Wednesday 17 January 2018

AZMIN BERUNDING DENGAN PAS SECARA SENYAP???

Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Namun pada masa yang sama, PKR Selangor telah melakukan rundingan sulit dengan PAS negeri Selangor bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti
Perjumpaan ini di ketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri Selangor tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dan telah di aturkan oleh Azmin sendiri.
Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor sahaja.
Selain itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan PAS, malah mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Azmin juga dikatakan tidak yakin dengan parti serpihan PAS iaitu PAN dalam Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU14 di Selangor.
Maka, Azmin membuat pertemuan sulit bersama PAS Selangor dan berundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Mohamed Azmin dalam menangani isu kerjasama dengan PAS sebagai penyebab perpecahan dalam parti.
Selain itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menggesa Mohamed Azmin tidak patuh dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

MEDIA KERAJAAN DAP MEMBUAT LAWAK DAN BOHONG RAKYAT


Hari ini ada satu media kerajaan DAP telah mengeluarkan kenyataan dengan mengakui bahawa nilai Ringgit tinggi berbanding dolar AS.

Padahal sebelum ini, mereka mengecam, memfitnah, dan menghasut rakyat negara Malaysia seolah-olah negara Malaysia akan muflis di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Selain itu, media DAP ini turut mengatakan bahawa peningkatan nilai Ringgit ini adalah di pengaruhi oleh penamaan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018 (Stupid Statement).

Namun fakta yang sebenarnya adalah nilai Ringgit telah mula meningkat sejak awal tahun 2017 lagi.

Peningkatan nilai ringgit ini dipengaruhi faktor harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.

Seiring dengan perkembangan ini, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga 5 Januari lalu dengan menyaksikan nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.

Selain daripada membohongi rakyat (usaha kerajaan BN,tapi DAP dapat nama), perangai yang suka menghasut dan menfitnah juga merupakan sikap Pembangkang di negara Malaysia.

Sedarlah teman-teman semua terutama di Selangor,sampai bila ingin ditipu oleh kerajaan DAP?

Tuesday 16 January 2018

BERSATUKAH PAS DAN BN PRU14???

Selepas Pakatan Harapan membuat pengumuman kerusi yang bakal mereka tandingi mengikut parti masing-masing baru-baru ini,jelas menunjukkan bahawa PAS tidak bersama Pakatan Harapan seperti PRU13.
Hal ini berpunca daripada tertubuhnya parti PAN oleh DAP yang di ketuai bekas Timbalan Pas Mat Sabu.
Selain itu, PAS keluar dari Pakatan Harapan juga adalah kerana baru sedar bahawa selama ini (banyak tahun) mereka menjadi kuda tunganggan DAP yang memperjuangkan Kristian, Anti Islam, LGBT, hak kesamarataan dan agenda Komunis.
Dan kini, PAS berada dalam keadaan lemah dan ini mungkin menyebabkan berlaku perjanjian di antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti didakwa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin.
Jika sebelum ini, kemenangan yang dimiliki PAS adalah di sebabkan faktor Pakatan Rakyat. Banyak kerusi yang dimenangi oleh mereka adalah dibantu dengan undian daripada pengundi bukan Islam yang menyokong pembangkang.
Namun begitu, setelah PAS keluar daripada pakatan, mereka tidak lagi mendapat sokongan daripada kumpulan ini dan perlu berdiri sendiri. Maka sukar untuk PAS mempertahankan kemenangan di Kelantan.
Tambahan pula sekiranya PAS ingin menenag PRU14, mereka perlu menyediakan ramai calon untuk bertanding menentang Pakatan Harapan zalim dan Barisan Nasional.
Oleh itu, tidak mustahil sekiranya PAS akan membuat perjanjian dengan Barisan Nasional untuk bersatu dalam menentang Pakatan Harapan yang diketui oleh DAP zalim dan anti Islam.
-Admin Subang

Monday 15 January 2018

JIKA BN DIBERI MANDAT TADBIR SEMULA SELANGOR : BN JANJI BUKA BANYAK TADIKA & PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

