Monday, 6 March 2017

AKIBAT PERSOAL CITA-CITA DAP, ADUN BATANG KALI BAKAL HILANG JAWATAN?


Shah Alam, 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Yang Berhormat Datuk Mat Nadzari hari ini hadir ke prosiding khas di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membela diri atas satu pertuduhan yang dikenakan ke atasnya baru-baru ini berhubung satu ucapan yang dibuat oleh beliau dalam sidang dewan ketika membahas pembentangan Bajet Selangor 2017. 

Dalam ucapannya itu, Datuk Mat Nadzari telah memetik satu bahagian daripada perlembagaan salah sebuah parti dalam gabungan kerajaan negeri Selangor yang menyatakan matlamat parti tersebut adalah untuk melaksanakan dasar pemerintahan yang berteraskan prinsip demokrasi berparlimen berperlembagaan di negara ini. 

Dalam ucapannya itu, Datuk Mat Nadzari telah meminta Speaker DUN, YB Hannah Yeoh menjelaskan konsep pemerintahan berkenaan yang dilihat bercanggah dengan amalan semasa pemerintahan negara ini yang berteraskan prinsip 'Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan'. 

Namun begitu, ucapan beliau itu telah dibantah oleh ADUN Sungai Pinang yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor, YB Teng Chang Khim yang kemudiannya meminta supaya Datuk Mat Nadzari dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan untuk dikenakan tindakan penggantungan daripada menghadiri sidang dewan. 

Untuk rekod, dalam perlembagaan DAP, terdapat lapan belas matlamat digariskan dengan salah satu daripadanya menyatakan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan sistem parlimen berperlembagaan tanpa menyebut kedudukan institusi Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. 

Datuk Mat Nadzari kini sedang menunggu prosiding kedua yang dijangka akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

-DE Leaks.


0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...