Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Tuesday, 27 March 2018

SHUHAIMI SHAFIEI SILA DIAM – ANDA BUKAN MENTERI BESAR


Kami tertarik dengan kenyataan media oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, YB ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang mengulas cabaran debat oleh Tan Sri Noh Omar kepada Azmin Ali berhubung isu air di negeri ini yang sehingga kini belum selesai. 

Apa yang Shuhaimi ni gelabah sangat? 

Tan Sri Noh bukan cabar debat untuk kepentingan peribadi tetapi untuk rakyat Selangor yang terus ditipu oleh kartel Azmin termasuk Shuhaimi sendiri. Ia demi mencari kebenaran, membongkarkannya dan mendedahkannya kepada umum supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. 

Paling kelakar bila Shuhaimi kata cabaran debat ini adalah pengulangan taktik lapuk UMNO dan Barisan Nasional. Ini memang kelakar. Seingat kami, yang paling kerap cabar berdebat ni ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri. 

Azmin misalnya pernah beberapa kali mencabar Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk berdebat dengannya. Sebagai contoh, pada 6 April 2012 ketika menyampaikan ceramah di atas pentas PAS di Pekan, Azmin dengan angkuh dan bongkak mencabar Dato’ Seri Najib berdebat dengannya sambil menggelar Perdana Menteri sebagai ‘penakut’ atau bacul. 

Sekarang siapa yang terbukti penakut dan bacul sebenarnya? 

Kenapa Azmin hanya berani mewakilkan Shuhaimi, si pak angguk yang hanya berbunyi apabila disuruh ini untuk bercakap bagi pihaknya? Selama ini Azmin lantang bercakap tetapi bila dicabar oleh Tan Sri Noh, keranduknya langsung menyedut telurnya ke dalam. Bacul. 

Pada kami, debat ini adalah suatu pilihan yang paling tepat bagi menghentikan segala kekeliruan yang berlaku di sebalik isi air di Selangor. Tapi itulah Azmin. Disuruh bentang di Parlimen pun dia takut. Dicabar berdebat pun dia takut. Nak kata isu selesai pun tidak jugak, bahkan semakin parah. 

Memalukanlah awak ni Azmin. Berhentilah jadi MB kalau penakut.

-admin SYABAS 

SULTAN SELANGOR : JANGAN POLITIKKAN ISU AIR



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, Sesi Pertama 2018 menitahkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk bekerjasama bagi memuktamadkan proses pengambilalihan syarikat konsesi air atas semangat federalisme, demi menjamin kepentingan negeri dan rakyat.

Hal ini berikutan sikap tidak matang kerajaan DAP negeri Selangor yang telah menjadikan isu air sebagai isu politik dan menyalahkan kerajaan BN walhal pengurusan air Selangor berada dibawah pentadbiran kerajaan negeri.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Wednesday, 17 January 2018

AZMIN BERUNDING DENGAN PAS SECARA SENYAP???

Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Namun pada masa yang sama, PKR Selangor telah melakukan rundingan sulit dengan PAS negeri Selangor bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti
Perjumpaan ini di ketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri Selangor tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dan telah di aturkan oleh Azmin sendiri.
Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor sahaja.
Selain itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan PAS, malah mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Azmin juga dikatakan tidak yakin dengan parti serpihan PAS iaitu PAN dalam Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU14 di Selangor.
Maka, Azmin membuat pertemuan sulit bersama PAS Selangor dan berundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Mohamed Azmin dalam menangani isu kerjasama dengan PAS sebagai penyebab perpecahan dalam parti.
Selain itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menggesa Mohamed Azmin tidak patuh dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

Wednesday, 10 January 2018

KERAJAAN PUSAT TERUS BANTU RAKYAT SELANGOR. KERAJAAN NEGERI LEPAS TANGGAN

Sejak pemerintahan kerajaan DAP di Selangor, masalah perumahan PKNS lansung tidak cuba di selesaikan oleh kerajaan DAP biarpun ia dibawah tanggungjawab mereka.
Sebelum ini beberapa rumah PKNS telah di bantu oleh kerajaan pusat termasuk di kawasan Menteri Besar Selangor sendiri iaitu di Gombak.

Namun kali ini, kerajaan pusat sekali lagi terpaksa membantu rakyat Selangor yang dibawah tanggungjawab kerajaan DAP dengan memberi peruntukkan sebanyak RM7 juta bagi menyelenggara beberapa kerosakan di kawasan perumahan Pangsapuri Indah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Zon 13, Sri Serdang.
Menurut Tan Sri Noh Omar bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta akan digunakan bagi membaiki kesemua bumbung di 11 blok kawasan perumahan tersebut manakala RM2 juta untuk membaiki tangki air di tujuh buah blok, kawasan yang sama.
Hal ini kerana penduduk di sini mengalami masalah bumbung terutama mereka yang menetap di 11 blok lama. Kalau kena angin boleh bocor dan masalah tangki air di tujuh buah blok baharu yang sering rosak dan kerap kehabisan air.
Kesengsaraan yang di tanggung oleh penduduk di sini tidak didengari oleh kerajaan DAP. Sehingga kerajaan pusat turun membantu dengan meluluskan RM7 juta untuk membaiki bumbung dan tangki air di kawasan perumahan di sini.
Inilah kesannya akibat daripada sibuk fokus mengejar keuntungan dengan membina rumah mewah sahaja di Selangor sehinggakan rakyat yang kurang berkemampuan terkapai-kapai kelemasan dek kerana sikap tidak bertanggungjawab kerajaan DAP di Selangor.