Sebelum ini BN berjanji untuk memberikan pendidikan percuma di seluruh Sekolah Agama Rakyat (SRA) di Selangor jika rakyat memberikan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir Selangor pada PRU14.
Kali ini Barisan Nasional berjanji akan mebuka banyak pusat jagaan kanak-kanak dan tadika.
Hal ini demikian kerana kerajaan BN ingin memastikan peluang rakyat Selangor yang berpendapatan rendah mendapatkan pembelaan dari segi pendidikan awal anak-anak mereka.
Jaminan ini dikemukakan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mana Tadika berkenaan akan dibuka serta diuruskan di bawah kawalan kerajaan negeri dengan kadar yuran bulanan yang jauh lebih rendah daripada yang dikenakan oleh tadika persendirian ketika ini.
Tambah Tan Sri Noh, inisiatif ini dirangka khas selepas BN mengambil kira permasalahan rakyat terutamanya di kawasan bandar yang bukan sahaja terbeban dengan kos yuran Tadika persendirian yang tinggi, tetapi sentiasa berhadapan dengan dilema untuk menempatkan anak-anak di pusat-pusat jagaan, sementara mereka keluar untuk mencari rezeki.
Dalam pada masa yang sama, Tan Sri Noh turut menyatakan bahawa BN janji akan pastikan lebih 1,600 unit perumahan berstatus kos rendah dan kos sederhana di Selangor mempunyai pusat Tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak. Dan pusat-pusat ini akan diwujudkan dan diuruskan oleh kerajaan negeri jika BN mentadbir semula Selangor dalam PRU14.
Bukan itu sahaja, malah Tadika dan pusat jagaan yang BN janji ini akan dilengkapi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
-Admin Sekinchan

Thursday 11 January 2018

DR MAHATHIR MENIPU KATA DIHALANG DARIPADA MELAWAT ANWAR. PADAHAL BELIAU MAIN REDAH DAN TIDAK IKUT PERATURAN.

Sebelum ini, calon PM Pakatan Harapan iaitu Dr Mahathir telah mendakwa bahawa beliau telah di sekat oleh pihak berkuasa untuk melawat Anwar yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, selepas pembedahan bahu kanan pada November lalu.
Mahathir turut mendakwa Jabatan Penjara menerima arahan daripada Menteri Dalam Negeri supaya beliau tidak dibenarkan bertemu Anwar.
Dakwaan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir ini sebenarnya hanyalah untuk mempolitikan perkara ini sahaja dan sekali gus cuba mempengaruhi nitizen di luar sana untuk mempercayainya.
Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah,beliau tidak dibenarkan masuk melawat kerana beliau tidak mengikut peraturan atau prosedur yang telah ditetapkan.
Menurut Tan Sri Noh Omar, tuduhan Mahathir itu dianggap tidak bertanggungjawab seolah-olah sengaja mahu memburuk-burukkan kerajaan untuk meraih kepentingan politik.
Hal ini demikian kerana tiada siapa yang terlepas daripada undang-undang dan peraturan.
Sama juga seperti ingin melawat kawan di penjara, kena ikut peraturan, mana boleh main redah sahaja.
Tan Sri Noh turut meluahkan rasa kecewa beliau dengan sikap Tun Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri, tetapi tidak tahu mengikut peraturan setelah bersekongkol dengan lawan yang berpuluh tahun berjuang untuk menjatuhkanya dahulu.
Ps : Sudah memang kerja puak pembangkang, jika tidak menipu itu bukan pembangkanglah namanya.Hiiiks
-Admin Gombak

MAHATHIR ATAU ANWAR, KEDUA-DUANYA TIDAK AKAN JADI PERDANA MENTERI KE-7

Baik Perdana Menteri Sementara mahupun Perdana Menteri Ke-7, kedua-duanya ialah brand yang dicipta oleh strategis DAP untuk mengkhayalkan kepimpinan PKR dan PPBM. Ia tidak mempunyai apa-apa erti, sebenarnya. 

Para pemikir helah dan muslihat DAP telah lama memerhati dan menilai secara serius akan peluang untuk menguasai Putrajaya secara mutlak termasuk menyandang kerusi Perdana Menteri pasca PRU14 atau selewat-lewatnya pada PRU15 kelak. 

DAP tidak perlu tergesa-gesa. Kesabaran mereka sudah pun terbalas sebelum ini apabila berjaya menguasai Pulau Pinang sepenuhnya dan memerintah Selangor melalui proksi dan kroni sejak 2008. Untuk Putrajaya, mereka boleh tunggu sehingga semua urusan dan perancangan diselesaikan. 

Rakyat perlu bertanya, kenapa menaikkan Mahathir ialah agenda DAP? Bukankah DAP memusuhi orang tua itu? Bukankah juga DAP selama ini berjuang bersama Anwar Ibrahim bagi membolehkan lelaki tua ini menjadi Perdana Menteri? 

Ramai yang tidak dapat melihat secara pandang telus akan agenda DAP mengumumkan nama kedua-dua artifak politik itu sebagai calon Perdana Menteri dan menyembunyikan deretan calon berpotensi dari parti mereka sendiri. 

