Sunday, 31 December 2017

SIAPA SYED HUSIN ALI NAK TEMPELAK MAHATHIR?


Bekas pemimpin PKR, Dr. Syed Husin Ali menempelak permohonan maaf yang dilafazkan oleh Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapannya dalam Mesyuarat Agung Pertama parti tersebut di Shah Alam, semalam.

Melalui satu kenyataan yang dihantar di laman Twitternya, bekas Timbalan Presiden PKR itu mempersoalkan motif dan keikhlasan Dr. Mahathir memohon maaf tanpa menyatakan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukannya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Mahathir sebaliknya menjelaskan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya secara terbuka di hadapan kira-kira 200 orang perwakilan itu hanyalah bersifat adat semata-mata dan tidak bermaksud yang beliau pernah melakukan sebarang kesalahan pada masa silam.

Umum mengetahui ketika eranya, Dr. Mahathir pernah memecat Anwar Ibrahim atas kesalahan rasuah dan liwat, sesuatu yang masih tidak dapat diterima oleh sebahagian besar para penyokong Anwar.

Peristiwa pemecatan ini juga menjadi detik-detik awal kebangkitan Reformasi 98 dan penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang  berjuang untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

Pada 3 Ogos 2003, PKN mengambil keputusan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dipimpin oleh Syed Husin ketika itu sekaligus mengumumkan nama baharu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penggabungan tersebut dimuktamadkan. Menurut sumber yang rapat dengan Wan Azizah, Syed Husin menerima sejumlah wang sebelum bersetuju dengan penggabungan ini dan dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, Dr. Mahathir juga dikenang sebagai individu yang bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas penduduk Kampong Memali yang terletak dalam mukim Siong di Baling, Kedah pada 19 November 1985.

Dalam serangan berdarah tersebut, sejumlah 14 orang terkorban termasuk pemimpin kumpulan yang dikenali sebagai Ibrahim Libya, bekas pegawai agama di Jabatan Perdana Menteri yang sering dijemput menyampaikan ceramah oleh RTM sebelum beliau mengangkat senjata memerangi kerajaan pimpinan Dr. Mahathir.

Meskipun peritiwa ini telah lama berlalu, namun persoalan mengenai punca sebenar pemberontakan ini berlaku dan siapakah individu yang patut dipersalahkan di pihak kerajaan, terus diperdebatkan oleh rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu Dr. Mahathir dilaporkan menyalahkan para mufti kerana gagal bertindak ke atas fatwa memerangi pemerintah yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (kini Presiden PAS) sehingga mendorong Ibrahim Libya dan para pengikutnya memberontak ketika itu.

Pun begitu, bagi sesetengah pemerhati dan ahli akademik, tindakan keterlaluan yang diambil oleh pihak keselamatan dalam menangani krisis ini adalah amat tidak wajar. Ia sepatutnya berakhir dengan kesudahan yang lebih baik jika tiada arahan supaya tindakan keras digunakan ke atas para penduduk kampong dikeluarkan oleh kerajaan pada waktu tersebut.

Ini hanya dua contoh sahaja. Hakikatnya terdapat terlalu banyak rekod dan catatan yang menunjukkan kepimpinan Dr. Mahathir dahulu mempunyai pelbagai masalah dan kelemahan. Pada waktu tertentu, ia menjadi sangat tidak masuk akal seperti skandal Forex yang baru-baru ini dibongkarkan semula melalui sebuah jawatankuasa khas  yang ditubuhkan untuk mencari kebenaran di sebalik isu ini.

Apa pun inilah Mahathir Mohamad. Beliau pernah menangis teresak-esak di hadapan perwakilan UMNO, mengumumkan perletakan jawatan, diterpa oleh Rafidah Aziz dan drama ini kemudiannya berakhir dengan Mahathir kembali ke pejabat Perdana Menteri seperti biasa keesokan harinya.

Justeru aksi Mahathir memohon maaf ketika Mesyuarat Agung PPBM ini bukanlah suatu yang baru dan menggemparkan. Namun ia tetap unik dan menarik. Jika tidak, masakan tokoh seperti Dr. Syed Husin Ali ini boleh mengomentarikan perlakuan Mahathir itu secara terbuka. Beliau pun jelik, barangkali.

Jika umur Mahathir masih panjang, kemungkinan besar kita akan berpeluang melihat lebih banyak drama seumpama ini pada masa-masa akan datang. Paling cepat, minggu hadapan.  

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...