Saturday, 6 January 2018

PENDIDIKAN PERCUMA PEMBANGKANG HANYA RETORIK SEMATA-MATA

SRA adalah tanggungjawab kerajaan pakatan kerana berada di bawah majlis agama negeri Selangor.
MB Selangor selalu sebut duit simpanan Selangor berbillion billion sehingga tidak tahu macam mana untuk membelanjakanya. Sikap angkuh kerajaan negeri Selangor ini lansung tidak membantu rakyat terutama sekolah SRA iaitu Sekolah Agama di Selangor sedangkan kerajaan pakatan mempunyai kuasa dan duit berbillion-billion?
Apa salahnya sekiranya kerajaan negeri Selangor mempunyai banyak duit sehinggakan melimpah ruah dengan memberikan pendidikan percuma kepada sekolah Agama di Selangor.
Seperti yang dilaungkan sebelum ini oleh kerajaan Pakatan,sekiranya memenangi Pilihan Raya,mereka akan memberikan pendidikan percuma. Kini laungan tersebut hanyalah mimpi di siang hari sahaja.
Hakikatnya kerajaan pusat membelanjakan hampir 80% dalam sektor pendidikan dan hanya 20% ditanggung oleh rakyat.
Menurut Tan Sri Noh Omar bahawa laungan pemimpin pembangkang dalam memberikan pendidikan percuma hanya retorik semata-mata bila jadi kerajaan negeri mereka tak laksanakan pun janji itu.Sama juga dengan Menteri Besar Selangor umum duit negeri ada berbilion ringgit, tetapi mereka tak belanja untuk manfaat rakyat.
Selain itu, Tan Sri Noh berkata sekiranya BN menang di Selangor PRU14, BN janji akan berikan Pendidikan percuma dan buku teks percuma dan bantuan awal persekolahan kepada pelajar yang berpendapatan RM3000 kebawah sebanyak RM100.00 seorang pelajar.
Ps : Ingin melaksanakan pendidikan percuma konon,perintah Selangor sembang duit berbillion-billon,tetapi cakap tak serupa bikin.Itulah kerajaan pakatan.

Sunday, 31 December 2017

DEL MENUJU 2018 - SELAMAT DATANG TAHUN BARU!!



2017 bakal berakhir. Ketika kami berbincang tentang penubuhan gerakerja Darul Ehsan Leaks ini, kami sama sekali tidak menjangkakan impaknya, selama setahun ini, akan sebesar ini. 

Beberapa kali page kerdil ini cuba digodam oleh pihak yang dengki dan mungkin juga terkesan dengan kemunculannya. Peti mesej kami tak pernah sunyi daripada menerima pesanan-pesanan berbaur kecaman, makian dan ugutan. Identiti kami bahkan cuba didedahkan oleh mereka. Paling biasa, posting dan page ini sendiri dilaporkan kepada pihak Facebook sehingga menyebabkan kami terpaksa menangani isu-isu teknikal susulan. 

Daripada page, kami mendaki setahap demi setahap. Kini kami mempunyai pelbagai platform seperti channel Telegram (DE_Leaks), WhatsApp ( +60145154521), Twitter (@DE_Leaks), Blogspot (http://darulehsanleaks.blogspot.com/) Instagram (@de_leaks) dan YouTube (Darul Ehsan Leaks). Kesemuanya beroperasi dengan baik dan semakin kukuh. 

Dari segi kekuatan sumber manusia, kami bersyukur kerana bantuan dan sokongan diterima daripada seluruh negeri. Kami tidak mengupah tetapi kami mengutakaman kesukarelawan, mengumpul siapa-siapa yang berkongsi impian dan cita-cita yang sama dengan kami iaitu mengembalikan kegemilangan negeri Selangor Darul Ehsan yang dicuri oleh gabungan DAP dan PKR sejak tahun 2008. 

Justeru, izinkan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua khususnya anda yang sedang membaca perutusan khas ini. Sokongan anda amat besar kepada kami sejak dari awal. Juga kepada para pengirim info/maklumat, aduan dan maklum balas serta penyumbang-penyumbang artikel kami dari seluruh negara. 

2018, dengan izinNya, kami akan memastikan saluran Darul Ehsan Leaks di semua platform terus menyajikan yang terbaik untuk anda. 

Matlamat kami hanya satu, mengembalikan kegemilangan Selangor Darul Ehsan yang dicuri oleh DAP dan PKR sejak 2008. Untuk itu, bukan kami sahaja, semua pihak perlu istiqomah dan berganding bahu melipatgandakan usaha mencapai matlamat ini. Jika bersama, seberkas lidi lebih sukar dipatahkan berbanding jika kita bersendirian. Itulah resamnya yang sepatutnya kita tanam dan iltizamkan dalam diri demi perjuangan ini. 

Percayalah, masih banyak yang perlu didedahkan. Penyelewengan, rasuah, kecurian, penjualan aset, kelemahan tadbir urus yang disorok, dan sekian banyak kebobrokan lain yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan konco-konconya, semuanya menanti masa untuk dibongkarkan dalam tempoh yang berbaki sebelum kita berhadapan dengan PRU14.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kami ucapkan atas segala sokongan dan bantuan anda semua kepada kami. Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh meski masanya semakin singkat. Ayuh bersatu demi Selangor yang lebih baik. 


Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!

Redaksi,
Darul Ehsan Leaks 

Friday, 29 December 2017

PAHIT MANIS DAN PERMAINAN POLITIK LICIK AZMIN ALI DI BAWAH KERAJAAN DAP SELANGOR

Dua hari lagi tirai 2017 akan dilabuhkan. Sudah pasti sepanjang tahun ini pelbagai kenangan pahit dan manis kita lalui. Bagi rakyat Selangor, terlalu banyak perkara yang di tempuh bukan sahaja sepanjang tahun ini tetapi juga sejak pentadbiran kerajaan negeri berada di bawah kepemimpinan pakatan pembangkang DAP.
Keadaan ini seolah-olah menjadi bertambah buruk apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin yang diharapkan akan membawa lebih banyak perubahan kepada Selangor sebaliknya dilihat semakin gagal menguruskan negeri ini.

Terdapat banyak isu yang menunjukkan Azmin gagal sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun beliau berjaya menutupi semua kegagalan itu melalui permainan politik licik. Azmin lebih banyak beretorik dalam menyelesaikan masalah rakyat dan berhadapan dengan sesuatu isu.

Kalau mahu digariskan terlalu banyak perkara yang menunjukkan kegagalan Azmin. Tiada apa yang membanggakan bagi Selangor di bawah kepemimpinan Azmin, sebaliknya sehingga ke hari ini di penghujung 2017, masih terdapat pelbagai kemelut dan krisis di ne­geri itu gagal ditangani beliau.