Ia dipanggil 'mendedahkan musuh kepada musuh' supaya ia senang ditembak dan dibunuh, atau dalam erti kata lain, membiarkan musuh A bertempur dengan musuh B terlebih dahulu sehingga selesai. 

Dalam situasi ini, kedua-dua Mahathir dan Anwar kini berada dalam kem yang sama (Musuh B ) justeru memudahkan DAP membakulkan mereka lalu dihidangkan kepada Musuh A (BN/UMNO). 

Mahathir mahupun Anwar pula pernah berada dalam kem UMNO (dan BN) dan masih memiliki banyak persamaan nyata - Melayu, Islam, Kroni. Ia asas ilmu sejarah politik yang mudah untuk difahami. Ia adalah dendam lama yang masih bernanah tetapi sengaja disembunyikan oleh DAP atas nama kerjasama politik demi rakyat. Hakikatnya, ia hanyalah sandiwara semata-mata dan semuanya akan terdedah tidak lama lagi. 

Apabila meletakkan kedua-duanya di dalam satu bakul, maka mudahlah bagi musuh sebenar DAP iaitu UMNO (dan BN) untuk menjahanamkan segala sisi mereka berdua. Tidak setakat itu, segala lipatan rahsia yang paling kemas pun akan dibuka semula. Kisah keluarga, laku aib, kroni dan semuanya akan dibongkarkan. Pada akhirnya, kedua-dua artifak politik orang Melayu ini akan binasa dan pada waktu itulah DAP akan muncul sebagai sebenar-benar HARAPAN BARU untuk rakyat Malaysia! 

Sesuatu yang pasti, pada waktu itu kuasa politik Melayu akan menjadi lemah dan terlalu goyah. Ia ibarat papan lapis yang sudah koyak.

Perancangan ini juga akan menjadi semakin mudah kerana kedua-dua artifak politik itu sendiri pernah dan masih mempunyai sisi hitam sejarah yang tidak mungkin akan dipadam dengan mudah antara mereka berdua. Kedua-duanya juga ada penyokong setia yang turut pernah bertelagah. Apabila berada dalam bakul yang sama, ia lebih mudah untuk divetokan oleh DAP pada bila-bila masa. Sekarang pun sudah ada tanda-tanda perkelahian tersebut. 

Terbaru, drama pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan menjelaskan lagi perancangan penuh muslihat di pihak DAP dalam menyusun atur bidak-bidak suruhan mereka ke arah menguasai Putrajaya secara solid. Sayangnya, ini gagal difahami oleh kepimpinan Melayu Islam dalam Pakatan yang lain. Semuanya sudah terbuai dengan janji harta berkoyan serta jawatan setinggi bintang sekiranya berjaya menguasai Putrajaya kelak. 

-admin S.Alam 


PENAMAAN TUN M SEBAGAI PM IBARAT BERPAUT DI DAHAN RAPUH

Dua tiga hari ini hangat di semua media negara kita berkenaan penamaan Tun M sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Penamaan tersebut juga menyaksikan Tun M telah bersetuju untuk menjadi Perdana menteri sementara serta sekaligus mengetepikan Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pakatan yang lain seperti Mat Sabu,Lim Kit Siang,Azizah dan ramai lagi.
Menurut Mursyidul Am PAS iaitu Hashim Jasin, rakyat tidak pernah lupa perkara yang tidak menyenangkan berlaku ketika pemerintahan Dr Mahathir.
Tindakan menamakan nama Tun M sebagai PM oleh Pakatan Harapan ini seperti berpaut pada dahan yang rapuh, ia tidak tahan dan menunggu masa untuk patah.
Hal ini kerana rakyat terutama golongan atas pagar, tidak sesekali melupakan kesalahan yang dilakukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Selain itu, tambah beliau lagi bahawa DAP akan menang banyak kerusi berbanding parti Pakatan lain pada PRU14 dan belum tentu PPBM dan PKR menang semua kerusi yang mereka bertanding.
Maka akhirnya yang akan mengetuai mereka adalah DAP. Jika ditakdirkan mereka menubuhkan kerajaan, kita sudah boleh nilai siapa akan mengetuai negara walaupun DAP tidak menjadi Perdana Menteri.

