Isu Baitulmaqdis bukan sahaja
telah menyatukan umat Islam seluruh dunia, bahkan turut menyatukan PAS dan
UMNO, demikian menurut Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Selain itu, beliau turut
memanjatkan harapan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak agar dapat membawa suara bantahan umat Islam terutamanya dari Malaysia ke
Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki.
Pada 9 Disember 2017 yang lalu,
ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC di
hadapan ribuan perwakilan, Datuk Seri Najib mendedahkan beliau telah dihubungi
Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan yang meminta beliau hadir ke persidangan
tersebut.
Tambah Najib, Presiden Erdogan
turut menganggap kehadiran beliau amat penting atas kapasitinya selaku Perdana
Menteri Malaysia yang disegani dan dihormati dunia.
Dua situasi ini sudah cukup untuk
menggambarkan betapa kepimpinan Najib cukup dikenali dan diiktiraf oleh kawan
dan lawan termasuk pemimpin-pemimpin dunia Islam seperti Erdogan.
Reputasi Najib sebagai pakar
diplomasi mengukuh dan menjadi bualan masyarakat dunia apabila beliau mampu
menyelesaikan isu berkaitan pemilikan kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak
jatuh di sempadan Russia-Ukraine pada 17 Julai 2014 selain menguruskan proses
penyiasatan di lokasi nahas dengan lancar dan bertanggungjawab secara langsung
dalam proses penghantaran pulang mayat mangsa nahas tersebut.
Selain insiden yang dikenang
dalam sejarah aviasi dunia ini, Najib Razak juga menunjukkan kemampuan luar
biasa dalam menguruskan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang
hilang sebaik berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014. Meskipun pesawat
tersebut masih gagal ditemui hingga ke saat ini, namun dunia mengagumi usaha
kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib dalam mengendalikan insiden ini
dengan baik dan bersepadu.
Justeru tidak hairanlah jika OIC
amat memerlukan sokongan Najib Razak dan Malaysia khususnya dalam menangani
kemelut perebutan kota Baitulmaqdis antara rakyat Palestin dan Zionis Yahudi
walaupun semua pihak amat maklum dan sedar akan kesukaran yang dihadapi
lebih-lebih lagi apabila terpaksa berhadapan dengan polis dunia, Amerika
Syarikat yang diketahui sebagai penyokong kuat kerajaan Zionis.
Dan semalam, Najib Razak dan
delegasinya berlepas ke Turki demi menghadiri persidangan khas ini. Tak banyak
yang boleh kita harapkan selain agar suara OIC dan dunia Islam didengar oleh
Zionis dan Amerika Syarikat. Sama-sama kita doakan.
Pak Lang
Penulis Tamu
Darul Ehsan Leaks
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
0 comments:
Post a Comment