Admin tidak perlu menyenaraikan kesemua masalah di negeri Selangor, tetapi cukup hanya mengupas beberapa isu yang menjadi bukti hakikatnya Azmin bukanlah pentadbir yang baik sebaliknya hanya bijak menutupi kegagalan dan kelemahannya melalui penampilan dan ucapan semata-mata.

Antara perkara yang sehingga kini tidak diselesaikan oleh Azmin biarpun kita sudah mahu melangkah ke tahun baru ialah;

1- MASALAH AIR BERLANJUTAN. 
Ramai yang mengecam Ketua UMNO Bahagian Su­ngai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos apabila beliau memakai tuala melakukan demonstrasi membantah masalah bekalan air di Selangor, tetapi apa yang beliau lakukan adalah bagi menyampaikan mesej bagaimana kerajaan negeri gagal mengatasi isu itu biarpun sudah berlanjutan sejak 2012.
Dalam isu ini Azmin lebih banyak menuding jari menyalahkan pihak lain sedangkan beliau sendiri tidak bersungguh-sungguh mengatasinya khususnya dalam mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat.

Azmin ternyata terlalu ego. Beliau tidak mempu­nyai apa-apa pelan tindakan krisis air. Akibatnya dari semasa ke semasa masalah bekalan air terus menghantui negeri yang dianggap terkaya di negara ini.

2- INTEGRITI SEMAKIN MUSNAH. 
Kerajaan negeri Selangor sering menegaskan, mereka telus dan penuh integriti, tetapi sehingga ke hari ini Selangor merupakan satu-satunya negeri yang tidak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Kalau Azmin benar-benar memiliki integriti yang tinggi, beliau tidak takut untuk menandatangani ikrar tersebut, bagaimanapun alasan keengganan Azmin mulai terjawab apabila anak saudaranya ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir secara haram.

Malah kredibiliti dan integriti kerajaan negeri juga semakin dipertikaikan apabila tercetus isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjong Karang. Setakat ini sebanyak 15 individu termasuk seorang exco kerajaan negeri dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

3- ISU PERUMAHAN RAKYAT. 
Sepanjang menjadi Menteri Besar, Azmin ternyata gagal menangani isu ini. Mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat hanya retorik dan janji-janji kosong. Pada masa sama, penduduk di projek pangsapuri kos rendah dan sederhana terus dibelenggu masalah infrastruktur, tetapi apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar campur tangan Azmin menuduh Noh mahu bermain politik.

4- PKNS DAN SKANDAL UNISEL. 
Dalam isu perumahan juga, Azmin gagal untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal penubuhannya iaitu membantu rakyat memiliki rumah.
PKNS ketika ini jelas tidak berjaya membantu orang Melayu memiliki rumah. Sebaliknya seperti teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah perbadanan itu seolah-olah bersaing dengan pemaju lain dan terlalu ghairah mengejar keuntungan.

Apa yang berlaku di Unisel lebih teruk apabila wujud­nya dakwaan melibatkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dengan syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan universiti itu. Ia berkaitan campur tangan MBI dalam penyelesaian pertikaian kontrak antara JNSB dan Unisel.

Kesimpulannya, dalam kita menyambut tahun baharu 2018, admin berharap rakyat Selangor akan membuka mata untuk melihat dan menilai bahawa pentadbiran negeri ini di bawah Azmin sebenarnya penuh dengan masalah dan skandal.


Thursday, 28 December 2017

SKANDAL RASUAH AZMIN ALI : AZMIN ABAI SARANAN SELCAT - BUKTI BERLAKU PENYELEWENGAN


Sikap membisu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap lima saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkaitan skandal tanah di Kampung Su­ngai Yu, meskipun sudah disahkan berlakunya penyelewengan termasuklah 18 individu yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan kerajaan negeri sehingga diberikan kelulusan memiliki tanah.

Datuk Sulaiman Razak berkata, Mohamed Azmin perlu membuktikan kete­lusan pentadbirannya berhubungan skandal di Sungai Yu dengan melaksanakan semua lima saranan Selcat, terutama menggantung proses pemberi milikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik dan membuat semula pemilihin pemohon.

Azmin juga pernah berjanji dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini seandainya terbukti berlaku penyelewengan dalam skandal berkenaan, proses pemberian tanah tersebut akan dibatalkan tetapi sehingga kini, di lihat tiada sebarang tindakan pembatalan yang dibuat oleh kerajaan negeri (DAP).

Pada 8 Disember, Hannah Yeoh yang juga Speaker DUN Selangor daripada DAP mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses pemilikan tanah tersebut Sg Yu.

Enam hari selepas pengakuan Hannah itu, SPRM seterusnya bertindak membuka semula kertas siasatan dan telah memanggil 26 saksi untuk dirakamkan percakapan termasuk salah seorang daripadanya adalah Exco kerajaan PKR Selangor.

Oleh itu, Azmin Ali tidak perlu berdolak-dalik dengan menyalahkan pihak lain khususnya SPRM kerana skandal tersebut jelas berlaku semasa beliau mentadbir Selangor dan seharusnya perkara berkenaan ditangani secara bertanggungjawab, konsisten serta jujur.

Sekarang rakyat sedang menilai kejujuran Mohamed Azmin kerana beliau sudah berjanji akan menyelesaikannya tetapi mengapa begitu lama tempoh yang diambil untuk membuat keputusan bagi membatalkan semua pemberian tanah berkenaan sebagaimana dijanjikannya ketika sidang DUN?

Di manakah ketelusan kerajaan negeri dan Mohamed Azmin dalam mendepani skandal tanah Sungai Yu ini?

Tuesday, 26 December 2017

SKANDAL RASUAH AZMIN ALI : AZMIN ALI MERANGKA SISTEM ROMPAKAN HALAL MELALUI GLC DAN SAFEE SALI TURUT TERLIBAT?

Apabila Azmin Ali dikaitkan dengan isu rasuah,penyokong pakaton membutakan mata seperti tidak ada apa dan tidak mengapa. Seolah-olah pakaton suci memimpin walaupun penuh dengan korupsi.

