Wednesday 12 April 2017

BONGKAR DAP Siri 9/10 - DAP TAK PERNAH BERBOHONG


Benar. DAP tidak pernah berbohong apabila memperkatakan tentang penghapusan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra. Selain sudah termaktub dalam matlamat penubuhan parti ini, ia juga sudah sebati dalam jiwa raga para pemimpin DAP sejak turun temurun.

Kejayaan awal DAP menakluk Pulau Pinang pasca PRU-12 menjadi detik permulaan pelaksanaan agenda ini secara total dan agresif.

Sebaik menawan Pulau Pinang, DAP telah mengundang mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew ke pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng di KOMTAR, Pulau Pinang.

Dalam lawatan tersebut, agenda kesaksamaan dan kesamarataan menjadi topik paling panjang dibincangkan. Hasilnya, satu per satu hak dan keistimewaan orang Melayu ditarik di negeri ini. Misalnya, DAP secara terbuka mengisytiharkan penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang yang selama ini membela nasib orang Melayu khususnya dalam pembahagian sumber kekayaan negeri.

Selain itu, DAP juga telah menghapuskan kuota diskaun 5% yang diperuntukkan untuk orang Melayu dan Bumiputra dalam urusan pembelian rumah di Pulau Pinang, sekaligus menafikan hak orang Melayu daripada memiliki rumah pada harga yang lebih rendah sebagaimana yang digazetkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan PKR Selangor pimpinan Azmin Ali juga telah mengikut jejak langkah DAP Pulau Pinang dalam hal ini, dipercayai akibat tekanan yang diterima daripada DAP sendiri.

Kenapa DAP begitu angkuh dan mahu hapus segala hak dan keistimewaan orang Melayu?

DAP yang sering dilabelkan sebagai parti chauvinist ultrakiasu sebenarnya tidak pernah senang dengan penguasaan politik orang Melayu di negara ini. Masakan tidak, parti ini mewarisi DNA komunis yang tebal sejak dari era Parti Komunis Malaya lagi dan menjadi darah daging dalam diri mereka hari ini. PKM sememangnya amat anti-Melayu dan bercita-cita mahu wujudkan sebuah jazilah komunis di rantau ini. Cita-cita ini kini disambung pula oleh DAP tetapi dengan acuan yang lebih demokratik dan menggunakan ramuan sosialisme, satu lagi fahaman yang berakarpunca daripada sistem dan ideologi komunisme.



SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI 
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 



Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut : 

Wednesday 5 April 2017

BONGKAR DAP Siri 8/20 - STRATEGI LEMAHKAN SEMANGAT PERJUANGAN ISLAM


Tanpa pistol, pedang atau senapang. Hanya lidah dan kebijaksanaan melontarkan hujah. DAP percaya, melemahkan Islam akan jadi lebih mudah dengan cara melemahkan semangat para pejuang Islam melalui hujah-hujah yang kuat dan taktikal. 

Strategi ini juga bermaksud, setelah didefinisikan, memecahkan struktur induk perjuangan yang bersifat organisasi kerana dasar Islam itu sendiri adalah bersifat jemaah. Jika kuat jemaah maka kuatlah juga gerakerja Islamnya dan ini amat disedari dan sentiasa diamati dengan rapat oleh para strategis DAP. 

DAP percaya, salah satu faktor perjuangan Islam di Malaysia menjadi kuat adalah kerana kepercayaan orang Islam terhadap sistem undang-undang Syariah yang diimani secara dasar. Sehubungan itu, bagi melemahkan faktor ini, DAP melancarkan propaganda pelbagai hala termasuk menggunakan hujah orang Islam sendiri bagi melemahkannya dari luar dan dalam. 

Dari luar misalnya DAP konsisten menentang apa-apa jua usaha pemerkasaan perundangan Islam di Malaysia bahkan hingga ke tahap mencabar seperti yang dilakukan oleh mendiang Karpal Singh yang terkenal dengan ungkapannya "langkah mayat saya dahulu jika mahu tegakkan negara Islam". Ini penting untuk menarik sokongan orang bukan Islam terhadap DAP.

