Wednesday 28 March 2018

#ROAD2PRU14 PERSEMPADANAN SEMULA LULUS DI DEWAN RAKYAT


Dewan Rakyat hari ini meluluskan pembentangan Laporan Persempadanan Semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan akan berlangsung sebelum bulan Jun ini. 

Laporan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan disokong oleh Timbalannya, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu mendapat sejumlah 129 undi bersetuju dan 80 undi membantah. 

Melalui persempadanan semula ini juga pihak SPR telah mengemukakan empat syor iaitu :

1. Tiada perubahan bilangan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu. 

2. Tiada perubahan bilangan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu. 

3. Pindaan dan perubahan membabitkan 12 Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu melibatkan Kedah sebanyak 1 bahagian, Perak (2 bahagian), Selangor (5 bahagian), Negeri Sembilan (1 bahagian), Melaka (1 bahagian) dan Johor (2 bahagian).

4. Pindaan dan perubahan membabitkan 28 Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu melibatkan Kedah sebanyak 1 bahagian, Kelantan (2 bahagian), Terengganu (1 bahagian), Perak (2 bahagian), Selangor (9 bahagian), Negeri Sembilan (2 bahagian), Melaka (3 bahagian) dan Johor (8 bahagian). 

Untuk rekod, proses persempadanan semula dilakukan setiap 8 tahun dan sehingga kini sebanyak 14 kali sesi persempadanan semula telah dijalankan oleh SPR. 


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

PAKATAN HARAPAN GAGAL LAGI DAN TERUS GAGAL

"Kita mesti sokong DAP untuk pertahan syiar Islam di Malaysia!"

GAGAL LAGI!! 

Ya, itu kesimpulan yang paling tepat boleh dibuat bagi merujuk penganjuran demonstrasi Bersih 6 di perkarangan bangunan Parlimen hari ini. 
Sehingga acara berakhir tengah hari tadi, tak sampai 200 orang peserta pun yang hadir.
Jumlah ini terlalu amat kecil berbanding jumlah pengundi berdaftar terkini yang sudah pun melepasi angka 14 juta orang.
Ini tentunya mengecewakan kepimpinan Pakatan Harapan.
Boleh dilihat ketara senyuman hambar di wajah Muhyiddin Yasin, Teresa Kok, Tian Chua, Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang.
Ucapan mereka bahkan gagal merasuk semangat para peserta untuk mencetuskan kekacauan seperti yang dirancang lebih awal.
Situasi seperti ini pasti tidak akan berlaku jika PAS masih bersama pakatan pembangkang kerana reputasi parti itu dalam mengerahkan para penyokongnya hadir dalam pelbagai siri demonstrasi sebelum ini amat cemerlang.
Adakah rakyat sudah bosan dengan politaik Pakatan Harapan? Kami tak kata ya, tapi kami berpendapat dakwaan ini ada benarnya.

Jom lihat foto-foto sekitar demonstrasi Bersih 6 yang lain.. 

Muhyddin Yasin sanggup ponteng
sidang Dewan hari ini semata-mata
nak hadir demonstrasi. 

Jangan kecam saya maa.. Saya sedang berjuang
untuk rakyat Malaysia!! 

Ni pun tak tahan panas juga ke? 

Haiyaa.. di Penang, anak wa naik court pun talak olang tulun demo..
Sini pun talak olang jugak kah?? 

SPR pentipu!! SPR pentipu!! SPR pentipu!! 

"Bos, better you balik sajalah.." 

Atok pun sedih...sedihh.... 

Ini tengah tengok gigs ke?? 

JADUAL KETIGA BELAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA (PERUNTUKAN BERHUBUNG PERSEMPADANAN SEMULA PILIHANRAYA)



JADUAL KETIGA BELAS [Perkara 113, 116, 117]

Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

BAHAGIAN I PENETAPAN DAN PRINSIP YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENYEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

1. Sehingga diubah mengikut peruntukan Jadual ini, bahagian-bahagian pilihan raya bagi memilih ahli-ahli ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri hendaklah bahagian-bahagian pilihan raya yang mula-mula digunakan bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan, mengikut manamana yang berkenaan, menurut Perlembagaan ini atau Akta Malaysia.

