Monday, 6 March 2017

FOTO - SIDANG MEDIA ADUN BATANG KALI

Sidang media oleh Dato' Nadzari berkaitan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Untuk makluman,YB Datuk Mat Nadzari telah memfailkan saman pemula berkenaan usul yg merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebentar tadi.
Pesan admin pada DAP, jangan buli dan persendakan orang Melayu, maruah dan perjuangan kami berlandaskan raja berpelembagaan.







DATO' NADZARI FAIL SAMAN PEMULA TERHADAP DAP

Shah Alam, 6 Mac - ADUN Batang Kali, YB Dato' Mat Nadzari bakal memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini berkenaan usul yang mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan baru-baru ini yang dikemukakan oleh ADUN DAP Sungai Pinang, YB Teng Chang Kim.
Tindakan YB Teng itu dipercayai kerana ingin menutup mulut YB Dato' Mat Nadzari daripada terus membangkitkan hal ehwal berkaitan DAP di dalam sidang dewan.
Pada 1 November 2016 yang lalu, Dato' Mat Nadzari ketika membahaskan Bajet Selangor 2017 telah mengajukan soalan kepada Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Azmin Ali berhubung salah satu matlamat sebuah parti dalam gabungan kerajaan negeri dipercayai DAP yang bercita-cita mewujudkan sistem demokrasi sosial, parlimen berpelembagaan di negara ini.
Matlamat ini dilihat amat bertentangan sama sekali dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan sistem demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan sebagai asas pemerintahan dan pentadbiran negara sejak merdeka.
Cita-cita DAP itu juga dilihat sebagai satu orientasi politik yang jelas untuk menafikan fungsi dan kewujudan institusi istana di negara ini yang selama ini menjadi payung negara khususnya dalam hal ehwal agama Islam dan orang Melayu serta Bumiputra. - DE Leaks

ERTI KERJASAMA POLTIK PAKATAN HARAPAN



Kerjasama politik antara DAP, PAN dan PKR di Selangor sebenarnya adalah untuk menafikan penguasaan orang Melayu yang dahulunya ditunjangi oleh UMNO. 

Melalui kerjasama ini, pembahagian kerusi dibuat antara ketiga-tiga parti sehingga tiada lagi peluang untuk orang Melayu menguasai portion majoriti. 

Pada masa yang sama, orang bukan Melayu pula khususnya melalui PKR dan DAP mendapat posisi yang strategik seperti jawatan Speaker DUN dan beberapa jawatan Exco yang penting dalam pentadbiran kerajaan negeri. 

Natijahnya sudah banyak : penghapusan diskaun 10% untuk Bumiputra (Melayu) membeli rumah, rampasan dan penyitaan premis-premis perniagaan orang Melayu di seluruh Selangor dan banyak lagi. 

Rakyat Selangor perlu belajar dari pengalaman orang Melayu Pulau Pinang sebelum terlambat.

BANTAHAN KUBUR - AZMIN PENAKUT

Bantahan keras penduduk terhadap pembinaan Jerat Cina di Kampung Felda Bukit Cerakah dipandang sepi oleh Azmin Ali,Menteri Besar Selangor.

Kampung Felda Bukit Cerakah merupakan petempatan yang didiami oleh majoriti besar orang Melayu. 

Meski pun kampung tersebut dihuni oleh umat Islam, namun terdapat sebuah perkuburan Cina yang dikenali sebagai Nirwana Memorial Park. Demikianlah harmoninya komuniti Cina dikebumikan di perkampungan Melayu.

Permuafakatan antara parti-parti pemerintah Selangor DAP, PKR, PAN dan PAS telah meluluskan permohonan tersebut memandangkan YB Tony Pua di dalam Komvensyen DAP Selangor sebelum ini pernah melahirkan perasaan bangga di dalam ucapannya bahawa DAP mempunyai peranan dan pengaruh yang besar terhadap dasar-dasar kerajaan negeri Selangor. 

Inilah masa dan ketikanya yang sesuai sebagai langkah pertama bagi mendominasi kawasan petempatan Melayu secara terhormat dan sistematik, sebelum menempatkan kaum cina di sana. 

Penolong Pentadbir Tanah, Kuala Selangor sudah pasti sukar menolak permintaan Nirvana Memorial Park tersebut jika tidak mahu nasib yang sama seperti bekas exco kerajaan negeri Dato' Dr. Hassan Ali.


