Friday, 29 December 2017

PAHIT MANIS DAN PERMAINAN POLITIK LICIK AZMIN ALI DI BAWAH KERAJAAN DAP SELANGOR

Dua hari lagi tirai 2017 akan dilabuhkan. Sudah pasti sepanjang tahun ini pelbagai kenangan pahit dan manis kita lalui. Bagi rakyat Selangor, terlalu banyak perkara yang di tempuh bukan sahaja sepanjang tahun ini tetapi juga sejak pentadbiran kerajaan negeri berada di bawah kepemimpinan pakatan pembangkang DAP.
Keadaan ini seolah-olah menjadi bertambah buruk apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin yang diharapkan akan membawa lebih banyak perubahan kepada Selangor sebaliknya dilihat semakin gagal menguruskan negeri ini.

Terdapat banyak isu yang menunjukkan Azmin gagal sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun beliau berjaya menutupi semua kegagalan itu melalui permainan politik licik. Azmin lebih banyak beretorik dalam menyelesaikan masalah rakyat dan berhadapan dengan sesuatu isu.

Kalau mahu digariskan terlalu banyak perkara yang menunjukkan kegagalan Azmin. Tiada apa yang membanggakan bagi Selangor di bawah kepemimpinan Azmin, sebaliknya sehingga ke hari ini di penghujung 2017, masih terdapat pelbagai kemelut dan krisis di ne­geri itu gagal ditangani beliau.

Admin tidak perlu menyenaraikan kesemua masalah di negeri Selangor, tetapi cukup hanya mengupas beberapa isu yang menjadi bukti hakikatnya Azmin bukanlah pentadbir yang baik sebaliknya hanya bijak menutupi kegagalan dan kelemahannya melalui penampilan dan ucapan semata-mata.

Antara perkara yang sehingga kini tidak diselesaikan oleh Azmin biarpun kita sudah mahu melangkah ke tahun baru ialah;

1- MASALAH AIR BERLANJUTAN. 
Ramai yang mengecam Ketua UMNO Bahagian Su­ngai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos apabila beliau memakai tuala melakukan demonstrasi membantah masalah bekalan air di Selangor, tetapi apa yang beliau lakukan adalah bagi menyampaikan mesej bagaimana kerajaan negeri gagal mengatasi isu itu biarpun sudah berlanjutan sejak 2012.
Dalam isu ini Azmin lebih banyak menuding jari menyalahkan pihak lain sedangkan beliau sendiri tidak bersungguh-sungguh mengatasinya khususnya dalam mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat.

Azmin ternyata terlalu ego. Beliau tidak mempu­nyai apa-apa pelan tindakan krisis air. Akibatnya dari semasa ke semasa masalah bekalan air terus menghantui negeri yang dianggap terkaya di negara ini.

2- INTEGRITI SEMAKIN MUSNAH. 
Kerajaan negeri Selangor sering menegaskan, mereka telus dan penuh integriti, tetapi sehingga ke hari ini Selangor merupakan satu-satunya negeri yang tidak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Kalau Azmin benar-benar memiliki integriti yang tinggi, beliau tidak takut untuk menandatangani ikrar tersebut, bagaimanapun alasan keengganan Azmin mulai terjawab apabila anak saudaranya ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir secara haram.

Malah kredibiliti dan integriti kerajaan negeri juga semakin dipertikaikan apabila tercetus isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjong Karang. Setakat ini sebanyak 15 individu termasuk seorang exco kerajaan negeri dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

3- ISU PERUMAHAN RAKYAT. 
Sepanjang menjadi Menteri Besar, Azmin ternyata gagal menangani isu ini. Mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat hanya retorik dan janji-janji kosong. Pada masa sama, penduduk di projek pangsapuri kos rendah dan sederhana terus dibelenggu masalah infrastruktur, tetapi apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar campur tangan Azmin menuduh Noh mahu bermain politik.

4- PKNS DAN SKANDAL UNISEL. 
Dalam isu perumahan juga, Azmin gagal untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal penubuhannya iaitu membantu rakyat memiliki rumah.
PKNS ketika ini jelas tidak berjaya membantu orang Melayu memiliki rumah. Sebaliknya seperti teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah perbadanan itu seolah-olah bersaing dengan pemaju lain dan terlalu ghairah mengejar keuntungan.

Apa yang berlaku di Unisel lebih teruk apabila wujud­nya dakwaan melibatkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dengan syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan universiti itu. Ia berkaitan campur tangan MBI dalam penyelesaian pertikaian kontrak antara JNSB dan Unisel.

Kesimpulannya, dalam kita menyambut tahun baharu 2018, admin berharap rakyat Selangor akan membuka mata untuk melihat dan menilai bahawa pentadbiran negeri ini di bawah Azmin sebenarnya penuh dengan masalah dan skandal.


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...