Monday, 6 March 2017

PEMIMPIN EVANGELIST PROMOSI MASJID?



Manis. Itulah yang terpacul di mulut rakan kami sebaik melihat foto-foto ADUN Bukit Lenjan, Elizabeth Wong mengenakan tudung dan jubah sambil mengajak orang bukan Islam berkunjung ke masjid-masjid di Selangor.

Dari satu sudut, ia sesuatu yang bagus. Perbuatannya itu bukan sahaja boleh menarik minat orang ramai untuk mendekati masjid tetapi pada masa yang sama boleh memberikan gambaran yang lebih tepat tentang rumah ibadat orang Islam ini kepada masyarakat bukan Islam.

Namun, anda jangan lekas terpesona! Modus operandi kumpulan ini sebenarnya sama seperti yang dilakukan dalam program I Want To Touch A Dog baru-baru ini. Cuma kali ini, mereka menjadikan masjid pula sebagai subjek untuk menarik orang bukan Islam. Ironinya, ini bukan program dakwah. Ia bukan suka-suka, bukan juga atas nama keharmonian. Lebih dari itu.

Agenda sebenar mereka adalah untuk meracuni pemikiran orang Islam khususnya di Selangor dengan cara menanam benih-benih liberalisme secara perlahan-lahan dan sistematis. Pada pandangan mata kasar kita mereka pamerkan semangat keharmonian palsu sehingga orang Islam sendiri membenarkan rumah Allah dicerobohi sewenang-wenangnya. 

Agenda mereka juga kelihatan berjaya apabila terdapat orang Islam sendiri yang mengalu-alukan sokongan pemimpin seperti Elizabeth Wong yang pernah terpalit dengan skandal penyebaran foto separuh bogel tidak lama dahulu.

Hakikatnya, Elizabeth Wong sama saja seperti rakannya, Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor yang juga merupakan evangelist terulung di Selangor. Beliau pernah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian yang aktif menggerakkan agenda Kristianisasi.

Berikut ialah senarai pertubuhan Kristian yang pernah dibantu oleh Hannah Yeoh :

· Kingdom Christian Fellowship Bhd. (RM3,000.00 – 13 Okt. 2011)
· Subang Jaya Assembly of God (RM2,500.00 – 12 May 2011)
· Evangelical Free Church Gospel Centre (RM5,000.00 – 17 Jan. 2012)
· Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship (RM5,000.00 – 2010)

Sebagai pendokong kuat agenda Kristianisasi di Selangor dan Malaysia amnya, adalah amat mencurigakan sama sekali jika Elizabeth Wong ikhlas mempromosikan masjid kepada orang bukan Islam melainkan ada sesuatu yang tersembunyi di belakang program tersebut.

Tidak mustahil selepas ini mereka akan mengajak orang Islam berkunjung ke gereja pula. Tidak mustahil, ia akan bermula dengan membawa imam-imam, bilal dan jawatankuasa masjid ke gereja terlebih dahulu. Semuanya atas nama keharmonian – sedangkan yang disorok ialah Kristianisasi!

Awas warga Selangor.

-D.E Leaks

0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...