18 MATLAMAT DAP - DI MANA ISLAM & MELAYU?



DAP telah di tubuhkan di tanah Melayu selepas PARTI PAP berjaya memenangi pilihan raya singapura. Setelah berjaya memerintah Singapura, LIM KUAN YEW telah melaungkan kata kata :
“Kita telah berjaya mengusai Singapura, maka kamu harus pulang ke Tanah Melayu dan bina platform kita di sana pula !”, KATA-KATA LIM KUAN YEW.

DAP adalah parti yang telah terlibat dalam pilihan raya umum bermula dari tahun 1969 dengan menggunakan lambang ROKET. Sebenarnya ketika pertama kali DAP dalam pilihan raya umum,parti ini telah melaungkan prinsip-prinsip perjuangan HAK ASASI MANUSIA, KESAKSAMAAN, KEADILAN SOSIAL dan EKONOMI BERASAS INSTITUSI DEMOKRASI BERPARLIMEN. Prinsip-prinsip ini seolah-olah berjuang untuk kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum serta demi keharmonian negara Malaysia.
Namun, setelah parti DAP mula bertanding pada pilihan raya umum 1969 lagi kita rakyat malaysia terutamanya MELAYU sudah di TIPU oleh agenda JAHAT dan STRATEGI HALUS DAP. Tetapi mengapa MELAYU tidak sedar?Mengapa MELAYU tidak bangkit? Ini mungkin kerana DAP cerdik dalam merancuni rakyat Malaysia.Bermula dari kali pertama DAP bertanding pada pilihan raya umum iaitu tahun 1969,rakyat Malaysia sudah mula di perbodohkan dengan agenda/prinsip parti DAP yang hanya retorik semata semata. Ia ibarat seperti kanak-kanak yang di umpan dengan gula gula oleh seorang lelaki dan akhir sekali lelaki tersebut di sanjung tanpa sedar lelaki itu mahu menculik dan menjahanamkanya.
Akan tetapi ketika waktu dahulu,orang melayu sangat tidak menyukai DAP, kerana DAP ini adalah sebahagian daripada komunis. Ini terbukti kerana sejak dari dahulu lagi DAP tidak bersetuju dengan negara ISLAM. Lihat sahaja di negeri yang di menangi oleh pembangkang,setiap negeri yang di menangi oleh pembangkang mesti ada kerusi DAP bukan?Namun di negeri Kelantan,tiada satupun kerusi DAP. Hal ini demikian kerana rakyat Kelantan sedar bahawa DAP ini sebenarnya ANTI-ISLAM dan mempunyai agenda jahat untuk menghancurkan keharmonian islam di Malaysia. Namun DAP bergabung dengan PAS hanyalah sekadar untuk mendapatkan kuasa dan memenangi pilihan raya. Jijik bukan tindakan DAP?
Ketika Tun Mahathir melaungkan negara Malaysia sebagai negara islam, DAP telah mempertikaikan status negara Malaysia sebagai negara Islam iaitu sekitar tahun 1999-2000. Maka jika laungan dari seorang perdana menteri pada masa itu telah berani di pertikaikan oleh DAP, maka tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti DAP menentang Institusi Raja.
Ketika pilihan raya ke 10, DAP telah kalah didalam pru 10 kerana bekerjasama dengan PAS.Oleh itu pengerusi DAP pada waktu itu iaitu Chen Man Hin telah mengumum perletakan jawatan. Hal ini kerana beliau tidak sebulu dengan PAS yang ingin memperjuangkan Negara Islam. Lalu Lim Kit Siang yang merupakan setiausaha DAP ketika itu telah menarik DAP keluar daripada pakatan bersama dengan PAS.
Walau bagaimanapun, perpecahan DAP bersama PAS tidak bertahan lama setelah etelah PAS setuju mengugurkan perjuangan Negara Islam dan Hukum Hudud maka DAP sanggup bekerjasama kembali dengan PAS. Kesanggupan PAS untuk bekerjasama semula dengan DAP telah menunjukan DAP telah berjaya menghasut PAS untuk bersama mereka demi mendapatkan kuasa. Dalam waktu yang sama PAS juga sanggup korbankan prinsip memperjuangkan islam semata mata demi kerjasama dan termakan engan pujuk rayu DAP (KAFIR). Apakah bekerjasama dengan DAP (KAFIR) sebenarnya prinsip PAS untuk mendapatkan kuasa atau memperjuangkan islam?
Melalui penyatuan antara PAS dan DAP sebenarnya telah membenamkan DAP dalam senyap. Hal ini kerana gabungan tersebut DAP telah berjaya mempelaga dan menyembelih bangsa melayu dan islam iaitu UMNO. Maka adakah ini sebenarnya prinsip DAP memperjuangkan HAK rakyat sedangkan meraka hanyalah pendatang dan bukan pemilik asal Tanah Melayu?
Jangan cepat termakan dengan lakonan dan wayang yang di mainkan oleh DAP, LIHATLAH SINGAPURA yang dulu merupakan tanah Melayu. Kini telah di duduki oleh mejoriti orang cina dan agama islam tidak lagi menjadi mejoriti di singapura.Ini semua kerana PAP telah BERKUASA.
Sebelum tidur, lihatlah muka anak-anak kita dan kemudia kita berfikir....
FIKIR! FIKIR ! FIKIR!

