawapan yang kami terima, bercampur-baur.

Penduduk begitu kesal kerana pihak pemaju langsung tidak menjaga sensitiviti mereka yang telah lama menetap di sini.

Meskipun ia dibina di atas tanah milik persendirian, ia tidak semestinya menjadi alasan bagi pihak pemaju untuk bertindak sendirian demi keuntungan wang ringgit semata-mata.

Penduduk juga menjelaskan bahawa mereka tidak akan sesekali membantah projek ini jika ia dibina jauh daripada kawasan penempatan mereka. Penduduk malah memahami keperluan projek ini tetapi toleransi mereka ada hadnya. Bagi mereka, pihak pemaju telah melangkaui batasan kesabaran dan tolak ansur yang sepatutnya.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #10


MANA 2,000 SENARAI NAMA?

Oleh kerana pihak pemaju mendakwa projek ini dibina untuk kaum Cina setempat, Jawatankuasa Bertindak telah meminta mereka mengemukakan senarai lengkap 2,000 nama penduduk Cina yang tinggal di sekitar kawasan projek ini. Senarai ini penting bagi membuktikan projek ini relevan.

Namun, hingga ke saat ini ia masih gagal dikemukakan. Malah, pihak pemaju hanya diam seribu bahasa tanpa memberikan apa-apa maklum balas.

Sikap pihak pemaju ini sedikit sebanyak telah membenarkan sangkaan para penduduk yang berpendapat projek ini dibina untuk pelanggan luar, atau lebih tepat, bertujuan komersial semata-mata.

Hal ini bukan lagi mustahil kerana reputasi pihak pemaju sendiri yang terkenal melalui pengurusan jirat Cina Nirvana di seluruh negara dengan caj mencecah sehingga RM50,000.00 bagi satu tapak.

Justeru tidak hairanlah pihak pemaju tetap dengan pendirian untuk meneruskan projek ini.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #9


1% VS 99%

Salah satu alasan yang diberikan oleh pihak pemaju demi menghalalkan projek komersial ini ialah, ia dibina untuk kemudahan kaum Cina yang tinggal di sekitar kawasan berhampiran tapak projek ini.

Alasan ini bagaimanapun ditolak oleh Jawatankuasa Bertindak kerana semakan yang dibuat mendapati jumlah penduduk Cina di sini amat kecil iaitu sekitar 1% sahaja.

Selain itu, satu lagi tapak jirat yang telah lama beroperasi di sini masih lagi kosong serta lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan kaum Cina untuk satu tempoh yang lama.

Jelas sekali, ada helah yang cuba disorok oleh pemaju. Kalau bukan kerana keuntungan wang ringgit, untuk apa lagi?

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor



SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #8


SUARA PENDUDUK TIDAK DIPERLUKAN

Dalam usaha menghalalkan projek jirat Cina komersial mereka ini, pihak pemaju, secara penuh muslihat telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar serba bermasalah, Azmin Ali, untuk membina sebuah projek tanah perkuburan bersepadu di atas dua tapak di Jeram dan Meru.

Tapak-tapak tersebut (PN 77576 Lot 9987 dan PN 30243 Lot 9942) setelah dihitung dianggarkan berkeluasan hampir 120 hektar. Daripada jumlah ini, hanya 24 ekar sahaja digazetkan untuk tapak perkuburan Islam bagi melengkapkan syarat cadangan tapak perkuburan bersepadu pihak pemaju ini.

Lebih memualkan, pihak pemaju langsung tidak bertemu dengan wakil penduduk untuk berbincang tentang projek ini sejak dari awal meskipun mereka tahu bahawa 99% penduduk di kawasan sekitar projek ini ialah orang Islam.

Pemaju fikir dengan menawarkan tapak seluas 24 ekar itu dapat membeli persetujuan penduduk? Ternyata ia telahan yang amat dangkal. 

Siapa yang mahu dikuburkan di kawasan berbukit dan berbatu itu?

