Thursday, 30 November 2017

SENARAI SKANDAL RASUAH DAN PENYELEWENGAN DI SELANGOR


Sejak semalam media sosial diriuhkan dengan berita penahanan anak saudara Azmin Ali berhubung salah laku rasuah yang serius.

Berita ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak. Tapi bagi yang mengikuti secara rapat isu-isu rasuah dan skandal melibatkan Azmin Ali atau proksi dan orang-orang kanannya, ini cuma berita kecil sahaja. Hakikatnya, lebih ramai yang terlibat. Jumlah wang yang diseleweng juga lebih banyak. Hanya menanti masa sahaja untuk dibongkarkan oleh SPRM dan didedahkan kepada umum.

Namun bagi kami, kecil atau besar, ia tetap penting untuk diperkatakan. Pertama, kerana selama ini Azmin terlalu sombong dan angkuh dengan mendabik dada kononnya kerajaan negeri pimpinannya mengamalkan ketelusan serta bebas ketirisan. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor dan dalam siri ceramah atau ucapannya selama ini misalnya, tak habis-habis dia mengangkat dirinya sendiri sebagai Menteri Besar kepada sebuah kerajaan negeri yang benci rasuah dan penyelewengan.

Kedua, kerana Azmin adalah satu-satunya Menteri Besar yang hingga ke saat ini belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah walaupun pernah pada suatu ketika menyatakan komitmen kepada DUN Selangor untuk mengambil bahagian dalam proses yang diinisiatifkan oleh SPRM itu dalam usaha mengekang gejala rasuah di negara ini. Macam-macam alasan diberikan. SPRM bahkan diperlekehkan oleh Azmin dan para penyokongnya.

Semalam, 29 November 2017, menjadi hari malang buat Azmin kerana anak saudaranya sendiri yang bernama Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid, ditahan oleh SPRM atas dakwaan melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Ketika ditahan, wang sebanyak RM4 juta turut dirampas dan pelbagai akaun lain dibekukan.

Berikut beberapa fakta penting yang wajib anda tahu di sebalik kes ini :

1. Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid berusia 34 tahun ketika ditahan di kediamannya di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur pada jam kira-kira 1 tengah hari, 29 November 2017.

2. Turut ditahan oleh SPRM ialah dua orang ahli perniagaan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

3. Ketiga-tiga suspek ditahan atas dakwaan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan secara langsung oleh Menteri Besar Selangor.

4. Sejumlah wang bernilai lebih RM4 juta ditemui dalam serbuan yang dilakukan selain beberapa akaun turut dibekukan bagi membantu siasatan pihak SPRM.

5. Nurul Fadli seorang penganggur yang hidup mewah termasuk memiliki kediaman dan pelbagai kenderaan yang mewah dipercayai kerana menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Azmin Ali untuk mendapatkan komisen, hadiah dan sebagainya melalui projek-projek yang diluluskan.

6. Sering mengemaskini laman sosialnya dengan aktiviti harian bersama Azmin Ali termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting dan acara-acara rasmi atau parti.

Kes ini juga mengingatkan kembali kita kepada penahanan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen PKR Ampang, YB Zuraida Kamaruddin pada 13 April 2017 yang lalu  kerana memiliki kekayaan luar biasa termasuk sebuah rumah banglo  berharga RM7 juta. Seperti Nurul Fadli, Adam juga sering mempamerkan kemewahan hidupnya di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan tentang sumber kewangannya.

Seperti yang kami katakana tadi, ini hanya kecil sahaja. Sama ada Azmin menandatangani IBR atau pun tidak, pihak SPRM tetap akan membongkar penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiranNYA.

Berikut kami senaraikan semula beberapa kes lain yang masih dalam siasatan serta berpotensi disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM dalam masa terdekat ini :-

1. Skandal tanah Paya Indah Wetlands

Kerajaan negeri didakwa meluluskan penukaran status tanah di Mukim Tanjung Dua Belas,Kuala Langat daripada pertanian kepada pembangunan walaupun terletak dalam kawasan yang digazetkan sebagai hutan warisan dunia.