2. Prinsip yang berikut hendaklah seboleh-bolehnya diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya menurut peruntukan Perkara 116 dan 117—

(a) di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan;

(b) perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihan raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu;

(c) bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya; 245 Perlembagaan Persekutuan

(d) perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.

3. Bagi maksud Bahagian ini, bilangan pemilih hendaklah dikira sebagai bilangan yang ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa.

3A. Bagi maksud Bahagian ini, dalam apa-apa kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah setiap satunya dikira sebagai suatu Negeri.

BAHAGIAN II TATACARA BAGI MENYEMPADANKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN 
PILIHAN RAYA

4. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan buat sementara untuk membuat syor di bawah Fasal (2) Perkara 113 yang menyentuh mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya hendaklah memberitahu Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri dengan sewajarnya, dan hendaklah menyiarkan dalam Warta dan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan di dalam bahagian pilihan raya itu suatu notis yang menyatakan—

(a) kesan syor yang dicadangkan olehnya, dan (kecuali dalam hal jika Suruhanjaya bercadang untuk mengesyorkan bahawa tiada perubahan dibuat berkenaan dengan bahagian pilihan raya itu) bahawa suatu salinan syornya terbuka untuk diperiksa di suatu tempat tertentu di dalam bahagian pilihan raya itu; dan

(b) bahawa representasi mengenai syor yang dicadangkan itu boleh dibuat kepada Suruhanjaya dalam masa satu bulan selepas penyiaran notis itu, dan Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat dengan sewajarnya mengikut mana-mana notis itu.

5. Jika, apabila tersiarnya notis di bawah seksyen 4 mengenai sesuatu syor yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengubah mana-mana bahagian pilihan raya, Suruhanjaya menerima apa-apa representasi membantah syor yang dicadangkan itu daripada—

(a) Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagianbahagian pilihan raya yang tersentuh oleh syor itu; atau

(b) sekumpulan orang seramai satu ratus orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan, 246 Undang-Undang Malaysia maka Suruhanjaya hendaklah menyebabkan suatu siasatan tempatan diadakan berkenaan dengan bahagian-bahagian pilihan raya itu.

6. Berhubung dengan apa-apa siasatan yang diadakan di bawah seksyen 5 Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

7. Jika Suruhanjaya Pilihan Raya menyemak apa-apa syor yang dicadangkan selepas menyiarkan suatu notis mengenainya di bawah seksyen 4, maka Suruhanjaya hendaklah sekali lagi mematuhi seksyen itu berhubung dengan syor yang disemak itu, seolah-olah tiada notis dahulunya telah disiarkan: Dengan syarat bahawa tidaklah perlu diadakan lebih daripada dua siasatan tempatan berkenaan dengan mana-mana syor itu.

8. Setelah selesai menjalankan tatacara yang ditetapkan oleh Bahagian ini, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu laporan mengenai bahagian-bahagian pilihan raya yang menunjukkan—

(a) bahagian-bahagian pilihan raya yang kepadanya disyorkan olehnya supaya setiap unit kajian semula patut dibahagikan untuk melaksanakan prinsip yang dinyatakan dalam seksyen 2; dan

(b) nama-nama yang dengannya disyorkan olehnya bahagian-bahagian pilihan raya itu hendaklah dikenali, atau menyatakan bahawa pada pendapatnya tiada perubahan dikehendaki dibuat untuk melaksanakan prinsip tersebut.

9. Dengan seberapa segera yang boleh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengemukakan laporannya kepada Perdana Menteri di bawah seksyen 8, Perdana Menteri hendaklah membentangkan laporan itu di hadapan Dewan Rakyat, bersama dengan (kecuali dalam hal jika laporan itu menyatakan bahawa tiada perubahan dikehendaki dibuat) draf suatu Perintah yang akan dibuat di bawah seksyen 12 bagi melaksanakan, dengan atau tanpa ubah suaian, syor yang terkandung dalam laporan itu.