JIKA BN MENANG SELANGOR PRU 14, CUKAI HARTANAH TURUN

Jika kita benar-benar mahu menangani masalah kos sara hidup, kita perlu tahu punca yang sebenar.
Antara salah satu daripada punca utama kenaikan kos saara hidup ialah :
1- PENINGKATAN CUKAI BERKAITAN HARTANAH
Pada tahun 2005-2008 iaitu sepanjang pemerintahan BN di Selangor,cukai hartanah paling tinggi adalah sebanyak RM 330.03 juta. Namun selepas kerajaan DAP mengambil alih pemerintahan negeri Selangor,telah berlaku kenaikan cukai yang mendadak iaitu sebanyak +391%.
2- KOS PEMATUHAN NAIK.
Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Toh Chin Leong berkata, kos perniagaan meningkat kerana kenaikan kos pematuhan yang dikenakan oleh kerajaan negeri.
Peniaga kecil dan runcit juga terkesan dengan kenaikan kos pematuhan selepas kerajaan tempatan di Selangor dan Pulau Pinang menaikkan yuran perniagaan.
Misalnya di Pulau Pinang, yuran sumbangan bagi sesuatu tapak niaga dinaikkan daripada kira-kira RM3,000 setiap satu tapak sebelum 2008 kepada kira-kira RM35,000 hingga RM58,000 ketika ini. Apabila seorang peniaga membayar kos sewaan tinggi untuk premis perniagaannya, dia akan pindahkan kos itu kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatannya. Inilah sebabnya harga air mineral lebih rendah jika dibeli di tepi jalan berbanding kedai runcit atau pasar raya.
Manakala di Selangor pula telah wujud perbezaan harga antara negeri. Contohnya, harga purata satu kilogram bawang adalah RM4.70 di Selangor, manakala di negeri lain, termasuk Kuala Lumpur dijual RM4.15 secara purata. Perkara ini berpunca daripada kos pemantuhan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Sekiranya kos pemantuhan ini rendah,maka harga barang juga akan sama seperti dengan negeri lain.
3- GAJI MENTERI BESAR LEBIH TINGGI DARI PM.
Dasar kerajaan Pakatan telah meningkatkan kos urus niaga dan kos sara hidup. Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri meningkatkan gaji MB dan anggota jawatankuasa eksekutif negeri. Gaji MB Selangor kini adalah yang tertinggi di negara ini dalam sektor awam, malah ia lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri. Ahli politik Pakatan telah meningkatkan beban cukai kepada rakyat tetapi menaikkan gaji mereka sendiri.
Selain itu, negeri Selangor pada hari ini, menghadapi banyak masalah dengan mencatat gangguan bekalan air tertinggi berbanding jumlah di semua negeri lain di Malaysia, kes kematian akibat penyakit berjangkit seperti denggi tertinggi di Malaysia, bilangan pusat maksiat yang tertinggi di Malaysia dan lain-lain lagi.
Hal ini disebabkan oleh sikap tamak kerajaan DAP dalam memenuhkan kantung sendiri daripada kebajikan rakyat.
P/s : Apabila Barisan Nasional menang negeri Selangor dalam pilihan raya umum 14, cukai berkaitan hartanah yang membebankan ini akan diturunkan supaya harga rumah, kos perniagaan dan harga barang serta perkhidmatan menjadi lebih murah yang akan dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat untuk kehidupan yang lebih baik di Selangor.

Wednesday 10 January 2018

KERAJAAN PUSAT TERUS BANTU RAKYAT SELANGOR. KERAJAAN NEGERI LEPAS TANGGAN

Sejak pemerintahan kerajaan DAP di Selangor, masalah perumahan PKNS lansung tidak cuba di selesaikan oleh kerajaan DAP biarpun ia dibawah tanggungjawab mereka.
Sebelum ini beberapa rumah PKNS telah di bantu oleh kerajaan pusat termasuk di kawasan Menteri Besar Selangor sendiri iaitu di Gombak.

Namun kali ini, kerajaan pusat sekali lagi terpaksa membantu rakyat Selangor yang dibawah tanggungjawab kerajaan DAP dengan memberi peruntukkan sebanyak RM7 juta bagi menyelenggara beberapa kerosakan di kawasan perumahan Pangsapuri Indah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Zon 13, Sri Serdang.
Menurut Tan Sri Noh Omar bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta akan digunakan bagi membaiki kesemua bumbung di 11 blok kawasan perumahan tersebut manakala RM2 juta untuk membaiki tangki air di tujuh buah blok, kawasan yang sama.
Hal ini kerana penduduk di sini mengalami masalah bumbung terutama mereka yang menetap di 11 blok lama. Kalau kena angin boleh bocor dan masalah tangki air di tujuh buah blok baharu yang sering rosak dan kerap kehabisan air.
Kesengsaraan yang di tanggung oleh penduduk di sini tidak didengari oleh kerajaan DAP. Sehingga kerajaan pusat turun membantu dengan meluluskan RM7 juta untuk membaiki bumbung dan tangki air di kawasan perumahan di sini.
Inilah kesannya akibat daripada sibuk fokus mengejar keuntungan dengan membina rumah mewah sahaja di Selangor sehinggakan rakyat yang kurang berkemampuan terkapai-kapai kelemasan dek kerana sikap tidak bertanggungjawab kerajaan DAP di Selangor.

