Thursday, 11 January 2018

MAHATHIR ATAU ANWAR, KEDUA-DUANYA TIDAK AKAN JADI PERDANA MENTERI KE-7

Baik Perdana Menteri Sementara mahupun Perdana Menteri Ke-7, kedua-duanya ialah brand yang dicipta oleh strategis DAP untuk mengkhayalkan kepimpinan PKR dan PPBM. Ia tidak mempunyai apa-apa erti, sebenarnya. 

Para pemikir helah dan muslihat DAP telah lama memerhati dan menilai secara serius akan peluang untuk menguasai Putrajaya secara mutlak termasuk menyandang kerusi Perdana Menteri pasca PRU14 atau selewat-lewatnya pada PRU15 kelak. 

DAP tidak perlu tergesa-gesa. Kesabaran mereka sudah pun terbalas sebelum ini apabila berjaya menguasai Pulau Pinang sepenuhnya dan memerintah Selangor melalui proksi dan kroni sejak 2008. Untuk Putrajaya, mereka boleh tunggu sehingga semua urusan dan perancangan diselesaikan. 

Rakyat perlu bertanya, kenapa menaikkan Mahathir ialah agenda DAP? Bukankah DAP memusuhi orang tua itu? Bukankah juga DAP selama ini berjuang bersama Anwar Ibrahim bagi membolehkan lelaki tua ini menjadi Perdana Menteri? 

Ramai yang tidak dapat melihat secara pandang telus akan agenda DAP mengumumkan nama kedua-dua artifak politik itu sebagai calon Perdana Menteri dan menyembunyikan deretan calon berpotensi dari parti mereka sendiri. 

Ia dipanggil 'mendedahkan musuh kepada musuh' supaya ia senang ditembak dan dibunuh, atau dalam erti kata lain, membiarkan musuh A bertempur dengan musuh B terlebih dahulu sehingga selesai. 

Dalam situasi ini, kedua-dua Mahathir dan Anwar kini berada dalam kem yang sama (Musuh B ) justeru memudahkan DAP membakulkan mereka lalu dihidangkan kepada Musuh A (BN/UMNO). 

Mahathir mahupun Anwar pula pernah berada dalam kem UMNO (dan BN) dan masih memiliki banyak persamaan nyata - Melayu, Islam, Kroni. Ia asas ilmu sejarah politik yang mudah untuk difahami. Ia adalah dendam lama yang masih bernanah tetapi sengaja disembunyikan oleh DAP atas nama kerjasama politik demi rakyat. Hakikatnya, ia hanyalah sandiwara semata-mata dan semuanya akan terdedah tidak lama lagi. 

Apabila meletakkan kedua-duanya di dalam satu bakul, maka mudahlah bagi musuh sebenar DAP iaitu UMNO (dan BN) untuk menjahanamkan segala sisi mereka berdua. Tidak setakat itu, segala lipatan rahsia yang paling kemas pun akan dibuka semula. Kisah keluarga, laku aib, kroni dan semuanya akan dibongkarkan. Pada akhirnya, kedua-dua artifak politik orang Melayu ini akan binasa dan pada waktu itulah DAP akan muncul sebagai sebenar-benar HARAPAN BARU untuk rakyat Malaysia! 

Sesuatu yang pasti, pada waktu itu kuasa politik Melayu akan menjadi lemah dan terlalu goyah. Ia ibarat papan lapis yang sudah koyak.

Perancangan ini juga akan menjadi semakin mudah kerana kedua-dua artifak politik itu sendiri pernah dan masih mempunyai sisi hitam sejarah yang tidak mungkin akan dipadam dengan mudah antara mereka berdua. Kedua-duanya juga ada penyokong setia yang turut pernah bertelagah. Apabila berada dalam bakul yang sama, ia lebih mudah untuk divetokan oleh DAP pada bila-bila masa. Sekarang pun sudah ada tanda-tanda perkelahian tersebut. 

Terbaru, drama pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan menjelaskan lagi perancangan penuh muslihat di pihak DAP dalam menyusun atur bidak-bidak suruhan mereka ke arah menguasai Putrajaya secara solid. Sayangnya, ini gagal difahami oleh kepimpinan Melayu Islam dalam Pakatan yang lain. Semuanya sudah terbuai dengan janji harta berkoyan serta jawatan setinggi bintang sekiranya berjaya menguasai Putrajaya kelak. 

-admin S.Alam 


0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...