10. Jika mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf Perintah itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

11. Jika usul bagi meluluskan mana-mana draf Perintah yang disebut dalam seksyen 9 ditolak oleh Dewan Rakyat, atau ditarik balik dengan kebenaran Dewan itu, atau tidak disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu, maka Perdana Menteri boleh, selepas mengadakan apa-apa rundingan yang difikirkannya perlu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, meminda draf itu dan membentangkan draf yang 247 Perlembagaan Persekutuan dipinda itu di hadapan Dewan Rakyat; dan jika draf sebagaimana yang dipinda sedemikian diluluskan oleh Dewan itu melalui suatu ketetapan yang disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah daripada jumlah bilangan ahli Dewan itu,maka Perdana Menteri hendaklah mengemukakan draf yang dipinda itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

12. Jika draf sesuatu Perintah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Bahagian ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah membuat suatu Perintah mengikut kehendak draf yang dikemukakan kepadanya itu, dan Perintah itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalamnya: Dengan syarat bahawa permulaan kuat kuasa mana-mana Perintah sedemikian tidaklah menyentuh mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sehingga pembubaran yang berikutnya Parlimen atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berlaku pada atau selepas tarikh itu.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

#ROAD2PRU14 AL-KISAH PERSEMPADANAN SEMULA



Sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, sudah tiga kali persempadanan semula kawasan pilihanraya dilaksanakan iaitu pada tahun 1984, 1994 dan 2003.

Persempadanan semula di buat di bawah akta berdasarkan perkara 11(2)(ii). Antara peruntukannya adalah kerana tempoh melebihi 8 tahun dan pertambahan penduduk di kawasan melebihi 100,000 orang.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya kali terakhir dibuat pada tahun 2003, selepas 15 tahun barulah cadangan dibuat persempadanan semula iaitu pada tahun 2018.

Hari ini Mahathir bersama pendemo Bersih kata persempadanan semula adalah bertujuan untuk memenangkan BN. 

Adakah persempadanan semula di zaman dinasor Mahathir dulu adalah untuk memenangkan Mahathir?

Inilah akibatnya bila dinasor tua gila nak berkuasa. Apa dia buat dulu boleh, tapi sekarang orang lain tak boleh. Apa dia buat dulu adalah kerana mengikut perlembagaan tetapi sekarang adalah untuk memenangkan BN.


Sumber : Fairu Zamir

DAP KUASAI MALAYSIA: APAKAH RAMALAN TUN DR MAHATHIR AKAN JADI KENYATAAN?

Oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Tun Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan lain sering menyebut bahawa DAP tidak akan mampu untuk menguasai kerajaan jika Pakatan Harapan menang di dalam PRU 14.
Inilah yang Tun Dr Mahathir nyatakan sewaktu diasak oleh saya di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu dan inilah juga yang dinyatakan oleh pengkagum beliau dalam Facebook saya.
Alasan mereka adalah kerana jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP di dalam PRU 14 tidak akan lebih banyak daripada gabungan kerusi PKR, PPBM dan AMANAH.
Satu lagi alasan mereka adalah kerana pemimpin Pakatan Harapan telah bersetuju sejak 8 Januari lalu bahawa calon Perdana Menterinya adalah Tun Dr Mahathir, bukan pemimpin DAP.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir dan para penyokong beliau mungkin sudah lupa bahawa soal ini sebenarnya sudah dijawab oleh beliau sendiri di dalam satu tulisan beliau pada 13 Mac 2014.
Di dalam tulisan ini, Tun Dr Mahathir menepis pandangan yang menyatakan bahawa Cina yang menjadi minoriti tidak akan mampu untuk menguasai Malaysia sebagaimana Cina menguasai Singapura.
Kata Tun Dr Mahathir: “Menjadi Perdana Menteri secara fizikal adalah tidak perlu. Jika Perdana Menteri berada di bawah kawalan DAP maka ia akan menjadi sebuah kerajaan yang didominasi oleh Cina.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Physically holding office is not necessary. If the Prime Minister is totally under the control of the DAP then it would become a Chinese dominated Government.”)
Kata Tun Dr Mahathir lagi: “Hari ini Melayu terbahagi kepada tiga buah parti. Untuk mana-mana parti menang, sokongan Cina adalah penting. Parti-parti Melayu bergantung kepada undi Cina untuk menang. DAP melihat ini sebagai satu peluang untuk memilih parti Melayu mana akan menang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Today the Malays are divided into three parties. For any party to win, Chinese support is essential. The Malay parties have become dependent on Chinese votes to win. The DAP sees this as an opportunity to choose which Malay party should win.”)
Tambah Tun Dr Mahathir: “Mereka (pemimpin DAP) percaya bahawa Pakatan mereka akan menang cukup kerusi (di dalam PRU 13) untuk membentuk Kerajaan. Ia akan menjadi Kerajaan yang tunduk kepada DAP kerana jika DAP keluar maka Pakatan akan tumbang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “They (DAP leaders) believed that their Pakatan would win enough seats (in the 13 GE) to form the Government. It would be a DAP subservient Government because if it (DAP) leaves the Pakatan it will fall.”)
Bagaimanapun, kata Tun Dr Mahathir lagi, walaupun kalah di dalam PRU 13, DAP tetap tidak berputus asa ("the DAP is not about to give up"): “Akan ada peluang lain di dalam PRU 14. Jika kecenderungan ke arah kemerosotan sokongan terhadap BN berterusan, ia mungkin menyebabkan visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi akan terlaksana. Malaysia akan menjadi seperti Singapura.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “There will be another opportunity in the 14th General Election. If the trend toward declining support for BN continues, it may result in the DAP vision of Chinese dominance in politics as well as the economy being realised. Malaysia will be like Singapore.”)
Sama-samalah kita nantikan apakah ramalan Tun Dr Mahathir bahawa visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi, dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura, selepas PRU 14 akan terlaksana atau tidak.
Paling sadis dan ironis sekali adalah hakikat bahawa, jika ramalan Tun Dr Mahathir ini menjadi kenyataan, ia sebahagian besarnya adalah berpunca daripada saham yang disumbangkan oleh beliau sendiri.
Semoga Tun Dr Mahathir tidak lupa ramalan beliau ini.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Tuesday 27 March 2018

