Sunday 31 December 2017

SIAPA SYED HUSIN ALI NAK TEMPELAK MAHATHIR?


Bekas pemimpin PKR, Dr. Syed Husin Ali menempelak permohonan maaf yang dilafazkan oleh Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapannya dalam Mesyuarat Agung Pertama parti tersebut di Shah Alam, semalam.

Melalui satu kenyataan yang dihantar di laman Twitternya, bekas Timbalan Presiden PKR itu mempersoalkan motif dan keikhlasan Dr. Mahathir memohon maaf tanpa menyatakan kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukannya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Mahathir sebaliknya menjelaskan bahawa permohonan maaf yang dilakukannya secara terbuka di hadapan kira-kira 200 orang perwakilan itu hanyalah bersifat adat semata-mata dan tidak bermaksud yang beliau pernah melakukan sebarang kesalahan pada masa silam.

Umum mengetahui ketika eranya, Dr. Mahathir pernah memecat Anwar Ibrahim atas kesalahan rasuah dan liwat, sesuatu yang masih tidak dapat diterima oleh sebahagian besar para penyokong Anwar.

Peristiwa pemecatan ini juga menjadi detik-detik awal kebangkitan Reformasi 98 dan penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang  berjuang untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

Pada 3 Ogos 2003, PKN mengambil keputusan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dipimpin oleh Syed Husin ketika itu sekaligus mengumumkan nama baharu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penggabungan tersebut dimuktamadkan. Menurut sumber yang rapat dengan Wan Azizah, Syed Husin menerima sejumlah wang sebelum bersetuju dengan penggabungan ini dan dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Selain itu, Dr. Mahathir juga dikenang sebagai individu yang bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas penduduk Kampong Memali yang terletak dalam mukim Siong di Baling, Kedah pada 19 November 1985.

Dalam serangan berdarah tersebut, sejumlah 14 orang terkorban termasuk pemimpin kumpulan yang dikenali sebagai Ibrahim Libya, bekas pegawai agama di Jabatan Perdana Menteri yang sering dijemput menyampaikan ceramah oleh RTM sebelum beliau mengangkat senjata memerangi kerajaan pimpinan Dr. Mahathir.

Meskipun peritiwa ini telah lama berlalu, namun persoalan mengenai punca sebenar pemberontakan ini berlaku dan siapakah individu yang patut dipersalahkan di pihak kerajaan, terus diperdebatkan oleh rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu Dr. Mahathir dilaporkan menyalahkan para mufti kerana gagal bertindak ke atas fatwa memerangi pemerintah yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (kini Presiden PAS) sehingga mendorong Ibrahim Libya dan para pengikutnya memberontak ketika itu.

Pun begitu, bagi sesetengah pemerhati dan ahli akademik, tindakan keterlaluan yang diambil oleh pihak keselamatan dalam menangani krisis ini adalah amat tidak wajar. Ia sepatutnya berakhir dengan kesudahan yang lebih baik jika tiada arahan supaya tindakan keras digunakan ke atas para penduduk kampong dikeluarkan oleh kerajaan pada waktu tersebut.

Ini hanya dua contoh sahaja. Hakikatnya terdapat terlalu banyak rekod dan catatan yang menunjukkan kepimpinan Dr. Mahathir dahulu mempunyai pelbagai masalah dan kelemahan. Pada waktu tertentu, ia menjadi sangat tidak masuk akal seperti skandal Forex yang baru-baru ini dibongkarkan semula melalui sebuah jawatankuasa khas  yang ditubuhkan untuk mencari kebenaran di sebalik isu ini.

Apa pun inilah Mahathir Mohamad. Beliau pernah menangis teresak-esak di hadapan perwakilan UMNO, mengumumkan perletakan jawatan, diterpa oleh Rafidah Aziz dan drama ini kemudiannya berakhir dengan Mahathir kembali ke pejabat Perdana Menteri seperti biasa keesokan harinya.

Justeru aksi Mahathir memohon maaf ketika Mesyuarat Agung PPBM ini bukanlah suatu yang baru dan menggemparkan. Namun ia tetap unik dan menarik. Jika tidak, masakan tokoh seperti Dr. Syed Husin Ali ini boleh mengomentarikan perlakuan Mahathir itu secara terbuka. Beliau pun jelik, barangkali.

Jika umur Mahathir masih panjang, kemungkinan besar kita akan berpeluang melihat lebih banyak drama seumpama ini pada masa-masa akan datang. Paling cepat, minggu hadapan.  

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

MAHATHIR DIPERKUDA UNTUK BEBASKAN ANWAR

Itulah sebenarnya yang dicatur dan direncanakan oleh PKR apabila bersetuju melantik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya pasca PRU14 kelak. 

Lantikan berstatus sementara ini hadir dengan syarat Anwar mesti dibebaskan oleh kerajaan sebelum jawatan Perdana Menteri itu diserahkan kepadanya sekaligus menyempurnakan segala cita-cita politik peribadi pesalah liwat tersohor itu. 

Situasi ini, jika berlaku, menjadi simbol betapa Pakatan Harapan amat terdesak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mengubah keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. 

Ini juga, apabila berlaku nanti, menjadi bukti tentang budaya politik songsang dan di luar norma sosial yang diamalkan Pakatan Harapan kerana tergamak mencampuri urusan dan sistem keadilan negara, dasar yang selama ini dihormati dan dipatuhi rakyat berdasarkan prinsip pengasingan kuasa yang dipraktikkan sejak kemerdekaan negara ini. 

Kita juga boleh menjangkakan tindakan-tindakan mereka yang seterusnya selepas tindakan besar (membebaskan Anwar dari kesalahan liwat | baca : bebas dari mahkamah dan bebas daripada tuduhan) ini diambil. Adakah ini bermaksud sistem keadilan dan ketelusan pentadbiran kerajaan akan menjadi lebih baik dan mulia apabila pengamal liwat yang didapati bersalah (sebanyak dua kali) di bawah sistem undang-undang sedia ada dibebaskan? 

Selain itu ada persoalan yang lebih besar yang ingin kami lontarkan. Dengan segala harapan yang diletakkan oleh kepimpinan Pakatan Harapan selama ini, adakah para penyokong dan pentaksub Dr. Mahathir akan bersetuju dan menerima keputusan pelik ini? 