Apakah kita mahu anak anak kita nanti menjadi warganegara kepada negara yang bukan lagi majoritinya beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU dan hidup dengan penuh KEMUDAHAN sama seperti kita hari ini?
Adakah setelah aku memejamkan mata buat selama lamanya nanti, anak dan cucu cucuku mampu mewarisi negara ini seperti hari ini?
Adakah kita ingin melihat anak dan cucu kita sama seperti bangsa melayu dan islam di negara Singapura satu hari nanti?Kekurangan tempat ibadah (masjid), sekolah sekolah agama, pertambahan tempat judi, kos sara hidup sangat tinggi dan bangsa melayu Islam di halau dari bumi sendiri secara perlahan lahan seperti pengemis?
Penulisan ini tidak memaksa atau menyuruh siapa siapa menyokong Barisan Nasional,tetapi sokonglah yang betul betul memperjuangkan HAK BANGSAMU AGAMAMU TANAH AIRMU. Fikirlah sejenak demi anak anak dan cucu kalian yang bakal meneruskan legasi kita semua (Melayu/Islam).
D E Leaks

CITA-CITA LIM KUAN YEW YANG DIDOKONG OLEH DAP


PAP (People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat singapura 

PAP ditubuhkan seawal tahun 1954 yang dipelopori setiausaha utamanya pada masa itu iaitu Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Hal ini demikian kerana PAP- Lee Kuan Yew telah merancang strategi licik untuk berkuasa dengan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.Antara strategi utamanya ialah Lee Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu sehingga sanggup menaiki dan turun masjid,malah ia menjadi sebagai rutin buat PAP dan Lee Kuan Yew sedangkan mereka bukanlah beragama islam. Malah Lee Kuan Yew juga sanggup memakai songkok untuk mendekati orang orang melayu islam bagi mendapatkan pengaruhnya.

Setelah berkuasa, umat Islam & kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Ini kebenaranya, modus operandi PAP hanya mahu berKUASA, dan menindas bangsa melayu dan islam di Singapura. Mudahnya orang yang sebangsa dan seagama dengan kita di perbodohkan oleh PAP Lee Kuan Yew di Singapura.

Walau bagaimanapun, apabila Singapura ingin keluar dari Tanah Melayu, Almarhum Tunku Abd.Rahman mengajak Orang Melayu Singapura menyertai Tanah Melayu, namun mereka enggan dan mengatakan Kerajaan Cina Pimpinan Lee Kuan Yew lebih baik daripada Kerajaan Melayu Pimpinan Tunku. Kami rela bertuankan Kerajaan Cina. Malah pelbagai lagi kata-kata hina dilemparkan kepada Tunku dan dipujinya melangit Lee Kuan Yew. Ini jelas bahawa rakyat singapura berbangsa melayu dan islam ketika ini sanggat angkuh dan telah termakan umpan Lee Kuan Yew.

Akibat dari sikap yang angkuh dan bongkak dengan mengambil tindakan yang salah oleh orang-orang dahulu, sekarang anak cucu mereka yang merana. Sekarang baru kelam kabut datang ke Malaysia untuk bercerita kesengsaraan mereka di Singapura. 

