Tuesday 27 March 2018

AMIRUDDIN : PERGI JAHANAMLAH THE RED GIANT

Ada apa dengan Kertas Exco MTES.: 5/22/2017

Entah apa hantu yang rasuk YB Amiruddin Shaari hingga menghaburkan kata-kata kesat terhadap pihak pengurusan pasukan bola sepak Selangor atau The Red Giant.

Go to hell atau pergi jahanam, dalam bahasa rakyat, bukanlah frasa yang elok apatah lagi sopan.

Tapi itulah kata-kata yang digunakan oleh Exco Sukan Kerajaan DAP Negeri Selangor itu ketika menjawab soalan daripada ADUN Sungai Panjang, YB Budiman Zohdi berhubung konflik antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Kompleks Stadium Shah Alam di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor petang tadi.

Soalan YB Budiman sebenarnya amat mudah untuk dijawab. “Sampai bilakah kemelut itu akan berlaku?” Itu saja.

Sepatutnya, selaku Exco Sukan, Amiruddin sudah ada jawapan yang konkrit. Kalau pun bukan dalam bentuk hitam putih, sekurang-kurangnya timeframe yang menjelaskan perancangan kerajaan negeri untuk menyelesaikan konflik ini sudah bermain di minda beliau dan boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Justeru timbul persoalan di sini, kenapa Amiruddin melatah terlalu awal? Adakah beliau tidak boleh dengar lagi perkataan FAS? Ada sesuatu yang menganggu emosinyakah?

Untuk rekod, baru-baru ini DEL mendedahkan tentang satu minit mesyuarat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Kertas EXCO MTES No.: 5/22/2017 yang meluluskan penswastaan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA). Berdasarkan catatan pada kertas ini, KSSA tidak lagi diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebaliknya diserahkan kepada syarikat Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. (DEFM), sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Amiruddin sendiri.

Oleh itu kami menyimpulkan bahawa, di sebalik emosi yang dijelmakan oleh Amiruddin ketika menjawab soalan lisan oleh YB Budiman itu, beliau sebenarnya cuba menutup perkara yang lebih besar daripada didedahkan atau dibongkarkan di dewan yang tentunya akan direkodkan dan digazetkan setiap patah perkataan yang terbit daripada mulut setiap ahlinya.

Dalam erti kata lain, dengan cara menyerang balas secara ‘ganas’ sedemikian, pihak lawan akan mengendurkan serangan terlebih dahulu atau setidak-tidaknya, akan mengundang asakan daripada ahli dewan yang lain sehingga topik sebenarnya diabaikan sebelum perdebatan dihentikan oleh Speaker.

Dengan cara ini sahajalah mereka (kerajaan negeri) dapat mengelakkan persoalan tentang penswastaan KSSA kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Amiruddin sendiri dibangkitkan dan dibahaskan lebih lanjut.

Walau bagaimanapun YB Amiruddin harus tahu bahawa perbincangan sebenar tentang isu ini bukanlah di dewan yang dikawal sepenuhnya oleh Speaker. Ruang sebenar adalah di luar. Anda boleh menutup 10 bahkan 100 mulut musuh di dewan dengan kuasa yang dimiliki tetapi anda tidak akan mampu menutup mulut jutaan rakyat Selangor khususnya para penyokong The Red Giant untuk mendapatkan kebenaran di luar dewan.

Go to hell-lah kau pendek!

Nota kaki : Amiruddin dikesan tersasul menyebut Red Giant Sdn. Bhd. ketika menjawab soalan YB Budiman. Apa ada pada syarikat tersebut hingga beliau sendiri tersasul menyebutnya? Kata orang tua, banyak cakap banyaklah silap. 

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

0 comments:

Post a Comment

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...