Monday 6 March 2017

SAY NO TO PLASTIC BAG VERSI KAUT DUIT



Ia satu kempen yang bagus. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) antara yang terawal melaksanakan kempen ini secara menyeluruh melibatkan kesemua kampus induk dan cawangannya. Tahun ini, genap 9 tahun kempen ini dijalankan. 

Di peringkat negeri pula, Pulau Pinang merupakan yang terawal. Namun, adakah pelaksanaannya sama seperti di USM? Bagaimana pula dengan Selangor yang mula memperkenalkan polisi ini tahun ini? 

Di Pulau Pinang, beg plastik tidaklah diharamkan sepenuhnya walaupun tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Para pengguna sebaliknya dikenakan caj sebanyak 20 sen bagi setiap beg plastik yang diminta tanpa mengira saiz. Kaedah yang sama juga akan digunakan di Selangor. 

Konsep ini ternyata berbeza sama sekali dengan kaedah yang dirintis oleh USM yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan beg plastik di dalam kawasan kampus. Sebagai alternatif, warga kampus digalakkan membawa bekas sendiri atau membayar sebanyak 20 sen untuk mendapatkan bekas yang bersifat lestari (mudah urai) seperti yang diamalkan di sesetengah negara maju. 

Objektif utama pelaksanaan kempen SAY NO TO PLASTIC BAG di USM adalah untuk mendidik warga kampus tentang kesan kemusnahan alam sekitar akibat penggunaan bahan-bahan yang tidak mudah urai seperti polisterina dan beg plastik yang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah sampah sarap di seluruh dunia khususnya di USM dan Malaysia. 

Dalam hal ini, pengguna atau warga kampus ditawarkan pilihan yang lestari dan murah. Bagaimana pula di Pulau Pinang dan Selangor? Adakah dengan menawarkan pilihan membayar caj 20 sen tersebut maka objektif pelaksanaannya boleh dicapai dengan mudah dan berkesan? Adakah kesedaran dapat dipupuk melalui tawaran ini? 

Sesuatu yang rakyat perlu tahu juga, di Pulau Pinang, setiap 20 sen yang dikutip daripada pengguna adalah hak mutlak peniaga. Kerajaan negeri yang melaksanakan polisi ini tidak bertanggungjawab mengutip hasil caj tersebut. Para peniaga diberikan kelonggaran untuk menyumbang kesemua atau sebahagian (tanpa had tertentu) daripada kutipan yang dibuat kepada mana-mana NGO alam sekitar sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. 

Lebih mengejutkan, sejak diperkenalkan polisi ini di Pulau Pinang, kerajaan negeri tidak pernah mengumumkan sebarang statistik berkaitan jumlah kutipan, sumbangan atau peruntukan yang disalurkan daripada hasil pelaksanaan caj ini untuk program-program pemuliharaan alam sekitar. 

Persoalannya kini, sejauh manakah polisi ini benar-benar efektif atau sekadar retorik politik? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? 

Kita tidak membantah polisi baik seperti ini. Akan tetapi sebagai rakyat, kita berhak menuntut penjelasan lanjut tentang mekanisme pelaksanaannya supaya tiada mana-mana pihak yang membuat untung atas angin daripada polisi ini. 

- D.E Leaks.

0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...