SHUHAIMI SHAFIEI SILA DIAM – ANDA BUKAN MENTERI BESAR


Kami tertarik dengan kenyataan media oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, YB ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang mengulas cabaran debat oleh Tan Sri Noh Omar kepada Azmin Ali berhubung isu air di negeri ini yang sehingga kini belum selesai. 

Apa yang Shuhaimi ni gelabah sangat? 

Tan Sri Noh bukan cabar debat untuk kepentingan peribadi tetapi untuk rakyat Selangor yang terus ditipu oleh kartel Azmin termasuk Shuhaimi sendiri. Ia demi mencari kebenaran, membongkarkannya dan mendedahkannya kepada umum supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. 

Paling kelakar bila Shuhaimi kata cabaran debat ini adalah pengulangan taktik lapuk UMNO dan Barisan Nasional. Ini memang kelakar. Seingat kami, yang paling kerap cabar berdebat ni ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri. 

Azmin misalnya pernah beberapa kali mencabar Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk berdebat dengannya. Sebagai contoh, pada 6 April 2012 ketika menyampaikan ceramah di atas pentas PAS di Pekan, Azmin dengan angkuh dan bongkak mencabar Dato’ Seri Najib berdebat dengannya sambil menggelar Perdana Menteri sebagai ‘penakut’ atau bacul. 

Sekarang siapa yang terbukti penakut dan bacul sebenarnya? 

Kenapa Azmin hanya berani mewakilkan Shuhaimi, si pak angguk yang hanya berbunyi apabila disuruh ini untuk bercakap bagi pihaknya? Selama ini Azmin lantang bercakap tetapi bila dicabar oleh Tan Sri Noh, keranduknya langsung menyedut telurnya ke dalam. Bacul. 

Pada kami, debat ini adalah suatu pilihan yang paling tepat bagi menghentikan segala kekeliruan yang berlaku di sebalik isi air di Selangor. Tapi itulah Azmin. Disuruh bentang di Parlimen pun dia takut. Dicabar berdebat pun dia takut. Nak kata isu selesai pun tidak jugak, bahkan semakin parah. 

Memalukanlah awak ni Azmin. Berhentilah jadi MB kalau penakut.

-admin SYABAS 

HANNAH YEOH BERANG DENGAN IKLAN TERBARU TM??