25 Disember 2017
1. Ketika dibawah Menteri Besar Khir Toyo dan sebelum itu industri pasir menjadi lubuk kekayaan dikelompok yang rapat dengan Menteri Besar. KKSB atau Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah ditubuhkan ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar negeri Selangor dengan bertujuan menyelaras industri perlombongan pasir (sumber asli mineral) secara profesional dengan mengoptimakan keuntungan kepada kerajaan (rakyat) Selangor. Selain KKSB banyak GLC telah distruktur semula dibawah Khalid Ibrahim bagi mengoptimumkan keuntungan . Namun semua itu bertukar sebaliknya malah lebih teruk dari zaman sebelum PRU 2008 apabila Khalid dijatuhkan dan digantikan Azmin Ali. KKSB contohnya bertukar menjadi lubuk kekayaan dan menjadikan ia sebahagian dari sistem rompakan yang dihalalkan.
2. Pendedahan ini bagi mendesak Azmin atau nama - nama yang disebut berikutnya bagi menjawab dan memberi respon. Cuma nasihat saya sebelum menjawab sila berfikir dahulu kerana tulisan ini cuma 'appetizer' (mukadimah) kepada isu lebih besarlagi.
3. Pada 2016 telah ditubuhkan sebuah syarikat Selpump & Machineries Sdn Bhd (Selpump) yang pada mulanya dikenali sebagai anak syarikat KKSB namun kemudian setelah ada beberapa Lembaga Pengarah KKSB 'bising' kerana syarikat itu diwujudkan tanpa melalui proses yang betul. Sebagai rekod tidak ada minit mesyuarat Lembaga Pengarah KKSB merekodkan kelulusan kewujudan Selpump & Machineries Sdn Bhd. Namun Selpump & Machineries Sdn Bhd telah diwujudkan pada 2016 dengan pendaftaran SSM 1189847 - K. Dengan merekodkan Abdul Rahman Ishak yang juga merupakan CEO KKSB sebagai Lembaga Pengarahnya. Selain itu Putera Azamuddin Shah Bin Abd Aziz (35 tahun), Mohd Hafiz B. Abd Rahman (34 tahun), Mohd Safee B. Mohd Sali (33 tahun). Bila ramai yang bising mengenai kewujudn Selpump tanpa sebarang minit persetujuan dari Lembaga Pengarah KKSB, identiti Selpump telah ditukar dari anak syarikat KKSB dikenali hanya sebagai syarikat bersekutu sahaja.
4. Persoalan pertama ialah apa perlunya Selpump diwujudkan malah peliknya yang secara tergesa - gesa dan tidak mengikut prosedur ? Malah peranan selpump dan KKSB juga dilihat bertindih. Siapa yang memilih dan apa latar belakang Lembaga Pengarah Selpump selain dari kelompok muda pengampu Azmin Ali ?
5. Paling pelik dan sangat menarik ialah apabila KKSB dengan surat ditandatangani oleh CEO nya iaitu Abdul Rahman Ishak telah memberikan perniagaan bernilai jutaan ringgit kepada Selpump yang mana Rahman juga merupakan Lembaga Pengarahnya.
6. Lebih -lebih menarik lagi dua orang dari Lembaga Pengarah Selpump telah menubuhkan sebuah syarikat pasir yang dinamakan Tupai Sari Sdn Bhd 1076150-P. Tupai Sari berdasarkan siasatan kami mencatatkan Mohd Hafiz Abd Rahman dan Mohd Safee Mohd Sali selain Rokiah Hassan merupakan pemilik syarikat Tupai Sari Sdn Bhd yang mendapat jutaan keuntungan kerana terlibat dengan perniagaan perlombongan di Selangor dengan kebenaran KKSB.
7. Analogi : Rahman dilantik untuk mengendalikan syarikat A oleh Kerajaan Negeri. Rahman menubuhkan syarikat B yang dia sendiri secara individu Pengarah Syarikat B. Rahman melantik Hafiz dan Safee selaku Pengarah bersamanya dalam syarikat B yang kemudianya Hafiz dan Safee menubuhkan pula syarikat C yang mana Hafiz dan Safee sendiri selaku Pengarah dalam syarikat C.
Rahman selaku yang menguruskan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri) telah mengeluarkan surat dengan tandatangan Rahman menganugerahkan 'perniagaan' kepada syarikat B yang mana Rahman merupakan Pengarahnya bersama Safee dan Hafiz. Safee dan Hafiz pula pemilik syarikat C yang mana mendapat keuntungan dari teras perniagaan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri).
Nota tambahan.
Menurut carian Safee Sali nama yang disebut kemungkinan merupakan bintang bolasepak negara, mohon individu ini membuat pengesahan atau penafian.
semua dokumen asal akan dikongsi dalam sidang media selepas respon mereka yang dinamakan dalam catatan ini
seperti ditegaskan dalam awal catatan ini , tulisan ini hanya 'appetizer' kepada beberapa isu besar berkaitan bagaimana Kartel Azmin Ali melakukan rompakan 'halal' bersistem di Selangor. Bawah ini antara yang akan didedahkan selain kes penipuan tuntutan, pembocoran maklumat perniagaan serta pemalsuan.
Mohon bantuan semua yang berjuang atas nama perubahan melawan korupsi tanpa mengira kepentingan untuk sama menyebarkan catatan mukadimah pendedahan ini. Kepada pihak media mohon untuk mendapatkan respon kesemua nama yang disebut di atas.
Simpati saya rakamkan buat semua 'pejuang PH' khususnya dari PKR yang sehingga kini begitu ikhlas 'bergolok bergadai' sanggup susah bekerja untuk parti, dari edar risalah sehingga gantung bendera. Namun dalam kepayahan kamu sejak awal kamu terus susah payah sedangkan ada sekelompok manusia sedang menghirup kekayaan melalui rompakan awal.
Pendedahan ini sudah tentu akan dijawab dengan mudah iaitu che'GuBard makan dedak dan sebagainya. Begitulah resamnya jika serang Umno buat pendedahan akan dikatakan agen pembangkang. Jika serang pembangkang buat pendedahan akan dikatakan makan dedak Umno. Adakah kebenaran sudah tidak bernilai dalam perjuangan politik hari ini ?
Slogan rakyat hanya diguna demi memperoleh kuasa. Selepas berkuasa slogan rakyat terus diguna untuk menutup rompakan.
catatan ; che'GuBard, bekas MPP PKR yang dipecat keanggotaan kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR






Thursday, 21 December 2017

KERAJAAN DAP TIDAK TELUS DAN INTEGRITI SETELAH SYARIKAT SDN BHD BERMODAL RM2 DAPAT PROJEK JUTA-JUTA HASIL DARIPADA DUIT RAKYAT


1) Pada 7-10 Disember lalu, kerajaan DAP Selangor telah menganjurkan Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau dengan jumlah peruntukan RM1 juta (duit rakyat) di bawah Projek Kebudayaan Negeri.