Bukankah mereka yang menyokong bekas Perdana Menteri 22 tahun itu mahu beliau menjadi Perdana Menteri semula atas kapasiti dan kredit yang dimilikinya, bukannya kerana mahu menaikkan Anwar Ibrahim melalui jalan pintas? 

Apa pun keputusannya, kami tetap berpandangan bahawa Pakatan Harapan kini benar-benar terdesak dan ketandusan calon pemimpin berkaliber yang boleh diangkat sebagai 'the next Prime Minister' bagi menggantikan Najib Razak. Celaru, haru biru, tiada arah tuju. Mungkin tiga perkataan ini paling tepat untuk menggambarkan suasana sebenar dalam kem Pakatan Harapan sekarang. Tidak langsung lebih baik. 




DEL MENUJU 2018 - SELAMAT DATANG TAHUN BARU!!



2017 bakal berakhir. Ketika kami berbincang tentang penubuhan gerakerja Darul Ehsan Leaks ini, kami sama sekali tidak menjangkakan impaknya, selama setahun ini, akan sebesar ini. 

Beberapa kali page kerdil ini cuba digodam oleh pihak yang dengki dan mungkin juga terkesan dengan kemunculannya. Peti mesej kami tak pernah sunyi daripada menerima pesanan-pesanan berbaur kecaman, makian dan ugutan. Identiti kami bahkan cuba didedahkan oleh mereka. Paling biasa, posting dan page ini sendiri dilaporkan kepada pihak Facebook sehingga menyebabkan kami terpaksa menangani isu-isu teknikal susulan. 

Daripada page, kami mendaki setahap demi setahap. Kini kami mempunyai pelbagai platform seperti channel Telegram (DE_Leaks), WhatsApp ( +60145154521), Twitter (@DE_Leaks), Blogspot (http://darulehsanleaks.blogspot.com/) Instagram (@de_leaks) dan YouTube (Darul Ehsan Leaks). Kesemuanya beroperasi dengan baik dan semakin kukuh. 

Dari segi kekuatan sumber manusia, kami bersyukur kerana bantuan dan sokongan diterima daripada seluruh negeri. Kami tidak mengupah tetapi kami mengutakaman kesukarelawan, mengumpul siapa-siapa yang berkongsi impian dan cita-cita yang sama dengan kami iaitu mengembalikan kegemilangan negeri Selangor Darul Ehsan yang dicuri oleh gabungan DAP dan PKR sejak tahun 2008. 

Justeru, izinkan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua khususnya anda yang sedang membaca perutusan khas ini. Sokongan anda amat besar kepada kami sejak dari awal. Juga kepada para pengirim info/maklumat, aduan dan maklum balas serta penyumbang-penyumbang artikel kami dari seluruh negara. 

2018, dengan izinNya, kami akan memastikan saluran Darul Ehsan Leaks di semua platform terus menyajikan yang terbaik untuk anda. 

Matlamat kami hanya satu, mengembalikan kegemilangan Selangor Darul Ehsan yang dicuri oleh DAP dan PKR sejak 2008. Untuk itu, bukan kami sahaja, semua pihak perlu istiqomah dan berganding bahu melipatgandakan usaha mencapai matlamat ini. Jika bersama, seberkas lidi lebih sukar dipatahkan berbanding jika kita bersendirian. Itulah resamnya yang sepatutnya kita tanam dan iltizamkan dalam diri demi perjuangan ini. 

Percayalah, masih banyak yang perlu didedahkan. Penyelewengan, rasuah, kecurian, penjualan aset, kelemahan tadbir urus yang disorok, dan sekian banyak kebobrokan lain yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan konco-konconya, semuanya menanti masa untuk dibongkarkan dalam tempoh yang berbaki sebelum kita berhadapan dengan PRU14.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kami ucapkan atas segala sokongan dan bantuan anda semua kepada kami. Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh meski masanya semakin singkat. Ayuh bersatu demi Selangor yang lebih baik. 


Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!

Redaksi,
Darul Ehsan Leaks 

Friday 29 December 2017

PAHIT MANIS DAN PERMAINAN POLITIK LICIK AZMIN ALI DI BAWAH KERAJAAN DAP SELANGOR

Dua hari lagi tirai 2017 akan dilabuhkan. Sudah pasti sepanjang tahun ini pelbagai kenangan pahit dan manis kita lalui. Bagi rakyat Selangor, terlalu banyak perkara yang di tempuh bukan sahaja sepanjang tahun ini tetapi juga sejak pentadbiran kerajaan negeri berada di bawah kepemimpinan pakatan pembangkang DAP.
Keadaan ini seolah-olah menjadi bertambah buruk apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin yang diharapkan akan membawa lebih banyak perubahan kepada Selangor sebaliknya dilihat semakin gagal menguruskan negeri ini.

Terdapat banyak isu yang menunjukkan Azmin gagal sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun beliau berjaya menutupi semua kegagalan itu melalui permainan politik licik. Azmin lebih banyak beretorik dalam menyelesaikan masalah rakyat dan berhadapan dengan sesuatu isu.

Kalau mahu digariskan terlalu banyak perkara yang menunjukkan kegagalan Azmin. Tiada apa yang membanggakan bagi Selangor di bawah kepemimpinan Azmin, sebaliknya sehingga ke hari ini di penghujung 2017, masih terdapat pelbagai kemelut dan krisis di ne­geri itu gagal ditangani beliau.

Admin tidak perlu menyenaraikan kesemua masalah di negeri Selangor, tetapi cukup hanya mengupas beberapa isu yang menjadi bukti hakikatnya Azmin bukanlah pentadbir yang baik sebaliknya hanya bijak menutupi kegagalan dan kelemahannya melalui penampilan dan ucapan semata-mata.

Antara perkara yang sehingga kini tidak diselesaikan oleh Azmin biarpun kita sudah mahu melangkah ke tahun baru ialah;

1- MASALAH AIR BERLANJUTAN. 
Ramai yang mengecam Ketua UMNO Bahagian Su­ngai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos apabila beliau memakai tuala melakukan demonstrasi membantah masalah bekalan air di Selangor, tetapi apa yang beliau lakukan adalah bagi menyampaikan mesej bagaimana kerajaan negeri gagal mengatasi isu itu biarpun sudah berlanjutan sejak 2012.
Dalam isu ini Azmin lebih banyak menuding jari menyalahkan pihak lain sedangkan beliau sendiri tidak bersungguh-sungguh mengatasinya khususnya dalam mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat.