PEMILIHAN MAHATHIR SEBAGAI PM OLEH PAKATAN BUKTI PEMIMPIN BN BERKUALITI DAN TIADA MASALAH


Keputusan Pakatan Harapan memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri membuktikan pembangkang mengakui pemerintahan BN selama ini tidak mempunyai masalah sebagaimana kerap didakwa mereka, menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata, keputusan itu turut membuktikan bahawa pihak pembangkang adalah 'raja drama’ dan isu-isu yang ditimbulkan sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri hanya direka untuk memperoleh undi rakyat.
Kalau pada era Dr Mahathir, beribu isu mereka boleh timbulkan, dan hari ini mereka angkat jadi calon perdana menteri. Oleh itu, isu-isu yang mereka timbulkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya sandiwara, dan akan hilang sekiranya Najib memihak kepada mereka.
Selain itu, Md Shukri juga menyifatkan pembangkang sebagai ''neo-Zimbabwe" atau "neo-Mugabelism” kerana menamakan bekas perdana menteri paling lama memerintah Malaysia itu sebagai perdana menteri sekali lagi di usianya menjangkau 90-an.
Hal ini kerana di Zimbabwe mereka tolak presidennya Robert Mugabe kerana faktor usia dan kurangnya kepekaannya terhadap perubahan semasa. Kini seolah-olah Malaysia mahu pergi ke arah negara mereka pula. Tak akan mereka tak ada calon lebih muda untuk ditampilkan sebagai perdana menteri?
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata pembangkang berdepan situasi bahaya apabila memutuskan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka.
Ini kerana Pakatan sepatutnya sedar tujuan Dr Mahathir bergabung dengan pembangkang. Sekarang dia setuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.
Tetapi itu cerita dan janji sekarang dan belum jadi perdana menteri lagi dia setujulah dengan semua syarat. Sebaik sahaja Dr Mahathir berkuasa nanti Pakatan itu sendiri yang mula-mula dihancurkan.
Abdul Halim berkata perjanjian untuk menaikkan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara sebagai calon perdana menteri ke-8 juga merupakan bayangan yang samar dan sukar direalisasikan.
Perlu ingat, sebaik sahaja Dr Mahathir memerintah negara dia boleh lantik sesiapa sahaja yang dia mahu, tiada siapa mampu menghalangnya. Selama 22 tahun dia jadi perdana menteri, dia memang penuh dengan helah licik,
Menurutnya keadaan Pakatan Harapan ketika ini adalah goyah dan kucar kacir walaupun mereka kelihatan 'sepakat' tetapi hakikatnya mereka hanya terpaksa duduk bersama-sama.Ini kerana kesepakatan yang mereka tunjukkan ketika ini hanyalah syarat. Mesyuarat Pakatan ini pun bukan bukti mereka bersatu tetapi untuk penuhi syarat ROS kalau tidak masing-masing dalam pakatan itu tidak boleh bertanding.
Sementara itu, jurucakap publisiti MCA Datuk Seri Ti Lian Ker menyifatkan pengumuman itu sebagai pengkhianatan nyata DAP terhadap ahli dan penyokongnya.
Katanya DAP mungkin sengaja memilih untuk melupakan prinsip dan janji yang dibuat kepada rakyat khususnya komuniti Cina akibat ketamakan mereka untuk berkuasa dan menguasai Putrajaya, tetapi mereka tidak sepatutnya melayani penyokong dan mereka yang bersimpati dengannya seperti ‘mayat hidup politik'.
Tambah Ti Lian, pemimpin DAP sebelum ini mendakwa Mahathir telah mengkhianati dan memperdayakan masyarakat Cina dengan menyetujui tuntutan SUQIU (Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia) bagi Keharmonian Nasional sebelum pilihan raya umum 1999 dan selepas beliau menang, beliau berpaling tadah dan mengecap mereka yang mendesak dan menyokong SUQIU sebagai komunis, ekstremis dan tidak tahu berterima kasih.
Senada dengan pandangan Ti, Ketua Pemuda MIC Datuk Sivaraajh Chandran berpendapat kembalinya Dr Mahathir sebagai perdana menteri pastinya merupakan berita buruk buat kaum India kerana mereka yang paling terjejas oleh dasar-dasar berasaskan kaum yang diamalkan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri.
Sivaraajh berkata kaum India perlu ingat bahawa dasar-dasar ditetapkan oleh Dr Mahathir semasa mentadbir negara selama 22 tahun telah secara beransur-ansur menghakis hak kaum India dalam perkongsian ekonomi negara ini.
Beliau berjanji untuk lakukan lebih baik kali ini, tetapi jika beliau gagal menjamin bantuan dan peruntukan sampai kepada kaum India sedangkan ketika itu parti kaum India sebahagian komponen BN diterajuinya, bagaimana beliau dapat melakukannya apabila menerajui barisan Pakatan Harapan yang tidak mempunyai satu parti pun yang mewakili kepentingan kaum India.