2) Walaupun sebanyak 30 program diatur sepanjang penganjuran festival ini berlangsung, namun hanya beberapa program sahaja yang mendapat sambutan kerana festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri Selangor.

3) Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah menyatakan bahawa kontrak penganjuran festival ini telah dianugerahkan secara langsung kepada sebuah NGO kebudayaan yang dikenali sebagai PUSAKA dan kurator utamanya adalah Eddin Khoo (DAP).

4) Namun begitu,terdapat dakwaan bahawa NGO PUSAKA tersebut bukanlah sebuah persatuan, sebaliknya adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Seni Pusaka Sdn Bhd. 

5) Yang lebih menarik perhatian, nama Pengarah dan pemegang saham Seni Pusaka Sdn Bhd yang hanya bermodalkan RM2 ini, adalah milik Eddin Khoo (DAP) iaitu kurator utama bagi Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau.Adakah ini suatu kebetulan atau sesuatu yang dirancang?

6) Yang sebenarnya, wang penganjuran festival ini dibayar kepada NGO PUSAKA atau syarikat sendirian berhad?

7) Jika dakwaan ini benar, adakah pemilihan entiti benar-benar memenuhi kriteria yang memenuhi objektif festival ini? 

8 ) Adakah pemberian kontrak secara langsung ini adalah amalan baru bagi kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali yang selama ini melaungkan urus tadbir yang sangat telus dan baik?

9) Kemusykilan dan persoalan ini ditimbulkan kerana rakyat Selangor tidak tahu perkara yang sebenar dan kerajaan negeri mesti memberikan penjelasan dan berkata benar kerana ini juga merupakan hak rakyat Selangor.

10) Penganjuran festival oleh kerajaan negeri dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh ini melihatkan bagaimana ketulusan kerajaan negeri Selangor yang selama ini mendabik dada sebagai sebuah kerajaan yang telus, berintegriti dan prithatin rakyat.

11) Jika kerajaan DAP adalah sebuah kerajaan negeri yang telus dan perihatin rakyat, mereka tidak akan menggunakan wang rakyat semata-mata untuk pelaksanaan program yang gagal mencapai sasaran dan objektif.

Wednesday, 20 December 2017

SKANDAL TANAH PKPS – MASA SUDAH TIBA UNTUK RAKYAT SELANGOR BUKA MATA

Pada 27 Ogos 2017, Ketua Aktivis SAMM, Chegu Bard telah membuat laporan kepada SPRM berhubung skandal tanah PKPS seluas 2,000 ekar di Ijok yang bernilai RM1.181billion. Skandal ini dikatakan melibatkan   Azmin Ali dan Khairuddin A.Hassan, penulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang juga penyokong kuat Dr. Mahathir.

Menurut Chegu Bard, tanah-tanah tersebut pada asalnya telah diserahkan kepada dua buah syarikat (Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd.) yang mempunyai kaitan dengan Khairuddin sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan rakyat sebelum Selangor dikuasai PKR dan DAP.

Walau bagaimanapun, akibat beberapa isu yang tidak diselesaikan termasuk kegagalan menjelaskan bayaran-bayaran pampasan yang sepatutnya, projek ini mula berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga memaksa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan drastik untuk mendapatkan semula tanah-tanah tersebut melalui satu notis rampasan.

Tidak lama selepas itu, pihak syarikat telah mencabar notis tersebut di Mahkamah Tinggi yang menyaksikan keputusannya (dibuat pada 22 Okt. 2013) memihak kepada kerajaan negeri. Oleh kerana tidak dapat menerima keputusan tersebut, pihak syarikat telah mengemukakan kes ini di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Mahkamah Rayuan dan sekali lagi, keputusannya tetap berpihak kepada kerajaan negeri (keputusan dibacakan pada 17 Feb. 2014).

Ketika pertikaian ini dilihat seakan-akan sudah selesai, pihak syarikat memilih untuk melanjutkan rayuan mereka ke tahap tertinggi dengan mengemukakannya di Mahkamah Persekutuan. Namun, apabila Azmin Ali mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Tan Sri Khalid, kes ini telah ditarik balik dan diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Kerajaan negeri direkodkan menandatangai perjanjian penyelesaian ini pada 17 Mei 2016.

Menurut Chegu Bard, perjanjian penyelesaian di luar mahkamah ini dibuat dalam situasi yang mencurigakan serta berat sebelah sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Azmin Ali.

Antara perkara penting yang dibangkitkan oleh Chegu Bard ialah tindakan kerajaan negeri beralah sekaligus menyerahkan pemilikan tanah-tanah berkenaan kepada syarikat-syarikat tersebut sedangkan berdasarkan dua keputusan mahkamah sebelum ini kerajaan negeri sudah pun mendapat hak dan pemilikannya semula.

Lebih mengejutkan, sebaik sahaja keputusan settle out of the court ini dibuat, pihak syarikat telah menjual keseluruhan tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle Sdn. Bhd., anak syarikat pemaju hartanah gergasi, Ecoworld dengan nilai RM1.181 bilion sekaligus meranapkan segala impian dan harapan rakyat Selangor untuk mendapatkan rumah-rumah mampu milik yang sepatutnya dibina di atas tanah-tanah tersebut.