Azmin ternyata terlalu ego. Beliau tidak mempu­nyai apa-apa pelan tindakan krisis air. Akibatnya dari semasa ke semasa masalah bekalan air terus menghantui negeri yang dianggap terkaya di negara ini.

2- INTEGRITI SEMAKIN MUSNAH. 
Kerajaan negeri Selangor sering menegaskan, mereka telus dan penuh integriti, tetapi sehingga ke hari ini Selangor merupakan satu-satunya negeri yang tidak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Kalau Azmin benar-benar memiliki integriti yang tinggi, beliau tidak takut untuk menandatangani ikrar tersebut, bagaimanapun alasan keengganan Azmin mulai terjawab apabila anak saudaranya ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir secara haram.

Malah kredibiliti dan integriti kerajaan negeri juga semakin dipertikaikan apabila tercetus isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjong Karang. Setakat ini sebanyak 15 individu termasuk seorang exco kerajaan negeri dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.

3- ISU PERUMAHAN RAKYAT. 
Sepanjang menjadi Menteri Besar, Azmin ternyata gagal menangani isu ini. Mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat hanya retorik dan janji-janji kosong. Pada masa sama, penduduk di projek pangsapuri kos rendah dan sederhana terus dibelenggu masalah infrastruktur, tetapi apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar campur tangan Azmin menuduh Noh mahu bermain politik.

4- PKNS DAN SKANDAL UNISEL. 
Dalam isu perumahan juga, Azmin gagal untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal penubuhannya iaitu membantu rakyat memiliki rumah.
PKNS ketika ini jelas tidak berjaya membantu orang Melayu memiliki rumah. Sebaliknya seperti teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah perbadanan itu seolah-olah bersaing dengan pemaju lain dan terlalu ghairah mengejar keuntungan.

Apa yang berlaku di Unisel lebih teruk apabila wujud­nya dakwaan melibatkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dengan syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan universiti itu. Ia berkaitan campur tangan MBI dalam penyelesaian pertikaian kontrak antara JNSB dan Unisel.

Kesimpulannya, dalam kita menyambut tahun baharu 2018, admin berharap rakyat Selangor akan membuka mata untuk melihat dan menilai bahawa pentadbiran negeri ini di bawah Azmin sebenarnya penuh dengan masalah dan skandal.


Thursday 28 December 2017

LIM GUAN ENG AKUI DAP YANG SEBENARNYA MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAS


Oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff
Sebelum ini, naratif popular yang selalu digunakan oleh para pemimpin DAP mahupun para pemimpin AMANAH di dalam menjelaskan mengenai punca berkuburnya Pakatan Rakyat pada tahun 2015 adalah PAS yang menguburkannya kerana PAS didakwa memutuskan hubungan antara PAS dan DAP.
Alih-alih, semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu, mendedahkan DAP-lah yang memutuskan hubungan ini.
Kata Lim Guan Eng semalam: “Jelas DAP mengambil posisi yang betul untuk memutuskan hubungan dengan para pemimpin PAS selepas persaraan bekas Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz” (“Clearly DAP took the correct position to break off with PAS leaders after the retirement of former Kelantan Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz”).
Kata Lim Guan Eng lagi: “DAP sanggup untuk membayar apa sahaja harga politik untuk menegakkan prinsip-prinsip kami dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan untuk memutuskan hubungan dengan PAS (“DAP is willing to pay any political price to uphold our principles and defend the Federal Constitution by breaking off with PAS”).
Tambah Lim Guan Eng: “Ini berbeza dengan MCA, Gerakan dan SUPP yang tidak berani memutuskan hubungan dengan UMNO yang cuba bekerjasama dengan PAS untuk menyelamatkan sokongan UMNO” (“This is unlike MCA, Gerakan and SUPP that dare not break off ties with an UMNO that sought co-operation with PAS to save UMNO’s support”).
Maka jelaslah sekarang bahawa para pemimpin DAP mahupun para pemimpin AMANAH berbohong dengan menyalahkan PAS kerana menguburkan Pakatan Rakyat setelah Lim Guan Eng sendiri kini mengakui bahawa DAP-lah yang bertanggungjawab ke atas berkuburnya Pakatan Rakyat dengan memutuskan hubungan antara DAP dan PAS.
Dakwaan Lim Guan Eng bahawa punca DAP memutuskan hubungan dengan PAS adalah kerana ia mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pula adalah jauh tersasar kerana sehingga kini tidak ada mana-mana mahkamah yang memutuskan bahawa agenda perlaksanaan syariat PAS bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ini jauh berbeza dari agenda pemulihan pilihan raya tempatan DAP, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP dan masih terpahat di dalam Perlembagaan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa perlaksanaan pilihan raya tempatan adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ternyatalah kini bahawa, selain DAP menjadi punca terkuburnya Pakatan Rakyat, laungan DAP kononnya ia mahu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan adalah satu omongan kosong, apatah lagi bila matlamat Malaysian Malaysia DAP adalah menghasut dan bercanggah dengan Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Disiarkan semula daripada sumber asal di SINI.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor


MENGAPA TINDAKAN TERHADAP DATUK DR SHAD SALEEM FARUQI SANGAT WAJAR DISOKONG


Oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff

Bersungguh-sungguh sekali pihak-pihak seperti SIS, LFL, DAP, PKR dan G25 membela Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dari Universiti Malaya yang sedang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan susulan laporan polis yang dibuat Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) berkaitan rencana tulisan beliau bertajuk “Religious Radicalism On The Rise” yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 23 November 2017.
Terbaru adalah kenyataan G25 semalam yang mencadangkan bahawa satu cara yang lebih baik dan lebih demokratik untuk menangani kenyataan Datuk Dr Shad adalah dengan menghadapkan beliau kepada satu panel di dalam satu forum terbuka, di mana pakar-pakar lain boleh mencabar beliau secara intelektual dan bahawa forum ini hendaklah disiarkan secara langsung melalui televisyen supaya seluruh negara boleh membuat penghakiman mereka ke atas beliau.
Pandangan saya adalah, G25 terlalu memandang tinggi terhadap Datuk Dr Shad sedangkan tanpa pakar-pakar dan tanpa forum terbuka yang disiarkan secara langsung melalui televisyen sekalipun tulisan Datuk Dr Shad bertajuk “Religious Radicalism On The Rise” ini boleh dibuktikan sangat mencemarkan kedudukan beliau sebagai seorang Profesor Emeritus selain berpotensi untuk memecahbelahkan keamanan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Seperti yang telah disebut oleh rakan-rakan saya dari IKSIM, termasuk oleh Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Prof Dato’ Mahamad Naser Disa, Datuk Dr Shad terang-terang memfitnah IKSIM bila menyebut Islam yang dibawa oleh IKSIM adalah Islam yang zalim dan tidak toleran (“despotic and intolerant”) semata-mata kerana IKSIM didakwa menganggap kepelbagaian budaya (“cultural diversity”) sebagai satu ancaman terhadap Islam.
Tindakan Datuk Dr Shad mengada-adakan istilah kepelbagaian budaya (“cultural diversity”) dan mengatributkannya kepada IKSIM adalah salah kerana istilah sebenar yang digunakan oleh IKSIM adalah “pluralisme”, iaitu satu fahaman yang telah diisytiharkan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor di dalam fatwa yang dibuat dan diwartakan, atas perintah Sultan Selangor, pada 17 Julai 2014.
Malah, bagi saya, jauh lebih teruk lagi dari fitnah yang dibuat terhadap IKSIM ini ialah tindakan Datuk Dr Shad yang seolah-olah mahu melaga-lagakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan pihak-pihak berkuasa agama mereka dengan semata-mata bersandarkan kepada satu kenyataan tidak bertarikh dan tidak bersumber yang kononnya dibuat oleh Ketua Pengarah JAKIM.
Dakwa Datuk Dr Shad secara semberono tanpa sebarang penjelasan pun di dalam tulisan beliau bertajuk “Religious Radicalism On The Rise” ini: “The reported statement by JAKIM Director-General that “JAKIM was the only entity capable of ensuring that Islam remains the religion of the federation”, is both sensationalist as well as highly disrespectful of the Yang di-Pertuan Agong, the Malay Rulers and their respective religious authorities”.
Setelah dibuat semakan ke atas dakwaan Datuk Dr Shad ini maka didapati bahawa hanya ada satu petikan Ketua Pengarah JAKIM berbunyi “JAKIM was the only entity capable of ensuring that Islam remains the religion of the federation” sahaja yang pernah dilaporkan, iaitu di dalam laporan bertajuk “JAKIM: Who Will Keep Islam As Malaysia’s Religion If Not Us?” yang disiarkan oleh portal berita The Malay Mail Online pada 18 November 2015.
Bagaimanapun, petikan kenyataan Tan Sri Dato' Haji Othman Mustapha di dalam portal berita The Malay Mail Online itu hanyalah berbunyi: “If we take for example in the Constitution, Islam is the religion of Federation. So, who else would carry out and ensure that Islam stays as the religion of Federation? And the oath to defend Islam, who is going to do it? This duty definitely refers to the Prime Minister's Department, PM and to JAKIM.”
Kenyataan Tan Sri Dato' Haji Othman ini pula dibuat oleh beliau di dalam konteks menjawab saranan salah seorang ahli G25, iaitu Tawfik Tun Dr Ismail, yang, di dalam laporan portal berita The Malaysian Insider bertajuk “Tun Dr Ismail’s Son Wants JAKIM Abolished” pada 9 November 2015, mahu JAKIM dimansuhkan kerana, dakwa beliau, “Constitutionally JAKIM really has no role” dan “Islam is the province of the Sultan of the State”.
Ayat “JAKIM was the only entity capable of ensuring that Islam remains the religion of the federation”, yang seolah-olah menunjukkan JAKIM mahu mencabar kuasa Raja-Raja Melayu, ini juga tidak terdapat di dalam laporan sama mengenai kenyataan Tan Sri Dato' Haji Othman yang dibuat oleh portal berita The Malaysian Insider bertajuk “Kalau Bukan JAKIM, Siapa Boleh Pertahan Islam, Soal Ketua Pengarah” pada 18 November 2015.
Apa yang disebut oleh Tan Sri Dato' Haji Othman ialah: “Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama Persekutuan. Jadi siapa yang akan memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan? Dan sumpah untuk mempertahankan Islam di negara ini, siapa yang akan melaksanakannya? Ia sudah pasti merujuk kepada JPM dan tugas itu diberikan kepada JAKIM. Itu bermakna selaras dengan Perlembagaan.”
Malah, Tan Sri Dato' Haji Othman, di dalam satu kenyataan rasmi beliau pada 8 Jun 2017, menyebutkan secara jelas “JAKIM sebenarnya ditubuhkan bagi melaksanakan mandat Majlis Raja-Raja selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam Agama Bagi Persekutuan” dan “JAKIM telah berjaya melaksanakan banyak perkara dalam penyelarasan dan penyeragaman dalam urusan hal ehwal Islam yang dilaksanakan oleh negeri-negeri”.
Malangnya, individu seperti Datuk Dr Shad tidak melihat kepada kenyataan rasmi Tan Sri Dato' Haji Othman ini tetapi lebih suka memetik kenyataan tidak bertarikh dan tidak bersumber Tan Sri Dato' Haji Othman yang diambil dari laporan portal berita tertentu tanpa terlebih dahulu menyemak ketepatan laporan portal berita tersebut dengan mana-mana pihak sedangkan implikasi tuduhan yang dibuat oleh Datuk Dr Shad ini sangat besar sekali.
Kelakarnya ialah, sama seperti intipati sebenar kenyataan Tan Sri Dato' Haji Othman yang cuba disensasikan oleh Datuk Dr Shad ini, Datuk Dr Shad di dalam tulisan beliau bertajuk “Religious Radicalism On The Rise”, malah di dalam beberapa tulisan beliau yang lain juga, sebenarnya menyatakan bahawa penubuhan JAKIM, tidak seperti yang didakwa oleh individu seperti Tawfik, adalah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Di sebalik membuktikan bahawa Tan Sri Dato' Haji Othman dan JAKIM mahu mencabar kuasa Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa oleh Datuk Dr Shad, Datuk Dr Shadlah yang sebenarnya mencabar kuasa Raja-Raja Melayu dengan umpamanya mempersoalkan fatwa “liberalisme” dan “pluralisme” adalah fahaman sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sedangkan ia dibuat dan diwartakan, atas perintah Sultan Selangor, pada 17 Julai 2014.