2. Skandal MBI-UNISEL-Jana Niaga Sdn. Bhd.

Melibatkan pembayaran sebanyak RM16 juta oleh MBI kepada syarikat Jana Niaga yang telah ditamatkan kontrak selenggara bangunan di UNISEL.

3. Skandal tanah Kg. Sungai Yu, Permatang

Agihan tanah tidak telus kepada kroni dan orang luar serta tidak memenuhi kelayakan selain ketiadaan sebanyak 18 nama dalam rekod JPN.

4. Skandal Jirat Cina Jeram

Kelulusan projek diberikan walaupun dibantah oleh penduduk yang terdiri daripada majoriti orang Melayu dan beragama Islam.

5. Skandal SPLASH

Pertambahan nilai harga pengambilalihan sebanyak 10 kali ganda kepada RM2.975 bilion berbanding harga asal RM250.6 juta ketika pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.

6. Skandal Tabung YAWAS

Penyelewengan dilakukan oleh segelintir ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang dipertanggungjawabkan mengurus dana amanah tersebut termasuk melakukan transaksi di luar negeri dan diberikan kepada penduduk bukan warga Selangor.

7. Skandal Hilman

Pegawai muda di pejabat kerajaan negeri yang hidup mewah walaupun gaji kecil termasuk memiliki sebuah kereta Toyota Altis serba baharu bernilai RM120 ribu, sebuah rumah yang dibeli dengan harga lebih RM600 ribu dan kos pengubahsuaian dianggarkan lebih RM200 ribu.

8. Skandal Pintu Gerbang Darul Ehsan

Hingga kini Azmin tidak menjelaskan siapakah penderma yang menyumbang sebanyak RM9.8 juta untuk projek ini dan apakah kaitannya dengan kerajaan negeri. Pada peringkat awal, difahamkan, projek ini dilaksanakan dengan pembiayaan pendahuluan oleh kerajaan negeri tetapi hingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan sama ada wang tersebut telah digantikan oleh penderma atau sebaliknya.

9. Skandal Kubah Masjid Negeri Selangor

Sebanyak RM32.4 juta diperuntukkan untuk menukar kubah Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, suatu jumlah yang sangat tidak masuk akal bagi sebuah projek kecil seperti itu.

10. Skandal Projek Balak

Didakwa berlaku di seluruh negeri melibatkan kawasan hutan yang dilindungi.

11. Skandal Kekayaan Segera YB Zuraida Kamaruddin

Berasal daripada hanya penjual buah, kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Ampang. Pada 18 April 2017, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos membuat laporan kepada SPRM berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki Zuraida, antaranya termasuklah 9 buah kenderaan pelbagai jenis dan mewah.

12. Skandal S. Manikavasagam

Bekas Ahli Parlimen Kapar ini ditangkap bersama wang sebanyak RM30 ribu di dalam keretanya pada 16 Jun 2016 atas dakwaan penyelewengan membabitkan peruntukan membaiki kemudahan awam di parlimen tersebut.

13. Skandal Rasuah Seks dan Wanita di pejabat MB Selangor

Didedahkan oleh Rafizi Ramli tetapi tiada tindakan susulan diambil oleh SPRM selepas mengesahkan tiada bukti ditemui dalam siasatan yang dilakukan. Habis kenapa Rafizi bongkar? Bukti apa yang dibongkarkannya?

14. Skandal Tanah Ijok

Dikatakan antara skandal penyelewengan tanah terbesar di Malaysia membabitkan sejumlah 2,000 ekar di Ijok, Selangor yang diperuntukkan kepada dua buah syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd. untuk dibangunkan pada 2008 tetapi diambil semula oleh kerajaan PKR sebelum dijual kepada syarikat Eco World pada harga lebih RM1 bilion.