Sebenarnya apabila PAP berjaya menawan Singapura, Lee Kuan Yew mula melaungkan bahawasanya "kita (cina) mampu menawan atau memerintah Tanah Melayu dan Islam". Maka setelah laungan itu di laungkan,maka pada tahun 1969, satu parti serpihan PAP iaitu DAP telah di tubuhkan di tanah melayu.

Parti DAP ini tubuh di Tanah Melayu (Malaysia) adalah bertujuan untuk menjajah serta menindas orang melayu dan islam.DAP dan PAP mempunyai agenda yang sama seperti KOMUNIS.

Adakah kalian tidak nampak lagi agenda sebenar mereka?Atau kalian ingin anak cucu kita menjadi seperti negara Roghiya yang menjadi pelarian di negara sendiri setelah di tindas oleh kerajaan mnyanmmar (Budha)?Fikirkanlan untuk masa depan anak dan cucumu.Biarlah singapura sudah berada dibawah kuasa cina, tetapi kekalkanlah Malaysia di bawah kuasa Melayu Islam agar anak cucu kita nanti hidup aman harmoni terbela dan bahagia.

D.E Leaks

JUDI SELANGOR JANA PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI?


Apabila Exco Kerajaan PKR Selangor, Ean Yong mendakwa adalah menjadi tanggungjawab mutlak pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas pusat-pusat judi di negeri ini, kita boleh simpulkan ada sesuatu yang tidak kena di sini. Amat tidak kena. 

Pihak polis sudah pasti akan bertindak terhadap apa-apa jua pelanggaran undang-undang termasuk judi. Tapi sebagai kerajaan negeri, tidak ada langsungkah inisiatif untuk bertindak demi kesejahteraan rakyat Selangor? 

Atau..ada sesuatu yang cuba disembunyikan? 

Semua tahu lesen premis perniagaan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. 

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dalam blognya melalui artikel bertajuk "Judi : Negeri Juga Ada Kuasa" yang disiarkan pada 24 Mei 2010 menegaskan bahawa meskipun pengusaha pusat judi mendapat lesen pertaruhan daripada kerajaan persekutuan, namun tanpa lesen premis, mereka tetap tidak boleh membuka pusat-pusat judi. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed juga pernah mendedahkan pada 2015 bahawa Kerajaan PKR Selangor turut menyumbang kepada peningkatan mendadak pusat judi di Selangor sejak 2008 apabila meluluskan sejumlah besar lesen pusat-pusat hiburan keluarga yang dijadikan sebagai topeng untuk kegiatan judi haram di negeri ini. 

Jadi siapa sebenarnya yang sepatutnya bertindak? Wajarkah kesalahan dipikulkan sepenuhnya ke atas bahu pihak polis dalam hal ini? 

Jelas sekali, kegagalan sebenar adalah daripada urustadbir kerajaan negeri yang lemah. Dengan kuasa mutlak terletak di tangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masalah ini sepatutnya sudah lama diselesaikan melainkan ada sesuatu yang sedang disembunyikan. 

Benarkah dakwaan kononnya pusat-pusat judi di Selangor dikuasai taukeh-taukeh Cina yang membantu DAP dan PKR khususnya dari segi kewangan dalam dua siri Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini? Sebagai timbal balas, taukeh-taukeh ini dibenarkan berniaga secara bebas di seluruh negeri dengan syarat perlu terus menyumbang kepada kantung parti-parti berkenaan. 

Anda fikir bagaimana? 

- Darul Ehsan Leaks

DARUL SAMPAH OH SELANGORKU... VOL.2


"Admin tolong tularkan isu ini. Kami dah penat dan tak tahan dah dengan kerenah Majlis sini yang tak kisah dengan kesihatan kami. Lokasi di Bukit Lanjan.

Kalau admin datang sini, dapt lihat sendiri Sampah di merata tempat. Bukan kami tak jaga kebersihan. Tapi masalahnya pihak Bandaran tidak/lambat sangat mengangkut sampah disini.Kadang-kadang sampai berminggu-minggu. 

Sangat Menjijikkan permandangan dan mengotori persekitaran. Kesihatan terganggu. Ketenteraman terancam. Hari itu nyaris anak jiran saya berusia 4tahun hampir digigit tikus yang bersaiz sangat besar. Siapa yang harus bertanggungjawab sebenarnya ini? Apa guna buat belanjawan negeri dengan umpan kami dengan pelbagai nikmat dunia, sedangkan hakikatnya begini."