Dari dalam pula DAP menggunakan hujah-hujah dan pandangan tokoh-tokoh Islam sendiri yang kelihatan liberal dan tidak bersetuju dengan sebarang perancangan untuk mengukuhkan kedudukan Islam di Malaysia seperti dalam isu pindaan RUU355 Akta Mahkamah Syariah. Hujah dan pandangan ini biasanya berlandaskan kepada faktor kemajmukan masyarakat Malaysia yang selari dengan agenda politik DAP. 

Secara tidak langsung, dengan mempromosikan hujah-hujah alternatif dan liberal ini, DAP berupaya memancing sokongan dalam kalangan orang Islam sendiri yang turut berpemikiran liberal dan bebas. Ia sama ada mereka tertarik kepada DAP atau rakan-rakan sekutunya seperti PAN dan PKR, implikasinya tetap sama, menguntungkan koalisi pembangkang.

Inilah cabaran kita. Sehingga kini, organisasi induk seperti PAS dan UMNO boleh dianggap telah menjadi mangsa strategi halus DAP ini. Pada masa yang sama juga banyak institusi Islam kita turut dilemahkan melalui pelbagai siri serangan yang konsisten dan sistematik. 

Kini terserah kepada kita sebagai umat Islam sama ada mahu pertahankan dan perjuangkan Islam atau ikut melemahkan Islam dari dalam.


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI 
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut :

BONGKAR DAP Siri 7/20 - SECULAR STATE DAN JENAYAH PEMISAHAN AGAMA


Negara sekular dengan sistem pemerintahan berpusatkan parlimen semata-mata adalah cita-cita dan matlamat DAP yang sangat berbahaya. Malangnya ramai yang tidak awas akan hakikat ini. 


Dalam matlamat parti ini dan berulang-ulang kali juga disebut oleh para pemimpin DAP sendiri, mereka mempunyai rangka kerja yang jelas untuk memastikan sistem negara sekular ini dilaksanakan. 

Atas sebab itu jugalah mereka selalu menegaskan bahawa objektif pembangkang bukan sahaja hendak jatuhkan Barisan Nasional dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan slogan Selamatkan Malaysia, lebih dari itu, mereka mahu ubah keseluruhan sistem pemerintahan kita. 

Sekular bererti pemisahan nilai dan budaya. Ketika era pembaharuan Eropah, sekular menjadi agenda utama mereka dalam usaha mengubah wajah pemerintahan daripada pengaruh kuasa gereja kepada sistem yang lebih bebas dengan kuasa dialihkan kepada rakyat sepenuhnya. 

Hal ini bermaksud mengasingkan aspek agama daripada pemerintahan dan lain-lain hal yang boleh melambatkan kemajuan dan pemodenan terutamanya adat dan budaya yang dilihat kolot serta mengongkong. 

Idea ini, bagi DAP, adalah mustahak bagi memastikan Malaysia mencapai kemajuan dan pemodenan dalam erti kata yang sama seperti yang dilalui negara-negara Barat. 

Bagi DAP, selagi Islam dan istana diletakkan di atas kuasa parlimen, Malaysia tidak akan lekas capai kemajuan kerana terlalu banyak hal yang mengikat langkah rakyat terutamanya dari segi hukum-hakam agama yang keras dan disokong pula oleh kuasa istana. 

Justeru DAP sedaya mungkin mahu elemen-elemen ini dihapuskan. 

Soalnya adakah kita bersedia? Adakah kita setuju membebaskan negara ini daripada pengaruh Islam dan menanggalkan payung istana daripada terus memayungi institusi-institusi penting kita selama ini? 

Lebih penting, bersediakah kita menjadi rakyat sebuah negara sekular 100%?


