Wednesday, 22 February 2017

JIKA RUU355 DIBENTANG DI DUN SELANGOR...



Sabtu lepas (18 Feb. 2017), lebih 100 ribu orang hadir berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, rata-ratanya dari UMNO dan PAS - hadir atas satu objektif yang sama : Menyokong usul Hadi Awang untuk meminda rang undang-undang akta 355 berkaitan mahkamah syariah (RUU355). 

Perhimpunan ini juga boleh dianggap sebagai ulangan kejayaan himpunan solidariti untuk Rohingya yang berlangsung hujung tahun lepas di Stadium Tititwangsa yang turut melibatkan gabungan PAS dan UMNO. Puluhan ribu hadir himpunan tersebut. 

Di Selangor, satu forum penerangan RUU355 turut diadakan sehari selepas himpunan di Padang Merbok. Jika program di Padang Merbok dianjurkan oleh PAS, forum ini pula dianjurkan oleh UMNO Paya Jaras dengan ahli panelnya terdiri daripada dua orang kuat UMNO dan PAS iaitu Dato' Seri Jamil Khir dan Ustaz Nasruddin Hassan. Forum yang diadakan di Masjid Paya Jaras ini berjaya mengumpul lebih 1000 orang yang terdiri daripada penyokong-penyokong UMNO dan PAS. 

Namun, entah di mana silapnya, baik himpunan di Padang Merbok mahupun forum di Paya Jaras, kedua-dua program penting ini gagal menarik perhatian dan sokongan daripada kepimpinan utama PAS Selangor. Ramai yang tertanya-tanya. Adakah PAS Selangor tidak menyokong usul Presiden mereka sendiri? Adakah PAS Selangor tidak menyokong usul ini tatkala umat Islam di Malaysia semakin terbuka menyatakan sokongan masing-masing? 

Jika perkembangan ini dijadikan kayu ukur untuk kita menilai kesungguhan PAS Selangor memperjuangkan pindaan akta ini, maka kesimpulannya mudah sahaja iaitu PAS Selangor tidak sanggup kehilangan pangkat dan kemewahan yang dinikmati hasil daripada 'hubungan baik' dengan kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP dan PKR. Masakan tidak, ada pemimpin PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri pernah berkata, "kami selesa bekerjasama dengan PKR di Selangor" ketika PAS Pusat telah pun memutuskan hubungan dengan kedua-dua parti sosialis liberal tersebut. 

Jika beginilah situasinya, maka umat Islam Selangor boleh lupakan sahajalah segala harapan untuk melihat RUU355 yang lebih kukuh dan utuh diperkasakan di negeri ini. 

-DE Leaks

DEMOKRASI SOSIAL DAP ANCAMAN SURVIVOR POLITIK MELAYU




Matlamat penubuhan DAP sebenarnya amat jelas. Dalam perlembagaan parti ini, terdapat lapan belas matlamat yang digariskan dengan salah satu daripadanya adalah untuk mewujudkan sistem demokrasi sosial di Malaysia, atau dalam erti kata lain, mengubah sistem pemerintahan sekarang yang berteraskan semangat “Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan” kepada sistem parlimen berperlembagaan sahaja.

Tidak keterlaluan juga untuk dirumuskan di sini bahawa DAP amat bernafsu untuk membenamkan institusi istana di Malaysia demi mencapai cita-cita politik mereka untuk menjayakan agenda kesaksamaan dan kesamarataan.

Sebelum kita bercakap tentang siapa yang untung dan siapa sebenarnya yang akan rugi di sebalik agenda ini, kita perlu memahami terlebih dahulu maksud dan konsep demokrasi sosial itu sendiri. Pelbagai sumber ilmiah mencatatkan bahawa, demokrasi sosial berakar punca daripada ideologi sosialisme (dan sosialisme lahir daripada keruntuhan sistem komunisme), yang antara lain menghalakan matlamatnya kepada kesaksamaan dan kesamarataan sosial masyarakat.

Dalam erti kata lain, ia adalah suatu bentuk pemerintahan sesebuah negara dengan setiap warganya (rakyat) memiliki hak yang sama rata untuk menentukan kehidupan mereka, atau lebih besar, hal ehwal negaranya juga.