Itu luahan penduduk Selangor yang pastinya tidak akan dipedulikan oleh kepimpinan kerajaan Selangor.

DARUL SAMPAH OH SELANGORKU....

Rintihan rakyat ini tidak dipedulikan Kerajaan Selangor.
Seorang insan yang tidak mahu dikenali telah inbox admin agar isu ini dapat diketengahkan. Menurut sumber, kebersihan di tempat-tempat awam di kawasan Bukit Sentosa/Bukit Beruntung ini tidak dipedulikan. Saban tahun aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor tetapi langsung tidak di endahkan. Malah ada pegawai yang berkata, tunggu pilihanraya nanti, kami bersihkan. Sambil muka tersengih.





Tong-tong sampah utama tidak disediakan di kawasan ini hingga menyebabkan peniaga terpaksa bergerak jauh untuk buang sampah. Malah kawasan hentian bas ini tidak dibersihkan seperti jadual yang dikeluarkan. Difahamkan juga oleh sahabatbkita ini, kawasan ini juga merupakan kawasan pelbagai jenis wabak.

Di mana KEBAJIKAN yang di war-warkan itu???

PAS JANGAN BUAT SILAP LAGI




Rata-rata pengulas politik kedai kopi menyifatkan PAS sebagai parti yang uzur tapi terlalu ego untuk mengakui keuzurannya. Parti itu seolah-olah berlagak muda mahu jadi penentu hala tuju politik negara khususnya menjelang PRU ke-14 yang bakal tiba tak lama lagi tanpa menyedari ia semakin hilang sokongan golongan berpengaruh.

Namun benarkah dakwaan tersebut? Bagi kami,PAS sebenarnya masih utuh. Ia mungkin tua, tetapi langkahnya belum longlai kerana di luar sana, masih ramai penyokong PAS yang setia dan percaya akan perjuangaan parti tersebut khususnya dalam agenda menegakkan sebuah pemerintahan berteraskan Islam sepenuhnya. 

PAS mungkin buat beberapa kesilapan seperti menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, atau kekal menyokong kerajaan PKR di Selangor meskipun sudah mampu membentuk kerajaan baharu pasca Langkah Kajang jika ia menerima tawaran UMNO, tetapi untuk mengatakan parti ini telah gagal dan hilang upaya, ia keterlaluan. 

Muktahir ini kita mendapat pelbagai isyarat yang menunjukkan betapa parti Islam ini bakal menjadi penentu hala tuju politik negara khususnya di Selangor selepas PRU14. PAS seperti memegang batu sakti yang boleh mengubah lanskap pemerintahan negara dalam masa satu malam dengan harga yang paling mahal, dan ia akan ditawarkan kepada mana-mana pembida dengan kesanggupan tawaran paling tinggi. 

Mengecilkan skop itu, ayuh kita lihat di Selangor sahaja dahulu. Imbas muka : tatkala Langkah Kajang seperti gagal, PKR seperti hilang punca untuk menobatkan Menteri Besar yang baharu. Tatkala itu juga, UMNO dan PAS seperti nampak ruang untuk merobah ekosistem pentadbiran kerajaan negeri daripada sebuah kerajaan pakatan pembangkang kepada kerajaan perpaduan yang tidak pernah berlaku melibatkan kerjasama kedua-dua parti dominan Melayu itu. 

Namun begitu ia tidak berlaku kerana PAS memilih untuk kekal bersama pakatan sekaligus memaksa Azmin, dalam kesipuan, berterima kasih kepada pimpinan PAS Selangor buat seketika kerana menyelamatkan maruah pakatan. 

Hari ini, suasana tidak lagi menyeronokkan dan perjanjian kerjasama atas dasar dan prinsip enggan masuk campur dalam hal-hal politik dalaman parti lain semakin meretak sehingga memaksa PAS menilai banyak perkara. Paling utama, apabila PAS sendiri berpecah hingga wujud parti serpihannya iaitu PAN, mereka mula menyaksikan episod-episod pengkhianatan kelas tinggi melibatkan pimpinan PKR, DAP dan PAN. PAS mula dilanyak, secara moral dipermainkan, dihina, dikutuk dan dimalukan seolah-olah menumpang kapal pakatan. 