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut : 

BONGKAR DAP Siri 6/20 - ROH DAN SEMANGAT CHIN PENG


Chin Peng tidak pernah mati. Meski jasadnya sudah luput dibakar api, namun roh dan semangatnya tidak pernah lupus malah kekal dipuja dan disembah oleh sebahagian besar pemimpin DAP. 


Cinta dan kasih mereka terhadap pengganas ini telah mendesak mereka untuk terus mencuba membawa Chin Penang pulang secara sah sekaligus membolehkan Malaysia mengiktiraf lelaki kejam ini. 

Pada 28 November 2009 misalnya, bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh telah mengkritik kerajaan Malaysia habis-habisan kerana kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang dari hidup dalam buangan di Thailand. 

Walaupun DAP memberi alasan perubatan dan faktor usianya yang telah tua serta kononnya Chin Peng telah insaf, namun itu belum cukup untuk kerajaan membuka pintu kepadanya apatah lagi ia bakal dilihat sebagai pengiktirafan kepada keganasan yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu. 

Untuk rekod, ribuan nyawa telah terkorban ketika Chin Peng dan pasukan tentera komunisnya bermaharajalela di negara kita. Ribuan lagi menderita dengan pelbagai kecatatan kekal. Ia termasuklah orang awam dan pasukan keselamatan yang berjuang menentang kekejaman mereka. 

Syukurlah kerajaan kita tetap dengan pendirian untuk tidak menerima kepulangannya hatta abu mayatnya sekali pun. Chin Peng kekal sebagai pelarian yang hidup dalam buangan hingga ke akhirnya di Bangkok, Thailand.

SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut :

Siri 1  Siri 2  Siri 3  Siri 4  Siri 5  

BONGKAR DAP Siri 5/20 – OVERSEAS CHINESE?


Pernah dengar ungkapan “oversea Chinese as the mother of the revolution”?


Lim Guan Eng ketika menyampaikan ucapannya di majlis DAP Melaka State Annual Convention pada Disember 2005 di Melaka telah menegaskan hal ini. Menurut Guan Eng, orang Cina yang berada di luar Tanah Besar China ialah pencetus sebenar revolusi yang mengubah lanskap sosiopolitik negaratersebut daripada pemerintahan monarki kepada sistem republik seperti yang boleh dilihat pada hari ini.

Revolusi ini dimulakan oleh Dr. Sun Yat Sen, seorang revolusiner yang lari daripada buruan kerajaan monarki China ke Pulau Pinang. Beliau telah menggagaskan tiga prinsip revolusi yang terkenal iaitu nasionalisme, demokrasi dan kesakmanaan. Idea ini hari ini diusung pula oleh DAP dengan beberapa olahan supaya boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, konsep nasionalisme yang dibawa oleh Dr. Sun Yat Sen menuntut ketaatan tidak berbelah bagi daripada orang China yang berada di luar negara terhadap tanah besar itu manakala nasionalisme versi DAP pula bersifat menyatukan orang Cina dan memaksa mereka taat kepada DAP seperti yang pernah digariskan dalam manifesto parti tersebut dalam PRU-12 yang lalu yang menyebut, “Hanya Cina yang kuat boleh melakukan semua ini.”

DAP juga mengangkat idea demokrasi dan kesaksamaan. Idea-idea ini sering disekalikan bagi memancing perhatian dan sokongan golongan pertengahan di Malaysia. Kesaksamaan versi DAP juga adalah saduran langsung daripada nilai sosialisme yang memperjuangkan hak sama rata dalam kalangan rakyat dan untuk merealisasikannya, DAP mengumpan rakyat Malaysia dengan idea-idea demokrasi dan kebebasan.

Kesemua idea, nilai dan konsep perjuangan ini jelas sekali amat bertentangan dengan prinsip penubuhan Malaysia yang berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang antara lainnya, memelihara hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputra. Lebih penting, Perlembagaan Persekutuan menetapkan acuan pemerintahan negara yang sepadan dengan struktur kemajmukan masyarakat kita sejak merdeka lagi bersandarkan kepada sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan. DAP sebaliknya, cuba memecahkan acuan ini.


