Monday 6 March 2017

JUDI SELANGOR JANA PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI?


Apabila Exco Kerajaan PKR Selangor, Ean Yong mendakwa adalah menjadi tanggungjawab mutlak pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas pusat-pusat judi di negeri ini, kita boleh simpulkan ada sesuatu yang tidak kena di sini. Amat tidak kena. 

Pihak polis sudah pasti akan bertindak terhadap apa-apa jua pelanggaran undang-undang termasuk judi. Tapi sebagai kerajaan negeri, tidak ada langsungkah inisiatif untuk bertindak demi kesejahteraan rakyat Selangor? 

Atau..ada sesuatu yang cuba disembunyikan? 

Semua tahu lesen premis perniagaan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. 

Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dalam blognya melalui artikel bertajuk "Judi : Negeri Juga Ada Kuasa" yang disiarkan pada 24 Mei 2010 menegaskan bahawa meskipun pengusaha pusat judi mendapat lesen pertaruhan daripada kerajaan persekutuan, namun tanpa lesen premis, mereka tetap tidak boleh membuka pusat-pusat judi. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed juga pernah mendedahkan pada 2015 bahawa Kerajaan PKR Selangor turut menyumbang kepada peningkatan mendadak pusat judi di Selangor sejak 2008 apabila meluluskan sejumlah besar lesen pusat-pusat hiburan keluarga yang dijadikan sebagai topeng untuk kegiatan judi haram di negeri ini. 

Jadi siapa sebenarnya yang sepatutnya bertindak? Wajarkah kesalahan dipikulkan sepenuhnya ke atas bahu pihak polis dalam hal ini? 

Jelas sekali, kegagalan sebenar adalah daripada urustadbir kerajaan negeri yang lemah. Dengan kuasa mutlak terletak di tangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masalah ini sepatutnya sudah lama diselesaikan melainkan ada sesuatu yang sedang disembunyikan. 

Benarkah dakwaan kononnya pusat-pusat judi di Selangor dikuasai taukeh-taukeh Cina yang membantu DAP dan PKR khususnya dari segi kewangan dalam dua siri Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini? Sebagai timbal balas, taukeh-taukeh ini dibenarkan berniaga secara bebas di seluruh negeri dengan syarat perlu terus menyumbang kepada kantung parti-parti berkenaan. 

Anda fikir bagaimana? 

- Darul Ehsan Leaks

0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...