Jika situasi ini berterusan, jalan terbaik buat PAS ialah memilih pendirian yang lebih berani dan bermaruah. Seperti yang kami sebutkan tadi, PAS memegang batu sakti yang berkuasa merobah lanskap politik dan pemerintahan negara terutamanya di Selangor. Jadi apa perlunya PAS bimbang? 

PAS wajar berdiri, berjalan dan melangkah lebih kejap selaku parti lama yang kekal kukuh. Tanpa menjadi ahli dalam mana-mana gabungan sekalipun PAS tetap kuat. Lebih penting, jika takdir memihak kepada PAS, ia nanti akan jadi rebutan. Harganya tentu mahal. Paling mahal. 

-DE Leaks.

PAS HAMPIR PASTI DITENTANG PAN



PAS yang menjamin kedudukan Azmin Ali selaku Menteri Besar pasca Langkah Kajang, kini tiada pilihan selain berdepan dengan PAN yang juga sekutu kuat Azmin di semua kerusi yang akan ditandinginya dalam PRU ke-14 kelak. 

Desas-desus kegagalan perbincangan untuk kerjasama 'pelik' yang cuba diusahakan oleh Azmin Ali bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru di Selangor itu semakin kuat apabila wakil PAN secara terbuka mengumumkan hasrat mereka untuk merampas kerusi-kerusi milik PAS atas keyakinan semakin ramai penyokong PAS beralih arah kepada parti serpihannya itu. 

Perkembangan muktahir ini pastinya melemaskan Azmin Ali. Jika pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan, peluang beliau mengekalkan kedudukan dan penguasaan Pakatan Harapan di Selangor adalah tipis. 


TERBELAKAH ISLAM DI BAWAH PAKATAN?



Apa yang berlaku di Pulau Pinang, itu yang secara perlahan berlaku di Selangor ini. Anda mampu mencegahnya daripada berlaku. Ayuh baca dan fahami serta bandingkan di Selangor ini.

Exco Agama Sudah `Dibeli’ Guan Eng?

HANYA `atas kertas’ sahaja. Apa yang diuar-uarkan oleh Exco agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim kononnya kepentingan orang Melayu dan Islam di negeri itu terbela di bawah pakatan harapan cuma di permukaan sahaja. Sedangkan di bawahnya cukup `berkeladak’ dengan nasib orang Melayu semakin hari kian terpinggir di Pulau Pinang.

Kalau hendak digula-gulakan oleh Abdul Malik tentang soal pembiayaan, peruntukan atau bajet untuk agama Islam di negeri itu, itu memang sudah menjadi urusan kerajaan negeri. Soal kerajaan negeri hendak `mencantikkan’ statistik atau peruntukannya itu soal lain. Persoalannya, sejauh mana peruntukan itu disalurkan?

Adakah terdapat blok atau halangan kerenah birokrasi (red tape) yang terpaksa ditempuhi untuk memakmurkan orang Melayu di Pulau Pinang? Yang `berkeladak’ di bawah inilah yang Abdul Malik tak nampak? Takkanlah Abdul Malik dan umat Islam di negara ini `buta barangkali?


Ambil tiga kes ini sahaja.

Pertama, bukankah bilangan penduduk Melayu di Pulau Pinang semakin menyusut dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun? Pada 2012 sahaja dilaporkan jumlahnya berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009 kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Di negeri itu, tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Kalau sekarang perbandingan jumlah penduduk Cina dan Melayu bagaimana pula ya? Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu.

Pernah satu Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan beberapa tahun lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu. Ini dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500. Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Sejak tahun 2008 selepas kerajaan DAP memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang, parti cauvinis itu sememangnya berusaha untuk menghakiskan kawasan yang majoritinya diduduki orang Melayu.

Trend pemaju di pulau itu sekarang adalah membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu, menyebabkan kuota 30 peratus Bumiputera terlepas ke tangan orang lain.

Kes kedua dan ketiga yang perlu direnung dan diteliti seelok-eloknya oleh Abdul Malik ialah seperti yang ditimbulkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Pulau Pinang sehari dua ini.

Kes kedua:

*Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu di Pulau Pinang. Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan.