Tatkala rakyat Malaysia memuji kempen terbaru oleh TM berhubung isu penyebaran berita palsu, nampaknya masih ada pihak yang tidak menyenangi kempen tersebut. 

Salah seorang daripadanya ialah Hannah Yeoh, si Evangelist DAP yang kini berperanan sebagai Speaker di Dewan Undangan Negeri Selangor. Bukan main marah lagi Cina ni.  

Yang dia marah sangat tu kenapa? 

Mesej yang cuba disampaikan oleh TM melalui iklan ini mudah sahaja, siapa yang kongsi berita bohong maka secara automatiknya orang itu juga adalah pembohong. Biasanya, orang yang memang buat benda ni je akan marah dan melatah. Hannah Yeoh ni pun sama kot.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

SULTAN SELANGOR : JANGAN POLITIKKAN ISU AIR



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, Sesi Pertama 2018 menitahkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk bekerjasama bagi memuktamadkan proses pengambilalihan syarikat konsesi air atas semangat federalisme, demi menjamin kepentingan negeri dan rakyat.

Hal ini berikutan sikap tidak matang kerajaan DAP negeri Selangor yang telah menjadikan isu air sebagai isu politik dan menyalahkan kerajaan BN walhal pengurusan air Selangor berada dibawah pentadbiran kerajaan negeri.


#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

AMIRUDDIN : PERGI JAHANAMLAH THE RED GIANT

Ada apa dengan Kertas Exco MTES.: 5/22/2017

Entah apa hantu yang rasuk YB Amiruddin Shaari hingga menghaburkan kata-kata kesat terhadap pihak pengurusan pasukan bola sepak Selangor atau The Red Giant.

Go to hell atau pergi jahanam, dalam bahasa rakyat, bukanlah frasa yang elok apatah lagi sopan.

Tapi itulah kata-kata yang digunakan oleh Exco Sukan Kerajaan DAP Negeri Selangor itu ketika menjawab soalan daripada ADUN Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi berhubung konflik antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Kompleks Stadium Shah Alam di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor petang tadi.

Soalan YB Budiman sebenarnya amat mudah untuk dijawab. “Sampai bilakah kemelut itu akan berlaku?” Itu saja.

Sepatutnya, selaku Exco Sukan, Amiruddin sudah ada jawapan yang konkrit. Kalau pun bukan dalam bentuk hitam putih, sekurang-kurangnya timeframe yang menjelaskan perancangan kerajaan negeri untuk menyelesaikan konflik ini sudah bermain di minda beliau dan boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Justeru timbul persoalan di sini, kenapa Amiruddin melatah terlalu awal? Adakah beliau tidak boleh dengar lagi perkataan FAS? Ada sesuatu yang menganggu emosinyakah?

Untuk rekod, baru-baru ini DEL mendedahkan tentang satu minit mesyuarat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Kertas EXCO MTES No.: 5/22/2017 yang meluluskan penswastaan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA). Berdasarkan catatan pada kertas ini, KSSA tidak lagi diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebaliknya diserahkan kepada syarikat Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. (DEFM), sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Amiruddin sendiri.

Oleh itu kami menyimpulkan bahawa, di sebalik emosi yang dijelmakan oleh Amiruddin ketika menjawab soalan lisan oleh YB Budiman itu, beliau sebenarnya cuba menutup perkara yang lebih besar daripada didedahkan atau dibongkarkan di dewan yang tentunya akan direkodkan dan digazetkan setiap patah perkataan yang terbit daripada mulut setiap ahlinya.

Dalam erti kata lain, dengan cara menyerang balas secara ‘ganas’ sedemikian, pihak lawan akan mengendurkan serangan terlebih dahulu atau setidak-tidaknya, akan mengundang asakan daripada ahli dewan yang lain sehingga topik sebenarnya diabaikan sebelum perdebatan dihentikan oleh Speaker.

Dengan cara ini sahajalah mereka (kerajaan negeri) dapat mengelakkan persoalan tentang penswastaan KSSA kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Amiruddin sendiri dibangkitkan dan dibahaskan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun YB Amiruddin harus tahu bahawa perbincangan sebenar tentang isu ini bukanlah di dewan yang dikawal sepenuhnya oleh Speaker. Ruang sebenar adalah di luar. Anda boleh menutup 10 bahkan 100 mulut musuh di dewan dengan kuasa yang dimiliki tetapi anda tidak akan mampu menutup mulut jutaan rakyat Selangor khususnya para penyokong The Red Giant untuk mendapatkan kebenaran di luar dewan.

