Shah Alam, 6 Mac - ADUN Batang Kali, YB Dato' Mat Nadzari bakal memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini berkenaan usul yang mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan baru-baru ini yang dikemukakan oleh ADUN DAP Sungai Pinang, YB Teng Chang Kim.
Tindakan YB Teng itu dipercayai kerana ingin menutup mulut YB Dato' Mat Nadzari daripada terus membangkitkan hal ehwal berkaitan DAP di dalam sidang dewan.
Pada 1 November 2016 yang lalu, Dato' Mat Nadzari ketika membahaskan Bajet Selangor 2017 telah mengajukan soalan kepada Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Azmin Ali berhubung salah satu matlamat sebuah parti dalam gabungan kerajaan negeri dipercayai DAP yang bercita-cita mewujudkan sistem demokrasi sosial, parlimen berpelembagaan di negara ini.
Matlamat ini dilihat amat bertentangan sama sekali dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan sistem demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan sebagai asas pemerintahan dan pentadbiran negara sejak merdeka.
Cita-cita DAP itu juga dilihat sebagai satu orientasi politik yang jelas untuk menafikan fungsi dan kewujudan institusi istana di negara ini yang selama ini menjadi payung negara khususnya dalam hal ehwal agama Islam dan orang Melayu serta Bumiputra. - DE Leaks
0 comments:
Post a Comment