Disiarkan semula daripada sumber asal di SINI

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

SKANDAL RASUAH AZMIN ALI : AZMIN ABAI SARANAN SELCAT - BUKTI BERLAKU PENYELEWENGAN


Sikap membisu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap lima saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkaitan skandal tanah di Kampung Su­ngai Yu, meskipun sudah disahkan berlakunya penyelewengan termasuklah 18 individu yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan kerajaan negeri sehingga diberikan kelulusan memiliki tanah.

Datuk Sulaiman Razak berkata, Mohamed Azmin perlu membuktikan kete­lusan pentadbirannya berhubungan skandal di Sungai Yu dengan melaksanakan semua lima saranan Selcat, terutama menggantung proses pemberi milikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik dan membuat semula pemilihin pemohon.

Azmin juga pernah berjanji dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini seandainya terbukti berlaku penyelewengan dalam skandal berkenaan, proses pemberian tanah tersebut akan dibatalkan tetapi sehingga kini, di lihat tiada sebarang tindakan pembatalan yang dibuat oleh kerajaan negeri (DAP).

Pada 8 Disember, Hannah Yeoh yang juga Speaker DUN Selangor daripada DAP mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses pemilikan tanah tersebut Sg Yu.

Enam hari selepas pengakuan Hannah itu, SPRM seterusnya bertindak membuka semula kertas siasatan dan telah memanggil 26 saksi untuk dirakamkan percakapan termasuk salah seorang daripadanya adalah Exco kerajaan PKR Selangor.

Oleh itu, Azmin Ali tidak perlu berdolak-dalik dengan menyalahkan pihak lain khususnya SPRM kerana skandal tersebut jelas berlaku semasa beliau mentadbir Selangor dan seharusnya perkara berkenaan ditangani secara bertanggungjawab, konsisten serta jujur.

Sekarang rakyat sedang menilai kejujuran Mohamed Azmin kerana beliau sudah berjanji akan menyelesaikannya tetapi mengapa begitu lama tempoh yang diambil untuk membuat keputusan bagi membatalkan semua pemberian tanah berkenaan sebagaimana dijanjikannya ketika sidang DUN?

Di manakah ketelusan kerajaan negeri dan Mohamed Azmin dalam mendepani skandal tanah Sungai Yu ini?

KERANA MAKNYAH, AHLI PARLIMEN KLANG MAHU HENTIKAN KUASA MAJLIS AGAMA ISLAM





Pakatan Harapan dan masalah moral memang tak dapat dipisahkan. Daripada pemimpin atasan hinggalah ke peringkat akar umbi, mereka sering terpalit dengan perlakuan tidak senonoh. Kalau tidak terlibat secara langsung pun, mereka pasti bertindak sebagai penyokong pula.
Sebelum ini jika bercakap tentang masalah ini, kita sering melihat kepada PKR sahaja lebih-lebih lagi selepas Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, sudah dua kali didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan meliwat. Ironinya, bukan PKR sahaja bermasalah moral. Yang lebih teruk sebenarnya ialah DAP. Parti ini memang sudah terkenal kerana mengamalkan dasar terbuka dan menggalakkan keterbukaan termasuk dalam urusan kehidupan bersosial.
Imbas kembali, pada bulan Ramadhan yang lalu, seorang pemimpin Melayu muda DAP, Numan Afifi telah menggemparkan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini kerana bertindak menganjurkan majlis berbuka puasa khusus untuk golongan maknyah dan gay di Kuala Lumpur.
Di Pulau Pinang pula, sebuah jawatankuasa peringkat negeri ditubuhkan dengan kelulusan DUN dan ditaja oleh kerajaan negeri untuk menangani isu dan kebajikan golongan maknyah di negeri itu.
Pada bulan November yang lalu, Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, mengeluarkan kenyataan rasmi di laman FBnya, menggesa supaya majlis-majlis agama Islam seluruh negara menghentikan tindakan menahan golongan pengamal seks songsang khususnya maknyah.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, hakikatnya, lebih ramai pemimpin dan ahli DAP mempunyai pendirian menyokong dan melindungi golongan rosak moral dan akhlak ini. Mereka melakukannya atas nama kebebasan hak asasi manusia. Lebih membimbangkan, mereka ini sebahagian besarnya terdiri daripada pengamal undang-undang yang semakin berani dan lantang mencabar kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan Malaysia.
Tanpa kita sedar, ini semua adalah seliratan akar yang akan mengancam rumpun perpaduan dan keharmonian kita semua dalam jangka panjang. Lambat laun kita tidak boleh lagi menguatkuasakan sebarang hukum dan undang-undang Islam di negara ini kerana sudah dikuasai DAP sepenuhnya jika ia tidak dibendung dan dihalang dari sekarang.
Adakah anda masih mahu menyokong DAP dan Pakatan Harapan amnya?

Tuesday 26 December 2017

SKANDAL RASUAH AZMIN ALI : AZMIN ALI MERANGKA SISTEM ROMPAKAN HALAL MELALUI GLC DAN SAFEE SALI TURUT TERLIBAT?

Apabila Azmin Ali dikaitkan dengan isu rasuah,penyokong pakaton membutakan mata seperti tidak ada apa dan tidak mengapa. Seolah-olah pakaton suci memimpin walaupun penuh dengan korupsi.