Selain pendedahan-pendedahan ini, Azmin Ali juga gagal menjelaskan dua lagi keraguan yang besar. Pertama, kenapa, berdasarkan perjanjian penyelesaian itu, kesemua tanah tersebut hanya boleh dijual kepada syarikat Paragon Pinnacle sahaja, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak atau syarikat lain? Rujukan lanjut, klik SINI.

Kedua, kenapa kedua-dua syarikat (Mujur Zaman dan LBCN) hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany sahaja bagi membantu dalam urusan penjualan tanah-tanah tersebut? Siapakah peguam-peguam yang berkerja dengan firma ini? Berdasarkan pendedahan yang dibuat pada 24 November 2017 oleh penganalisa politik dan ekonomi, Lim Sian See, SINI antara peguam yang berkhidmat dengan Daim and Garmany ialah Latheefa Koya, Eric Paulsen dan Sivarasa Rasiah yang kesemuanya merupakan pemimpin PKR baik di peringkat pusat mahupun negeri.

Silang hubung semua perkaitan ini secara langsung memberikan gambaran, atau setidak-tidaknya bayangan bahawa wujud kepincangan, helah dan muslihat yang melingkari isu ini sejak dari awal  dan dilakukan dalam pengetahuan Azmin Ali sendiri sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru secara keseluruhan, bagi memahami isu ini, berikut ialah intipati-intipati yang perlu diberikan perhatian:-

  1. Jumlah keseluruhan tanah yang terlibat ialah sebanyak 2,000 ekar.
  2. Tanah-tanah ini diserahkan kepada syarikat Mujur Zaman dan LBCN sekitar tahun 2008 untuk dibangunkan dengan projek perumahan.
  3. Kedua-dua syarikat mempunyai kaitan dengan Khairuddin A. Hassan (rapat dengan Azmin)
  4. Kedua-dua syarikat gagal menyelesaikan beberapa perkara termasuk pembayaran pampasan kepada pihak-pihak yang terlibat.
  5. Kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar notis rampasan tanah susulan kegagalan kedua-dua syarikat mematuhi syarat pembangunan projek yang diberikan.
  6. Pihak syarikat mencabar notis ini di Mahkamah Tinggi tetapi kalah (22 Okt. 2013) lalu membawanya ke Mahkamah Rayuan, juga kalah (17 Feb. 2014)
  7. Pihak syarikat mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
  8. Berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri. Azmin Ali mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Selangor yang baharu pada 23 Sept. 2014 menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui Kajang Move.
  9. 17 Mei 2016, kerajaan negeri menandatangani perjanjian penyelesaian kes di luar mahkamah di Mahkamah Persekutuan. Kes ditarik balik.
  10. Antara isi kandungan perjanjian ialah, kedua-dua syarikat hanya boleh menjual tanah-tanah tersebut kepada Paragon Pinnacle (anak syarikat Ecoworld yang rapat dengan DAP) dan hanya boleh melantik firma guaman Daim and Garmany yang mempunyai kaitan rapat dengan PKR sebagai peguam perantara jual beli.
  11. Sehingga kini Azmin Ali gagal memberi penjelasan berhubung isu ini.

So, bersihkah pentadbiran Azmin? Anda nilaikanlah sendiri.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
   

Monday, 18 December 2017

MENTERI BESAR SELANGOR TELAH BERTUKAR MENJADI PADERI KRISTIAN APABILA MELAFAZKAN PETIKAN AYAT BOOK OF MATTHEW, CHAPTER 80, VERSUS 21 - 22 DARIPADA KITAB BIBLE???

MENTERI BESAR SELANGOR TELAH BERTUKAR MENJADI PADERI KRISTIAN APABILA MELAFAZKAN PETIKAN AYAT BOOK OF MATTHEW, CHAPTER 80, VERSUS 21 - 22 DARIPADA KITAB BIBLE???
Dalam kehangatan skandal tanah di kampung Sg Yu, kita dikejutkan dengan ucapan Azmin Ali dalam majlis keraian yang dikhususkan untuk penganut-penganut agama Kristian anjuran sebuah gereja yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh sempena sambutan Krismas.
Berdasarkan video yang tersebar luas sejak malam tadi, berikut adalah petikan yang dibaca oleh Azmin Ali :
And God will not judge you.....
Do not condemn others......
And God will not condemn you....
Forgives others......
And God will forgive you.....
Again, Peter came to jesus and asked bla bla bla....

PERSOALAN: 
i - Adakah wajar seorang MB Melayu Islam serta Ahli Majlis Agama Islam Selangor yang telah dilantik oleh Sultan Selangor baru-baru ini berucap begini? Malah tidakkah Azmin Ali telah menghina dan tidak menghormati DYMM Sultan Selangor sebagai ketua Agama Islam di Selangor?

ii - Sebagai penganut agama Islam yang beriman kepada kitab Al-Quran (Rukun Iman ke-3), tidakkah tindakan Azmin ini telah mengaib dan memalukan bagi umat Islam terutamanya di Selangor?
iii - Tidakkah tindakan Azmin ini juga secara terang tidak beretika dan membelakangkan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi perekutuan?

FORMULA 1 + (1+3) = 1 : MAMPUKAH KALAHKAN BN DI SELANGOR?


Sejauh mana seruan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini akan ditaati oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS khususnya di Selangor?

Di peringkat Pusat, PAS sudah pun memutuskan hubungan politik dan lain-lain kerjasama dengan Pakatan Harapan. Sebab utamanya adalah kerana DAP yang dilihat semakin memusuhi dan menolak agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

Namun, di Selangor, kepimpinan PAS negeri seolah-olah mahu berkecuali daripada keputusan ini. PAS Selangor sehingga kini masih dilihat cenderung ke arah pembentukan kerjasama politik secara langsung dengan PKR di bawah kepimpinan Azmin Ali.

Kerjasama ini, jika berlaku, bakal menjadi suatu bentuk kerjasama yang pelik dan melucukan. Ia ibarat 1 + (1+3) = 1. Bagaimana PAS boleh meneruskan kerjasama dengan PKR sedangkan pada masa yang sama PKR adalah sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan yang turut disertai DAP, PAN dan PPBM?