Jadi apa pula selepas ini? Atau lebih tepat, Who’s Next? Adakah Azmin Ali sendiri yang akan ditahan oleh SPRM? Atau dia yang terakhir jika mengikut senarai panjang suspek yang berpotensi dikenakan tindakan? 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Tuesday, 28 November 2017

BAIAH PAS YANG BATHIL - Bah. 1

Baiah ada macam-macam cara dan bentuk. Ikut sejarah, baiah telah diamalkan pada zaman Baginda Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Islam yang bersama Nabi Muhammad ketika itu memberi baiah atau ikrar kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Baginda. Mengikut catatan, terdapat beberapa baiah yang dibuat secara langsung kepada Baginda seperti Baiah Aqabah pertama, Baiah Aqabah kedua dan Baiah Ridhwan. Selepas kewafatan Baginda, umat Islam terus berbaiah kepada para pemimpin atau Ulil Amri yang meneruskan perjuangan Islam yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW.

Muktahir ini, baiah telah dijadikan sebagai alat oleh sesetengah pihak, secara sengaja dan punya maksud khusus, untuk mengikat kepatuhan dan kesetiaan para penyokong atau pengikut mereka terhadap agenda yang diketengahkan. Seperti PAS. Ini contoh yang amat klasik. Tidak lagi menjadi rahsia umum bahawa PAS sememangnya menggunakan institusi baiah untuk menjerut para ahlinya, lebih-lebih lagi yang diangkat dan dinobatkan sebagai calon dalam satu-satu acara pilihanraya, baik yang umum mahupun yang kecil.

PAS menggunakan baiah (dan menyelewengkannya) kerana parti ini sendiri mempunyai kepercayaan bahawa ia sedang memperjuangkan Islam. Walhal sudah banyak contoh dan bukti, fakta dan dalil, dokumentasi-dokumentasi seperti teks atau berbentuk audio dan video yang tidak pegun, yang menunjukkan bahawa PAS itu sebaliknya. PAS hanyalah satu badan politik sama seperti DAP dan PKR, atau PPBM dan UMNO, atau serpihan kirinya iaitu PAN. Kesemuanya adalah suatu badan politik yang ditubuhkan untuk berkuasa, yang pada tubuhnya ada jalinan cita-cita politik yang berselirat dan memerangkap rakyat.

Seperti yang kita semua tahu, antara prasyarat ikatan baiah antara PAS dan para pemimpinnya yang diangkat sebagai calon ialah, jika mereka meinggalkan PAS, maka jatuh talak sebanyak tiga kepada mereka dengan isteri mereka. Walaupun Ustaz Nik Muhammad Zawawi pada 2015 menjelaskan bahawa baiah jatuh talak ini tiada dalam kandungan asal, tetapi beliau juga tidak menafikan bahawa amalan berbaiah dengan talak tiga itu wujud dan diamalkan di sesetengah negeri dan dibenarkan kepada individu yang memilih untuk melakukannya atas prinsip menitipkan sebenar-benar kesetiaan kepada parti. Kata lainnya, ia ada dan diamalkan.

Jika baiah PAS itu baiah yang sah, maka kita wajar menyemak sudah berapa banyak kes penceraian berlaku dan didaftarkan hanya kerana ada segelintir pemimpinnya meninggalkan PAS? Adakah Husam Musa sudah bercerai? Adakah Khalid Samad sudah jadi duda? Adakah Mujahid yang ilmu agamanya itu tinggi melangit seperti juga Ahmad Awang, sudah bercerai-berai dengan isteri masing-masing setelah menubuhkan PAN? Jika tiada, maka kita wajar bertanya, apakah nilai baiah-baiah tersebut?

Persoalan-persoalan ini telah sering menyelubungi minda sebahagian besar ahli PAS di seluruh negara. Ia timbul selepas PAS melalui fasa perpecahan yang hebat sehingga menyaksikan tertubuhnya parti kuali atau PAN yang kini selesa dicucuk hidungnya oleh DAP. PAS membangkitkan hal baiah ini sebagai amaran dan peringatan, yang semacam tindakan untuk menakutkan para pemimpin dan ahlinya agar tidak keluar parti. Namun, pada akhirnya mereka berbondong-bondong meninggalkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti itu. Hal ini secara langsung turut menggunungkan persoalan-persoalan lainnya tentang kewibawaan baiah yang disertai oleh mereka selama ini sehingga akhirnya mengurangkan rasa enak dan ghairah berjuang dalam kalangan ahli PAS yang masih setia dan perlahan-lahan menjadi tawar.  

