Monday 6 March 2017

TERBELAKAH ISLAM DI BAWAH PAKATAN?



Apa yang berlaku di Pulau Pinang, itu yang secara perlahan berlaku di Selangor ini. Anda mampu mencegahnya daripada berlaku. Ayuh baca dan fahami serta bandingkan di Selangor ini.

Exco Agama Sudah `Dibeli’ Guan Eng?

HANYA `atas kertas’ sahaja. Apa yang diuar-uarkan oleh Exco agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim kononnya kepentingan orang Melayu dan Islam di negeri itu terbela di bawah pakatan harapan cuma di permukaan sahaja. Sedangkan di bawahnya cukup `berkeladak’ dengan nasib orang Melayu semakin hari kian terpinggir di Pulau Pinang.

Kalau hendak digula-gulakan oleh Abdul Malik tentang soal pembiayaan, peruntukan atau bajet untuk agama Islam di negeri itu, itu memang sudah menjadi urusan kerajaan negeri. Soal kerajaan negeri hendak `mencantikkan’ statistik atau peruntukannya itu soal lain. Persoalannya, sejauh mana peruntukan itu disalurkan?

Adakah terdapat blok atau halangan kerenah birokrasi (red tape) yang terpaksa ditempuhi untuk memakmurkan orang Melayu di Pulau Pinang? Yang `berkeladak’ di bawah inilah yang Abdul Malik tak nampak? Takkanlah Abdul Malik dan umat Islam di negara ini `buta barangkali?


Ambil tiga kes ini sahaja.

Pertama, bukankah bilangan penduduk Melayu di Pulau Pinang semakin menyusut dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun? Pada 2012 sahaja dilaporkan jumlahnya berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009 kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Di negeri itu, tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Kalau sekarang perbandingan jumlah penduduk Cina dan Melayu bagaimana pula ya? Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu.

Pernah satu Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan beberapa tahun lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu. Ini dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500. Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Sejak tahun 2008 selepas kerajaan DAP memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang, parti cauvinis itu sememangnya berusaha untuk menghakiskan kawasan yang majoritinya diduduki orang Melayu.

Trend pemaju di pulau itu sekarang adalah membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu, menyebabkan kuota 30 peratus Bumiputera terlepas ke tangan orang lain.

Kes kedua dan ketiga yang perlu direnung dan diteliti seelok-eloknya oleh Abdul Malik ialah seperti yang ditimbulkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Pulau Pinang sehari dua ini.

Kes kedua:

*Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu di Pulau Pinang. Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan.

Sebagai contoh, penjaja Melayu yang berniaga dikawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram dirobohkan gerai perniagaan mereka berbanding dengan penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru (berhadapan Hotel Sunway), sekitar KOMTAR, Jalan Chulia dan gerai sekitar Kompleks MBPP di Sungai Ara Bayan Lepas tidak diambil tindakan yang sama walaupun dilaporkan melakukan kesalahan yang sama seperti penjaja Melayu yang diambil tindakan perobohan gerai. Bahkan, difahamkan terdapat kalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman TEKUN.

Kes ketiga:

*DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut dibawah kelolaan kerajaan negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.

Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Zairil Khir Johari secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal. Dia juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...