Tinjauan yang dilakukan di peringkat akar umbi juga mendapati rata-rata penyokong PAS masih keliru dan ternanti-nanti penjelasan berhubung status sebenar parti itu sama ada akan menyertai Gagasan Sejahtera bersama parti Ikatan atau meneruskan formula 1 + (1+3) = 1 dalam sebarang kemungkinan pertembungan dengan Barisan Nasional dalam PRU14 kelak.

Situasi ini telah menyebabkan hubungan antara penyokong akar umbi semakin renggang akibat perbezaan sentimen politik masing-masing. Dalam kalangan agamawan, mereka cenderung bersetuju dengan keputusan kepimpinan PAS Pusat sementara bagi sesetengah yang lain, masih berharap PAS Selangor akan mengekalkan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk sekurang-kurangnya sepenggal lagi sebelum PAS menentukan hala tuju yang baharu pasca PRU14.

Kini terpulang kepada kebijaksanaan dan ketegasan Hadi Awang untuk memutuskan masa depan PAS Selangor. Kekal kerjasama dengan Azmin bermakna menyokong DAP secara langsung. Jika sebaliknya, peluang untuk merampas Selangor dan membentuk kerajaan Islam di negeri ini adalah lebih cerah.  

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

SKANDAL TANAH SUNGAI YU : AZMIN ALI TIDAK WARAS SALAHKAN SPRM

MB Selangor si Jemin kini bagaikan ‘cacing kepanasan’ apabila pentadbirannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) berhubung skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang.
Azmin Ali yang bertanggungjawab menyerahkan dan meluluskan borang 5A dalam isu skandal ini telah menyalahkan SPRM dengan menuduh bahawa SPRM me­ngikut telunjuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, apabila suruhanjaya itu membuka semula siasatan skandal tanah Sungai Yu pada Khamis lalu.
Dakwaan beliau, agensi pe­nguat kuasa terlibat perlu bertindak secara profesional tanpa dipe­ngaruhi oleh mana-mana tangan eksekutif. Ini bukan soal buka atau tutup kes tetapi tindakan perlu secara profesional dan jangan ikut arahan Noh Omar.
Padahal MB "king of skandal" sengaja spin atau mungkin tidak tahu bahawa skandal tanah ini dibawah siasatan SPRM dan pihak polis. Oleh itu, kes ini boleh dibuka siasatanya pada bila-bila masa sahaja apabila wujud motif dan syarat baru. Bukanya di buka dek kerana mengikut mana-mana telunjuk tetapi demi amanah dan tanggungjawab.
Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Me­ngenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada 8 Disember lalu me­ngakui wujud pelanggaran syarat dalam isu berkenaan dan telah mencadangkan lima re­solusi kepada Mohamed Azmin untuk dilaksanakan antara­nya menggantung proses pemberi milikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik selain perlu mengesahkan semula kelayakan para pemohon.
Hal ini berikutan wujudnya 18 ‘individu’ tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh melepasi tapisan ‘ketat’ Jawatankuasa Pe­milihan serta kerajaan negeri, sehingga diberi kelulusan untuk memiliki tanah.
Selain 18 ‘individu tersebut, turut didedahkan bagaimana 16 keluarga yang mempunyai kaitan dengan kepemimpinan DAP dan PKR membolot tanah dengan menggunakan nama sendiri, bapa, ibu, isteri, adik-beradik, ipar serta sepupu tetapi anehnya semua perbuatan tersebut gagal dikesan kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin.
Ekoran itu, SPRM membuka semula kertas siasatan dan serbuan sudah pun dilakukan ke atas bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu.
Sementara itu, di Tanjong Karang, Noh menyelar Mohamed Azmin yang cuba memperbodohkan rakyat Selangor di sebalik skandal yang dilakukan sendiri kerajaan negeri selain sikap dwistandard Timbalan Pre­siden PKR tersebut apabila sesuatu perkara terkena atas batang hidung sendiri.
“Dia (Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor) yang buka dulu, dia yang mulakan. Hannah yang jolok sarang tebuan, yang beri­tahu ada penyelewengan, yang jelaskan proses pemilihan tidak betul, yang cadangkan agar Jawatankuasa Pemilihan digantung. Dari situlah kita buat desakan (agar siasat), jangan bila kamu yang jolok sarang tebuan, kamu salahkan orang lain pula."
Tambah Tan Sri Noh, jangan bila kamu sudah dedahkan bahawa ada penyelewe­ngan, tapi tentang siasatan oleh pihak berkuasa, ini kes jenayah, bukan kes sivil yang ada had masa, takkan itu pun Azmin tak faham? Jangan bila kena batang hidung sendiri, kena pada kepe­mimpinan pembangkang, kena pada anak saudara tuduh SPRM macam-macam, pemimpin jenis apa ini?
Adakah begini sikap kerajaan DAP apabila mereka berkuasa, dengan menyeleweng dan berlaku tidak adil keatas rakyat? Apabila disiasat menunding jari pula menfitnah orang lain?

KENAPA AZMIN TAK NAK TANDATANGAN IBR?

Azmin Ali semakin terpalit dengan pelbagai skandal rasuah tapi masih kebal. Kenapa?