Go to hell-lah kau pendek!

Nota kaki : Amiruddin dikesan tersasul menyebut Red Giant Sdn. Bhd. ketika menjawab soalan YB Budiman. Apa ada pada syarikat tersebut hingga beliau sendiri tersasul menyebutnya? Kata orang tua, banyak cakap banyaklah silap. 

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

Wednesday 17 January 2018

AZMIN BERUNDING DENGAN PAS SECARA SENYAP???

Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Namun pada masa yang sama, PKR Selangor telah melakukan rundingan sulit dengan PAS negeri Selangor bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti
Perjumpaan ini di ketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri Selangor tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dan telah di aturkan oleh Azmin sendiri.
Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor sahaja.
Selain itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan PAS, malah mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Azmin juga dikatakan tidak yakin dengan parti serpihan PAS iaitu PAN dalam Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU14 di Selangor.
Maka, Azmin membuat pertemuan sulit bersama PAS Selangor dan berundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Mohamed Azmin dalam menangani isu kerjasama dengan PAS sebagai penyebab perpecahan dalam parti.
Selain itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menggesa Mohamed Azmin tidak patuh dengan keputusan Pakatan Harapan untuk menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

MEDIA KERAJAAN DAP MEMBUAT LAWAK DAN BOHONG RAKYAT


Hari ini ada satu media kerajaan DAP telah mengeluarkan kenyataan dengan mengakui bahawa nilai Ringgit tinggi berbanding dolar AS.

Padahal sebelum ini, mereka mengecam, memfitnah, dan menghasut rakyat negara Malaysia seolah-olah negara Malaysia akan muflis di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Selain itu, media DAP ini turut mengatakan bahawa peningkatan nilai Ringgit ini adalah di pengaruhi oleh penamaan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018 (Stupid Statement).

Namun fakta yang sebenarnya adalah nilai Ringgit telah mula meningkat sejak awal tahun 2017 lagi.

Peningkatan nilai ringgit ini dipengaruhi faktor harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.

Seiring dengan perkembangan ini, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga 5 Januari lalu dengan menyaksikan nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.

Selain daripada membohongi rakyat (usaha kerajaan BN,tapi DAP dapat nama), perangai yang suka menghasut dan menfitnah juga merupakan sikap Pembangkang di negara Malaysia.

Sedarlah teman-teman semua terutama di Selangor,sampai bila ingin ditipu oleh kerajaan DAP?

Tuesday 16 January 2018

BERSATUKAH PAS DAN BN PRU14???

Selepas Pakatan Harapan membuat pengumuman kerusi yang bakal mereka tandingi mengikut parti masing-masing baru-baru ini,jelas menunjukkan bahawa PAS tidak bersama Pakatan Harapan seperti PRU13.
Hal ini berpunca daripada tertubuhnya parti PAN oleh DAP yang di ketuai bekas Timbalan Pas Mat Sabu.
Selain itu, PAS keluar dari Pakatan Harapan juga adalah kerana baru sedar bahawa selama ini (banyak tahun) mereka menjadi kuda tunganggan DAP yang memperjuangkan Kristian, Anti Islam, LGBT, hak kesamarataan dan agenda Komunis.
Dan kini, PAS berada dalam keadaan lemah dan ini mungkin menyebabkan berlaku perjanjian di antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti didakwa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin.
Jika sebelum ini, kemenangan yang dimiliki PAS adalah di sebabkan faktor Pakatan Rakyat. Banyak kerusi yang dimenangi oleh mereka adalah dibantu dengan undian daripada pengundi bukan Islam yang menyokong pembangkang.
Namun begitu, setelah PAS keluar daripada pakatan, mereka tidak lagi mendapat sokongan daripada kumpulan ini dan perlu berdiri sendiri. Maka sukar untuk PAS mempertahankan kemenangan di Kelantan.
Tambahan pula sekiranya PAS ingin menenag PRU14, mereka perlu menyediakan ramai calon untuk bertanding menentang Pakatan Harapan zalim dan Barisan Nasional.
Oleh itu, tidak mustahil sekiranya PAS akan membuat perjanjian dengan Barisan Nasional untuk bersatu dalam menentang Pakatan Harapan yang diketui oleh DAP zalim dan anti Islam.
-Admin Subang