Inilah konsep yang menghambat rakyat Malaysia ketika ini. DAP telah memasukkan matlamat demokrasi sosial ini dalam hala tuju parti itu sejak sekian dan secara konsisten meracuni pemikiran rakyat Malaysia tentang idea ini sehingga berjaya mewujudkan kotak-kotak besar yang mengisi rakyat mengikut perbezaan kefahaman dan pandangan mereka terhadap pemerintahan negara sekarang.

Sesuatu yang kita bimbang, salah satu kotak itu telah berjaya diisi dengan sejumlah besar orang Melayu pertengahan yang mula menggigit fahaman keterbukaan bawaan DAP sehingga mengangkat idea-idea demokrasi yang melampau atau tidak relevan untuk diamalkan di sebuah negara majmuk seperti di Malaysia. Antaranya, kini sudah ada orang Melayu sendiri yang mempertikaikan fungsi dan kedudukan istana serta meremehkan hak-hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputra seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Di sinilah sebenarnya racun DAP berasimilasi dengan kepercayaan dan jati diri orang Melayu alaf baru khususnya golongan muda yang terpelajar. Akibat racun yang sama kita melihat semakin ramai anak Melayu seperti Dyana Sofea, Sefura Yaakob, Adam Adli dan ramai lagi bangkit lantang mempertikaikan pelbagai perkara – atas nama dan semangat demokrasi – hanya kerana terpengaruh dengan permainan politik DAP.

Adakah kita selesa menyaksikan perkembangan ini? Bagi sesetengah orang, ia kematangan. Namun tanpa kita sedar, kematangan ini sebenarnya tidak tulen lagi. Demokrasi sosial aspirasi DAP telah memerangkap upaya fikir dan faham golongan pertengahan Melayu, memaksa mereka untuk percaya pelbagai pekara yang tidak jelas atau rekaan-rekaan DAP semata-mata.

Kepada mereka ini, kita wajar bertanya : Kenapa kita perlu bersetuju dengan agenda DAP untuk memansuhkan sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan sekarang? Bukankah pembahagian sistem pemerintahan negara sekarang sudah terbukti berkesan, bersifat bebas dan terbuka? Apakah jaminan sistem Demokrasi Berperlembagaan yang berteraskan prinsip demokrasi sosial bawaan DAP itu akan menjadikan negara majmuk ini lebih baik daripada sekarang?

Lihat sahaja di Pulau Pinang di bawah pemerintahaan DAP. Harga rumah melambung tinggi, siapa yang mampu beli? Alam sekitar pula semakin terancam. Tidakkah salah satu daripada lapan belas matlamat DAP adalah untuk memastikan kesejahteraan alam sekitar terus terpelihara? Kenapa bukit demi bukit ditarah dan pantai demi pantai ditambak? Adakah ini sebahagian daripada ideologi demokrasi sosial?

Di Selangor pula, kita boleh lihat sendiri rumah urut, pusat-pusat pelacuran dan perjudian haram terus bercambah bagai cendawan selepas hujan. Siapakah pelanggan perniagaan-perniagaan ini? Adakah rakyat Selangor yang dijamin haknya dalam demokrasi sosial? Siapa yang untung?

Jika kita mengambil model pentadbiran DAP di Pulau Pinang dan pengaruh kuat DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, kita dapat melihat dengan jelas betapa matlamat demokrasi sosial yang cuba menjelmakan konsep kesaksamaan dan kesamarataan itu hanyalah retorik semata-mata. Lihat sahaja angkubah-angkuba berkaitan harga rumah di kedua-dua negeri. Jelas sekali, tiada kesaksamaan dan kesamarataan, sebaliknya hanya dominasi dan diskriminasi antara yang kaya dan miskin.

Berbalik kepada persoalan siapa yang untung dan siapa yang rugi jika ideologi dan konsep demokrasi sosial ini dilaksanakan, jawapannya sudah ada. Rakyat yang kurang berkemampuan akan terus dihimpit manakala rakyat yang kaya dan berada, akan terus menikmati pecahan ekonomi negara. Orang Melayu tidak akan lagi dapat menikmati apa-apa keistimewaan meskipun mereka adalah empunya tanah air ini, tiada lagi Sultan atau Raja yang akan memayungi dan melindungi bahkan, tiada lagi upaya mengawal pemerintahan negara – tatkala kini yang tinggal pun hanyalah kuasa.

Adakah DAP pilihan terbaik untuk Malaysia yang lebih baik? Anda fikirkan.

-D.E Leaks


Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...