Tuesday 21 November 2017

KHALID IBRAHIM GEGAR DUN TERATAI


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas Menteri Besar Selangor yang disingkirkan oleh PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kemunculan mengejutkan bersama dua orang lagi bekas pemimpin DAP yang dibuang daripada parti itu iaitu Jenice Lee (bekas ADUN Teratai) dan Philip Tan (bekas ADUN Teluk Datuk) dalam satu ceramah yang dihadiri ratusan penduduk Cina di Medan Selera Bukit Teratai, dua hari lepas. 

Gandingan tiga orang bekas pemimpin negeri ini secara tidak langsung telah menimbulkan kegusaran kepada DAP khususnya di DUN Teratai susulan penyertaan luar jangkaan daripada penduduk setempat sekaligus menghantar isyarat tentang suatu kebangkitan yang boleh meranapkan impian besar DAP untuk menguasai 100% undi kaum Cina dalam PRU14 kelak.

Kehadiran Khalid Ibrahim dengan reputasi selaku bekas Menteri Besar yang dijatuhkan melalui jalan kotor Langkah Kajang (Kajang Move) yang direkayasa oleh Rafizi Ramli dan dipersetujui oleh  Dr. Wan Azizah (Presiden PKR) dan Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum parti tersebut pasti ditunggu-tunggu oleh hadirin yang ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik penyingkirannya pada 26 Ogos 2014 hingga membawa kepada pelantikan Menteri Besar penuh skandal, Azmin Ali pada 22 September 2014. 

Jenice Lee pula dipecat daripada DAP selepas PRU 13 atas kesalahan bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai, manakala Philip Tan dipecat pada Mei lalu atas tuduhan menyalahgunakan dana, tuduhan yang kemudiannya tidak disusuli dengan apa-apa tindakan yang lebih efektif. 

Jenice Lee ketika menyampaikan ucapannya.

Philip Tan ketika menyampaikan ucapannya.

Penyokong yang hadir.

Kredit foto : FB Jenice Lee 

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor 

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Labels

18 Matlamat 1MDB Adam Rosly Agama Agenda Air Akidah Amerika Syarikat Amiruddin Shaari anti islam Anwar Ibrahim Azmin Azmin Ali Baiah Baitulmaqdis Barisan Nasional Bersih 6 bn bn menang selangor Bom Bumiputra Carlsberg Charles Santiago Chegu Bard Chin Peng Chinese cukai hartanah turun Cybertroopers Danial Rahmah DAP DAP JAHAT Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. DE Leaks DEL Donald J. Trump dr mahathir Dr. Shad Saleem Faruqi Dr. Sivamurugan Pandian Dr. Syed Husin Ali DUN Selangor Ecoworld Ekonomi Ekspo Negaraku Elizabeth Wong Fake News FAS Fitnah G25 GPMS Hadi Awang Hak Hak Asasi Manusia HAKAM Hannah Yeoh Hapus Hifzudeen Hudud Idris Jusoh Ikrar Bebas Rasuah Invest Malaysia INVOKE Islam Israel Istana Istanbul Jadual Ketiga Belas Jamal Yunos janji bn Jenice Lee Jeram Jho Low Jirat Cina Judi Kebajikan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor Khairuddin A. Hassan Khalid Ibrahim Khalid Samad Komunisme KPT Krisis Kronisme Kubur Cina LBCN LGBT Liberal Liberalisme Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liwat Mahathir Mahathir Mohamad Malaysia Maqasid Syariah Mat Nadzari Media Sosial Melayu Memali Mohd Nurul Fadli MPAJ mufti kafir Mujur Zaman muslihat dap Najib Razak NGO 1Malaysia nilai ringgit Noh Omar OIC Pakatan Harapan Palestin PAN PAP Paragon Pinnacle PAS PAS Selangor PBT PDRM pemimpin melayu pendidikan percuma Penyangak Perdana Menteri Perlembagaan Persekutuan Perompak PH Philip Tan pkns PKPS PKR Plastic Bag pm ke 7 politik licik azmin politik selangor PPBM PRU-14 pru14 Rafizi Ramli Rahman Dahlan Rasis Rasuah Reccep Tayyip Erdogan Revolution rm7 juta rumah pkns RUU355 Sabah SAFEE SALI Sampah Sarawak Secular State Seks Sekular Selangor SELCAT Sg. Yu Shuhaimi Shafiei Siasah Skandal Skandal Tanah Socialist International Sosialis SPLASH SPR SPRM Stadium Shah Alam SUHAKAM Sulaiman Razak Sultan Sharafuddin Idris Shah Sungai Besar Sungai Yu Sunnah Surau Syariah Syed Saddiq Tan Sri Noh Tanah Tunku Aziz Turki Ummah UMNO Universiti Malaya USNews Wan Azizah Wan Ismail Yahudi Zionis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...