Kita tidak mempersoalkan pendekatan mengambil sunnah Rasulullah SAW dalam hal berbaiah ini. Namun yang kita ingin tanyakan, kenapa sunnah ini dipolitikkan sehingga nilai dan martabatnya turut diperlekehkan? Tidakkah PAS belajar daripada segala kesilapan dalam pendekatan-pendekatannya selama ini seperti mengkafirkan orang Islam yang tidak menyokong parti itu atau mengatakan bahawa Hudud hanya 0.00001% sahaja daripada isi Al-Quran lalu tidak lagi penting untuk diperjuangkan ketika mereka membentuk kerjasama Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR dahulu?

Jika PAS masih memilih sikap jumud dan ekstrim begini, nescaya tempoh hayatnya semakin tiba ke penghujung.

Dr. Mun'im Ilyas
Panel Pemikir
Darul Ehsan Leaks


#delekas
#infoSelangor
#teamviralSelangor 



APRIL MASA PALING TEPAT ADAKAN PILIHAN RAYA UMUM


SHAH ALAM - PRU14 yang dibayangkan bakal berlangsung di antara tempoh selepas sambutan Tahun Baharu Cina sehingga April adalah masa yang tepat.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, tempoh itu dilihat sebagai masa yang sesuai memandangkan tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan adalah pada 24 Jun dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Rakyat.

“Saya jangkakan PRU14 akan dijalankan pada April memandangkan pada Mei merupakan tempoh terlalu dekat dengan permulaan puasa diikuti sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun.

“Saya setuju dan yakin PRU14 akan diadakan dalam tempoh ini apatah lagi isu persempadanan PRU juga telah diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sivamurugan berkata, bayangan PRU14 diadakan pada April menjadi lebih kuat apabila pada masa itu genaplah sembilan tahun pentadbiran di bawah Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri.

“Saya rasa ia lebih berkemungkinan pada April kerana ini akan membolehkan Najib memberikan kad laporan penuh kejayaannya sebagai perdana menteri termasuklah pencapaian Bajet 2018,” katanya.

Pada masa sama, beliau percaya bahawa, pencapaian Bajet 2018 dan penyelesaian kepada isu kos sara hidup terutamanya harga minyak akan menjadi penilaian utama buat rakyat dalam berhadapan PRU14.

“Dari tempoh masa sekarang sehingga April depan, yang akan dilihat adalah sejauh mana pencapaian Bajet 2018.

“Saya yakin perkara-perkara ini akan menjadi keutamaan buat rakyat membuat penilaian sepanjang empat bulan akan datang,” katanya. - Sinar Harian 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

JAMAL TAK LAYAK LAWAN AZMIN

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disifatkan tidak layak bertanding di kawasan Dun Bukit Antarabangsa melawan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, malahan Pengerusi NGO Malaysia itu tidak layak bertanding bagi mana-mana kawasan yang rakyatnya mengambil pendekatan sederhana.

Menurutnya, beberapa kriteria perlu dipenuhi calon yang berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa.

“Calon wajib ada latar belakang profesional dan mempunyai kematangan pentadbiran kerana masyarakat di sana (Dun Bukit Antarabangsa) terdiri dalam kalangan terpelajar dan berpendidikan tinggi.

“Calon juga perlu mempunyai ciri yang menghormati perbezaan pendapat dan menangani sebarang isu secara berhemah bukannya beremosi,” katanya.

Terdahulu, dalam program Konvoi Bermotosikal Pengundi Luar di Sekin Resort Sabak Bernam kelmarin, Jamal menyatakan hasrat berminat bertanding di kerusi tersebut yang dikatakan lebih mencabar dan memerlukan usaha keras untuk mendapatkannya.

Hasrat Jamal itu juga dalam pengetahuan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda itu berkata, beliau yakin kemampuan Jamal sebagai calon diragui dalam kepimpinan Umno.