Jika penduduk kekal menolak tawaran ini, kami percaya, tapak seluas 24 ekar itu juga akhirnya akan dikomersialkan oleh pihak pemaju kerana ia tidak pernah diwartakan sebagai tanah wakaf (perkuburan) sebaliknya hanya wujud dalam terma tawaran dan persetujuan antara pemaju dan kerajaan negeri sahaja.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #7



24 EKAR TANAH BERBATU UNTUK KUBUR ISLAM

Baru-baru ini kami berkunjung ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. Kami minta untuk lihat beberapa dokumen berkaitan projek ini termasuk pelan tanah yang akan dibangunkan sebagai tapak perkuburan bersepadu.

Kenapa bersepadu? Pihak pemaju dalam perancangan awal mereka mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk membina sebuah tapak perkuburan yang merangkumi perkuburan Cina dan Islam.

Dalam pelan, jelas ditunjukkan tanah yang diperuntukkan untuk tapak perkuburan Islam hanya bersaiz 24 ekar sahaja daripada keseluruhan keluasan tapak projek ini.

Lebih menarik, tapak perkuburan Islam ini ibarat projek ehsan yang tidak diperlukan kerana lokasinya terletak di kawasan berbukit dan berbatu, di pinggir projek jirat Cina yang bersaiz mega.
Isunya bukan ‘sampai hati’ tetapi apa motifnya bagi pihak pemaju menawarkan tapak tersebut?

Adakah ia bertujuan untuk menghalalkan projek mereka dan menyedapkan hati para penduduk setempat yang 99% adalah orang Islam?

Pemaju ingat orang Jeram dan Meru ini bodoh? Mereka boleh bodohkan Azmin Ali tetapi tidak bagi para penduduk di sini yang bakal terjejas sekiranya projek ini dilaksanakan. Azmin mungkin jadi MB paling singkat dalam sejarah negeri Selangor tetapi jika projek ini berjaya, ia akan kekal di sana sehingga kiamat. 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #6


JAWATANKUASA BERTINDAK BERMOTIF POLITIK?

Tidak dapat dinafikan sejak projek ini menjadi tular khususnya dalam kalangan penduduk yang bakal terjejas kelak, terdapat pihak-pihak tertentu yang bersimpati dan menyatakan sokongan terhadap usaha penduduk untuk meneruskan bantahan.

Namun, bagi para penduduk, menghalang projek ini daripada diteruskan adalah lebih mustahak pada waktu ini berbanding melayan kerenah pemaju yang mendakwa mereka mendapat bantuan atau campur tangan daripada pihak-pihak tertentu.

Setakat ini, Jawatankuasa Bertindak dan NGO Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP) tidak mendapat apa-apa sokongan langsung daripada mana-mana pihak tetapi mereka mengalu-alukan jika ada sokongan atau bantuan sehingga projek ini dibatalkan.

Tapi jika ada, apa salahnya? Ia demi kepentingan para penduduk juga!


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #5


BANTAH KERANA DIBAYAR? FITNAH!

Pemaju, Everest Fairway Sdn. Bhd. mendakwa para penduduk telah dibayar oleh sebuah lagi syarikat pemaju jirat Cina dari kawasan berdekatan untuk membuat bantahan bagi mensabotaj projek ini.

Dakwaan ini amat mengarut. Sudahlah penduduk terpaksa hadap tapak jirat sedia ada setiap hari, kini mereka dituduh pula bersekongkol untuk menggagalkan projek ini.

Hakikatnya, penduduk membantah dan akan terus membantah kerana projek ini akan menjejaskan kehidupan mereka selama-lamanya! Ini kampong halaman mereka, tempat lahir dan membesar mereka sejak kecil. Adakah logik jika penduduk tidak terasa apa-apa?


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 


SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #4


PAPAN TANDA PUN TAK ADA!!

Tahukah anda, pihak pemaju tidak pernah menaikkan sebarang papan tanda sebagai pemberitahuan tentang projek ini?