Monday 8 January 2018

AWAS!!!! DAP LICIK PERALATKAN PEMIMPIN MELAYU DENGAN MEMEGANG STERENG PAKATAN HARAPAN.


Selepas pengumuman pembahagian kerusi Pakatan dibuat,Parti Bersatu dilihat seperti mendominasi parti lain (bukti licik ketua pakatan DAP).
PKR diperuntukkan 51 kerusi, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi pula untuk Parti Amanah Negara (PAN). Manakala parti Bersatu diperuntukan 52 kerusi daripada 165 kerusi di Semenanjung.

Walaupun masih setahun jagung dengan mesyuarat cawangan pun tidak diadakan, sudah mendapat jumlah kerusi yang paling banyak dan mengetepikan PKR serta PAN.
Bertanding pula di kerusi kerusi Melayu, DAP tepuk tangan dan gunakan PPBM sebagai screw untuk lemahkan dan serang UMNO.
Seperti kata Hew Kuan Yaw (DAP) sebelum ini ketika pilihan raya negeri Sarawak, untuk membiarkan ‘orang Melayu skru orang Melayu’. Inilah yang dilakukan oleh DAP ketika ini. Jelas terbukti bahawa DAP adalah yang paling berkuasa dalam Pakatan keranan kononnya mempunyai Mahathir sebagai ayam tambatan untuk `skru orang Melayu’.
Dan pembehagian kerusi yang dibuat oleh pakatan telah mengakibatkan ramai orang tidak sedar bahawa sebenarnya 35 kerusi yang dipertukan oleh DAP hanyalah di semenanjung Malaysia sahaja. Manakala, bilangan kerusi yang bakal ditandingi DAP di Sabah dan Sarawak pula adalah 19, sekali gus menjadikan kerusi akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia meningkat menjadi 54.
54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia pada PRU-14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi akan ditandingi PPBM di seluruh Malaysia.
Apa yang diumumkan oleh pakatan hanya mengelabui mata rakyat Malaysia kerana yang kekal mendominasi pakatan ialah DAP.
Sudah banyak bekas pemimpin DAP yang mendedahkan niat sebenar DAP. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada 10 Disember lalu mendedahkan Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri kerana Penasihat DAP itu sehingga kini tidak pernah melepaskan jawatan tertinggi dan kawalannya terhadap parti itu.
Menurut Tunku Aziz, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.

Saturday 6 January 2018

PENDIDIKAN PERCUMA PEMBANGKANG HANYA RETORIK SEMATA-MATA

SRA adalah tanggungjawab kerajaan pakatan kerana berada di bawah majlis agama negeri Selangor.
MB Selangor selalu sebut duit simpanan Selangor berbillion billion sehingga tidak tahu macam mana untuk membelanjakanya. Sikap angkuh kerajaan negeri Selangor ini lansung tidak membantu rakyat terutama sekolah SRA iaitu Sekolah Agama di Selangor sedangkan kerajaan pakatan mempunyai kuasa dan duit berbillion-billion?
Apa salahnya sekiranya kerajaan negeri Selangor mempunyai banyak duit sehinggakan melimpah ruah dengan memberikan pendidikan percuma kepada sekolah Agama di Selangor.
Seperti yang dilaungkan sebelum ini oleh kerajaan Pakatan,sekiranya memenangi Pilihan Raya,mereka akan memberikan pendidikan percuma. Kini laungan tersebut hanyalah mimpi di siang hari sahaja.
Hakikatnya kerajaan pusat membelanjakan hampir 80% dalam sektor pendidikan dan hanya 20% ditanggung oleh rakyat.
Menurut Tan Sri Noh Omar bahawa laungan pemimpin pembangkang dalam memberikan pendidikan percuma hanya retorik semata-mata bila jadi kerajaan negeri mereka tak laksanakan pun janji itu.Sama juga dengan Menteri Besar Selangor umum duit negeri ada berbilion ringgit, tetapi mereka tak belanja untuk manfaat rakyat.
Selain itu, Tan Sri Noh berkata sekiranya BN menang di Selangor PRU14, BN janji akan berikan Pendidikan percuma dan buku teks percuma dan bantuan awal persekolahan kepada pelajar yang berpendapatan RM3000 kebawah sebanyak RM100.00 seorang pelajar.
Ps : Ingin melaksanakan pendidikan percuma konon,perintah Selangor sembang duit berbillion-billon,tetapi cakap tak serupa bikin.Itulah kerajaan pakatan.

