Sebelum ini Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin tertinggi PAS telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat Malaysia menolak kepimpinan Dr Mahathir terutama bagi PRU 14.
Kali ini Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula iaitu Ahmad Fadhli Shaari telah mengeluarkan kenyataan supaya menolak kepimpinan Dr Mahathir.
Menurut beliau, Malaysia akan menjadi negara bercelaru jika Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang sekali lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hal ini kerana ketika era pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, berlaku tragedi Memali 1985, krisis dengan Raja-Raja Melayu, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tercetus gerakan reformasi.
Selain itu, Dr Mahathir juga dilihat seperti orang "munafik" kerana beliau yang dahulu memasukan Anwar ke dalam penjara,kini beliau mendesak supaya Anwar perlu dibebaskan pula.
Ini jelas terbukti setelah Dr Mahathir membuat kenyataan bersama peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley mendesak supaya Anwar yang menjalani hukuman penjara segera dibebaskan selain sepakat mendakwa Anwar adalah tahanan politik.
Sekiranya Dr Mahathir sekali lagi diberikan kepercayaan,maka tidak mustahil beliau akan kembali menghacurkan negara.
Tambah pula kini segala "penyakit" yang berpunca ketika zaman Dr Mahathir cuba di bersihkan. Dan jangan pula nanti bertambah penyakit yang ada.
Tambah Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan, individu seperti Dr Mahathir boleh berbolak-balik bila-bila masa saja selepas melakukan banyak pusingan U.
Manakala pemimpin dalam pakatan pembangkang perlu mengkaji semula Dr Mahathir (sebagai pemimpin tertinggi) dan jangan sampai mereka menyesal selepas ini.
0 comments:
Post a Comment