Monday 6 March 2017

PAS JANGAN BUAT SILAP LAGI




Rata-rata pengulas politik kedai kopi menyifatkan PAS sebagai parti yang uzur tapi terlalu ego untuk mengakui keuzurannya. Parti itu seolah-olah berlagak muda mahu jadi penentu hala tuju politik negara khususnya menjelang PRU ke-14 yang bakal tiba tak lama lagi tanpa menyedari ia semakin hilang sokongan golongan berpengaruh.

Namun benarkah dakwaan tersebut? Bagi kami,PAS sebenarnya masih utuh. Ia mungkin tua, tetapi langkahnya belum longlai kerana di luar sana, masih ramai penyokong PAS yang setia dan percaya akan perjuangaan parti tersebut khususnya dalam agenda menegakkan sebuah pemerintahan berteraskan Islam sepenuhnya. 

PAS mungkin buat beberapa kesilapan seperti menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, atau kekal menyokong kerajaan PKR di Selangor meskipun sudah mampu membentuk kerajaan baharu pasca Langkah Kajang jika ia menerima tawaran UMNO, tetapi untuk mengatakan parti ini telah gagal dan hilang upaya, ia keterlaluan. 

Muktahir ini kita mendapat pelbagai isyarat yang menunjukkan betapa parti Islam ini bakal menjadi penentu hala tuju politik negara khususnya di Selangor selepas PRU14. PAS seperti memegang batu sakti yang boleh mengubah lanskap pemerintahan negara dalam masa satu malam dengan harga yang paling mahal, dan ia akan ditawarkan kepada mana-mana pembida dengan kesanggupan tawaran paling tinggi. 

Mengecilkan skop itu, ayuh kita lihat di Selangor sahaja dahulu. Imbas muka : tatkala Langkah Kajang seperti gagal, PKR seperti hilang punca untuk menobatkan Menteri Besar yang baharu. Tatkala itu juga, UMNO dan PAS seperti nampak ruang untuk merobah ekosistem pentadbiran kerajaan negeri daripada sebuah kerajaan pakatan pembangkang kepada kerajaan perpaduan yang tidak pernah berlaku melibatkan kerjasama kedua-dua parti dominan Melayu itu. 

Namun begitu ia tidak berlaku kerana PAS memilih untuk kekal bersama pakatan sekaligus memaksa Azmin, dalam kesipuan, berterima kasih kepada pimpinan PAS Selangor buat seketika kerana menyelamatkan maruah pakatan. 

Hari ini, suasana tidak lagi menyeronokkan dan perjanjian kerjasama atas dasar dan prinsip enggan masuk campur dalam hal-hal politik dalaman parti lain semakin meretak sehingga memaksa PAS menilai banyak perkara. Paling utama, apabila PAS sendiri berpecah hingga wujud parti serpihannya iaitu PAN, mereka mula menyaksikan episod-episod pengkhianatan kelas tinggi melibatkan pimpinan PKR, DAP dan PAN. PAS mula dilanyak, secara moral dipermainkan, dihina, dikutuk dan dimalukan seolah-olah menumpang kapal pakatan. 

Jika situasi ini berterusan, jalan terbaik buat PAS ialah memilih pendirian yang lebih berani dan bermaruah. Seperti yang kami sebutkan tadi, PAS memegang batu sakti yang berkuasa merobah lanskap politik dan pemerintahan negara terutamanya di Selangor. Jadi apa perlunya PAS bimbang? 

PAS wajar berdiri, berjalan dan melangkah lebih kejap selaku parti lama yang kekal kukuh. Tanpa menjadi ahli dalam mana-mana gabungan sekalipun PAS tetap kuat. Lebih penting, jika takdir memihak kepada PAS, ia nanti akan jadi rebutan. Harganya tentu mahal. Paling mahal. 

-DE Leaks.

0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...