Monday 15 January 2018

JIKA BN DIBERI MANDAT TADBIR SEMULA SELANGOR : BN JANJI BUKA BANYAK TADIKA & PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

Sebelum ini BN berjanji untuk memberikan pendidikan percuma di seluruh Sekolah Agama Rakyat (SRA) di Selangor jika rakyat memberikan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir Selangor pada PRU14.
Kali ini Barisan Nasional berjanji akan mebuka banyak pusat jagaan kanak-kanak dan tadika.
Hal ini demikian kerana kerajaan BN ingin memastikan peluang rakyat Selangor yang berpendapatan rendah mendapatkan pembelaan dari segi pendidikan awal anak-anak mereka.
Jaminan ini dikemukakan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mana Tadika berkenaan akan dibuka serta diuruskan di bawah kawalan kerajaan negeri dengan kadar yuran bulanan yang jauh lebih rendah daripada yang dikenakan oleh tadika persendirian ketika ini.
Tambah Tan Sri Noh, inisiatif ini dirangka khas selepas BN mengambil kira permasalahan rakyat terutamanya di kawasan bandar yang bukan sahaja terbeban dengan kos yuran Tadika persendirian yang tinggi, tetapi sentiasa berhadapan dengan dilema untuk menempatkan anak-anak di pusat-pusat jagaan, sementara mereka keluar untuk mencari rezeki.
Dalam pada masa yang sama, Tan Sri Noh turut menyatakan bahawa BN janji akan pastikan lebih 1,600 unit perumahan berstatus kos rendah dan kos sederhana di Selangor mempunyai pusat Tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak. Dan pusat-pusat ini akan diwujudkan dan diuruskan oleh kerajaan negeri jika BN mentadbir semula Selangor dalam PRU14.
Bukan itu sahaja, malah Tadika dan pusat jagaan yang BN janji ini akan dilengkapi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
-Admin Sekinchan

Thursday 11 January 2018

DR MAHATHIR MENIPU KATA DIHALANG DARIPADA MELAWAT ANWAR. PADAHAL BELIAU MAIN REDAH DAN TIDAK IKUT PERATURAN.

Sebelum ini, calon PM Pakatan Harapan iaitu Dr Mahathir telah mendakwa bahawa beliau telah di sekat oleh pihak berkuasa untuk melawat Anwar yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, selepas pembedahan bahu kanan pada November lalu.
Mahathir turut mendakwa Jabatan Penjara menerima arahan daripada Menteri Dalam Negeri supaya beliau tidak dibenarkan bertemu Anwar.
Dakwaan yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir ini sebenarnya hanyalah untuk mempolitikan perkara ini sahaja dan sekali gus cuba mempengaruhi nitizen di luar sana untuk mempercayainya.
Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah,beliau tidak dibenarkan masuk melawat kerana beliau tidak mengikut peraturan atau prosedur yang telah ditetapkan.
Menurut Tan Sri Noh Omar, tuduhan Mahathir itu dianggap tidak bertanggungjawab seolah-olah sengaja mahu memburuk-burukkan kerajaan untuk meraih kepentingan politik.
Hal ini demikian kerana tiada siapa yang terlepas daripada undang-undang dan peraturan.
Sama juga seperti ingin melawat kawan di penjara, kena ikut peraturan, mana boleh main redah sahaja.
Tan Sri Noh turut meluahkan rasa kecewa beliau dengan sikap Tun Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri, tetapi tidak tahu mengikut peraturan setelah bersekongkol dengan lawan yang berpuluh tahun berjuang untuk menjatuhkanya dahulu.
Ps : Sudah memang kerja puak pembangkang, jika tidak menipu itu bukan pembangkanglah namanya.Hiiiks
-Admin Gombak

MAHATHIR ATAU ANWAR, KEDUA-DUANYA TIDAK AKAN JADI PERDANA MENTERI KE-7

Baik Perdana Menteri Sementara mahupun Perdana Menteri Ke-7, kedua-duanya ialah brand yang dicipta oleh strategis DAP untuk mengkhayalkan kepimpinan PKR dan PPBM. Ia tidak mempunyai apa-apa erti, sebenarnya. 