“Jamal seorang ekstremis sangat tidak sesuai di Selangor, namun itu adalah haknya untuk bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.

“Boleh jadi BN hilang deposit jika orang sepertinya dipilih sebagai calon,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Jamal sudah banyak membantu rakyat Selangor dalam pelbagai isu dan atas kapasiti itulah beliau mempunyai kredibiliti untuk mencabar Mohamed Azmin di Dun Bukit Antarabangsa.

"Jamal layak lawan Azmin memandangkan dia sudah banyak tolong rakyat Selangor, contohnya dalam jualan ikan murah dan segar sehingga dia dikenali ramai," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan geran tahunan kepada PBT Selangor di sini semalam.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

AMANAH JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN PAS

SHAH ALAM - Pemimpin Amanah di minta tidak mencampuri hal pentadbiran Pas dengan mengeluarkan pelbagai dakwaan tidak masuk akal.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, walaupun sebelum ini Amanah mendakwa Pas dilihat mesra dengan kerajaan, namun realitinya pemimpin parti itu lebih cenderung untuk bersama Umno selepas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa menyatakan solidariti bersama Adun BN, Datuk Nozula Mat Diah yang diusir keluar dari Sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

“Mereka kata kita goyah serta bercelaru, namun pada saya mereka perlu jaga parti sendiri sudah lah dan jangan sibuk hal parti orang (Pas).

“Sebelum ini mereka kata kita mesra dengan Umno, tapi pemimpin mereka sendiri bersolidariti untuk Adun BN. Jangan jadi paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas komited bersama Gagasan Sejahtera dan akan menentang Umno mahupun Pakatan Harapan pada PRU14.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

STANDARD AZMIN HANYA LAYAK LAWAN JAMAL - NOH OMAR



SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya layak melawan Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.Demikian ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sambil menyifatkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu banyak membantu rakyat negeri itu termasuk jualan ikan murah dan restoran makanan percuma.

“Memanglah (layak lawan) sebab Azmin ini yang layak lawan dia, Jamal saja, bukan standard Azmin nak lawan Datuk Seri Najib. Dengan saya dulu dia (Azmin) ajak lawan di Tanjung Karang, tapi dia nak pergi ke Pekan.

“Sebenarnya Azmin ini Jamal saja standard dia untuk lawan (PRU14). Sebab Jamal pun saya tengok banyak dia tolong rakyat Selangor,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Tahunan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor di Hotel Concorde, di sini, hari ini.

Semalam, Jamal selaku Pengerusi Gabungan NGO Malaysia menawarkan diri bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang kini disandang oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin sejak Pilihan Raya Umum (PRU12) pada 2008.

Jamal berkata, beliau merasakan DUN Bukit Antarabangsa itu sesuai untuk ditandinginya memandangkan kerusi itu merupakan kubu kuat menteri besar Selangor.

Menurut Noh, hasrat Jamal itu bertepatan pada masanya apabila ketika ini banyak usaha membantu rakyat yang dihalang oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Mohamed Azmin.

“Bayangkan nak bagi jual ikan murah pun dapat halangan. Kerajaan negeri kena faham. Kalau projek itu boleh mendatangkan keuntungan mungkin dia boleh halang.

“Tapi kalau projek itu untuk tolong rakyat, untuk kebajikan rakyat, patutnya guna budi bicara sikit untuk kepentingan rakyat,” jelasnya.

Noh berkata lagi, Jamal satu-satunya calon yang layak mencabar Mohamed Azmin memandangkan segala usaha membantu rakyat yang dilakukan Jamal sering mendapat halangan daripada kerajaan negeri.

“Standard dia (Azmin) Jamal saja, sebab Jamal selalu perjuangkan rakyat Selangor dengan apa cara pun.

“Apa yang Jamal buat pun saya tengok kadang-kala banyak dapat halangan juga, jadi eloklah Azmin lawan dengan Jamal,” katanya lagi. 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

RAMAI PEMIMPIN TAK SETIA DALAM PAS?

SHAH ALAM - Kini terbukti wujud ramai pemimpin yang tidak setia dengan presiden dan parti dalam kepimpinan utama Pas.