Jawatankuasa Bertindak percaya pihak pemaju cuba menyembunyikan perkembangan pembinaan projek jirat ini daripada pengetahuan penduduk dalam usaha mereka mengelakkan bantahan secara besar-besaran terhadap projek ini.

Lebih mendukacitakan, hal ini juga tidak mendapat perhatian daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kuala Selangor meskipun ia adalah salah di sisi undang-undang berhubung perkara pembinaan sesuatu projek di Selangor.

Dalam erti kata lain, papan tanda projek tak ada, tahu-tahu saja projek sudah siap!


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #3


BENARKAH PENDUDUK SETUJU?

Pihak pemaju, Everest Fairway Sdn. Bhd. mendakwa projek ini dipersetujui oleh para penduduk di kawasan yang terlibat. Alasannya, tiada bantahan rasmi diterima ketika projek ini mula-mula dicadangkan.

Jelas sekali ia adalah satu pembohongan besar.

Untuk makluman, projek ini tidak pernah direstui apatah lagi disokong oleh para penduduk. Malah ketua-ketua kampong dan JKKK sendiri tidak pernah terlibat menyatakan sokongan terhadap projek ini.

Para penduduk, tanpa bantuan atau sokongan daripada pihak ketiga, telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membantah projek ini yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Untuk Membantah Pembinaan Jirat Cina bersama-sama sebuah NGO bebas, Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP). Setakat ini bantahan dibuat secara berterusan meskipun tidak banyak perkembangan positif diterima oleh mereka.

Penduduk teraniaya. Azmin buat buta dan pekak. Kenapa? Adakah kerana Azmin mempunyai kaitan secara langsung di sebalik projek ini selain bertindak meluluskannya?


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #2


99% PENDUDUK ISLAM 
TAPI JIRAT LEBIH DIUTAMAKAN

Salah satu sebab kenapa para penduduk membantah projek jirat Cina berskala besar di Jeram dan Meru ini adalah kerana ia dibina di kawasan yang majoritinya orang Islam.

Semakan mendapati 99% penduduk di sekitar tapak jirat ini ialah orang Melayu yang beragama Islam berbanding kaum Cina yang memerlukan projek tersebut.

Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan untuk menyuarakan bantahan terhadap projek ini secara rasmi juga terdiri daripada para penduduk daripada lima buah kampong atau penempatan yang bakal terjejas sekiranya projek ini diteruskan iaitu Kg. Felda Bukit Cherakah, Kg. Bukit Kapar, Kg. Bukit Kapar Tambahan, Kg. Kerayong dan Bandar Puncak Alam.

Malangnya, kesepaduan yang ditunjukkan oleh para penduduk setakat ini masih belum berjaya menarik perhatian Menteri Besar, Azmin Ali, untuk bertindak membatalkan projek ini. 

Mana maruah Azmin sebagai orang Islam yang diangkat menjadi pemimpin?


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - FAKTA #1


SIAPA YANG LULUSKAN?
BILA DILULUSKAN?

Projek jirat Cina di Jeram telah diluluskan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor pada 20hb September 2016. 

Pada 6hb Oktober 2016, Pejabat Daerah & Tanah Kuala Selangor menghantar sepucuk surat kepada pemaju, Everest Fairway Sdn. Bhd. bagi memaklumkan kelulusan yang diberikan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor sekaligus memberi lampu hijau untuk projek ini diteruskan tanpa sebarang halangan lagi daripada Kerajaan PKR Negeri Selangor.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


SKANDAL JIRAT CINA JERAM - ADUN JERAM DIPERANGKAP AZMIN ALI?



ADUN JERAM DIPERANGKAP?


Siapa sebenarnya yang menipu?

Azmin Ali pada 31hb Mac 2017 di Dewan Undangan Negeri Selangor memberitahu kepada ahli-ahli dewan bahawa projek jirat Cina di Jeram dan Meru tidak akan dijalankan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada ADUN Jeram, YB Dato’ Haji Amiruddin Setro.

