Wednesday 22 November 2017

SURAU DI DAMANSARA DAMAI DILEMPAR BOM PETROL


PETALING JAYA: Jemaah sebuah surau di Damansara Damai, di sini, terselamat apabila satu bom petrol (molotov cocktail) yang dicampakkan ke dalam kawasan surau ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh, pagi kelmarin, tidak meletup.
Kejadian disedari pada jam 6.15 pagi selepas oleh salah seorang dari 20 jemaah Surau Al-Huda, yang baru selesai menunaikan solat Subuh, melihat kesan terbakar pada pintu masuk surau berkenaan.
Ahli Jawatankuasa Surau berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia kemudian memanggil jemaah lain untuk membantu memadamkan kebakaran akibat bom petrol yang dicampakkan itu.
"Kami bernasib baik kerana botol arak mengandungi minyak tanah dan kain bersumbu yang diubahsuai menjadi bom petrol tidak meletup.
"Bayangkan kalau betul-betul letupan terjadi mungkin akan mengakibatkan kecederaan atau kematian," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.
Katanya berdasarkan maklumat dari saksi, terdapat kelibat dua lelaki yang dipercayai berada di luar kawasan surau semasa kejadian berlaku dan membaling bom petrol berkenaan, namun botol itu tidak pecah. "Pada masa ini kami sudah maklumkan semua maklumat yang ada kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Dia juga tidak tahu sekiranya kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan masalah penduduk berhubung pembinaan sebuah kuil di Jalan PJU10/1F.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
"Pada masa ini kita masih meneliti laporan oleh saksi dan jemaah surau berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api," katanya.
Sumber : Berita Harian 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...