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut :

Siri 1  Siri 2  Siri 3  Siri 4

BONGKAR DAP Siri 4/20 – KENAPA DAP SERTAI PERTUBUHAN SOSIALIS ANTARABANGSA?


Dicatatkan bahawa pada Oktober 1967 DAP telah menyertai Socialist International, sebuah pertubuhan antarabangsa yang disertai parti-parti politik yang mempromosikan fahaman sosialisme dan komunisme di seluruh dunia.


Dicatatkan juga bahawa, bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pernah dipilih dan dilantik sebagai Naib Presiden pertubuhan ini.

Rujuk SINI 

Apakah signifikan penyertaan DAP dalam pertubuhan ini dan apakah implikasinya terhadap Malaysia?

Dalam Perisytiharan Setapak yang dibuat pada 29 Julai 1967 dalam Kongres Kebangsaan DAP yang pertama di Setapak, Kuala Lumpur, adalah jelas dinyatakan hasrat parti tersebut untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang berpegang dan melaksanakan fahaman sosialis sepenuhnya. 

Lihat petikan perisyitaharan tersebut seperti di bawah :

“Kita berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”

Penyertaan DAP dalam Socialist International ini dibuat hanya beberapa bulan selepas Perisytaharan Setapak, sekaligus membuktikan bahawa parti komunis ini sememangnya serius dengan agenda yang dibawa.

Hal ini juga bermaksud DAP akan menyahasingkan pelbagai perkara yang selama ini menjadi dasar pemerintahan negara seperti kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra.

Hanya DAP yang kuat boleh melakukan semua ini. Percayalah. Dan hari ini, mereka sedang membina kekuatan tersebut.


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut :

Siri 1  Siri 2  Siri 3  

BONGKAR DAP Siri 3/20 – APA MAKSUD LIMA EKOR BABI?


Pada awalnya ramai yang menyangka apabila DAP sering memanggang lima ekor babi dalam majlis-majlis keramaian mereka ia bermaksud lima negeri yang telah berjaya ditawan pasca PRU-12 (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan).


Secara simbolik, mungkin benar tanggapan tersebut. 

Walau bagaimanapun, lima ekor babi ini sebenarnya mempunyai maksud yang lebih besar dan jelas. Hanya pemimpin dan ahli DAP yang sejati sahaja akan faham erti tersirat pada angka lima yang sering digunakan (babi itu hanyalah sandaran sahaja) ini yang sebenarnya adalah simbolik bintang lima bucu komunis.

Setiap bucu bintang ini menegaskan prinsip-prinsip perjuangan komunis yang berbeza iaitu ketenteraan, intelegensia, petani, buruh dan generasi muda. Prinsip-prinsip ini hari ini telah dijadikan asas pembentukan hala tuju dan sikap DAP yang diolah berdasarkan nilai-nilai semasa masyarakat di Malaysia.

Misalnya, prinsip ketenteraan telah diolah kepada prinsip yang lebih lembut yang bermaksud kekuatan sokongan dan strategi gempur yang ampuh dan konsisten serta bermotifkan pemecahbelahan struktur dan dominasi politik orang Melayu manakala intelegensia atau perisikan pula diaplikasikan sebagai teknik untuk melemahkan apa-apa sahaja institusi yang selama ini menampan kekuatan orang Melayu terutamanya kerajaan pusat pimpinan UMNO.

DAP juga bijak memanipulasi golongan bawahan (bucu petani dan buruh) melalui serangan bersifat persepsi negatif terhadap kerajaan, sama seperti kaedah perang propaganda yang pernah digunakan oleh Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng ketika era komunis dahulu. Generasi muda pula dijadikan sasaran utama atas kepercayaan bahawa golongan ini terpelajar, berpemikiran terbuka atau liberal dan senang diracuni dengan agenda kebebasan.