Keengganan kerajaan PKR Selangor menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBS) bersama SPRM menimbulkan pelbagai persoalan.
Meskipun ramai yang memandang enteng hal ini, namun ia sedikit sebanyak menjadi isyarat jelas bahawa kerajaan negeri tidak komited dalam usaha mencegah gejala rasuah di semua peringkat pentadbiran.
Selain Selangor, dua negeri di bawah pentadbiran pembangkang turut enggan menandatangani IBR iaitu Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS).
Adakah senarai kes rasuah berikut menjadi penyebab Azmin Ali enggan tandatangan ikrar ini?
1.       31 Mei 2016, Setiausaha Agung PKR (ketika itu), Rafizi Ramli hadir ke ibu pejabat SPRM untuk menyerahkan bukti berkenaan tuduhannya bahawa terdapat kegiatan rasuah seks dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Namun, pada 3 November 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa SPRM tiada bukti lanjut bagi mengesahkan dakwaan Rafizi itu.
Habis tu, bukti apa yang Rafizi berikan pada 31 Mei 2016? Selalunya kalau Rafizi yang bercakap, tak ada yang tak betul dan seisi negara akan percaya cakap dia.
2.       16 Jun 2016, media-media melaporkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam telah ditangkap oleh SPRM berhubung salah laku dalam penawaran tender baik pulih kemudahan awam di Kapar ketika masih dalam jawatan.
Menurut fakta kes, ketika ditangkap, terdapat wang sejumlah RM30 ribu bersama Manikavasagam yang diterima daripada seorang kontraktor kelas G3.
Manikavasagam telah dibebas dengan jaminan oleh SPRM. Selepas dibebaskan, Manikavasagam dilaporkan telah mengugut saksi kes hingga memaksa saksi membuat laporan polis.
Kini, selepas lebih 10 bulan, tiada perkembangan lanjut dikemaskini oleh SPRM. Status kes juga tidak diketahui, sama ada didakwa atau pun tidak. Kebal kan?
3.       Masih ingat pembongkaran kekayaan luar biasa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin? Juga didedahkan sejak Jun 2016, Zuraida didakwa memiliki sejumlah kenderaan mewah yang diperolehi selepas beliau bergelar ahli politik dan Yang Berhormat.
Antara aset milik Zuraida yang menjadi buah mulut penduduk di Ampang ialah 9 buah kereta kelas mewah dan  biasa (tak biasa jugalah bagi kita yang makan gaji ciput ni).
Dengan latar belakang sebagai bekas penjual buah yang menceburi politik, ia amat ajaib bagi seorang perempuan tua seperti Zuraida dapat mengumpul aset-aset sebanyak itu dalam masa singkat.
Zuraida mendakwa sebahagian kereta tersebut dibeli dengan kelayakan permit import (AP) selaku Ahli Parlimen dan Kemudahan Pinjaman Ahli Parlimen. Tapi yang dia tak bagitahu kita, dia beli kereta baharu setiap tahun. Tiga kereta mewahnya dibeli dengan AP walhal setiap AP milik Ahli Parlimen hanya boleh beli satu kereta sahaja bagi satu penggal.
Kes ini juga senyap begitu sahaja.
4.       Selain Zuraida, pegawai khas beliau iaitu Datuk Adam Rosly juga terpalit dengan kes salah laku rasuah yang serius lagi besar.
Ingatkah lagi akan banglo Disneyland Ampang milik Adam?
Banglo ini dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.
Sama seperti Zuraida, Datuk Adam Rosly yang baru berusia lingkungan 20-an ini mendakwa mengumpul kekayaan melalui perniagaan menjual nasi lemak yang diusahakannya sejak remaja sekaligus membolehkannya membeli bangle mewah itu dengan sedikit bantuan pinjaman daripada Ah Long.
Kes ini masih dalam siasatan SPRM.
5.       Pendedahan skandal rasuah Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali paling banyak dilakukan oleh bekas ayam tambatan PKR sendiri, Chegu Bard.
Budak-budak SAMM pasti tahu. Natijahnya, Chegu Bard dipecat daripada PKR.
Antara pendedahan tersebut ialah salah guna kuasa Azmin dalam penukaran status tanah Paya Indah Wetlands, skandal rasuah RM9.8 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan, skandal rasuah RM32.4 juta dalam projek penukaran kubah masjid negeri Selangor, skandal RM45 juta dalam projek balak di Selangor dan banyak lagi.
Semua pendedahan dan pembongkaran ini tidak dijawab oleh Azmin Ali mahupun konco-konconya, sebaliknya Chegu Bard pula diambil tindakan.
SPRM? Macam biasa, tiada berita.
6.       Gaya hidup mewah seorang pegawai muda di pejabat kerajaan negeri Selangor bernama Muhammad Hilman juga pernah menggegarkan politik Selangor.
Hilman didakwa memiliki sebuah kereta Toyota Altis dan sebuah rumah yang dibeli disyaki di luar kemampuan pendapatannya.
Semakan mendapati sebuah Toyota Altis berharga sekitar RM120,000.00 iaitu anggaran ansuran sekitar RM1,550.00 sebulan jika beliau membuat pinjaman selama  8 tahun.
Rumah mewah milik Hilman pula dibeli dengan harga RM650,000.00 selain kos tambahbaik yang dibuat oleh beliau sebanyak RM200,000.00 sebelum rumah tersebut ditukar milik antara beliau dan penjual.
Pendedahan ini turut dilakukan oleh Chegu Bard.
Selain itu, Chegu Bard juga mendedahkan hubungan Hilman dengan rakannya dari kumpulan Diskopi bernama Hans Yusoff, pembaca berita di Astro Awani. Hilman dikatakan menggunakan jawatan dan kedudukannya di pejabat Azmin untuk ‘membantu’ memberi projek kepada rakan-rakan termasuk Hans Yusoff dan isterinya.
Dan sehingga kini, tiada perkembangan lanjut sama ada dakwaan ini disiasat dan didakwa oleh SPRM atau pun tidak.
7.       Baru-baru ini, seorang aktivis Reformasi yang dikenali dengan nama Jamil Kucing memuatnaik beberapa keeping gambar di Facebooknya yang memaparkan sampul duit raya berisi di luar bilik pejabat Azmin Ali.
Jamil mendakwa Azmin Ali telah memberikan duit raya khas kepada beliau untuk diagih-agihkan kepada aktivis-aktivis Reformasi yang lain.
Dari mana wang itu datang? Berapa jumlahnya? Kenapa dilakukan di pejabat Menteri Besar?
Tiada jawapan.
8.       Banyak lagi. Jika disenaraikan, senarainya akan jadi lebih panjang. Antara yang besar termasuklah skandal YAWAS seperti yang diedahkan Datuk Jamal Yunus. Juga tiada siasatan dibuat setahu kami oleh SPRM.
Persoalannya kini, adakah pentadbiran Azmin Ali benar-benar bersih dan antirasuah? Adakah Azmin benar-benar benci dan tolak rasuah seperti yang selalu diucapkannya? Jika benar, kenapa tak tandatangan sahaja IBR itu dan jemput SPRM masuk siasat segala dakwaan yang dibuat ini?

 #deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...