Para pemikir helah dan muslihat DAP telah lama memerhati dan menilai secara serius akan peluang untuk menguasai Putrajaya secara mutlak termasuk menyandang kerusi Perdana Menteri pasca PRU14 atau selewat-lewatnya pada PRU15 kelak. 

DAP tidak perlu tergesa-gesa. Kesabaran mereka sudah pun terbalas sebelum ini apabila berjaya menguasai Pulau Pinang sepenuhnya dan memerintah Selangor melalui proksi dan kroni sejak 2008. Untuk Putrajaya, mereka boleh tunggu sehingga semua urusan dan perancangan diselesaikan. 

Rakyat perlu bertanya, kenapa menaikkan Mahathir ialah agenda DAP? Bukankah DAP memusuhi orang tua itu? Bukankah juga DAP selama ini berjuang bersama Anwar Ibrahim bagi membolehkan lelaki tua ini menjadi Perdana Menteri? 

Ramai yang tidak dapat melihat secara pandang telus akan agenda DAP mengumumkan nama kedua-dua artifak politik itu sebagai calon Perdana Menteri dan menyembunyikan deretan calon berpotensi dari parti mereka sendiri. 

Ia dipanggil 'mendedahkan musuh kepada musuh' supaya ia senang ditembak dan dibunuh, atau dalam erti kata lain, membiarkan musuh A bertempur dengan musuh B terlebih dahulu sehingga selesai. 

Dalam situasi ini, kedua-dua Mahathir dan Anwar kini berada dalam kem yang sama (Musuh B ) justeru memudahkan DAP membakulkan mereka lalu dihidangkan kepada Musuh A (BN/UMNO). 

Mahathir mahupun Anwar pula pernah berada dalam kem UMNO (dan BN) dan masih memiliki banyak persamaan nyata - Melayu, Islam, Kroni. Ia asas ilmu sejarah politik yang mudah untuk difahami. Ia adalah dendam lama yang masih bernanah tetapi sengaja disembunyikan oleh DAP atas nama kerjasama politik demi rakyat. Hakikatnya, ia hanyalah sandiwara semata-mata dan semuanya akan terdedah tidak lama lagi. 

Apabila meletakkan kedua-duanya di dalam satu bakul, maka mudahlah bagi musuh sebenar DAP iaitu UMNO (dan BN) untuk menjahanamkan segala sisi mereka berdua. Tidak setakat itu, segala lipatan rahsia yang paling kemas pun akan dibuka semula. Kisah keluarga, laku aib, kroni dan semuanya akan dibongkarkan. Pada akhirnya, kedua-dua artifak politik orang Melayu ini akan binasa dan pada waktu itulah DAP akan muncul sebagai sebenar-benar HARAPAN BARU untuk rakyat Malaysia! 

Sesuatu yang pasti, pada waktu itu kuasa politik Melayu akan menjadi lemah dan terlalu goyah. Ia ibarat papan lapis yang sudah koyak.

Perancangan ini juga akan menjadi semakin mudah kerana kedua-dua artifak politik itu sendiri pernah dan masih mempunyai sisi hitam sejarah yang tidak mungkin akan dipadam dengan mudah antara mereka berdua. Kedua-duanya juga ada penyokong setia yang turut pernah bertelagah. Apabila berada dalam bakul yang sama, ia lebih mudah untuk divetokan oleh DAP pada bila-bila masa. Sekarang pun sudah ada tanda-tanda perkelahian tersebut. 

Terbaru, drama pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Harapan menjelaskan lagi perancangan penuh muslihat di pihak DAP dalam menyusun atur bidak-bidak suruhan mereka ke arah menguasai Putrajaya secara solid. Sayangnya, ini gagal difahami oleh kepimpinan Melayu Islam dalam Pakatan yang lain. Semuanya sudah terbuai dengan janji harta berkoyan serta jawatan setinggi bintang sekiranya berjaya menguasai Putrajaya kelak. 

-admin S.Alam 


Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...