Sebagai contoh, penjaja Melayu yang berniaga dikawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram dirobohkan gerai perniagaan mereka berbanding dengan penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru (berhadapan Hotel Sunway), sekitar KOMTAR, Jalan Chulia dan gerai sekitar Kompleks MBPP di Sungai Ara Bayan Lepas tidak diambil tindakan yang sama walaupun dilaporkan melakukan kesalahan yang sama seperti penjaja Melayu yang diambil tindakan perobohan gerai. Bahkan, difahamkan terdapat kalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman TEKUN.

Kes ketiga:

*DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut dibawah kelolaan kerajaan negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.

Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Zairil Khir Johari secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal. Dia juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

SAY NO TO PLASTIC BAG VERSI KAUT DUIT



Ia satu kempen yang bagus. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) antara yang terawal melaksanakan kempen ini secara menyeluruh melibatkan kesemua kampus induk dan cawangannya. Tahun ini, genap 9 tahun kempen ini dijalankan. 

Di peringkat negeri pula, Pulau Pinang merupakan yang terawal. Namun, adakah pelaksanaannya sama seperti di USM? Bagaimana pula dengan Selangor yang mula memperkenalkan polisi ini tahun ini? 

Di Pulau Pinang, beg plastik tidaklah diharamkan sepenuhnya walaupun tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Para pengguna sebaliknya dikenakan caj sebanyak 20 sen bagi setiap beg plastik yang diminta tanpa mengira saiz. Kaedah yang sama juga akan digunakan di Selangor. 

Konsep ini ternyata berbeza sama sekali dengan kaedah yang dirintis oleh USM yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan beg plastik di dalam kawasan kampus. Sebagai alternatif, warga kampus digalakkan membawa bekas sendiri atau membayar sebanyak 20 sen untuk mendapatkan bekas yang bersifat lestari (mudah urai) seperti yang diamalkan di sesetengah negara maju. 

Objektif utama pelaksanaan kempen SAY NO TO PLASTIC BAG di USM adalah untuk mendidik warga kampus tentang kesan kemusnahan alam sekitar akibat penggunaan bahan-bahan yang tidak mudah urai seperti polisterina dan beg plastik yang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah sampah sarap di seluruh dunia khususnya di USM dan Malaysia. 

Dalam hal ini, pengguna atau warga kampus ditawarkan pilihan yang lestari dan murah. Bagaimana pula di Pulau Pinang dan Selangor? Adakah dengan menawarkan pilihan membayar caj 20 sen tersebut maka objektif pelaksanaannya boleh dicapai dengan mudah dan berkesan? Adakah kesedaran dapat dipupuk melalui tawaran ini? 

Sesuatu yang rakyat perlu tahu juga, di Pulau Pinang, setiap 20 sen yang dikutip daripada pengguna adalah hak mutlak peniaga. Kerajaan negeri yang melaksanakan polisi ini tidak bertanggungjawab mengutip hasil caj tersebut. Para peniaga diberikan kelonggaran untuk menyumbang kesemua atau sebahagian (tanpa had tertentu) daripada kutipan yang dibuat kepada mana-mana NGO alam sekitar sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. 

Lebih mengejutkan, sejak diperkenalkan polisi ini di Pulau Pinang, kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan sebarang statistik berkaitan jumlah kutipan, sumbangan atau peruntukan yang disalurkan daripada hasil pelaksanaan caj ini untuk program-program pemuliharaan alam sekitar. 

Persoalannya kini, sejauh manakah polisi ini benar-benar efektif atau sekadar retorik politik? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? 

Kita tidak membantah polisi baik seperti ini. Akan tetapi sebagai rakyat, kita berhak menuntut penjelasan lanjut tentang mekanisme pelaksanaannya supaya tiada mana-mana pihak yang membuat untung atas angin daripada polisi ini. 

- D.E Leaks.

AKIBAT PERSOAL CITA-CITA DAP, ADUN BATANG KALI BAKAL HILANG JAWATAN?


Shah Alam, 6 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Yang Berhormat Datuk Mat Nadzari hari ini hadir ke prosiding khas di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membela diri atas satu pertuduhan yang dikenakan ke atasnya baru-baru ini berhubung satu ucapan yang dibuat oleh beliau dalam sidang dewan ketika membahas pembentangan Bajet Selangor 2017. 