Wednesday 3 January 2018

DAP AMAL DASAR CHAUVINISTIC DAN SIKAP PURA-PURA MESRA-ISLAM.


DAP patut sedar sepanjang penggal ini sahaja DAP telah kehilangan lapan ahli parlimen/Adun, memecat seorang Adun dan bakal kehilangan beberapa lagi menjelang tamat penggal ini.
Selain itu, Pemilihan CEC DAP November lalu adalah satu bukti jelas akan situasi itu dengan kehadiran perwakilan hanya separuh daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya hadir.
Manakala undi yang diperoleh pemenang pula hanyalah lebih daripada separuh perwakilan dan ini menimbulkan tanda tanya tentang kesahihan demokratik atau tidaknya.
Sehubungan itu, Takiyuddin menyeru Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar lebih prihatin dengan masalah dalaman DAP sendiri daripada cuba menghakimi Pas.
Pas juga tidak perlu tunjuk ajar DAP dalam menentukan hala tujunya kerana parti itu mempunyai dasar jelas tanpa kompromi dan pendekatan sesuai dengan keadaan ketika ini.
Hal ini kerana parti PAS komited dengan jalan demokrasi serta politik sihat dan konstruktif, menolak politik kombatif, melulu dan destruktif seperti diamalkan DAP.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam menghadapi PRU14, Pas bersedia menerima keputusan rakyat sama ada sebagai pembangkang atau kerajaan. DAP boleh meneruskan dasar ‘chauvinistic’ dan sikap ‘pura-pura mesra-Islam’ yang tidak pernah berubah sebagai pendekatan dalam menghadapi PRU14 nanti.
Tambah beliau lagi, rakyat pasti boleh menilai sikap dan muslihat sebenar DAP yang memperalatkan siapa sahaja demi kuasa.

Tuesday 2 January 2018

DI SEBABKAN PAS BENCI PAKATAN HARAPAN,PAS INGKAR AMANAH RAKYAT SELANGOR??


Pas dikatakan mahu memastikan semua pemimpinnya benar-benar wala’ terhadap arahan pemimpin tertinggi parti yang sedia berhadapan dengan situasi tiga penjuru dalam Pru14 akan datang termasuk menentang PKR.
Oleh hal yang demikian, ‘operasi pembersihan’ peringkat dalaman sedang dilakuka oleh PAS dengan melucutkan jawatan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman sebagai ahli jawatankuasa badan perhubungan negeri parti.
Perlucutan jawatan itu disahkan oleh Mohd Khairuddin sendiri melalui laporan akhbar tempatan hari ini selain mendedahkan punca sebenar tindakan Pas Selangor itu adalah disebabkan kerana pendirian beliau yang ‘mesra’ dengan kerajaan Selangor yang dikepalai oleh DAP dan PKR serta pendiriannya menolak keputusan parti itu yang bersetuju formula pertandingan tiga penjuru dalam Pru14.
Mohd Khairuddin juga dilihat turut mempersoalkan kepimpinan Pas negeri apabila mengaitkan soal mandat rakyat pada Pru13 sebagai alasan bahawa pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang perlu dipertahankan.
Dengan pemecatan Adun Paya Jaras ini, maka tidak mustahil akan turut melibatkan beberapa lagi pemimpin Pas Selangor yang ‘mesra’ dengan DAP, PKR, PAN dan PPBM.
Ps : PAS sudah keluar pakatan dan anti pakatan sejak April 2017.

Monday 1 January 2018

MUFTI KAFIR SEBAB TAK TEGUR HADI - MAHATHIR


Sebelum ini, PAS meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya 
Di Raja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali, pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang, termasuk empat anggota polis, berpuluh cedera dan penahanan beratus ahli parti itu.

Oleh itu, Dr Mahathir mendakwa Hadi adalah orang yang perlu bertanggungjawab sehingga berlakunya tragedi berdarah mamali kerana memperalatkan Islam untuk kepentingan peribadi dan PAS dan Hadi Awang adalah punca berlakunya tragedi berdarah Memali.