Justeru tidak hairanlah jika DAP hari ini dilihat sebagai parti pembangkang paling berkuasa dan dominan berbanding parti-parti lain. Ia bukan sahaja tua dari segi usia dan mempunyai sejarah panjang dalam arena politik negara tetapi turut dibina dengan teliti dan cermat, penuh strategi serta dibarisi para pemimpin yang konsisten dalam memperjuangkan agenda TAWAN MALAYSIA.


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS 


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut :

Siri 1  Siri 2

BONGKAR DAP Siri 2/20 - BAGAIMANA DAP DITUBUHKAN?


Laman web rasmi DAP Malaysia dalam satu post bertajuk Sejarah Kita mencatatkan seperti berikut :


Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang “berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”

(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

D.E Leaks pernah beberapa kali sebelum ini highlight tentang matlamat DAP. Dalam kes ADUN Batang Kali, YB Datuk Mat Nadzari lwn DUN Selangor, ia juga berpunca daripada persoalan tentang matlamat penubuhan DAP yang cuba melaksanakan dasar demokrasi berparlimen di Malaysia. 

Datuk Mat Nadzari diheret di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor selepas beliau meminta penjelasan akan hal ini daripada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tetapi dibantah keras oleh para pemimpin DAP yang lain.

Apa yang membuatkan mereka marah sangat sehingga mahu Datuk Mat Nadzari dikenakan tindakan? Kenapa mereka takut? Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu? 

Jelas sekali DAP tidak mahu orang ramai khususnya generasi muda membangkitkan persoalan tentang matlamat penubuhan DAP yang dicedok dan diadun daripada nafsu perjuangan komunis (Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng) dan Parti Tindakan Rakyat (People Action Party) yang berkuasa di Singapura.

Pengiystiharan Setapak yang yang dibuat pada 29 Julai 1967 dan menjadi roh perjuangan DAP secara jelas menggariskan niat parti ini untuk mengubah lanskap politik Malaysia daripada sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan kepada sistem baharu yang kononnya berpegang kepada prinsip-prinsip keadilan kaum, kesaksamaan sosial dan ekonomi dan BERFAHAMAN SOSIALIS! 

Anda belum nampak? 


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS


Terlepas siri terdahulu? Klik pautan berikut : 

BONGKAR DAP Siri 1/20 - KOMUNISME YANG TIDAK PERNAH MATI


Generasi muda hari ini kenal DAP sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya bercita-cita menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. 


Ironinya, tak ramai yang benar-benar tahu sejarah parti ini. Siapa yang menubuhkannya dan bagaimana ia tertubuh? Adakah DAP benar-benar demokratik seperti yang dilaung-laungkan? Adakah DAP benar-benar memperjuangkan  kesaksamaan dan kesamarataan? 

DAP, walau apa pun rupa parasnya hari ini, juga lahir dengan cita-cita yang besar yang tidak pernah pudar iaitu MENGUASAI MALAYSIA SEPENUHNYA.

Parti ini bercambah dari benih-benih komunisme yang disemai oleh kepala pengganas komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu iaitu Chin Peng melalui partinya, Parti Komunis Malaya (PKM).

Meskipun Chin Peng sudah mati dan PKM sudah luput, tetapi rantaian ideologi dan aspirasi perjuangan beliau kekal subur dan diteruskan oleh DAP melalui Lim Kit Siang yang juga sepupu kandungnya sendiri dan suku-sakatnya, tanpa pernah terputus.

Anda fikir mereka main-main? Fikir semula. Komunisme DAP hari ini tidak perlu bergantung kepada senjata api tetapi cukup sahaja dengan melaga-lagakan orang Melayu, menyerang institusi Islam dan mengamalkan rasisme atau perkauman seperti slogan "Hanya DAP Yang Kuat Boleh Melakukannya". 


SIRI BONGKAR DAP JUGA BOLEH DIIKUTI SETIAP HARI
DI LAMAN FB RASMI DARUL EHSAN LEAKS

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...