Namun, semakan yang dibuat mendapati Pejabat Menteri Besar Selangor telah pun meluluskan permohonan menukar status tanah yang dikemukakan oleh syarikat pemaju, Everest Fairway Sdn. Bhd. melalui Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor pada 20hb September 2016.

Pemakluman kelulusan ini kemudiannya disampaikan kepada syarikat pemaju oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor melalui sepucuk surat bertarikh 6hb Oktober 2016.

Semakan juga mendapati syarikat pemaju telah menghantar sepucuk surat ke pejabat ADUN Jeram bertarikh 24hb Oktober 2016 bertujuan memohon sokongan Dato’ Amiruddin ke atas projek tersebut.

Anehnya, syarikat pemaju tidak pula menghantar surat yang sama kepada ADUN Meru meskipun sebahagian besar tapak projek ini terletak dalam kawasan DUN berkenaan.

Lebih mencurigakan, apakah motif sebenar syarikat pemaju memohon sokongan daripada ADUN Jeram sedangkan projek ini sudah pun mendapat lampu hijau untuk diteruskan selain ia dibina atas tanah milik persendirian?

Sama ada ia disokong atau pun tidak, syarikat pemaju tetap boleh dan akan meneruskan projek tersebut kerana sudah pun mendapat kelulusan daripada Menteri Besar sendiri sebulan lebih awal.

Adakah faktor politik menjadi sebab utama syarikat pemaju memohon sokongan bertulis daripada ADUN Jeram? Adakah beliau (ADUN Jeram) telah diperangkap dalam usaha mereka mengawal impak bantahan daripada para penduduk? 

Azmin pasti tahu rahsia di sebalik helah ini.

SKANDAL JIRAT CINA JERAM - PEMBOHONGAN FAKTA OLEH AZMIN ALI


AZMIN PEMBOHONG BESAR


Azmin Ali, Menteri Besar yang dinaikkan melalui cara tipu helah, sekali lagi melakukan penipuan di DUN Selangor pada 31 Mac 2017 yang lalu.

Untuk rekod, Azmin pernah menipu ahli-ahli DUN berhubung dakwaan beliau kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Sulit PM, Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi SPR. Cerita sebenarnya, cadangan itu tak pernah wujud pun.

Kali ini Azmin menipu lagi dalam isu pembinaan tanah perkuburan bukan Islam (jirat Cina) bersaiz mega di Meru dan Jeram, Selangor.

Menurut Azmin, cadangan pembinaan jirat seluas 110 hektar tersebut disokong oleh ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro tetapi Azmin tak sebut langsung dalam jawapannya itu bahawa sokongan Datuk Amiruddin adalah bersyarat iaitu pihak pemaju hendaklah menyediakan tanah seluas 23 ekar daripada projek tersebut sebagai tapak perkuburan Islam.

Lebih memalukan, Azmin langsung tidak menyebut bahawa kelulusan projek tersebut diberikan oleh beliau sendiri kepada pihak pemaju sebelum Datuk Amiruddin menyatakan sokongan syarat bersyarat beliau.

Kenapa Azmin Ali tergamak menyembunyikan fakta di sebalik isu ini sekaligus menipu para penduduk di sekitar Jeram dan Meru yang majoritinya beragama Islam?

Apakah motif sebenar Azmin Ali di sebalik tindak-tanduknya yang mencurigakan ini? Pertama, beliau sendiri yang luluskan projek tersebut dan kedua, beliau cuba menyalahkan Datuk Amiruddin kononnya telah menyokong projek ini dilaksanakan walhal tanpa sokongan Datuk Amiruddin sekali pun projek ini tetap akan berjalan kerana sudah diluluskan oleh beliau sendiri!

Kami desak Azmin Ali berterus-terang atau lebih banyak fakta akan dibongkarkan selepas ini termasuk surat-surat kelulusan dan dokumen berkaitan pertukaran status tanah yang terlibat.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...