Pada masa sama, bekas perdana menteri itu menempelak sikap mufti yang membisu ketika ‘Amanat Hadi’ dikeluarkan semasa peristiwa itu berlaku.

Selain itu, Mahathir turut mengeluarkan kenyataan bahawa Mufti kafir sebab mufti tidak tegur PAS ketika Amanat Hadi dikeluarkan. Mufti pun bukan orang PAS, jadi mufti pun kafir. Walau bagaimanapun Dr Mahathir tidak menamakan mufti berkenaan.

Mengimbas kembali tragedi yang berlaku pada November 1985 itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menyifatkan ‘Amanat Hadi’ berjaya meracuni penyokongnya menjadi taksub dengan dakyah orang Islam lain sebagai kafir sehingga menyebabkan empat orang anggota Polis terbunuh.

Beliau berkata demikian pada ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam baru-baru ini. Sesi pergulungan itu juga dilihat telah dipergunakan Dr Mahathir untuk melepaskan geram terhadap PAS susulan tindakan parti itu yang mengambil pendekatan mesra UMNO dan memutuskan tidak menyertai PH pada PRU ke-14 nanti.

#MEMALI | HADI AWANG : MUFTI DIAM SEBAB WUJUD CAMPUR TANGAN POLITIK

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang
Sikap berdiam diri mufti  sewaktu tercetusnya peristiwa Memali adalah disebabkan wujudnya campur tangan politik terhadap pengurusan pentadbiran negara pada era tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sepatutnya dalam sistem pemerintahan demokrasi, sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan judisiari, apa yang berlaku era itu adalah campur tangan politik terhadap pengurusan pentadbiran.

“Itu yang menyebabkan hakim dipecat, ketua polis negara bertindak dengan cara tidak tepat, mufti pun hendak dipaksa. Daripada mereka bercakap lebih baik mereka diam di masa itu, lebih selamat.

“Itu suasana ketika itu dari segi pemerintahan negara yang perlu kita jelaskan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Penambahan Ahli Pas, ‘Pas Pilihanku 2.0', di ibu pejabatnya, hari ini.

Semalam, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal tindakan golongan mufti yang tidak memperbetulkan kenyataan Pas, yang didakwa mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai parti tersebut.

“Mereka (mufti) berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan pendapat Pas. Kalau mereka setuju dengan Pas, mereka tak masuk Pas maka mereka juga kafir,” kata Mahathir ketika berucap pada Perhimpunan Agung Bersatu.

Bekas Perdana Menteri itu merujuk kepada Amanat Hadi yang mencetuskan peristiwa Memali pada 19 November 1985, menyebabkan pengikut Ibrahim Libya merancang kononnya menggunakan pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.

“Mahathir pakar perubatan, bukan ahli hukum syarak. Oleh kerana perkara itu berkait dengan hukum syarak dan agama, dia tidak boleh memaksa orang yang ahli dalam ilmu syariat untuk ikut beri fatwa mengikut kemahuannya.

“Saya rasa langkah mufti mengambil sikap yang begitu di zaman itu, zaman yang tidak ada pemisahan kuasa," kata Hadi.

Peristiwa Memali telah mencetuskan pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung yang akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama termasuk Ibrahim Libya berserta empat anggota polis. Puluhan rakyat yang lain tercedera dan menyebabkan penahanan beratus-ratus orang. - Sinar Harian 

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


PERMOHONAN MAAF TUN M IKUT ADAT MELAYU, BUKAN ISLAM

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dibuat mengikut adat Melayu dan bukannya secara Islam.

Malah Presiden Pas itu mendakwa, permohonan maaf oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak melambangkan konsep Islam.

“Saya dengar sedikit dalam TV, dia minta maaf ikut adat Melayu, sedangkan maaf ni bukan adat Melayu, maaf ini adalah satu konsep daie Islam… kita faham la, maaf orang Melayu macam mana.

“Adakah ia selari dengan konsep Islam atau tidak dan saya dengar ada kenyataan lain pula selepas itu, (permohonan maaf dibuat) bukan bermakna mengaku salah, dia hanya minta maaf saja,” tegasnya.

Tambah beliau, Pas tidak pernah berdendam melalui kuasa pemerintahan ketika diberi peluang mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Ini menandakan kita maaf secara praktikal, bukan hanya sekadar bercakap saja,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir dalam ucapan sebagai pengerusi pada Perhimpunan Agung PPBM membuat permohan maaf dengan berkata, sebagai manusia biasa beliau tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, selepas kenyataan itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan maaf sememangnya menjadi adat orang Melayu dan tidak semestinya pengakuan seseorang itu bersalah terhadap kesilapannya. – MalaysiaGazette.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 


Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...