25 Disember 2017
1. Ketika dibawah Menteri Besar Khir Toyo dan sebelum itu industri pasir menjadi lubuk kekayaan dikelompok yang rapat dengan Menteri Besar. KKSB atau Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah ditubuhkan ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar negeri Selangor dengan bertujuan menyelaras industri perlombongan pasir (sumber asli mineral) secara profesional dengan mengoptimakan keuntungan kepada kerajaan (rakyat) Selangor. Selain KKSB banyak GLC telah distruktur semula dibawah Khalid Ibrahim bagi mengoptimumkan keuntungan . Namun semua itu bertukar sebaliknya malah lebih teruk dari zaman sebelum PRU 2008 apabila Khalid dijatuhkan dan digantikan Azmin Ali. KKSB contohnya bertukar menjadi lubuk kekayaan dan menjadikan ia sebahagian dari sistem rompakan yang dihalalkan.
2. Pendedahan ini bagi mendesak Azmin atau nama - nama yang disebut berikutnya bagi menjawab dan memberi respon. Cuma nasihat saya sebelum menjawab sila berfikir dahulu kerana tulisan ini cuma 'appetizer' (mukadimah) kepada isu lebih besarlagi.
3. Pada 2016 telah ditubuhkan sebuah syarikat Selpump & Machineries Sdn Bhd (Selpump) yang pada mulanya dikenali sebagai anak syarikat KKSB namun kemudian setelah ada beberapa Lembaga Pengarah KKSB 'bising' kerana syarikat itu diwujudkan tanpa melalui proses yang betul. Sebagai rekod tidak ada minit mesyuarat Lembaga Pengarah KKSB merekodkan kelulusan kewujudan Selpump & Machineries Sdn Bhd. Namun Selpump & Machineries Sdn Bhd telah diwujudkan pada 2016 dengan pendaftaran SSM 1189847 - K. Dengan merekodkan Abdul Rahman Ishak yang juga merupakan CEO KKSB sebagai Lembaga Pengarahnya. Selain itu Putera Azamuddin Shah Bin Abd Aziz (35 tahun), Mohd Hafiz B. Abd Rahman (34 tahun), Mohd Safee B. Mohd Sali (33 tahun). Bila ramai yang bising mengenai kewujudn Selpump tanpa sebarang minit persetujuan dari Lembaga Pengarah KKSB, identiti Selpump telah ditukar dari anak syarikat KKSB dikenali hanya sebagai syarikat bersekutu sahaja.
4. Persoalan pertama ialah apa perlunya Selpump diwujudkan malah peliknya yang secara tergesa - gesa dan tidak mengikut prosedur ? Malah peranan selpump dan KKSB juga dilihat bertindih. Siapa yang memilih dan apa latar belakang Lembaga Pengarah Selpump selain dari kelompok muda pengampu Azmin Ali ?
5. Paling pelik dan sangat menarik ialah apabila KKSB dengan surat ditandatangani oleh CEO nya iaitu Abdul Rahman Ishak telah memberikan perniagaan bernilai jutaan ringgit kepada Selpump yang mana Rahman juga merupakan Lembaga Pengarahnya.
6. Lebih -lebih menarik lagi dua orang dari Lembaga Pengarah Selpump telah menubuhkan sebuah syarikat pasir yang dinamakan Tupai Sari Sdn Bhd 1076150-P. Tupai Sari berdasarkan siasatan kami mencatatkan Mohd Hafiz Abd Rahman dan Mohd Safee Mohd Sali selain Rokiah Hassan merupakan pemilik syarikat Tupai Sari Sdn Bhd yang mendapat jutaan keuntungan kerana terlibat dengan perniagaan perlombongan di Selangor dengan kebenaran KKSB.
7. Analogi : Rahman dilantik untuk mengendalikan syarikat A oleh Kerajaan Negeri. Rahman menubuhkan syarikat B yang dia sendiri secara individu Pengarah Syarikat B. Rahman melantik Hafiz dan Safee selaku Pengarah bersamanya dalam syarikat B yang kemudianya Hafiz dan Safee menubuhkan pula syarikat C yang mana Hafiz dan Safee sendiri selaku Pengarah dalam syarikat C.
Rahman selaku yang menguruskan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri) telah mengeluarkan surat dengan tandatangan Rahman menganugerahkan 'perniagaan' kepada syarikat B yang mana Rahman merupakan Pengarahnya bersama Safee dan Hafiz. Safee dan Hafiz pula pemilik syarikat C yang mana mendapat keuntungan dari teras perniagaan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri).
Nota tambahan.
Menurut carian Safee Sali nama yang disebut kemungkinan merupakan bintang bolasepak negara, mohon individu ini membuat pengesahan atau penafian.
semua dokumen asal akan dikongsi dalam sidang media selepas respon mereka yang dinamakan dalam catatan ini
seperti ditegaskan dalam awal catatan ini , tulisan ini hanya 'appetizer' kepada beberapa isu besar berkaitan bagaimana Kartel Azmin Ali melakukan rompakan 'halal' bersistem di Selangor. Bawah ini antara yang akan didedahkan selain kes penipuan tuntutan, pembocoran maklumat perniagaan serta pemalsuan.
Mohon bantuan semua yang berjuang atas nama perubahan melawan korupsi tanpa mengira kepentingan untuk sama menyebarkan catatan mukadimah pendedahan ini. Kepada pihak media mohon untuk mendapatkan respon kesemua nama yang disebut di atas.
Simpati saya rakamkan buat semua 'pejuang PH' khususnya dari PKR yang sehingga kini begitu ikhlas 'bergolok bergadai' sanggup susah bekerja untuk parti, dari edar risalah sehingga gantung bendera. Namun dalam kepayahan kamu sejak awal kamu terus susah payah sedangkan ada sekelompok manusia sedang menghirup kekayaan melalui rompakan awal.
Pendedahan ini sudah tentu akan dijawab dengan mudah iaitu che'GuBard makan dedak dan sebagainya. Begitulah resamnya jika serang Umno buat pendedahan akan dikatakan agen pembangkang. Jika serang pembangkang buat pendedahan akan dikatakan makan dedak Umno. Adakah kebenaran sudah tidak bernilai dalam perjuangan politik hari ini ?
Slogan rakyat hanya diguna demi memperoleh kuasa. Selepas berkuasa slogan rakyat terus diguna untuk menutup rompakan.
catatan ; che'GuBard, bekas MPP PKR yang dipecat keanggotaan kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR






Friday 22 December 2017

DAP YAHUDI DI MALAYSIA

Seperti di Arab, orang Arab jual rumah dan tanah kepada orang Yahudi sehinggakan di kawasan Arab di penuhi penempatan Yahudi.
Di Malaysia juga ada Yahudi iaitu DAP. Hal ini kerana apabila kita memberikan kepada DAP ini penempatan yang kecil, lihat sahaja hari ini apa yang terjadi terutama di Pulau Pinang yang sudah di ambil oleh DAP (Yahudi).
Manakala di negeri Selangor, DAP (Yahudi) yang menguasai pemerintahan. Tetapi tidak nampak oleh rakyat Selangor kerana mereka memegang stereng (mengawal) daripada belakang.
Orang negeri Selangor perlu tahu bahawa kekuatan kerajaan negeri Selangor hari ini dikuasai oleh lebih 50% orang DAP.
Seperti yang berlaku di Palestin, puak Yahudi merancang beratus tahun, dengan mencari duit sebanyak mungkin seperti membuka perniagaan di Perancis, Britain, Russia dan merata tempat di Eropah.
Apabila perang dunia pertama berlaku, mereka (yahudi) kumpulkan duit dan bagi kepada Amerika, Perancis untuk lawan Rusia.
Perang dunia kedua, sekali lagi mereka kumpulkan duit beratus-ratus juta Amerika dan diberikan kepada tentera-tentera Airlines Forces Amerika, Britain, dan Perancis.
Selepas perang dunia ke-2 iaitu pada 30 tahun dahulu, menteri luar Britain telah mencadangkan supaya mewujudkan negara kepada puak Yahudi yang tidak ada negara dan tinggal di merata negara. Misalnya Menteri Besar Singapura yang pertama ialah David Marshall merupakan orang Yahudi.
Dan apabila Yahudi mendapat negara Israel di tengah bumi negara Palestin, maka semua orang Yahudi di kebanyakan negera berpindah ke bumi Palestin.
Yahudi yang berada di bumi Palestin hari ini adalah lebih dari 6 billion. Maka dengan jumlah ini, puak Yahudi sudah cukup untuk menghancurkan negara Arab kerana mereka mempunyai bom nuklear dan teknologi canggih.
Kejayaan Yahudi ini merupakan guru kepada puak DAP di Malaysia untuk menjahanamkan negara Malaysia yang berdaulat.
Di dunia ini, orang yang kaya adalah kebanyakannya orang Yahudi. Mereka menguasai seluruh Bank Negara di dunia kecuali Korea Utara, Iran dan Quba. Kekayaan puak Yahudi ini tidak boleh disangkalkan lagi apabila Presiden Amerika Donald Trump sanggup tunduk kepada puak Yahudi. Manakala di negara kita Malaysia, orang kaya adalah DAP.
Selepas Pulau Pinang, negeri Selangor sudah berjaya di ambil oleh DAP dengan menonjolkan Azmin Ali ke hadapan dan Azmin Ali seperti "kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi" sehinggakan Azmin Ali sanggup memberikan tanah Yayasan Selangor kepada DAP apabila diminta oleh DAP. Sekiranya Azmin Ali tidak bagi, persoalan yang akan bermain didalam kepimpinan pakatan adalah "hendak sambung ke tak Azmin sebagai Menteri Besar?".
Sekarang ini DAP menguasai 15 kerusi di Selangor, tetapi di masa akan datang akan di tambah lagi 6 kerusi. Maka jumlahnya adalah 21 kerusi daripada 29 kerusi untuk menguasai Dewan Undangan Negeri DUN Selangor.
Manakala hanya 8 kerusi dariapa 21 kerusi ini diberikan kepada PAN,PAS, dan PPBM.
Di dalam PKR juga tidak semuanya Melayu, malah ada juga cina DAP di dalam parti PKR. Maka sekiranya di campur cina DAP dalam PKR dan DAP ini, mereka mampu mendapat 71 kerusi untuk menguasai Parlimen Malaysia.

Thursday 21 December 2017

KERAJAAN DAP TIDAK TELUS DAN INTEGRITI SETELAH SYARIKAT SDN BHD BERMODAL RM2 DAPAT PROJEK JUTA-JUTA HASIL DARIPADA DUIT RAKYAT


1) Pada 7-10 Disember lalu, kerajaan DAP Selangor telah menganjurkan Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau dengan jumlah peruntukan RM1 juta (duit rakyat) di bawah Projek Kebudayaan Negeri.

2) Walaupun sebanyak 30 program diatur sepanjang penganjuran festival ini berlangsung, namun hanya beberapa program sahaja yang mendapat sambutan kerana festival ini dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri Selangor.

3) Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah menyatakan bahawa kontrak penganjuran festival ini telah dianugerahkan secara langsung kepada sebuah NGO kebudayaan yang dikenali sebagai PUSAKA dan kurator utamanya adalah Eddin Khoo (DAP).

4) Namun begitu,terdapat dakwaan bahawa NGO PUSAKA tersebut bukanlah sebuah persatuan, sebaliknya adalah sebuah syarikat sendirian berhad iaitu Seni Pusaka Sdn Bhd. 

5) Yang lebih menarik perhatian, nama Pengarah dan pemegang saham Seni Pusaka Sdn Bhd yang hanya bermodalkan RM2 ini, adalah milik Eddin Khoo (DAP) iaitu kurator utama bagi Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau.Adakah ini suatu kebetulan atau sesuatu yang dirancang?

6) Yang sebenarnya, wang penganjuran festival ini dibayar kepada NGO PUSAKA atau syarikat sendirian berhad?

7) Jika dakwaan ini benar, adakah pemilihan entiti benar-benar memenuhi kriteria yang memenuhi objektif festival ini? 

8 ) Adakah pemberian kontrak secara langsung ini adalah amalan baru bagi kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali yang selama ini melaungkan urus tadbir yang sangat telus dan baik?

9) Kemusykilan dan persoalan ini ditimbulkan kerana rakyat Selangor tidak tahu perkara yang sebenar dan kerajaan negeri mesti memberikan penjelasan dan berkata benar kerana ini juga merupakan hak rakyat Selangor.

10) Penganjuran festival oleh kerajaan negeri dibuat secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh ini melihatkan bagaimana ketulusan kerajaan negeri Selangor yang selama ini mendabik dada sebagai sebuah kerajaan yang telus, berintegriti dan prithatin rakyat.