Itu pandangan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib (gambar) berhubung tindakan Ketua Pembangkang Kedah dari Pas, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu, kelmarin.

Katanya, dalam perjuangan apa pun parti, tidak menyokong dasar dan tindakan presiden adalah ibarat menentang parti.

"Pas perlu berhati-hati dengan berkemungkin ada kumpulan pro Pakatan Harapan yang aktif dalam Pas dan menunggu masa untuk mengambil alih Pas dari dalam," katanya.

Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata, tindakan Amiruddin itu adalah satu manifestasi permulaan, mungkin ramai lagi  wakil rakyat daripada Pas yang masih lagi takut meninggalkan Pas buat masa ini akan berbuat demikian ketika mereka tidak dicalonkan semula untuk PRU14.

"Pas kini dalam fasa membangunkan semula tarbiyah parti supaya taat pada parti dan pemimpin utama sendiri, bukannya taat dan terpesona dengan pemimpin Harapan," katanya.

Menurutnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya memilih ketua pembangkang Dun Kedah yang lebih pro kepadanya.

"Jangan pandang remeh isu tidak patut dan hormat pada Presiden. Pas perlu pilih, taat pada Haji Hadi atau taat pada Harapan?," katanya.

Md Shukri berkata, Pas dilihat sudah mengimport terlalu banyak idea dan pola pemikiran asing yang tidak bersifat jati diri asal.

"Kini konsep Pas untuk semua perlu dikaji dan kembali kepada prinsip Pas jadi alat untuk Islam bukannya untuk politik dan kerusi PRU," katanya.

Beliau berkata,  apa yang berlaku kepada Pas ialah terlalu ramai wakil rakyat dari kalangan mereka yang tidak berjati diri perjuangan asas Pas, hanya mahu menang dan menikmati hasil Pas tanpa dihargai peranan parti pada mereka.

"Persoalan yang timbul adakah tindakan YB Amiruddin ini sudah memasuki fasa bahawa Pas Kedah sudah mula memprotes Haji Hadi dan kepimpinan sedia ada secara terang?," soalnya.

Menurutnya, Pas kini diambang perang ke atas 'neo kolonialisme' atau penjajahan bentuk baharu yang seolah diasak bekas rakan pembangkang mereka iaitu Harapan.

"Penerimaan Bersatu terhadap Amiruddin juga jelas menunjukkan rasa tidak hormat parti itu dan Harapan ke atas Pas.

"Pas mungkin dianggap 'lembik' dan dayus hingga mudah dipermainkan sesuka hati.

"Adakah akar umbi Pas boleh percayakan Harapan dan kembali kepada pakatan politik mereka jika pemimpin kanan parti pun boleh 'dicuri'?," katanya.



#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

PRU-14 : JAMAL MAHU CABAR AZMIN ALI



Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jamal ketika mengumumkan hasratnya itu memberitahu, beliau lebih berminat bertanding di kerusi itu kerana menyifatkannya lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh daripadanya.


"Saya melihat tempat yang paling sesuai untuk saya bertanding pada pilihan raya umum  akan datang adalah di Bukit Antarabangsa yang sekarang ini disandang oleh Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali).

"Bagi saya untuk menandingi beliau di sana, bukanlah masalah kerana rakyat melihat siapakah Azmin ini yang hanya pandai bercakap semata-mata tetapi tidak sedikit pun membantu rakyat terutamanya di kawasan beliau," katanya kepada pemberita selepas Program Konvoi Bermotosikal Pengundi Luar di Sekin Resort.


Pada pilihan raya umum lalu, DUN Bukit Antarabangsa dimenangi Mohamed Azmin selepas memperoleh 4,044 majoriti undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nadzim Ibrahim yang mendapat 12,458 undi.

Menurut Jamal hasrat beliau untuk bertanding di kerusi disandang Mohamed Azmin itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, dan juga setelah melalui perbincangan bersama kepemimpinan UMNO bahagian Ampang.