Dalam ucapannya itu, Datuk Mat Nadzari telah memetik satu bahagian daripada perlembagaan salah sebuah parti dalam gabungan kerajaan negeri Selangor yang menyatakan matlamat parti tersebut adalah untuk melaksanakan dasar pemerintahan yang berteraskan prinsip demokrasi berparlimen berperlembagaan di negara ini. 

Dalam ucapannya itu, Datuk Mat Nadzari telah meminta Speaker DUN, YB Hannah Yeoh menjelaskan konsep pemerintahan berkenaan yang dilihat bercanggah dengan amalan semasa pemerintahan negara ini yang berteraskan prinsip 'Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan'. 

Namun begitu, ucapan beliau itu telah dibantah oleh ADUN Sungai Pinang yang juga Naib Pengerusi DAP Selangor, YB Teng Chang Khim yang kemudiannya meminta supaya Datuk Mat Nadzari dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan untuk dikenakan tindakan penggantungan daripada menghadiri sidang dewan. 

Untuk rekod, dalam perlembagaan DAP, terdapat lapan belas matlamat digariskan dengan salah satu daripadanya menyatakan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan sistem parlimen berperlembagaan tanpa menyebut kedudukan institusi Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. 

Datuk Mat Nadzari kini sedang menunggu prosiding kedua yang dijangka akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

-DE Leaks.


PEMIMPIN EVANGELIST PROMOSI MASJID?



Manis. Itulah yang terpacul di mulut rakan kami sebaik melihat foto-foto ADUN Bukit Lenjan, Elizabeth Wong mengenakan tudung dan jubah sambil mengajak orang bukan Islam berkunjung ke masjid-masjid di Selangor.

Dari satu sudut, ia sesuatu yang bagus. Perbuatannya itu bukan sahaja boleh menarik minat orang ramai untuk mendekati masjid tetapi pada masa yang sama boleh memberikan gambaran yang lebih tepat tentang rumah ibadat orang Islam ini kepada masyarakat bukan Islam.

Namun, anda jangan lekas terpesona! Modus operandi kumpulan ini sebenarnya sama seperti yang dilakukan dalam program I Want To Touch A Dog baru-baru ini. Cuma kali ini, mereka menjadikan masjid pula sebagai subjek untuk menarik orang bukan Islam. Ironinya, ini bukan program dakwah. Ia bukan suka-suka, bukan juga atas nama keharmonian. Lebih dari itu.

Agenda sebenar mereka adalah untuk meracuni pemikiran orang Islam khususnya di Selangor dengan cara menanam benih-benih liberalisme secara perlahan-lahan dan sistematis. Pada pandangan mata kasar kita mereka pamerkan semangat keharmonian palsu sehingga orang Islam sendiri membenarkan rumah Allah dicerobohi sewenang-wenangnya. 

Agenda mereka juga kelihatan berjaya apabila terdapat orang Islam sendiri yang mengalu-alukan sokongan pemimpin seperti Elizabeth Wong yang pernah terpalit dengan skandal penyebaran foto separuh bogel tidak lama dahulu.

Hakikatnya, Elizabeth Wong sama saja seperti rakannya, Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor yang juga merupakan evangelist terulung di Selangor. Beliau pernah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian yang aktif menggerakkan agenda Kristianisasi.

Berikut ialah senarai pertubuhan Kristian yang pernah dibantu oleh Hannah Yeoh :

· Kingdom Christian Fellowship Bhd. (RM3,000.00 – 13 Okt. 2011)
· Subang Jaya Assembly of God (RM2,500.00 – 12 May 2011)
· Evangelical Free Church Gospel Centre (RM5,000.00 – 17 Jan. 2012)
· Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship (RM5,000.00 – 2010)

Sebagai pendokong kuat agenda Kristianisasi di Selangor dan Malaysia amnya, adalah amat mencurigakan sama sekali jika Elizabeth Wong ikhlas mempromosikan masjid kepada orang bukan Islam melainkan ada sesuatu yang tersembunyi di belakang program tersebut.

Tidak mustahil selepas ini mereka akan mengajak orang Islam berkunjung ke gereja pula. Tidak mustahil, ia akan bermula dengan membawa imam-imam, bilal dan jawatankuasa masjid ke gereja terlebih dahulu. Semuanya atas nama keharmonian – sedangkan yang disorok ialah Kristianisasi!

Awas warga Selangor.

-D.E Leaks

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...