11) Jika kerajaan DAP adalah sebuah kerajaan negeri yang telus dan perihatin rakyat, mereka tidak akan menggunakan wang rakyat semata-mata untuk pelaksanaan program yang gagal mencapai sasaran dan objektif.

Wednesday 20 December 2017

KAJI SELIDIK INVOKE: RAFIZI RAMLI KANTOI LAGI


Hari ini telah beredar rayuan kutipan dana INVOKE yang ditulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif INVOKE merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, bertajuk “BN only has 41% Malay support, 51% PAS supporters inclined to support PH” (“BN hanya memiliki sokongan 41% pengundi Melayu, 51% penyokong PAS cenderung untuk menyokong PH”).
Rayuan kutipan dana INVOKE ini menggesa pembacanya supaya menyumbang RM1 juta kepada INVOKE bagi melatih 20,000 agen pembuangan dan pembilangan undi (polling and counting agent, PACA) di mana PACA ini kononnya menjadi penentu kepada keputusan PRU 14 kerana BN didakwa akan cuba menipu di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara.
Di dalam rayuan ini, serta di dalam laporan portal berita Malaysia Kini bertajuk “Kajian tunjukkan sokongan Melayu kepada UMNO, PAS menurun” dan laporan portal berita The Malaysian Insight bertajuk “Pakatan menang PRU14 walaupun 3 penjuru, kata INVOKE”, Rafizi mendakwa kononnya PH akan memenangi PRU 14 dengan memperolehi 115 kerusi.
BN pula, dakwa Rafizi, akan memperolehi 103 kerusi manakala PAS tidak akan memenangi apa-apa kerusi di dalam PRU 14 ini. Alasan utama Rafizi ialah sokongan pengundi Melayu kepada UMNO dan PAS di dalam kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 kononnya mengalami penurunan berbanding kaji selidiknya pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017.
Sokongan pengundi Melayu kepada UMNO difokuskan kepada dapatan kaji selidiknya pada 5-13 Disember 2017, iaitu 41%, yang dikatakan rendah. Turut disebutkan ialah kononnya 50% daripada pengundi Melayu yang menyokong UMNO mahu GST dimansuhkan, yang beliau dakwa membawa makna sokongan mereka kepada UMNO akan terus merosot.
Fokus Rafizi juga tertumpu kepada PAS di mana beliau menyebut betapa tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS kononnya telah “jatuh merudum” dalam tempoh 12 bulan, iaitu 25% pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 yang menjadi 15% pada 5-13 Disember 2017. Disebutkan lagi kononnya 51% penyokong PAS cenderung untuk menyokong PH.
Menyedari kecenderungan Rafizi untuk memutar-belit atau mereka-reka cerita, saya telah membaca balik dapatan kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017. Apa yang didapati ialah kaji selidik ini memproses data 104,340 daripada 8.36 juta rakyat Malaysia yang menjawab soalan yang dikemukakan oleh INVOKE bila dihubungi.
Data daripada kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 ini menunjukkan bahawa 40% pengundi Melayu menyokong BN, 25% menyokong PAS, 21% menyokong PH manakala 14% lagi menyatakan mereka tidak akan mengundi di dalam PRU 14, tetapi tiada mana-mana responden yang didapati merahsiakan sokongan mereka.
Sebaliknya, data daripada kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 yang didedahkan oleh Rafizi hari ini pula memproses data semua 5,000 rakyat Malaysia yang dihubungi olehnya, di mana 41% pengundi Melayu didapati menyokong BN, 14% menyokong PAS, 13% menyokong PH manakala 32% lagi didapati merahsiakan sokongan mereka.
Berdasarkan data-data ini, adalah jelas bahawa Rafizi tidak berlaku jujur di dalam kenyataan beliau, khususnya di dalam menyebutkan bahawa tahap sokongan pengundi Melayu kepada PAS kononnya telah “jatuh merudum” dalam tempoh 12 bulan, kerana kedua-dua kaji selidik yang dibandingkan itu menggunakan kaedah dan bilangan responden yang berbeza.
Jika mahu dibandingkan juga kedua-dua kaji selidik yang berbeza ini, maka Rafizi sepatutnya berlaku jujur dengan menyebut bahawa bukan setakat PAS sahaja mengalami penurunan di dalam sokongan pengundi Melayu, dari 25% ke 14%, tetapi PH juga mengalami penurunan ini, dari 21% ke 13%, manakala UMNO pula mengalami peningkatan, dari 40% ke 41%.
Jika Rafizi jujur, beliau sepatutnya menonjolkan hakikat bahawa PAS sentiasa mengatasi PH dari segi sokongan pengundi Melayu, di mana kaji selidik INVOKE pada 25 Disember 2016-15 Januari 2017 menunjukkan PAS mengatasi PH sebanyak 4% manakala kaji selidik INVOKE pada 5-13 Disember 2017 pula menunjukkan PAS mengatasi PH sebanyak 1%.
Andaian Rafizi bahawa sokongan pengundi Melayu kepada UMNO akan terus merosot kerana 50% daripada penyokong UMNO mahu GST dimansuhkan juga adalah satu andaian liar, begitu juga dapatan bahawa 51% penyokong PAS akan menyokong PH jika PAS tidak bertanding yang tidak mempunyai apa-apa makna kerana PAS pasti akan bertanding.
Dakwaan Rafizi bahawa BN akan cuba menipu di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara sehingga menyebabkan INVOKE terpaksa meletakkan 20,000 PACA terlatih di kerusi-kerusi tersebut pula adalah tidak lebih daripada satu tindakan terdesak Rafizi untuk menarik simpati dan seterusnya mendorong penyokong INVOKE menyumbang dana kepadanya sahaja.
Apa pun, kaji selidik INVOKE ini sekadar mendedahkan tembelang pemimpin PH sendiri yang sering mendakwa akan berlaku tsunami Melayu untuk menyokong PH yang akan membolehkan PH memenangi PRU 14 kerana tidak dapat dibayangkan bagaimana tsunami Melayu ini boleh muncul bila PH hanya disokong oleh 13% pengundi Melayu sahaja.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...