"Saya tahu kuasa menentukan calon ini terletak pada pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi saya amat berharap dicalonkan di DUN Bukit Antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, Jamal  memaklumkan bahawa beliau telah merancang pelbagai program di kawasan Mohamed Azmin dan paling terdekat ialah program jelajah jual ikan pada harga patut, Jumaat ini.

"Saya telah berjumpa dengan rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ampang dan akan disusuli dengan perjumpaan bersama masyarakat Cina," ujarnya.

- Utusan Malaysia 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

DAP PERJUANG EKSTRIMIS KAUM, AGAMA

Meskipun DAP tidak pernah mengaku secara terbuka menentang orang Melayu namun tindak tanduk pemimpin parti itu jelas mereka sering memperjuangkan budaya ekstremis perkauman dan agama.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, sepanjang berada dalam parti tersebut, beliau dapat melihat sendiri sikap kesemua pemimpin DAP tidak menyenangi orang Melayu.

Katanya, lebih keterlaluan apabila mereka turut tidak menghormati Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

“Ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah, beberapa pemimpin DAP telah dijemput ke istana namun saya tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng berkesempatan hadir tetapi apabila pulang dari majlis tersebut dia seolah-olah memerli sistem pemerintahan beraja negara sebagai golongan feudal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa mahu Kementerian Dalam Negeri menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan ekstremis perkauman dalam kalangan pemimpin DAP dikenakan hukuman se­timpal atas tindakan mereka.

Sementara itu, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman berkata, gesaan GPMS itu wajar kerana ramai pemimpin DAP memang sering memperlekehkan kaum lain di negara ini.

Kata beliau, malangnya pihak berkuasa seolah-olah pejam sebelah mata dengan perbuatan pemimpin DAP itu kerana tiada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.

“Kalau sekali tidak mengapa, tetapi berulang kali pemimpin DAP ini menghina orang Me­layu dan menghasut kaum lain membenci pemimpin negara. Contoh terbaru adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

“Tetapi tiada pula tindakan diambil, seolah-olah pemimpin DAP ini kebal dengan undang-undang negara, sebab itu mereka boleh bertindak sesuka hati termasuk menghina kaum lain,” katanya.



#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

SKANDAL TANAH SUNGAI YU : PEMIMPIN PKR DIDAKWA BOLOT TANAH 'RAPAT' DENGAN AZMIN?

Pemimpin PKR yang didakwa membolot sejumlah tanah di Sungai Yu berada
di belakang (kiri) Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

SHAH ALAM 27 Nov. – Kisah kronisme dalam skandal tanah di Kampung Sungai Yu kini semakin jelas di manakah puncanya bermula apabila salah seorang daripada tiga pemimpin PKR yang didakwa membolot lot tanah dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malah, pemimpin PKR Sungai Yu itu sering kali dilihat berdam­pingan dengan Mohamed Azmin dalam pelbagai program politik atau kerajaan negeri yang dirasmikan Timbalan Presiden PKR tersebut.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang penduduk Sungai Yu, B. Vakran, yang kecewa de­ngan sikap membisu kerajaan PKR Selangor dalam isu penyalahgunaan kuasa dan kronisme di sebalik skandal tanah berke­naan walaupun satu demi satu bukti penyelewengan terlondeh.

“Dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilih yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk memilih siapa yang layak menerima tanah itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, pemimpin PKR didakwa terbabit membolot empat lot tanah iaitu menggunakan nama sendiri, adik-beradik dan ayah­nya.

Skandal penganugerahan ta­nah Sungai Yu kini panas, apabila terbongkarnya kewujudan 18 ‘individu’ misteri yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), diberikan turut tanah tersebut.

Selain itu, skandal tersebut juga menyerlahkan amalan kronisme kronik apabila beberapa pemimpin PKR didakwa membolot tanah yang sepatutnya diberikan kepada rakyat serta bagaimana syarat utama kelulusan sendiri dilanggar kerajaan PKR Selangor.

Dalam pada itu, Vakran berkata, proses pemilihan tanah tersebut sejak dari awal lagi tidak dilaksanakan dengan telus kerana bagaimana seorang pemimpin PKR yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memilih diri sendiri sebagai penerima.

