Ketibaan Perdana Menteri di Istanbul disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab. |
ISTANBUL, TURKI - Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Selasa malam untuk menghadiri
Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan diadakan
Rabu.
Pesawat
khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Ataturk Istanbul
pada 10.20 malam (waktu Malaysia 3.20 pagi, Rabu).
Najib
diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketibaan
Perdana Menteri disambut Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul
Wahab.
Sidang
Kemuncak Luar Biasa OIC itu diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep
Tayyip Erdogan dalam kapasitinya selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam
Ke-13, berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) pada 6 Disember 2017, yang
mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Sidang
Kemuncak itu didahului Mesyuarat Pegawai Kanan pada Selasa, diikuti Mesyuarat
Majlis Menteri-menteri Luar pada keesokan harinya.
Persidangan
itu juga akan mengkaji semula perkembangan dan membincangkan kesan
berikutan pengumuman pentadbiran AS untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis
sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke
Baitulmuqaddis.
Penglibatan
Malaysia dalam sidang kemuncak itu mengukuhkan lagi komitmen dan sokongan tidak
berbelah bagi kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mendapatkan
hak mereka untuk sebuah negara Palestin merdeka, berdasarkan sempadan sebelum
1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara. –Bernama
0 comments:
Post a Comment