“Pihak yang terlibat dengan pemilihan dan skandal ini termasuk kerajaan negeri tahu apa yang berlaku tetapi mengapa berdiam diri?” soalnya.



#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

JENTERA SIBER AZMIN ALI TINGKATKAN SERANGAN


Pasukan tentera siber (cybertroopers) Pakatan Harapan Selangor bakal meningkatkan serangan terhadap media-media sosial pro-Barisan Nasional khususnya yang memfokuskan gerakerja terhadap usaha membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azmin Ali.

Arahan serangan turut dihalakan terhadap akaun-akaun pemimpin utama Barisan Nasional negeri seperti page rasmi Tan Sri Noh Omar, Menteri KPKT merangkap Pengerusi BN Selangor, page rasmi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos dan page rasmi Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Zohdi. 

Selain itu, page rasmi Darul Ehsan Leaks (SINI) turut dijadikan sasaran utama untuk dilumpuhkan dalam tempoh 120 hari menjelang PRU-14 susulan pelbagai siri pendedahan yang dilakukan sejak ia ditubuhkan.

Sejajar dengan arahan ini juga, kami dimaklumkan tak kurang 500 akaun palsu yang menggunakan platform Facebook sedia digerakkan pada bila-bila masa. Antara modus operandi yang ditetapkan termasuklah menghantar komentar yang sama di setiap posting dan membuat laporan atau report secara langsung kepada Facebook secara serentak dan berulang-ulang sehingga sesuatu page atau akaun ditutup.

Selain itu, Pakatan Harapan turut menyediakan sejumlah bajet yang besar untuk mengupah hackers atau penggodam maya bagi memastikan pages atau akaun individu yang berpotensi menggugat mereka dilumpuhkan sepenuhnya. 

Perkembangan ini secara tidak langsung mengesahkan lagi kegusaran dan kegoyahan jentera siber pro-Azmin dalam mereka berhadapan kebangkitan jentera siber Barisan Nasional di Selangor dan Malaysia amnya.

Relax la Min... kata telus, kan? Kalau telus, tak payah la goyang. 

UNDI BELAH BAHAGIAN SAH IKUT PERATURAN

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang memohon semakan semula keputusan undi belah bahagian Bajet 2018 peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sehubungan itu, Pandikar Amin (gambar) berkata, beliau memutuskan bahawa undi belah bahagian yang dijalankan pada 20 November lalu itu adalah teratur mengikut Peraturan 46 dan 47 Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Berhubung jumlah Ahli Parlimen pembangkang yang mengundi dan dikatakan tidak menyokong seramai 52 orang, setelah semakan dilakukan didapati jumlah Ahli Parlimen pembangkang yang mengundi iaitu tidak bersetuju adalah se­ramai 51 orang sahaja.

“Perkara ini tidak seperti yang didakwa Gobind Singh, ini kerana G. Manivannan (PKR-Kapar) selaku ketua pengundi Blok E telah gagal untuk menandakan undi bagi Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) dan beliau juga mengesahkan jumlah undian tersebut dengan menandatangani senarai undi belah bahagian di blok ini,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini pada 20 November lalu, wakil-wakil pembangkang menimbulkan kekecohan dalam sidang Dewan Rakyat semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan proses undi belah bahagian yang dijalankan mengikut peraturan.

Mereka berbuat demikian selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengumumkan keputusan undi belah bahagian yang menunjukkan sebanyak 52 Ahli Parlimen bersetuju, 51 orang tidak bersetuju manakala dua orang lagi berkecuali.

Menurut Pandikar Amin, berhubung dakwaan Gobind Sing bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah pergi ke meja setiausaha semasa undi-undi dikira, beliau memutuskan bahawa perkara tersebut tidak menjejaskan proses pengundian itu.

“Saya teliti perkara ini dan mendapati bahawa semasa proses pengundian tersebut dijalankan Dr. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai) juga telah pergi ke meja setiausaha dan saya putuskan ia tidak jejaskan proses undian belah bahagian,” katanya.




#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...